Saturday, June 30, 2012

Bersiaran daripada Intercontinental Hotel

Assalamualaikum....

Hari ni kena kerja laaa, pagi-pagi lagi dah pergi ke lrt stesen... Dah lama tak naik lrt nih..debar-debar rasa, kihkih nasib baik ada kawan yang sudi temankan.Kena kerja dekat Hotel Intercontinental Ampang, betul-betul berhadapan dengan ampang park..hoohoo lepas habis kerja bole lah merayap kat sini

Hari ni keja lebih kepada untuk support team dental buat free checkup for hotel staff sempena Staff day diaorang.
Banyak aktiviti untuk staff diorang yang duk ada....

Tengah sibuk buat preparation...

Boss tengah tengok anak-anak buah buat kerja...


Tengah sibuk merawat patient..

Cara-cara memberus gigi yang betul....jangan pakai belasah jeerrr..

Gusi yang sihat...pinkish yaaa...

Cehhhh tetiba duk buat lecture pulak yaaa...ummm apa salah nya yaa, ilmu sikit ni berkongsi bersama...sharing is caring rite...

Selamat beristirehat bersama famili dan orang-orang tersayang

Wassalam

Friday, June 29, 2012

Seharian di Tanjung Karang

Assalamualaikum

Salam Jumaat untuk semua.

Alhamdulillah dah sampai hari jumaat, umm tapi esok pun kena kerja jugak half day jee.moo man taii laah.

Hujung minggu lepas sabtu pagi-pagi lagi dah keluar rumah menuju ke Tanjung Karang sebab nak kena attend dua kenduri kawin sahabat handai MIL.. Teruja sebab pertama kali dapat pergi ke sana. Memang tak pernah sampai sebelum nih...sebelum sampai kat sana terbayang mesti sawah padi terbentang luas sana-sini..Tapi yang tak syoknyer sekarang bukan musim menanam padi. Bendang tengah dibajak sebelum musim menanam padi bulan 7 nanti..

Wah bila dah sampai sana, daripada jalan besar kena masuk jauh ke dalam lagi ikut jalan kecil yang mana kiri-kanan ada bendang padi yang nun sayup mata memandang. Pastu nampak rumah-rumah orang kampung kat tengah-tengah bendang padi tuhh..Ni yang duk ada dalam drama melayu ni, mesti duk shooting kat sini nih..Angin pun bertiup nyaman jeer..best betul...Terus terbayang kalau ada rumah kat tepi bendang nih, mesti kena tanam pokok kat tepi rumah pastu buat pangkin kat bawah pokok tuu...petang-petang boleh duk melepak kat situ makan goreng pisang kee, makan coleh pauh ker..hahahhahauuhuu, dah start berangan dahhh..sebenarnya bila sampai sini terus teringatkan kampung halaman. Dulu kat depan rumah pun ada pokok pauh pastu kat bawah pokok tu ada pangkin..so petang-petang memang jadi port untuk lepak beramai-ramai sambil makan colek pauh yang di ambik fresh dari atas pokok tuu..hoohoooo, indah betul memori dolu-dolu....

tengok tu betapa luasnya bendang padi, gambar just ambik dari dalam kereta aje..kalau ada padi mesti cantikkan hijau+kuning

Bila dah sampai lebih kurang pukul 11.30 pagi, Alhamdulillah makanan yang dimasak secara rewang dah siap dahh..apalagi terus terjah laa, memang simpan perut dari rumah lagi sebab nak makan kat kenduri nih..Kat sini semuanya dimasak sendiri dan menu dia pun lain daripada catering nih..sooo sedap ada lala goreng, kurma daging, ayam goreng panas-panas, air asam dan banyak lagi lah..Bubur pun ada,oooh tapi sayang tak sempat nak snap makanan dan jugak suasana masa kenduri tu sebab memang tak ingat lansung nak kuarkan kamera,, yang duk ingat dalam kepala nak makan jeer.. pastu sibuk nak gilir-gilir jaga MNAS sebab dia terlebih excited sebab kat depan rumah pengantin tuh ada tali air..MNAS ingatkan swimming pool, so dia apa lagi nak turun daaa...sabar jee laa..berpeluh-peluh duk lari sana-sini duk explore kawasan kampung tuhh..

