Friday, June 5, 2015

Farm in the city

Assalamualaikum..

Kita update secara pukal hari ni, masa terluang ni guna sebaiknya.. Gitu lerr, update secara pukal pastu berhibernasi lama pulak lepas ni.. Camna la nak jadi blogger tegar macam ni. Tak konsisten. Tak apa lah buat lah macam mana pun asalkan kita happy dan hidup tak kacau orang dan menyinggung hati sesiapa.. Ceh ter tazkirah la pulok..

Citer kat atas tu ditulis seminggu lepas, duk peram dalam draft. Hari ni baru lah hegeh-hegeh nak sambung citer...

Agak skeptikal bila mr hubby ajak ke Farm City nih, ye lah hari tu baru jee pergi zoo. Beza nya dimana sihhh, pastu duk bayangkan tempatnya yang luas dan panas ting ting. Ummm kat zoo hari tuu pun tak habis nak explore dah semua duk pancit dan meragam. Ni nak pergi lagi ke tempat cenggitu... Oohhh typical mentality as usual.. Hahahah.

Nasib baik lah mr. Hubby ni berkeras nak bawak jugak anak-anak. Good job saii yang👍.

Jom kita mengembara bersama dalam Farm in the city. The must place need to visit if ada anak-anak sekolah rendah ke bawah, yang ada anak sekolah menengah keatas pun boleh gak bawak kesana,,.. Sesuai untuk seisi keluarga..

Ooh chop! Bila yaa pergi ni... 16 mei kot.. Tu dia dekat sebulan baru hegeh-hegeh nak update kat sini..

Sesampai kat sana dah tengah hari parking space masih banyak.. Cantik takyah nak berlanggar bahu bagai gan orang lain.. Kikiikii, ambik family pakej so cover sekali gan tiket masuk ibu, ayah anak-anak dan berserta lunch serta ada souvernier...berapa ringgit lupa sudah...

Melangkah masuk terus jatuh cinta sebab suasanya sangat redup, berangin sebab banyak pokok-pokok besar dan tanaman memanyungi sekitar. Berkonsepkan taman yang sangat nyaman. Tu nampak pintu masuk tu kiri kanan ada jeer pokok semedang. Adik gan abang seronok sangat laa nak buat larian pecut, terus ibu bukak loud speaker remind dorang untuk berhati-hati dan jalan pandang depan takut terlanggar apa-apa.

Redup kan? Best kan... Kena turun tangga dulu sebelum dapat beramah mesra dan bersatu dengan flora dan fauna(gulp, ayat tak boleh blah).


Sebelum start our exploration lets wefie first..heehee anak dara yang tengah on mood bertudung..suka dia bila bagi pakai tudung..muka dah tak sabar nak turun bawah..

Masuk je dalam tu disambut oleh kura-kura gergasi. Besar betul kekura nih, tapi depa nih selamba jee duk excited nak main keliling kekura nih. Abang yang penakut pun jadi berani bila tengok adik selamba badak dia je pergi duk beramah mesra.


Adik ni memang selamba jee dia, pencinta dan suka gan binatang-binatNg nih.
Gan rusa pun selamba dia jer duk
Pergi usap-usap buat macam usap kucing. Siap minta makanan gan zoo keeper nak bagi makan kat rusa nih. Nasib baik abang-abang kat sini suka melayan....ramah mesra depa-depa noh semua.

Cer teka binatang apakah itu... Besaq..berlingkar-lingkar

Itik, angsa dan sewaktu dengannya pun ado..

Ni favorite spot adik, taknak berganjak dari situ. Sambil bagii makan arnab tu, sesambil lepa mata dimasuknya kangkung tu ke mulut dia. Menjerit-jetit ibu kat situ, sib baik arnab-arnab tu tak terkejut sama. Kononnya nak test sedap ke tak makanan arnab nih.. Ummm mia, mia...

