Tuesday, November 27, 2012

BZ dooo'ooh...

Assalamualaikum

Lama duk biar sawang-sawang ni bertempek..sapu-sapu bersawang balik..hoohooo..Masih disini melalui hari-hari yang sentiasa bz dan sangat cepat laaa berlalu..bangun pagi, datang ofis, pulun buat kerja sedar-sedar dah pukul 5pm..time to go home...macam tu lah rutin hari-hari, apa-apa pun Syukur Alhamdulillah kerana masih berupaya nak buat kerja dan melalui hari-hari seperi biasa. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Banyak cerita yang nak dicoretkan disini, tapi masih tak dapat nak up2 kan jugak...Bila tengok balik gambar-gambar dalam folder rhupernyeer banyak betul cerita yang duk hutang lagi nih...ummmm
Bila ntah nak mula, takper lah pelan-pelan kayuh...
UNtuk selingan hari ni, rehat jab sebab fenatt sangat duk kehulur-kehilir daripada pagi lagi...

Hobi MNAS dimasa lapang dan dimasa tak lapang...
tuu diaa, tak kira dimana dia duk memulun susun toys dia...kereta dan lori-lori laa, apa lagi kan..

Ni sebenarnyeer kat stesen minyak pukul 6 pagi, singgah solat subuh masa on the way balik daripada kb ke kl masa raya haji hari tuh....tak kira kat mana dan tak kira masa pukul berapa..Asalkan dia nampak ada space mesti dia duk angkut toysnyee tuk didisplay..hahhahaha

Dulu dia pandai susun memanjang jer, sekarang ni dah macam-macam pattern cara susunannya...rajin betul anak ibu ni ya...


ok nak kena sambung keja daaaa....rajin-rajin buat kerja yaa...tuu pesanan untuk diri sendiri tuu..hikhikhik

Monday, November 26, 2012

Selamat malam...

Assalamualaikum..

Bila anak teruna ni dah tido, senyap sunyi rumah jadinyeer.


suka duk tengok muka MNAS bila dia tidur...tenang jeee, masa dia tidur ni memang pantang satu jee, tak boleh nak potong kuku dia..nyenyak macam mana pun dia tidur sure sedar punyerrr..ummm






Gud nite untuk semua

Wassalam

Thursday, November 8, 2012

Sejuk hati ibu...

Assalamualaikum

Dah khamis dah hari ni, tinggal sehari lagi sebelum masing-masing bercuti panjang meraikan Deepavali, kita kan satu Malaysia... Haahaa yang kita ni pulak duk pulun ambik cuti panjang ya... Kihkih mengalahkan kawan-kawan kita yang berbangsa india pulak..baru la meriahkan... Dok gitu

Kali ni memang tak ambik cuti panjang sebab tak ade plan nak pergi mana-mana pun, just nak golek-golek kat rumah jee gan MNAS nanti..

MNAS sekarang ni dah makin pandai nak ambik hati ibu gan ayah terutamanya ayahnyeer laa. Bila keluar pergi mana-mana kalau kita cakap awal-awal kat dia toys tak boleh beli hari ni maka dia akan pandang ajeer la toys yang duk jual tuhhh...

Petang-petang pulak bila ambik ibu dari ofis, dari jauh lagi bila tengok ibu turun dari tangga bising sekali duk bersorak happy dalam kereta tuuh. Bila ibu masuk jer kereta terus salam ibu, cium ibu dan hug ibu...oohhh hilang segala penat dan stress kat tempat kerja.. Terbang dibawa angin lalu teruss,, heehee. Begitulah indahnya perasaan seorang ibu bila dapat ciuman dan hug daripada anak-anak mesti happy kan.

Terus teringat kat mok kat kampung, hati seorang ibu akan happy sangat kalau dapat tengok anak-anak kat depan mata kan.. Nak-nak kalau semua dapat berkumpul...biasanya bila anak-anak dah kawin masing-masing dah susah nak berkumpul bersama-sama, ada jeer hal masing-masing sorang ke hulu sorang ke hilir.. Umm itu lumrah kehidupan kan..masing-masing kena ingatkan diri masing-masing sesibuk mana pun kita jangan pernah lupa pada kedua orang tua kita, tanpa mereka tiada lah kita di dunia nih. Cariklah masa untuk menjenguk mereka, bila kita dah praktiskan ikatan kekeluargaan ni daripada awal lagi pada masa yang sama ini akan menjadi tauladan pada anak-anak kita pulak..