Lepas dah kenyang dan borak-borak dengan orang kampung maka berangkat lah pula ke rumah yang kedua pulak..Actually rumah ni kerja kawin nya esok hari, tapi dah alang-alang datang hari ni sekali harung jeer lahh..takkan nak datang lagi esok nyee..Walaupun belum sampai harinya lagi tapi makanan dan kuih-kuih dah banyak terhidang untuk tetamu dah..oo rupanyeer adat orang jawa memang gini yaa..bagus-bagus dapat makan lagi..kuikui, makan sesajo..makan lagi seround nasi, tapi sikit aje just ratah lauk-pauk yg ada jee dan makan kuih muih

Ni antara kuih tradisi jawa yang ada, kalau tak salah nama kuih ni adalah LEMPIR

Cer closed up sikit
kuih ni dbuat daripada pulut dan intinya daripada udang dan sambal ikan yaa..kalau tak salah...dap-dap

Ni pulak baulu sabut pun sedap jugak, rasanye diorang bakar baulu ni guna sabut kelapa tuu ya..betul kee idok yaa?

rumah ditepi sawah bertiang tinggi..so klasik..cantik...kat bawah tuu boleh buat tempat kerja merewang.

tema tuan rumah ni pink dan purple...angin betul-betul kuat bertiup..nyaman jeerr

Lepas tu bertolak balik, tapi sebelum tu singgah dulu kat rumah sedara kat sini pun kat tepi sawah bendang jugak. paling kagum sebab disekeliling rumah ditanam dengan pokok bunga macam-macam jenis dan jugak pokok-pokok herba..Kiranya kalau nak masak or nak makan ulam tak payah nak beli lah..Bagus betul berbudi pada tanah



Orkid pun ada..


Petang baru bertolak balik kerumah, penat sangat tapi sangat seronok...Nanti lain kali kena pergi masa padi tengah menguning pulak...mesti amazing. Dalam perjalanan balik sempat lagi singah makan cendol durian,,nyummyy..tu next blog laaa...

Selamat berhujung minggu semua

Assalamualaikum










Wednesday, June 27, 2012

Ayah day

Assalamualaikum

Post kedua untuk hari ni, nak tebus balik yang seminggu tak berupdate. Cerita dah basi sepatutnya di up 2 minggu lepas. Tapi disebabkan kekangan yang macam-macam, tak apa lah janji ianya boleh dijadikan memori dan kenang-kenangan pada masa depan.

17/06/2012

Seharian duk melepak kat rumah jee, sebab ayahnya MNAS bz duk buat kerja. Sampai ke petang MNAS dan ibu dah naik meroyan dahhh. Hahahaa, MNAS sampai tahap bosan boleh pergi duk punggah almari duk carik tudung nak suruh ibu pakai..tu tandanya nak ajak pergi jalan-jalan...hoohoooo, sian dia

Lepas aje magrib bawak lah MNAS ke Sunway Piramid. Sampai dah agak lewat laa pastu duk melayan MNAS tengok maskot-maskot yang duk ada kat situ. Ingatkan MNAS suka laa nak pergi dekat maskot dan pegang-pegang..Rupernyeee, anak bujang ibu nih takut gan maskot tuhh..boleh dia menangis dan peluk ibu ketat-ketat bila bawak dia dekat-dekat tuk ambik gambar...hahahhahaa. Bila dah bawak jauh daripada maskot tuh hah mula lah dia berani duk jalan dan berlari sana-sini. penat ibu gan ayah duk mengejarnyeer. Setiap booth yang duk jual mainan kat tengah-tengah mall tu mesti dia duk menyinggah, pastu mesti tersangkut satu mainan puyer..umm nasib baik mainan yang duk jual kat situ tak mahal...

Dah penat jalan-jalan mula lah perut berkeroncong, so plan nak dinner kat delicious..umm tapi sedih jee sebab kitchen depa dah tutup.Takpe la kita makan kat Nandos pun ok.Alhamdulillah kitchen depa belum tutup lagi. Kesian kat ayah MNAS ya, ibu nak belanja benda lain dapat makan lain pulak. Ada rezeki kita makan lain kali yaa, sambil MNAS duk angguk-angguk kepala sambil tenyum-tenyum..Sambil makan sambil lah duk melayan MNAS tengok upin-ipin tuhh, favorite MNAS masa nih...Ibu gan ayah duk makan macam-macam MNAS hanya layan makan fries jee,,,...pergi mana-mana fries laa yang jadi pojaan hati nyeer..

