Thursday, May 31, 2012

Tasik shah alam

Assalamualaikum


Khamis (31 mei 2012)
Hari ni hari tanpa tembakau sedunia.... bagus diwujudkan hari tanpa tembakau sedunia nih..kalau boleh kita pakat praktiskan hari-hari hidup tanpa tembakau..mesti hebat kan, sana-sini dah tak nampak lah orang merokok di tempat-tempat awam nih dengan asap berkepul-kepul yang mana tak pedulikan sensitiviti orang lain yang tak suka dengan situasi nih....ummmmm, pada ibu bapa tunjukkan contoh tauladan yang baik kat depan anak-anak..Jangan duk merokok depan anak-anak atau pun kat dalam rumah. Lagi elok sekiranya berenti terus dari merokok nih, jimat duit dan badan pun lagi sihat dan kuat. Kita perlu didik generasi muda supaya benci kan rokok ni, benda ni kena mula daripada baby lagi...so ibu bapa jom kita semaikan disanubari anak-anak kita supaya bencikan rokok dan orang-orang yang merokok nih....teettt teeet

Bz melampau lately, beban keja dah makin menimbun-nimbun.. Tiap-tiap hari ada meeting... Blaa blaaa n blaaa.stok seminggu satu kali update blog... tambah parah yang tukang buat keja 2,3 orang jer yg lain tukang duk gebang jeer dan selalu nak culas nak buat kerja... Semua tak tau, tak tau n tak tau... So apa yang tau? Duit gaji tau pulak nak banyak-banyak, tapi kerja nak ciput jeer.. Adoi yaaa, tak faham betul...

Kalau fikir pasal kerja dan kerenah orang kat tempat kerja memang boleh jadi stress dibuatnyer...apa tu orang cakap, stress yang tak berfaedah sebab orang lain yang perangai macam budak tak sekolah pastu kita pulak yang kena hadap stress tuu..ummm, not good not good tuk kesihatan dan awet mude...nanti muka cepat berkedut dan cepat tuee kalau stress-stress nih...so marilah kita ignore orang-orang yang perangai cenggini dan kita buat kerja kita sudah dan tak payah nak baik sangat dan tolong dengan orang yang perangai macam ni yang memang tak nak tolong diri sendiri pun....

umm tapi selalunya bila kita nak buat tak tau dengan orang-orang perangai macam ni, tapi dah tak tau kenapa kita memang tak boleh nak lari dari depa, lagi kita ignore lagi nak dekat orang-orang cenggini dengan kita...umm bila difikir-fikir ini adalah ujian daripada Allah untuk kita supaya lebih bersabar dan pandai untuk menanggani orang-orang cenggini....Tak apa lah kita teruskanlah berbuat baik dan menolong orang lain sebab itu pilihan kita sendiri kerana kita tak nak jadi macam mereka tuu yang hanya pandai berdrama setiap masa. Teruskan lah berdrama yaaa, aku tarakkk kisah...i dun care pung.

Sabtu (26/05/2012)

Agenda sihat di hari sabtu diteruskan kali ni tukar venue pulak.. tak ada lah jauh sangat pun daripada rumah hanya 15 minit jeer dah sampai ke Tasik Shah Alam nih, kalau yang tak tahu tasik ni kat depan Kompleks PKNS Shah Alam. Hahaaa poyo jee, rasanyaa semua orang dah tau kottt, mungkin empuyer diri nih jee yang masih terkial-kial mencari jalan dan tempat-tempat kat Shah Alam nih.. Walupun dah setahun lebih duk kat Shah Alam ni tapi boleh dikatakan 80% jalan dan tempat-tempat belum fasih dan mahir lagi..hoohooo (pengakuan ikhlas tuuu)Kiranya memang tak boleh nak redah gitu jeer laa kalau nak pergi mana-mana sendiri, mesti kena buat research dulu baru ok....hehehehee

Sungguh mendamaikan suasana dipagi hari....tenang dan aman. yo peace..

Jom lah kita melayan gambar-gambar MNAS berjogging di Tasik nih,,,heran betul ibu dengan MNAS nih sebab tak suka sangat duk main permainan yang ada kat taman nih, ada gelongsor, buaian dan macam-macam lah..main kejab jeer pastu dah start nak jalan-jalan tengok burung laa, flamingo laaa..umm MNAS ni lebih tertarik dengan alam semulajadi buat masa sekarang...harap-harap dapat dikekallah sampai besar, nanti kita pergi bekelah dan buat bbq kat tepi air terjun ya sayang..nak tak....nak, nak, nak.. Boleh ajak cousin2 semua yaa,,...boleh mandi-manda sambil makan-makan..ouhhhh besttt tuuuu, dah lama tak berkelah kat ulu yam tuuuu....ummm korang nak keeeee? hehehehhe, tapi kena beli swimsuit dulu...