Harapnya mereka akan amalkan apa yang kita dah asuh dan terapkan pada mereka sedari kecik itu.. Dan bila kita dah tua kalau dipanjangkan umur, InsyaAllah mereka juga tidak akan lupakan kita.... Aamin

Wassalam

Wednesday, November 7, 2012

Monday, November 5, 2012

Kacang putih jeer ni...

Assalamualaikum

Hari ni nak kabor perihal anak bujang sorang nih.. Semalam sehari suntuk duk terperap kat rumah, almaklumlah hujan tak berenti-renti mencurahi bumi. Aktiviti outdoor memang tak boleh nak buat dan MNAS pun tak boleh nak main basikal.. Nasib baik dia tak meroyan, sebab dia bz duk memunggah mainan dia..

Lepas satu, satu mainan dia duk punggah pastu bila dah boring main yang tu ambik yang lain pulak.. Semua mainan favorite dia tak lain tak bukan adalah kereta dan yang sewaktu dengannya..bila dah bosan main kereta dia beralih pulak main game dalam hp ibu, game favorite yang dia suka main pun game kereta.. Adoiii, kegilaan terhadap kereta makin menjadi-jadi laaa... Naik kereta pusing-pusing dan jalan-jalan lagi laa dia suka, bila naik kereta terus duduk kat sebelah driver...bukannya kat seat sebelah tapi dekat hand rest driver tuu... Hoohooo

Petang semalam dia bawak keluar kereta remote dia, dah lama x main so takder bateri laa. Ibu sibuk duk bukak penutup bateri dengan screw driver dia duk usha jeer. Bila dah siap masukkan bateri dalam kereta nak bukak la pulak remote tu sebab nak tukar bateri jugak hah cepat-cepat dia ambik screwdriver tu kononnya nak tolong ibu.. Muka nya dengan penuh konfiden nak bgtau ibu biar dia yang buat.. Biar anak jantan yang buat, ibu duk diam-diam kat tepi yaa... Kononnya dah terer laa tu nak baiki dan bertukang sendiri... Ibu duk bantai usik dan gelakkan dia pun dia tak pedulik, fokus sungguh duk membeger mainannyer tuu..

Ni ahh tengok aksinyer bukan main lagi...


Friday, November 2, 2012

Happy faces @ bbq

Assalamualaikum

Versi bergambar tanpa cerita yang panjang masa bbq itu. Kebanyakkan gambar ni diambik candid jeer, takde nak pose-pose bagai.

nenek gah sibuk duk proses hotdog, cucu sibuk nak tolong..bagus cucu nenek yaa

Wah anak dara saper ni, rajin nyerrr sesapa yang berkenan nak buat menantu bole call kiter yaa..hahahhaha

Ramai-ramai duk melepak sambil borak, abang Ikram sorang rajin duk bakar ayam tuu..ngeh ngeh

Orang lain semua tidur, amzar pulun makan ayam sorang-sorang ya...mulut tu comot makan apa?



Micha dah bangun tidur, ke baru nak tidur nih.....

Lambat betul kan diorang ni bakar ayam, meh laahh kita semua wat ketupat palas dulu.....

Sebenarnya ramai lagi yang takda dalam gambar nih, cameraman terlupe nak snap agaknyeer sebab dah teruja tengok kengiuran ayam, ike kerisi , sotom dan hotdog bakar tuuuu..so apa lagi serbuu...

p/s: To Fatin, Farah, Azim (oRE rAWE), Abang Yie (Ore-ore kuantan), orang2 Jee B, gg dan Epie - Best betul ayam, ike, sotom dan hot dog nih..eh lupe nak bagitau jagung pun ada..nyum-nyum, jage risau kito ore doh make untuk korang dah... .hahahhahaha...best hingga menjilat jari tuuuu...nyumn yumm..

Wassalam.