Ayah happy jee dapat posing gan MNAS yaaa...

Tengok tu MNAS, sibuk jee gah tengok upin-ipin..suap ibu pun sambil mata tak lepas tengok kartun dia...hoohoo

kek untuk ayah, kotak pun tak sempat nak buang duk semak jee kat situ. Pavlova cake yang indah rupa dari rasanyee..lansung tak menepati ciri-ciri piawaian standard pavlova laa...umm mungkin jugak ramai orang duk beli kek hari tu, patutnya rasa dan rupe mesti lah seiring.. last time beli kat kedai tuu laa jawabnyaa..

Wassalam



Hantu Novel

Assalamualaikum

Dah bersawang dan berhabuk dahhh..huishhh banyak nyerr sarang labah-labah nih.. Kena buat spring cleaning nih kalau macam nih..hee-hee ampun maaf dipinta (almaklumla dah dekat hari raya) tuan rumah terbz sikit, tak sempat nak asah pensel dan nak refill ballpen yang terhabis ink,,gitu lah tak habis-habis dengan alasan lapuk dooo..Tak apa lah, harap nyer tak ada la orang yang rindu nak baca luahan dan repekan kat sini.

Sebelum masuk meeting meh laa kita potpet-potpet dulu. Rasanye semua orang ke setengah orang jee ya yang suka baca novel especially zaman remaja dolu-dolu. Hah ada yang duk angguk-angguk tu sambil senyum-senyum..haahaa hantu novel lahh tuuu. Ingat lagi zaman belajar memang kehulu-kehilir duk usung novel, bukannya usung nota or buku rujukan.kuikui, ni kata kat diri sendiri nih sebanarnya..Selagi tak khatam cerita tu memang tak tidur malam lah..sanggup tak tidur semata-mata nak tahu ending dia macam mana. Biasanya cerita last-last mesti happy ending puyer lah....kalau sad ending mesti moody jee..mood pun ikut swing sekali..Boleh pulak tuu, bial baca part sedih menitik-nitik air mata duk pulun nangis sama. Dasyat betul daya imaginasi tu baca novel macam tengok wayang pulak...Genius betul para penulis ni mempersembahkan dan menggarap setiap jalan cerita tu sampaikan pembaca pun boleh masuk sama dalam cerita tuu..huuuuuuhuu tabik betul lah..Kepada penulis-penulis di luar sana memang saya sangat respek kat anda semua. Boleh bagi tips tak macam mana nak start menulis nih...hehehheehhh, sudah nak jadi penulis lah pulak..

Tapi betul lah kegilaan baca novel tidak tamat begitu ajer,sampai sekarang pun masih lagi gila baca novel cuma kekangan masa je yang membataskan untuk khatam membaca sesebuah novel tu sepantas kilat. Kalau dulu satu novel boleh habis dalam masa satu malam jee..Tapi sekarang mungkin ambik masa 2, 3 hari.Almaklum lahh banyak tanggungjawab lain yang perlu diutamakan kan..Kalau dulu sanggup tak makan tuu ataupun sambil makan sambil baca novel tu...huuhuu, kemaruk betul..

Kat sini nak share sikit pasal favorite author dikala ini, tak lain tak bukan Ramlee Awang Mursyid (RAM)..Boleh katakan semua novel dia dah khatam samada beli sendiri atau pun cilok daripada anak sedara yang memang gilerr sangat dengan penulis nih..huhuh, sekali diri pun tergiler sama..hahahha

oppss tersenget pulak gambar nih, sila lah senget kan kepala yaa...Ni tak semua koleksi yang duk ada, almaklumlah selalunya tumpang baca jeerr..ekekekekekek


Ni cerita terbaru RAM iaitu sambungan daripada cerita pengembaraan Laksamana Sunan nih..nih buku terakhir kiranya penamat segala kisah tentang Laksamana Sunan..oohh sedih nyee, dah yang terakhir ya..umm takperlaa nanti tulis series lain pulak yaa...hoohooo

Kali pertama baca karya RAM ni adalah novel TOMBIROU...Memang lepas baca cerita nih, terus jatuh cinta kiranya terjebak laa dan tak sabar nak baca cerita seterusnya karya RAM nih..Kiranya macam ehhh dah kuar keer ekk citer terbaru RAM nih..Macam ketagih nak baca, hah macam penasaran gituh...

