Tuesday, March 18, 2014

PD Waterfront

Assalamualaikum

Hujung minggu lepas, anak-anak dedua tak sihat penangan jerebu yang melanda bumi Lembah Klang ini. Bacaan IPU mencapai sehingga 200. Ujian dan ingatan kepada kita tentang sesuatu perkara. Abang dan adik mula demam, batuk dan flue hari khamis, malam jumaat dedua makin melarat. Jumaat terpaksa ambik EL tak sanggup nak ditinggalkan dua beradik ni. Perintah berkurung dikenakan, memang dedua tak boleh keluar rumah.

Alhamdulillah pagi sabtu abang gan adik beransur sihat. Petang selepas ayah habis kerja, dah kesian tengok adik ni duk bising jeee mulutnya. Boring laa gamaknya satu minggu duk terperap dalam rumah. Jom laa kita jenjalan ke tempat yang kurang jerebu nih. Mana lagi yang paling dekat, moh laa kite ke PD. Bertolah pun dah agak lewat dalam pukul 3 lebih. Sepanjang perjalanan dapat lihat kiri kanan highway rumputnya habis kekuningan dengan kesan terbakar dan masih ada asap lagi. oohh begitu teruk kemarau melanda negara.

Sepanjang jalan dua beradik dibantainya tidur, senyap sunyi laa. Boleh laa ibu gan ayah berdiskusi perihal keluarga dengan aman.. Haaahaa kalau tidak ada jee nak gaduh, berebut barang. Adik pun kan main lagi dah pandai dahh..

Pukul 4 lebih sampai lepak dulu kat pantai Teluk Kemang, try naik kuda satu round. Pastu Nampak gerai coconut shake, apalagi menonoh la ke sana....

Kesian kuda ni duk menampung beban 4 beranak, sib baik satu round jeer. Abang pun tak rekues buat beround2 so ibu ayah wat senyapp jee laa

Adik duk sibuk tengok bebudak main basikal yang kayuh sambil baring tu..apa nama yaa?

Hah adik ni, ibu gan ayah kan main lagi duk berselfie dia bolayan duk pandang tempat lain.

Best dapat lepak sesama, ramai orang duk mandi manda dan ada jugak yang duk main jet ski. Abang takder pulak merengek nak main air so memang tak turun ke gigi air lansung. Hajat dihati nak lepak nak tengok sunset tapi cuaca dah mendung berarak dah.. Nasib baik sempat berlari ke kereta kalau idak lencun laa anak beranak jawabnya. Hujan turun selebat-lebatnya. Alhamdulillah. Sempat minum coconut shake gan keropok lekor, jadi laah dapat lepas rindu suasana di pantai Irama nun...

Sebelum bertolak balik singgah kejab ke PD Waterfront. Rasanya baru jee siap ni yaa, wah boleh tahan deretan kedai-kedai yang boleh jadi tempat tarikan baru untuk ke PD nih. Ada banyak kedai-kedai makan yang boleh jadi tempat lepak kat sini, ada Starbuck, sushi, McD, kfc dan banyak lagi lah. Memang betul-betul mengadap laut. Nampak kapal-kapal yang tengah berlabuh tuu. Peaceful...


Kalau ada disediakan kerusi-kerusi lagi bagus boleh duduk sambil menikmati keindahan dan kecantikan ciptaan Allah S.W.T


Abang happy dapat berjalan sambil mata tak lepas duk usha ada tak tempat jual mainan.hahhaha


Ni lepas dapat pau ayah beli pistol buih tuuu. Main sesorang sebab adik gah sedap tidur...kroih kroih


Suasana senja di PD Waterfront

Wassalam

Monday, March 17, 2014

Hujan

Assalamualaikum


sumber: google image

Alhamdulillah bumi ini disirami hujan selepas berpanasan sejak sekian lama. Sejuknya rasa dan barulah kita sedar nikmat hujan yang diturunkan Allah ini. Bumi Shah Alam dan kawasan sekitarnya menerima hujan sedari daripada petang sabtu, membawa ke hari ahad dan hari ni petang isnin. Syukur...

Alhamdulillah,
damailah jiwa-jiwa yang resah,
segarlah tanah-tanah kering dan tandus,
padamlah api-api yang melata,
di bawah tanah gambut merata,
suburkanlah tanaman yang ada,
penuhi empangan yang kontang,
supaya semua mengecapi nikmat yang dikurnia,
syukur padaMU atas kurniaan,
semoga terus mensyukuri setiap yang diberi...
Thank you ALLAH...

