Wednesday, April 16, 2014

Happy 1st birthday sayang

Assalamualaikum

15/4/2014 genaplah setahun my princess Damia Hannah ni.. Dah besar laa anak ibu nih, sekejapan saja masa berlalu anak ibu dah satu tahun.. Selamat ulang tahun pertama sayang


Sepanjang setahun ini, Alhamdulillah adik Damia membesar dengan sihat dan ceria. Seingat ibu hanya dua kali demam yang agak teruk dan yang lain-lain hanya lah biasa-biasa sahaja. 
Setiap hari ada jee benda baru yang adik duk belajar, balik jee kerja macam-macam report yang ibu terima. Bagus adik, explore laa dunia ni yaa. Learn from experience day by day...

Tengah duk giat praktis untuk berjalan..

Macam-macam benda yang adik nak cuba sebab semuanya nampak menarik di mata. Cuba laa adik sampai berjaya.

Sudah pandai jeles dengan abang, bila ibu balik jee kerja masuk jee rumah, sukanya bukan main wajahnya berseri-seri dan minta di dukung. Bila ibu saja nak sakat buat-buat tak tahu, mula laa dia menjerit dan menangis tunjuk protes.. Heheehee.. #Noty mom

Bila main gan abang selalu kena buli, semua yang adik pegang senuanya abang tak bagi. Terkebil-kebil tengok abang, walau camna abang marah dia, tetap dia senyum n suka nak main gan abang. Dah pandai jeles gan abang dah,...
Anak dara ayah ni dah besar, sudah satu tahun... Macam-macam aksi dia buat bila gan ayah, kononnya nak tunjuk kat ayah yang adik dah big girl.. 

Kesayangan ayah...

Kesayangan ibu.. Tak boleh tengok  ibu mesti nak minta didukung.. Kalau ibu ada kat rumah memang melekat macam ada gam gajah jerr..

Kesayangan ayah, ibu dan abang. Senyuman dan gelak tawa adik menceriakan hari-hari kami semua.. Cepatnya adik membesar, walaupun begitu adik tetap baby dimata ibu...my sweetheart, my angel, my princess and my everything... We love u adik Damia

Doa kami semua semoga adik sentiasa dibawah lindungan Allah selalu, diberkati dan membesar menjadi anak yang solehah...semoga adik terus membesar dengan sihat dan menjadi muslimah unggul dan sejati.aamin

Selamat Ulang Tahun Pertama DAmia HAnnah...





Sunday, April 13, 2014

Hari sukan

Assalamualaikum

Semua orang pakat duk seronok nak main, mungkin dah lama tak bersukan bagai ni secara berjemaah. Bagus betul buat hari sukan nih, boleh pakat-pakat duk release tension.

Hari sukan ni diadakan pada hari rabu, 9/4/2014. Aktiviti ini salah satu aktiviti kokurikulum pelajar-pelajar tahun 1,2 3 & staff. Staff punyer la duk excited dipukunnya masuk semua game yang duk ada. 

Badminton mix double gan mix futsall pelajar vs staff. Acara pertama dimulai dengan futsal, wah somput mak encik nak habiskan 10 minit nih, terjelir lidah. Punyer la dah lama tak berfutsal ni rasa gelap jee pandangan nih, tendang pun ikut dang jeer. Nasib baik takder orang yabg cedera. Game pertama seri, game kedua nan ado nak menang sebab semua penat sebab duk pulun main badminton masa rehat.. 

Masuk dua acara dua-dua kalah, haha tapi seronok sangat semuanya sporting staff dan pelajar. Semua all out sambil have fun, nampak ramai bakat-bakat yang terpendam yang selama ini tersorok.

Dah tau takkan dapat laa piala pusingan nih, so kita bergediks dulu sebelum juara sebenar menjulangnya.

Patner badminton, lawan dah bagus dah cuma kurang stamina nak fight gan student. Lain kali kena fokus 1 game je baru bole all out dan puas hati. 