Ok, dah kena masuk meeting dah..sooo sesapa yang belum pernah baca karya RAM nih try lah baca, lepas tu baru tahu macam mana feeling dia lepas tuu...ok, cow cin chuu...


Wassalam



Wednesday, June 20, 2012

Berjimba-jimba bersama sepupu

Assalamualaikum

Dalam meeting room, sementara big boss sampai untuk memulakan meeting marilah kita update blog sekejab.. Memang minggu ni, kena curi-curi masa untuk buat itu dan ini...

Ni cerite hujung minggu yang lepas, hari sabtu.. MNAS sangatlaa happy bila sepupu-sepupu nyeer datang. Bukan main lagi bising mulut dia. Bila dengar jee suara tak tengok muka lagi nih, terus muka berseri-seri sambil tepuk-tepuk tangan. Pastu mula laa gelabah dan tak sabar nak turun bawah untuk jumpa sepupu2 nyeer tuu.. Nak mandi pun dah tak tentu arah dah..alahaiii, so suweet

Bila dah dapat jumpa mula laa lari sana lari sini ajak abang adam, abang awish dan micha main.. Semua mainan yang duk ada semua duk punggah.. Hoohoo, memang MNAS rapat sangat gan abang Adam, abang Awish dan Micha nih... Daripada kecik lagi duk main sama kan... Macam dengan Micha memang membesar bersama..MNAS akan main dengan aman damai dengan Micha nih. Dua-dua boleh bertolak ansur dan faham dah peel masing-masing.. Memang susah nak gaduh atau berebut barang mainan laa... Kalau MNAS tengah main something then tiba-tiba Micha datang nak main jugak, MNAS akan bagi jee tanpa ada gaduh-gaduh. Macam tu jugak bila Micha tengah main mainan nih then MNAS ambik dari tanganye, Micha bole jeer duk relax jee tanpa merempan-rempan nak balik.selalu happy jee main sesama..harapnya sampai ke besar diaorang ni rapat dan jaga each other...

Umm mana big boss ni,, tak sampai-sampai lagi. Tak apa la boleh lah merempan lagi kat sini..

Umm tak aper laa kena stop dulu, ada keja nak buat dahhh..

Wassalam

Monday, June 18, 2012

Assalamualaikum

Selamat berminggu baru... Semoga hari-hari yang akan dilalui ini akan diberkati dan dipermudahkan setiap urusan olehNya..

Minggu yang sangat sibuk, mungkin tak dapat nak ber blog sangat.. Kena curik-curik masa untuk update dan melawat blog kengkawan semua..

Harapnya minggu ni semuanya sihat sejahtera dan dibawah lindungan Allah selalu hendaknya

Wassalam

Thursday, June 14, 2012

Roti jala serawa durian

Assalamualaikum

Hari ni update blog untuk cerite semalam punyer. Tak berkesempatan nak update semalam sebab kepala duk ting tong dan badan tak berapa sihat..duk pulun menulis tapi tak ada penamat so sambung cerite hari ni pulak laa..

Sekarang ni kat mana-mana pun ramai orang duk jual durian. Ada yang murah dan ada yang mahal.. Kalau musang king tu mahal laaa, tarikan untuk membeli ni memang macam magnet daa, nak2 sekarang kawan-kawan blogger asyik duk up menu berasaskan durian jeer.. So apa lagi terjebak sama laaa..

Beli 3 biji durian balik daripada kerja terus jee menonong ke dapur. Tak sempat tukar baju bagai, terus buat serawa durian dan masa tuu laa pulak daun pandan lupe nak beli.. Ummm macam mana tuu..serawa durian tanpa daun pandan, tak kick laa gituu. Hah baru duk teringat kat depan rumah ada duk tanam pokok pandan dalam pasu, terus laa kedepan tengok apa laa cerite daun pandan tuu.. Fuhh ada lagi tapi kesian sangat sebab kurus kering macam tak cukup makan jeer.. Heehee takpe boleh laaa.. Janji ada daripada takada..