Mula-mula semangat anak ibu nih, berjalan laju jeerr..

tengok tuuu puyer laa jalan laju sangat sampai tertinggal ibu kat belakang,,,hehehe pandai pulak ya duk tunggu ibu
Ni dah start nak explore alam semulajadi, dah mula nak jalan kat luar trek dahhh..ummmm jangan nak terjun tasik sudah laah sayang yaaa..nak explore, explore lah, ibu kasi green light..ayah tak nampak tuuu..heehehee

Bila dah sampai kat jambatan, sibuk nak tengok ikan dalam air pulak..ikan tak banyak timbul lagi lah sayang, mungkin depa gah tidoo lagi tuu...

Ni lah rupa tasik Shah Alam yang cantik sangat, sesuai untuk bersantai-santai dan beriadah kat sini...

Lepas dah penat berjalan, kita minum duluuu..

Memang layan betul lah duk pulun minum air ribena tuu, ibu mintak sikit pun tak nak bagi..

dan lagi dan lagi...

Bila dah habis minum air, dah rasa penat kot dah minta dukung pulak..umm jauh jugak anak ibu ni jalan satu tasik Shah Alam tuuuu..hebat tuuu, tepuk-tepuk..

Canti betul pokok-pokok kat tasik nih, rendang jeer dan membuatkan suasana kat sini sangat redup dan sejukkk jee..umm macam nak baring jeee..kat belakang pokok tuu duk ada sampan/perahu siap dengan pendayungnyerr..klasik betul..


Tak puas nak jogging lagi, takpelah hujung minggu ni kita datang lagi ya sayang...harap-harap tak sesat jalan daaaa menyimpang ke kompleks PKNS sudah laa, itu jogging lain laa namanyeerr..haaahaaaa
Wassalam
p/s: Dah hari terakhir dalam bulan mei nih, cepatnya masa berlalu. sudah setengah tahun kita melalui hari-hari dalam tahun 2012 nih...Ya Allah permudahkan lah segala urusan ku, keluarga ku, saudara-mara ku, sahabat handai ku dan seluruh umat muslimin dan muslimin. Murahkanlah rezeki kami, limpahkanlah kasih sayang antara kami dan jangan ada benci serta sengketa antara kami semua..AAMIN.

Wednesday, May 30, 2012

Lucu sangat...

Assalamualaikum

Just nak share gambar kartun kat bawah tuu...sungguh lucu bila sekali tengok, bila 2 kali dan berkali-kali tengok banyak sungguh maksud mendalam disebalik gambar tuuu

Mungkin setiap orang ada interpretasi sendiri yang boleh dikaitkan dengan kehidupan masing-masing. Realiti kehidupan selalunya begitu, manusia selalunya tidak pernah puas dengan apa yang dah ada dan dah miliki. Ummm tepuk dada tanya selera...

Wassalam
Source: pic from internet

Thursday, May 24, 2012

Jogging lagi...

Assalamualaikum

Ahad (20.5.2012)

Minggu lepas dah janji dengan mnas kalau dia sihat sepenuhnya nak bawa pergi jogging kat taman charakah or nama baru taman botani negara shah alam. So janji kena la tunaikan.. Pepagi lagi 3 beranak berangkat laa ke taman botani nih... Walaupun badan ibu ni belum 100% sihat lagi.. Tapi kena push diri laa tuk lawan segala penyakit yang duk ada nih... Kalau kita duk manha dan duk layan jeer nampak gayanyeer lambat lah nak elok.. So kugagahkan jugak jalan perlahan-lahan... Alhamdulillah sampai jugak kedestinasi yang dituju..

Pagi ahad lepas memang crowd dekat taman botani ni ramai sangat, lagi ramai daripada minggu lepas.. Macam-macam aktiviti yang duk ada..

Mnas gan ayah berjogging lajunyer sampaikan ibu tertinggal jauh kat belakang.. Takper laa ibu follow dari belakang yaaa..

Bawak mnas tengok burung kat taman haiwan dan macam biasa laa becok mulut dia berlawan cakap dengan burung-burung tuuh..