Satu lagi faktor kekalahan sebab dia ni laa. Hahahah main kat sebelah court gan hafiz hashim yang duk praktis gan adik twin dia hafizi gan hafifi.. Larik fokus tuu, terer sangat depa ni, sup sap sup sap gitu...


Acara penyampaian medal untuk pemenang.. Tahniah! Futsal juaranya pasukan staff(tapi bukan kitaorang) dan badminton student tahun dua muncul juara... Takper kita bagi chan dulu kat orang lain tuk menang... Takpe, ambik leerr.. Haahaa

Overall memang best dan terbaik penganjurannya. Tahniah untuk semua

Wassalam

Wednesday, April 9, 2014

Riadah pagi

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni, nak cari masa tuk bawa anak-anak beriadah dah makin payah. Mungkin duk banyak sangat carik alasan sampai takder masa nak mulakan. Haahaaa, typical mother mehhh. Hari biasa memang tak sempat laa nak curik masa sebab sampai rumah pun dah dekat pukul 7 dah.. So tak sesuai bawa anak-anak kekuar beriadah waktu gini. Sabtu and ahad camna pulak? Sabtu memang tak bole sebab sabtu adalah hari wajib ibu main badminton dengan geng-geng ofis. Abang Nuh jee laa yang boleh ikut, adik Damia masih belum boleh ikut. Besar sikit lagi ibu bawak ya sayang.. Selalu buat muka kalau kena tinggal gan ibu dan abang.. Biasee dia tuu, dah pandai siap juih-juih mulut lagi.. Kelako 

Alhamdulillah hari minggu lepas dapat bawak dua beradik ni pusing satu taman sambil tengok kucing dan burung. Cuaca baik gan berangin pelan-pelan. Nyaman ajer.. Suka adik Damia sambil duk tepuk-tepuk tangan. 

Abang Nuh lak sibuk duk ajak ibu lari, lari, lari. Tu kononnnya nak ajak jogging laa tuu.. Hahaahaaa pelan-pelan cakap gan abang hari ni kita tak yah lari, jalan jeer pelan-pelan sebab adik nak tengok kucing, meow meoww. Terus dia jawab ok... Heeheheh, phuii selamat...nasib baik abang bole terina reason yang ibu bagi...

Macam-macam benda duk tunjuk kat adik.

Dah penat berjalan, sesi inspection basikal adik pulak. Adik ni tak duduk diam laa asyik nak panjat berdiri atas seat tuu.. Ayooo adik ni badan jeer haluih tapi lasak kan main..

Siap duk sembang-sembang lagi dua beradik ni sambil menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa nih.. Dah habis round satu taman dekat satu jam jugak laa, moh laa kita balik hari pun dah makin panas... Jom balik, masa tuk sarapan pagi.. Ummm best nya kalau hari-hari boleh spend time gan anak-anak cam gini...boleh buat macam-macam... Salab satunyaa shopping!!!! Hahhaahah, later.

Wassalam

Wednesday, April 2, 2014

Movie date

Assalamualaikum

Dah berapa lama dah tah tak jejak kaki ke pawagam. Banyak kali dah en. Hubby nih duk berzikir jom tengok wayang, jom tengok wayang. Selalunya plan jerr laa tapi tak pernah nak jadi. Haahaa yalaa belah malam ni kadang-kadang dua
beradik ni tidur lambat gakss..hujung minggu memang tak laa coz memang time tuk anak-anak jeer. Tak menyampai hati nak tinggal depa nihh..

Malam semalam decide angkut abang sekali tengok movie. 
Ayah yang terlebih teruja nak bawa anak bujang melayan movie

Ok laa abang Nuh well behave sepanjang 2 jam tuu.. Boleh bawa lagi, tapi bila part yang cemas kaki pun terangkat-angkat sama. Pastu tak menahan mulut pun bising semedang.. Haahaaa nasib baik ada ramai budak yang duk bising sekali...


Lain kali kita tengok movie lagi bila ada cerita yang sesuai dengan abang ya...adik Damia tinggal rumah, kecik lagi belum masanya tuk melayan movie nih....