Sesambil tunggu serawa durian masak bancuh laa tepung untuk nak menjala roti jala pulak.. Debar-debar sebab first time buat nih.. Saspen betul laa. Mula-mula buat satu cawan tepung jeer, Alhamdulillah menjadi dengan tunjuk ajar encik assistant, ayahnyee MNAS. Rasa seronok pulak bila tengok hasilnye terus bancuh lagii 2 cawan tepung... Excited punye pasal dapat satu mangkuk besar.. Boleh la bawa ke ofis, menjamu kawan-kawan. Alhamdulillah rezeki lebih dikongsi bersama..

Dinner makan Roti jala cicah durian ,, ummm heaven nyeer..orang buat dessert, kita ni buat menu utama pulak.. Haaahaaa, lepas tuu baru gigih duk carik nasi pulak.. Ohh overload dan terbalik kot pulak..

Punyer la seronok sampai lupa nak snap gambar yang proper.. Bila dah dekat ofis baru teringat nak ambik gambar.. Janji ada yaaa... Maaf laa dengan gambar yang tak semengah tuuu.. Heeehee, dan roti jala pun tergaring sedikit, amatur jeer. Kikii

Wassalam

Wednesday, June 13, 2012

Bila Diri Di Sayangi

Assalamualaikum

Mesti semua baru habis makan tengahhari ni, masing-masing perut tengah ketat la tuu ya..haaahaa sesambil duk berehat tu mari lah kita layan lagu nih. Lagu ni, amat bermakna liriknyee, memang menjadi nostalgia sampai bila-bila. Lagu ni selalu di mainkan masa bersama kawan-kawan dulu masa duk belajar, masa team building dan masa kursus dan motivasi. Memang lagu ni boleh menaikkan semangat kita, especially bila kita bersama kawan-kawan dan keluarga yang sentiasa bersama kita masa susah dan senang, jatuh dan bangun bersama.
Lagu ni memang berunsurkan ketuhanan, meh laa kita ikuti bait demi bait dan cuba selami maksudnyee
Tajuk/Lirik Lagu: Bila Diri Di Sayangi
Penyanyi: Ukays

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir

(Korus) Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

(ulang korus)
keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..


Masa duk carik lagu ni kat youtube terjumpa video ni yang di upload oleh Zana, memang setiap lirik itu di olah dalam caranya yang tersendiri yang memang boleh dijadikan panduan dan renungan untuk kita semua. Sebab tu laa rasa nak share video nih..best sangat.  Kredit pada Zana dan tq sebab upload di youtube..


Wassalam

Tuesday, June 12, 2012

kisah ibu dan anak....

Assalamualaikum

Selamat pagi semua, harapnya hari ni semua urusan dipermudahkan olehNYA. Alhamdulillah hari ni, bangun dengan penuh kesegaran dan kesihatan kembali semula pada tahap terbaik..Alhamdulillah, 2, 3 hari ni badan rasa lemau je dan kepala rasa tak selesa. Kalau badan tak sihat, semua benda yang kita buat tak sempurna kerana kita tak boleh fokus dan tidak dapat melaksanakan semua tugas dengan sebaiknya. Nikmat kesihatan yang diberikan olehNYA sekarang digunakan sebaik-baiknya kejalan yang diredhai olehNYA. Jika nikmat itu ditarik balik, menyesal pun dah tak guna. Sentiasa lah berbuat baik antara sesama kita, berbaik sangka dan sentiasa berfikiran positif, baru lah aura positif tersirnar di muka kita....eceeewahh...sedikit renungan untuk diri sendiri sebenarnya...Kita kena selalu bermuhasabah diri, mengingatkan diri kita sendiri apa tujuan asal kita di dunia ini...

Ok, kembali kedunia realiti hari ini sebenarnya ada kursus dari pagi sampai la ke petang. so, memang tak dapat nak melawat kawan-kawan semua, kalau ada masa InsyaAllah kita pergi ketuk-ketuk pintu rumah demee yaaaa..

Hari ni saja jee nak tepek gambar-gambar yang dapat menenangkan diri di kala diri runsing, gundah gulana dan konfius dalam meledani kehidupan seharian. terapi diri penting untuk mengembalikan segala semangat dan aura positif dalam diri masing-masing.
Hanyalah sebuah kisah ibu & anak..
Saat-saat indah di kongsi bersama dia

Dalam hidup ini, bila dia takut dan tidak terdaya melangkah hulurkan tangan untuk sama-sama melangkah menuju kedestinasi seterusnya.

Bila dia sedia untuk berlari dan takut terjatuh, depa kan lah tangan untuk memeluk & merangkulnya..