Sampai separuh jalan nampak duk ada wakaf-wakaf tuk berehat.. So bukaklah bekal yang di bawak daripada rumah . Menu hari ni meehon goreng singapura.. Duk melayan makan tetiba ternampak la kat situ ada orang duk jual meggi sup.. Hah apa lagi duk try pulak meggi sup taman botani nih.?kat tengah-tengah hutan pun ada irang duk jual meggi jugak.. Haahaaa

Kali ni jogging kat trek jeer dan tak masuk buat jungle trecking sebab susah nak tolak stroller mnas tuu kat dalam hutan...takper laa... Tu pun mnas happy kan main duk berjalan naik turun bukit sampai lenjun satu badan.... Tak penat yaa sayang ibu nih...dalam pukul 10.30 pagi naik bas keluar daripada taman botani nih.. Tak larat dah nak jalan keluar... Hahahahaha

Balik daripada taman mnas tertidur belum sampai rumah lagi... Dah sampai rumah pun sambung tidur sampai pukul 2 petang.. Wah puyer laa penat anak ibu ni yaa...

Wassalam

Tuesday, May 22, 2012

Aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah recover sepenuhnyer daripada demam teruk minggu lepas, sampai mc dua hari.. Bila badan dah tak sihat semua kerja tak boleh buat...semua jadi tak kena dan tak boleh nak fokus untuk buat kerja..

Hujung minggu lepas takder sangat aktiviti yang heavy...

Sabtu(19.5.2012)
Bangun pagi terus teringin jeer rasa dihati nak pergi shopping.. Fikir puyer fikir terus pergi ke sunway piramid,, sampai kat sana mnas ketiduran pulak.. So ni sudah bagus, ada chance laa nak menyopping dengan aman damai. Kalau idok azab laa, coz dia pun akan sibuk nak shopping dan kemas sama barang-barang dalam kedai tuhh.. Umm so masuk jeer terus fokus nak beli apa dan tak sampai sejam semua barang yang nak beli berjaya dibeli dengan gumbiranyer... Umm sungguh efisien daa...

Lepas tu terus menuju ke rawang dan lunch dekat sana...pastu laju-laju menuju ke grand blue wave shah alam coz ada event makeup kat situ.. Huuhuu adik farah jadik model untuk dimakeup kan.. Kita tengok lah hasilnyeer macam mana nanti.. Hahaahuuhuuu
Bergambo-gambo dalam kete...eh eh nampak macam rakan sebaya pulok yoo..huuhuuu..ehem, ehemmmm..nak cakap awet mude laa tuee

Tengok lah hasilnya sebelum dan selepas.. Ummm sangatlah berbeza, lagi matang dan nampak macam comey laah..opps terpuji la pulok... Haahaa

eh-eh macam lain benor laa,, macam tak kenal jeer...iras-iras rita rudaini laa.....huuhuu
ada sapa-sapa nak berkenalan sila contact manager yaa...hehhehe

Wassalam

Thursday, May 17, 2012

Oliver @ Kuala Selangor

Assalamualaikum

Mnas sangat lah teruja bila dapat tengok oliver kat baby tv tuh.. Kalau pasang oliver mesti dia akan fokus jeer dan duduk setempat. Bila dah habis baru sambung balik aktiviti yang tertangguh. Rasanyer toddler memang suka binatang, kucing, lembu, monyet, ikan pun mnas suka gakkk. Tapi yang paling menjai chenta hatinyeer tak lain tak bukan 2 jenis binatang nih.. Nombor satu yang dia suka adalah kucing, meow, meow dan yang kedua adalah monkey or oliver.

Rancangan ni dah lama dirancang, tapi asyik tak menjadi jeer.. Ada jeer hal lain yang menyebabkan ianya tak menjadi. Minggu lepas pun nyaris-nyaris tak jadik juga, tapi kalau dah namanyer rezeki, maka sampailah kami anak beranak ke kuala selangor walaupun dah lewat. Bertolak dari rumah lebih dan kurang pukul 6 petang lebih. Sampai kat kuala selangor dekat pukul 7 petang. Dapatlah bermesra bersama oliver lebih kurang 20 minit sebelum azan magrib berkumandang. Jadi laa daripada nothing rite!

