Assalamualaikum
Mesti semua baru habis makan tengahhari ni, masing-masing perut tengah ketat la tuu ya..haaahaa sesambil duk berehat tu mari lah kita layan lagu nih. Lagu ni, amat bermakna liriknyee, memang menjadi nostalgia sampai bila-bila. Lagu ni selalu di mainkan masa bersama kawan-kawan dulu masa duk belajar, masa team building dan masa kursus dan motivasi. Memang lagu ni boleh menaikkan semangat kita, especially bila kita bersama kawan-kawan dan keluarga yang sentiasa bersama kita masa susah dan senang, jatuh dan bangun bersama.
Lagu ni memang berunsurkan ketuhanan, meh laa kita ikuti bait demi bait dan cuba selami maksudnyee
Tajuk/Lirik Lagu: Bila Diri Di Sayangi
Penyanyi: Ukays
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir
(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu
Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
(ulang korus)
keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
Masa duk carik lagu ni kat youtube terjumpa video ni yang di upload oleh Zana, memang setiap lirik itu di olah dalam caranya yang tersendiri yang memang boleh dijadikan panduan dan renungan untuk kita semua. Sebab tu laa rasa nak share video nih..best sangat. Kredit pada Zana dan tq sebab upload di youtube..
Wassalam
nostalgik sungguh lagu ni. suka sgt!
ReplyDeleteramai orang suka kan lagu nihh...best..
ReplyDeleteTq sue kerana sudi berkongsi yaa.. akak memang suka menyanyi *dalam toilet* hehehe syyyyy.. cakap sini habis sini lah ekk..:)
ReplyDelete