Bbq @ jembalcastle

Assalamualaikum

Bila cerita pasal kemeriahan menyambut raya korban belah-belah pantai timur ni memang laa tak dapat nak disangkalkan. Dua-dua raya kat kelantan ni memang meriah. Raya korban pun meriah jugak.. meriah dengan makanannya, pergi mana-mana rumah pun dapat makan nasi dengan daging.. tak kisah laah daging masak apa pun, daging goreng, daging singgang, daging gulai, daging bakar, daging sup, nyicoh perut (best tuuu) dan banyak lagi lah menu yang berasakan daging..

Hari pertama hingga hari ke3 raya korban memang meriah dengan daging sebab boleg dikatakan semua rumah ada buat korban. Daging-daging korban ni, semuanya disedekahkan untuk fakir miskin dan sedikit sahaja di ambil untuk dimasak dan dihidangkan kepada keluarga dan tetamu yang datang. Bila pergi berjalan beraya memang kita akan dijamu dengan nasi berlaukkan daging tak kira bila (siang dan malam).

Petang raya kedua hari tu, sebab dah sedikit muak makan daging so we olls pakat-pakat laa nak buat BBQ bakar ayam, ikan, sotong dan hotdog pulak.. Memang daging dah tak boleh masuk dalam senarai dah....

Terma kasih pada Cik Yah dan Cik Inin sekeluarga sebab bertungkus lumus memproses bahan-bahan mentah nih, daripada pergi beli segala mak nenek barang keperluan untuk buat BBQ nih hingga lah proses memerapnya...Alhamdulillah..

Acara bakar membakar ni mula agak awal selepas solat asar sebab belah malam tu semuanya nak duk berehat sambil borak-borak dan cik min dan family dah nak bertolak balik ke KL dah malam nanti.. Kiranya first time buat BBQ ni belah siang aka petang...Best jugak ya, sebab boleh nampak semua proses membakar tuh berjalan dan kanak kanak pun riang bebas bergumbira bermain sesedap rasa tanpa rasa takut-takut..hoohooo, kalau belah malam kang gelap sikit, kat kampung manalah ada lampu sport light ke, lampu jalan ke kan....

Ini lah ghuper 3 ekor ayam yang telah siap diproses dan diperap..


ikan kerisi...

Muka-muka happy sambil duk sabar menunggu hasil pembakaran itu....hehhehe


MNAS macam biasa tak suka nak makan benda-benda yang dia jarang makan ni, mungkin dia rasa pelik kot...Sibuk duk main motor baru dia ituww


Orang lain duk kecoh makan pun dia tak peduli...huuhuu

baik jeer MNAS ni duk posing kat atas tangga, geng dia Micha tidur pulak..Kalau tak memang kehulu-kehilir dan adengan kejar mengejar akan berlaku.heeheee

Ini lah ruper sotong yang lepas dibakar, gabar ayam, ikan dan hotdog tak sempat nak disnap sebab masak jee habis, masak jee habis tak sempat nak di snap..laku macma goreng pisang panas..

Alhamdulillah semua duk happy makan BBQ nih, bukan saja happy dapat makan sesama, tapi dapat bekerjasama sama-sama...bertukar-tukar cerita dan yang paling penting dapat mengukuhkan lagi ukhwah dan ikatan kekeluargaan. InsyaAllah selagi hati kita semua bersatu apa jua masalah dalam keluarga dapat diselesaikan bersama. Segala anasir-anasir luar yang cuba menganggu gugat ikatan kekuargaan ini akan kita tepis bersama. InsyaALLAH, sesama saling percaya mempercayai dan bersatu hati dalam setiap perkara yang sudah berlalu dan akan datang... Segala dengki, persengketaan antara sesama kita akan menjadi kemegahan dan kemenangan bagi unsur-unsur luar yang senantiasa menantikan detik-detik perpecahan dan pergaduhan kita. Oleh itu, kita kena bersatu hati (sambil mengangkat dalam ke atas, macam berpidato ituuee)dalam apa jua keadaan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain supaya ikatan kekeluargaan ini akan terus erat dan ketat selama-lamanya....

Renung-renungkan dan selamat beramal

Wassalam

Beraya @ cameron highland

Assalamualaikum


Salam Jumaat untuk semua... Hari yang amat menenangkan dan harapnya hari yang membahagiakan untuk semua.

Hajat dihati nak menyambung cerita syahdu dipagi raya korban rituu, sebelum terlupa...