ALHAMDULILLAH

Wassalam

Monday, March 10, 2014

#PRAYFOR MH370

Assalamualaikum


Tanggal 08/03/2014 Industri penerbangan negara telah dikejutkan dengan berita MH 370 hilang daripada radar dan tidak dapat dikesan jejaknya...

09/03/2014, masih lagi tiada perkhabaran...

Hari ini, 10/03/2014 Isnin yang rasanya sangat lain, selepas kita semua digemparkan dengan berita MH 370 nih. Perasaan yang bercampur baur, sedih, terkejut, dan bermacam-macam lagi perasaan. Seluruh negara menangisi dan menanti dengan penuh debar sambil tidak putus berdoa semoga semuanya dipermudahkan dan ditunjukkan jalan menjejak MH 370. Harapannya kepada seluruh keluarga penumpang MH 370, semoga tabah menghadapi segala dugaan dan ujian daripada Allah S.W.T ini. Teruskan bersabar dan berdoa dan berdoa dan berdoa kepadaNYA....


Source: Google image


Wassalam

Friday, March 7, 2014

Kedai Nab

Assalamualaikum

Wah sana-sini duk riuh bercerita pasal artis HS ni yaa.. Umm setiap orang ada pandangan dan pendapat memasing, rasanya tak perlu lah duk kalut sangat duk berbicara pasal orang tu, orang ni begitu begini. Kita ni belum tentu lagi elok perangai dan pembawaan diri sendiri. Kita doakan yang baik- baik jee untuk semua orang. Supaya dibukak kan pintu hati kita dan semua supaya sentiasa berada dilandasan yang diredhai olehNYA.

Kedai Nab, cehh macam glamer je si Nab tuu yaa. Siapa Nab tu? Haahaa, sejujurnya tuan punyer diri pun tak tahu siapa Nab tu.. Tapi Kedai Nab ni memang tempat wajib untuk pergi terjah kalau balik kampung. Kedai Nab ni aka pasar pagi laa, ada 3 kali seminggu hari isnin, khamis dan sabtu. Paling happening pagi sabtu laa sebab ramai orang, kan hari cuti tuu. Macam-macam jenis kuih muih & makanan tradisi kelate duk ada no, memang rambang mata dan jadi giler. Macam semua nak, nak tu, nak ni...nak pulut kace, lompat tike, buah peria, lakso lemok, nasi berlauk, kole kace, tepung bungkus, lepat pisang...ummm dah rase meleleh-leleh dah air liu nih.

Tu dia tengok gambar tuh, ada tu sampaikan tak tahu pun nama kuih tu apa..Pastu sendiri jakun.Kuih yang merah bungkus gan daun pisang tu pun tak tau nama apa, yang ijo tu pun tak tahu apa..Huhuuhuu


Ni pulak kuih-kuih kering, nise kerek, sos pencicah, keropok makan selalu. Juling mata nih dibuatnya..Borong-borong wat balik kl.. Harga memang murah laa, sebab tu la rasa macam nak beli semua jee..


Terpusing-pusing pulak kuih nih, telengkan kepala sikit laa yaa adik-kakak.


Hah ni pulak ada lakso gan laksam, biasanya kat kelate nih laksa gan laksam nih makan gan kuah lemak buh pulak kacang potong tambah sikit cili, perggg terangkat... yang duk ikat dalam plastik tu acar pisang gan kerabu sare'e.


Macam-macam color duk ada tuh, seraber pun ada, lama dah tak makan seraber nih..yang merah ijo tu mestilahh lompat tikam original puyer...mari-mari murah-murah satu singgit jeerr ke 50 sen jee?umm lupa suday.

Ni pulak bahagian lauk pauk untuk nasi belauk, nasi kerabu gan nasi dagang. Pilih jee laa nak lauk apa ada ikan tongkol gulai, ayam masak merah, ayam gulai..muroh-moroh jee semua tuh... Ni yang rasa nak balik kampung jee nih.. Nasib baik kampung jauh cuba laa kampung tu ambik masa 4 jam je mesti tetiap bulan berdesupp jee balik.....kampung ku tempat tumpah darah ku....sedap-sedap sampaikan Damia pun duk terliur daaa...

Meleh-lelah air liur adik daaaaaa...Adik Damia control sikit mulut tuuuu..hehehheheheh

Selamat berhujung minggu semua..

Wassalam