Dunia ini tidak terjangkau luasnya dek mata dan akal, ajarilah satu persatu supaya dia kenal apa erti kehidupan

Love u both......
Wassalam

Monday, June 11, 2012

Masterchef selebriti

Assalamualaikum

Ahad (10.06.2012) Selamat makan tengah hari dengan keluarga tersayang. Apa menu istimewa hari ni ya? Wah hari ni mesti extra istimewa ya sebab semua ahli keluarga berkumpul reramai. Esok dah start sekolah balik, mesti rumah dah kembali sunyi....

baru jeer habis lunch, tak ada menu fancy pun just makan gulai kawah kenduri, kerabu mangga dan goreng ikan kering talang.dap, dap.... Menu macam tu pun, siap bertambah-tambah. Terbabas diet hari nih.... Huhuuu takpee lah rezeki yang datang tak elok dibiarkan begitu jeeer..haaahaaa so baik kita belasah jeee... KikiiiKerabu mangga tu sebenarnya terpengaruh dengan blog masakan kawan-kawan nih...kebetulan mangga muda duk ada kakak ambik dari kampung so apa lagi, baik buat kasi habis terus. Kalau dibiarkan, alamaknya busuk dan buruk gituuu jeer lah.. Puas hati dapat makan kerabu mangga daripada kampung halaman nih... Terubat sikit rindu kat kg halaman ni.

Wah mukadimmahnyer panjang berjela pulak, heehee sebenarnya nak citer program yang duk suka tengok sekarang ni masterchef selebriti. Memang suka lah, daripada 1st masterchef Malaysia lagi duk follow. Seronok tengok semua yang masuk program ni ni berbakat dan kreatip.. Setiap cabaran yang diberi semuanya dapat dibereskan dengan kreatif dan inovatif. Dulu suka tengok kak shariah memasak sekarang suka baca blog akak pulak


Masterchef selebriti ni seronok dan tertunggu-tunggu nak tengok sebab macam-macam ragam dan drama setiap episod. Mereka ni semua memang ada bakat memasak, bagi saja apa cabaran dan menu mesti hasilnyeer pun kababom dengan nama menu yang kababomm dan kreatif..Presentation makanan pun cantik dan menarik...umm Tomok pun boleh masak laa, bila dah ada program macam ni baru kita tahu selebriti-selebriti kat Malaysia ni memang boleh memasak dan tidak canggung di dapur. Kalah orang-orang biasa termasuk lah diri sendiri..wooo woooo..sob sob..


source: astro

Sekarang pada pandangan mata seorang yang tak berapa nak reti memasak ni, peserta favorite adalah Dato Fazley dan Angah. ummm Farouk Hussein pun ok gakk.. Dorang ni cool jeee, tau-tau dah siap menu-menu yang best-best.. Nampak dalam tv best laa, mesti rasa dia pun best jugakk kan..


source: astro

Malam sabtu hingga selasa setiap pukul 9 malam memang terconggok laa depan tv, nasib baik MNAS selalu tido awal, good boy. Tapi kadang-kadang tunggu punyer tunggu depan tv, alih-alih tv yang duk tengok kite..haahaaa, sedar-sedar dah habis dah...aisehhh.. dah semangat dah duk tunggu ni, tapi mata ni tak boleh ditahan-tahan daa.. kalah jua akhirnyeee..

Lepas lunch semalam duk tengok ulangan episod malam sabtu hari tuu, tak sempat nak tengok sebab ada hal..siap ada tema euro tuu..kiranya demam bola pun melanda masterchef jugakk..hahaha bagus betul ada benda-benda maca ni. semua group berebut-rebut nak dapatkan bendera kesukaan masing-masing. Haahaaa, sampai Soo Vinci pun kompius..


source:astro

Semalam siapa yang terkeluar ya? Serina ke?awal-awal dah terzzz depan tv, so miss lagi laaa..Adoiii...
source:astro

Selamat memulakan minggu baru dan selamat bersekolah semula buat anak-anak dan adik-adik yang semangat nak pergi sekolah hari ni, selepas 2 minggu bercuti..