Pagi raya itu...
Pagi-pagi lagi bangun terus bersilat gan MNAS sebab dia terlebih excited sebab dapat tido kat hotel kott...ummm rupanya anak ibu nih suka tidur kat hotel yaa...Wah sengkek lah ayah nanti..hehehheheh. Punya lah payah nak ajak dia mandi pagi tu, sebab banyak benda lagi dia tak habis nak explore..Biasanya bila ajak mandi jeer, bukan main lagi suka sebab dia boleh bawak kereta kesayangan dia untuk di cuci sekali sambil mandi. Hahaha, memang MNAS sayang sangat dengan semua koleksi mainan keretanya. Bila dah habis main, dia akan susun ikut gaya dan style dia kat atas meja dan lepas tu kalau dapat tisu ke, kain ke dia akan lap kereta-kereta dia tuh...hahahhahaha, kononnya kereta dia tu kotor sangat laaa..bila dah habis lap, dia susun balik...

Kali ni, pagi raya rasa sunyi jee sebab tak riuh macam biasa, kalau kat kampung pagi raya memang kalut dan riuh sebab masa tuu laa duk pulun memasak, masa tu la nak siap-siap dan masa tu la jugak nak pergi menziarah pusara ayah, nenek, pakcik, makcik dan sedara mara yang terlebih dahulu di jemput oleh Ilahi. Memang kalut sangat sebab lepas balik daripada menziarah tu, dah kelam kabut nak pergi solat sunat Aidiladha pulak. Biasanya solat sunat hari raya Aidiladha ni, di buat awal sedikit berbanding dengan solat sunat aidilfitri sebab lepas tu nak mulakan acara korban pulak..Kalau lambat mula, lambat lah nak habis. Nak-nak banyak lembu dan kambing yang berderet gah menunggu giliran untuk dikorbankan.

Sekeluarga dipagi raya, MNAS dan ayah sedondon berbaju melayu hijo (baju raya puasa rituu, hehhehe) baju ijo ibu dah mengalami pengecilan yang amat dasyat..hahahha so memang dah tak muat...kalau "terok" pakai jugak akan koyak rabak laa jadiknyeer, macam hulk hogan lak nanti...so ibu terpaksa berjubah di pagi raya. Bila dah turun kat kafe hotel untuk breakfast semua orang pandang tak lepas-lepas sebab majoriti yang menginap di hotel adalah famili arab dan chinese jee..Memang lansung takda famili melayu..Sebab tu depa pandang semcam jee..mesti depa duk pelik apa kejadahnya sambut raya kat cameron sama-sam gan diorang pulak..Hahaaaa, tapi pak-pak arab tuu serenok lah duk wish happy eid kat kitaorang...


MNAS happy memanjang, makan pun tak nak..excited punye pasal...


Dua beranak tengah fokus, ayahnya fokus makan MNAS pulak fokus duk main dengan koko krunch nyee...


Ini lah juadah kami anak beranak di pagi raya.....

Lepas dah habis breakfast yang mana makan pun sepantas kilat, makan untuk alas perut jee. Cepat-cepat check out dan bertolak balik ke KB sambil berdoa jangan lah ada jem lagi...dah dua hari dah di perjalanan, tak sampai-sampai lagi kat kampung. Sebelum turun sempat lagi tu singgah menyopping sayur-sayuran dan jagung untuk di bawa pulang. Murah betul sayur-sayuran kat sini ya, dah lah murah fresh pulak tuuu. rasa macam nak beli semua jenis sayur yang ada jee, sebab geram sangat dengan kesegarannya...

Ikut highway cameron highland (Lojing) ke Gua Musang memang best sebab smooth jee, tak banyak kereta...pemandangan kiri kanan jalan memang cantik dengan bukit-bukit dan pokok-pokok yang menyegarkan mata memandang...

Akhirnya selepas 2 hari perjalanan, Alhamdulillah selamat juga sampai di kampung tepat pukul satu petang....Alhamdulillah happy sangat sekali lagi dapat meraikan hari raya korban bersama-sama keluarga tercinta....walaupun sedikit terlewat, takapa laa itu pun pengorbanan jugak tuuu..hehehhehe


Wassalam