Sesampai kat atas bukit melawati nun, excited punyer laa jinak monkey or lontong2 nih. Manjanyer bukan main, depa tak usik orang tapi just nak makan ajeer. Pantang tengok kekacang nih, pasti orang yang bawak kacang tuh kena kejar...favorite depa nih, kacang panjang. Kacang ni boleh beli kat sana, ada orang duk jual satu ikat 1 ringgit. Kalau nak bawak dari rumah pun boleh jugokkk. Tidak menjadi masalah di situ.. MEH LAA KITA CHECK IT OUT gambar-gambar kat sana...
Ni tengah bagi makan, berebut-rebut depa nih nak rampas kacang2. Mnas masa nih macam takut2 lagi, siap pegang ayah ketat-ketat. Haaahaa
Masih lagi malu-malu dan takut-takut...mungkin sebab masa on the way tadi mnas tidur, so lambat nak panas laa nih... Lepas ni siaplaaa
Memang meriah laa kat sini, gan monyet yang jinak sangat dan juga gan karenah pengunjung yang masing-masing duk teruja bagi monyet ni makan. Permandangan kat sini pun amatlah menakjubkan, subhanallah, indahnya ciptaan tuhan ni... Mesti kena datang lagi lain kali, kena datang awal sikit.. Barulah puas menikmati keindahan suasana disini
Another sunset tapi ni di Kuala Selangor pula.....Alhamdulillah...
Wassalam

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Cikgu

Assalamualaikum
Selamat hari cikgu buat semua guru, pensyarah, guru tuisyen, guru mengaji dan semua guru-guru yang terlibat dalam arena pendidikan secara formal atau pun tidak formal. Pengorbanan dan jasa yang dicurahkan tidak ternilai harganyeer.
Dikesempatan ini, nak ucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang mengajar di sek. Keb. Tawang batch 1985-1990. Juga nak ucapkan hari guru buar guru-guru yang mengajar di Sek. Men. Beris Panchor batch 1991 - 1995. Jasa kalian amat besar buat diriku yang kerdil ini. Terima kasih dan teruskan berkhidmat untuk anak bangsa.
Belajar rajin-rajin yaa sayang.......
Hari ni masih demam lagi, mc dan bersenang-lenang di rumah ajeer.
Wassalam

Tuesday, May 15, 2012

Jogging di Bukit Charakah Shah Alam

Assalamualaikum

Just nak bagi warning, entry ni dipenuhi oleh gambar-gambar semata.. Jangan muntoh duk tengok gambar sudah..

Pagi sabtu bangun pepagi, semangat duk goreng nasik dan buat cekodok labu.. Dah habis memasak tup-tup ayah mnas duk mengajak pergi bukit charakah sebab nak jogging.. Wah berbunga-bunga riang rasa dihati sebab dah lama tak pergi jogging kat sana... Siap bawak bekal lagi tuu nasi goreng, cekodok labu, air teh panas dan air mineral...

Sesampai disana, wah terkagum kejab sebab ramainya famili dan anak-anak muda duk beriadah bersama-sama.. Ada yang tengah wat kursus laa, ada yang naik basikal laa, ada yang jogging laaa dan macam-macam ragam lahh.. Best-best..

Mnas ditinggalkan kat rumah kerana deman dan batuk-batuk belum baik sepenuhnyeer lagi,, sian anak ibu, nanti lain kali kita pergi sesama ya sayang...

Mula-mula berjalan ikut trek, pastu masuk dalam hutan wat jungle trecking.. Subhanallah betapa aman dan damainyeer di sini.. Hilang segala stress bila duk tengok permandangan yang sangat-sangat cantik terbentang di depan mata...

Kiranya 3 jam jugak la duk pusing-pusing dalam tu, sempat laa pergi taman 4 musim tu, panjat menara, pergi taman herba dan pergi tengok rusa tapi frust sikit sebab jambatan gantung tak dapat naik sebab tengah di baiki... Takper laa next time.. Next week kita datang lagi... Yahoo...

Budak-budak kolej tengah bergumbira duk carik harta karun...sebenarnya banyak klu di sorok kat atas menara tinjau nih..hahhahahha

Setenang air di tasik nih..takada ikan keer kat dalam tasik ni ya... kalau ada ikan boleh lah kita memancing..huuhuu
Mentari pagi menyinari alam semesta, ohhh indahnyeer.
Wakaf-wakaf yang duk ada untuk melepaskan penat dan lelah didada...
sapa-sapa yang lalu lorong nih mesti terkena sawan rajin jugak....
Macam pompuan melayu terakhir pulak duk berposing di atas tangga, sebenarnya agak gayat disituu.....lepas bersalin nih gayat nih makin menjadi-jadi jeee..ummm
Cantiknyeer lanskap ituu...bole tak kalau nak tiru wat kat laman rumah jugak....ummm hanya dalam mimpi laa jawabnyeer...
Sekarang musim panas....very hott laaa...heeheh
CAKKKK, Sesaja sekali sekala bergambar ala-ala gediks sikit..kuikui
Comey nyer moto ni....so aummmmmmmm

Lepas tu, dah malas nak bubuh capture kat gambar-gambar kat bawah nih...bolehlah kalau sesapa nak wat capture sendiri pun...hua huaa..

Wassalam