Kat sini ada jugak parit tuk tangkap ikan, siap ada jaring gan baldi tu.. Mia menangis-nangis taknak gerak daripada sini sebab syoik duk tangkap ikan. Padahal sekor ikan pun tak dapat, action jee lebih adik nih...sebenarnya memang sudah pun nak tangkap ikan dalam parit ni,,ibu pun belum tentu boleh dapat dik..

Abang ni lak hantu sangat nak naik kuda. Selagi tak dapat naik kuda selagi tu laa dia berzikir tak berenti.. Horse, horse... Iyalahh bang pergi laa beratur.. Tak payah bayar sekali dengan pakej masuk..

Banyak lagi ada binatang-binatang unik dalam ni. Memang rekemen sangat tempat ni untuk semua. Best!
Nanti nak ulang datang lagi... Bila tu, belum tahu lagi...

Wassalam

Ulu Yam

Assalamualaikum..

Salam jumaat penghulu segala hari buat semua. Moganya tika dan saat ini semua berada dalam ketenangan dan bawah rahmat naunganNYA.

Lama betul tak buat aktiviti outdoor gan anak-anak. Lama jugak tak buat aktiviti makan-makan kat tepi sungai sambil main celup-celup kaki tangan dan kepala dalam sungai nih. Dulu masa gah study kat UM boleh katakan kerap buat rombongan cik Kiah kesini gan gang-gang sekepala. Pagi lagi dah sampai sebab nak "chop" spot terbaik nak lepak-lepak ni. Bawak makanan biasanya meehon goreng, kopok, dan yang paling best ayam yang dah marinated yang tinggal nak bakar jee kat sana. Ooh heaven betul, makan, terjun tiruk dan main air hingga kuku tangan semua biru dan kecut. Naik makan lagi, terjun lagi sampai laa petang. Selalu jugak gi bakor-bakor gan familiy members. Best sangat!

Tak boleh jadi nih, kena mula balik aktiviti best gini gan kengkawan dan family members. Kalau nak ikutkan takada masa memang tak akan ada la masa sampai bebila hingga laa menutup mata..(cry, miss dolu-dolu). 

Langkah pertama kena bawak dua beradik ni biasakan diri celup-celup kaki di air sejuk nih. Dedua lambat panas kalau tang air nih, penakut macam ibunye gak kot! Meh la kita biasa-biasa kan diri dulu supaya dapat enjoy bila nak buat aktiviti gini masa depan. Tengok camna...umm

Pegi pun dah petang, sampai sana dalam pukul 4, orang dah tak ramai banyak tempat kosong. Bagus, takyah nak rebut-rebut pilih spot best bagai.. Percubaan aje.. Abang muka excited bila nampak air terus tanya ibu ada fish yaa... Huuhuu asal air jee mesti ingat fish. Suka nau dia dengan fish ni. Adik pun sama sambil makan aiskrem sambil bebel fish, fish..memang tak laa abang gan adik ooooi, sini kita datang nak test n buat eksperimen jee bukan nak tengok fish bagai.. Hahahaa

So adik mangsa pertama, siap pegang aiskrem lagih sambil celup-celup kaki. Menjerit-jerit sebab air sejuk sangat. Tak nak dia bila disuruh duk dalam air tuh. Apa lagi kena laa gan ayahnya, lagi laa dia melalak-lalak lagi kuat. Takut ayahnya lepaskan dia dalam air leer tuu.. Lelama sonok pulak dia..

Hahaha kena rendam pun tatap tangan tak lepas aiskrim tuh.. Kikii. Last-last aiskrim tu cayor tak sempat makan, bagi kat monyet-monyet kat situ. Rezeki depa..

Masa turn abang kena rendam, kan main dia gelakkan abang yang duk menjerit-jerit tuh.. Nasib ko laa abang, turn adik dah lepas ekkk. Siap tepuk-tepuk tangan tengok abang kena rendam gan ayah.. Hehehe.. 

Kena datang lagi nak biasakan dua beradik nih supaya dapat explore alam sekitar and back to the nature. Lama-lama mesti diorang rasa seronok macam mana kita seronok duk explore masa muda-muda dulu. Tetttt sekarang dah tue ke?huuhuuu makin hari makin terasa tue itu....


Wassalam