Wassalam

Sunday, June 10, 2012

Euro 2012

Assalamualaikum

 Deman bolasepak dah mula dah..mesti geng lelaki duk kusyuk tengok game team masing-masing...jangan ada yang pergi kerja dengan mata merah udah laaaa..Kedai-kedai mamak mesti penuh jeer sekarang nih, skrin besar dah tentu laa duk ada.Bagi isteri yang mana suaminyer pencinta bola mesti duk berbulu jer ya, yalah remote memang depa laa yang duk kontrol... Haaahaa, tak apa laaa kan bagi jee laa peluang dan ruang kat depa nih...bukannye lama pun...( berapa lamaa ya euro ni nak habis? Macam dah out to date pulak sekarang nih, tak tau dah brp lama)

Kalau dulu memang pencinta sukan, termasuk lah bola nih..piala dunia, euro dan epl memang ikut pendek kata kalau nak join bersembang pasal bola nih memang tak malu lah... Dulu-dulu(cehh masa muda-muda laa, sekarang dah mengalami penuaan sikit) apa saja sukan memang menjadi kegilaan. Sanggup tuu pergi tengok hoki kat bukit jalil, pergi tengok bola kat stadium, semangat kental sungguh. Semangat kesukanan memang berkobar-kobar dan membara sangat. Kalau tak pergi tengok game kat stadium memang rasa resah dan gelisah jeer. Tapi memang lain laa kalau tengok bola kat stadium nih, perasaan dan feeling dia memang lain macam..syoik habis, semua orang bersorak dan beri sokongan tanpa mengira penat... Semua orang pun buat benda yang sama, tuu yang lagi semangat..Kalau dulu-dulu kalau time piala dunia mesti sokong team england jeer, sebab ada Beckham.. Ummm encem sangat Beckham masa tuhh.. Haahaaa tengok bola keer tengok orang nih... Kikkiii, sambil menyelam minum air daaa.. Haahaa lawook, lawok.Source: encik gugel

Pastu kalau epl lak tak lain tak bukan mesti sokong team MU... Dulu minat sangat gan Ronaldo, hebat betul budak tuuhhh... Tapi bila Ronaldo dah pindah ke Real Madrid terus laa dah tak minat dah MU tuhSource:encik gugel

Sekarang ni, dah tak ada masa dah nak layan game2 bola nih, yalah selalunyeer game main tengah- tengah malam jeer, so tak dapat laa nak tengok.. Dah tak gigih lagi nak bersengkang mata duk tunggu bola nih. Semangat cintakan sukan ni tetap meninggi, terutamanya bila team Malaysia main nak-nak badminton dan bolasepak.. Memang akan tunggu dan tengok, depan tv jeer laaa. Sekarang ni bila tengok bola dah ada geng... MNAS pun suka tengok jugak. Bila tengok mesti mulut dia bising jeer asyik duk sebut goal, goal tak sudah-sudah... Haahaaa goal-goal jeer yang dia nak tengok kikiiii. Tak kisah laa bola tu masih kat tengah padang ker, bola tu out keer tetap laaa dia bersorak goal, goal, kuang kuang.. Euro kali ni pun layan gakks, ni pun sesambil duk menaip mata duk tengok game belanda vs denmark tapi dah tak de team yang spesifik laa nak sokong. Sekarang ni hanya support satu jeer laaa, ni diaa

Malaysia selalu di hati....aummmmm.

Wassalam

Saturday, June 9, 2012

Good morning

Assalamualaikum

Selamat pagi Malaysia....jom kita pakat ramai-ramai exercise.. Tak kira lah main badminton keer, futsal, slow walk, jogging or apa-apa ajeer yang boleh keluarkan peluh nih...

Hari ni ada lagi keer undangan kenduri kawin? Rasanyer dah kurang laa ya coz tinggal sehari jeer lagi sebelum sekolah bukak semula...

Baru jeer lepas buat slow walk dengan MNAS pusing satu taman nih. Wah peluhnyer boleh tahan jugak laa..sesambil duk jalan sambil tengok kucing... Nasib baik ada kucing-kucing disepanjang jalan nih, boleh laa jadi bahan untuk MNAS tuk duduk elok-elok atas basikalnyee..

Kat taman nih macam-macam pokok tuan rumah yang rajin ni duk tanam...Umm bagus laa ada semangat untuk menghijaukan bumi dan berbudi pada tanah nih... Bagus-bagus.. Kat depan rumah pun kena start tanam pokok jugak laaa... Pokok durian boleh keer? Haaahaaaa


Wassalam