Wassalam

Tuesday, April 1, 2014

Taman Burung Kuala Lumpur


Assalamualaikum

Kejab jee rasa dah pun habis cuti sekolah. Kebetulan masa cuti sekolah ni lah ibu bizi lak, banyak benda nak kena handle kat ofis. Ada final exam la, nak kena organiza workshop bagai so end up memang lansung tak ambik cuti. Abang duk terperap kat rumah laa sepanjang minggu. Bila fikir balik kesian pulak so fikir punya fikir baru teringat yang kat area lembah klang ni pun banyak tempat yang boleh dilawati, bawak anak-anak tuk have fun...terus block dalam kalendar sabtu 28.3.2014 tuk bawa anak-anak berjalan...

Pukul 8.30pagi dah keluar, punyalah semangat ( ibu gan ayah yang terlebih excited nih). Nasib baik adi Damia pun bangun awal, macam faham-faham jee diaa tuu. Breakfast pun tak nak kat rumah kononnya ayah nak makan kat dalam taman burung tuu.. Baiklaaah ikut kan jee laa,, heehee tak payah nak buat breakfast..


Pukul 9.15 dah sampai, rupanye dah ramai laa pengunjung terutamanyanya pelancong asing. Apa-apa pun beli tiket dulu... 
Harga tiket berbeza malaysian gan pelancong. Kalau tak salah Malaysian dewasa rm 25 seorang, kanak-kanak rm12 dan adik Damia dapat masuk free..tq..


Sebelum masuk kena pakai gelang dulu, masa ni abang Nuh buat muka pelik, mesti dalam hati duk tanya mana lah ayah gan ibu nak pergi nih.


Bila dah masuk terus teruja bila tengok burung-burung berterbangan jinak atas kepala tuu.

Jinak sungguh burung-burung nih, tu siap bagi makanan lagi sambil duk lari takut tengok muncung burung tu panjang dan tajam. 
Tengah beristirehat sambil menikmati sarapan pagi..
Jalan punyet jalan terjumpa dengan sicantik dan sigogeous nih, dari belakang macam tak berapa cantik, cerr tengok dari depan pulak.. Jeng jeng
Wah cantik nyeer diaaa tuu.. Kombinasi warna yang sangat menawan. Subhanallah....
So apa lagi berphoto gediks laa gan si anggun nih.. Gah duk syok berpose tetiba ramai pulak pelancong duk tunggu turn nak ambik gambar jugak.. Hahah nasib baik  tak payah ambik nombor giliran.. Kikiki...

Meneruskan perjalanan, Alhamdulillah cuaca pun cantik jee siap berangin lagi tuu. Nyaman sangat rasanyeee...
Jumpa pulak burung satu badan warna merah.. Cantikkk..
Ini bukan songbirds tapi burung merak yang gah kuncup...

Berhenti rehat kejab, ingat nak breakfast tapi gerai-gerai kat dalam tu takde pulak jual makanan tuk breakfast. Air-air tin, kotak gan jajang jee duk ada.. Kalau adapun dekat Restoran Hornbill nun, malas dah nak patah balik jalan je laa dulu.. 
Seronok abang duk tengok burung-burung nih sambil mulut tak diam wakau sekali..nasib baik abang tak tanya ibu ni burung apa, tu burung apa? Walaupun abang tak tanya ibu tetap nak bagitau jenis-jenis burung tuu gakk. Nasib baik ada banyak signboard yang duk ada kat situ.
Tu gah cuak tuu sebenarnyaa, takut-takut burung tu duk patuk, muncungnya tuu boleh tahan panjang gakk..
Family photo.. Abang dah penat dan lapar.. Masam jeer
Adik pun penat gak duduk minta didukung pulak..

Memang berbaloi-baloi lah bawak anak-anak tengok burung nih, bukan setakat anak-anak yang happy ibu gan ayah pun happy jugak... Hahahaha, nanti bila adik dah besar boleh datang lagi....InshaAllah

Wassalam