Thursday, May 29, 2014

Famili

Assalamualaikum

Kan dah cakap memang susah bebenar nak mementenkan diri tuk pot pet pot pet kat sini.. 

Ni rasanya citer bulan lepas, berkesempatan balik ke kampung sekejab. Cuti yang tak di rancang, kebetulan en hubby ada keja kat sana so moh la kita ikut sekali.. Seronok kan main 2 beradik tu kalau dapat balik kampung. Kalau tak salah bertolak malam khamis 24/4/14, tuu dia dah satu bulan lebih dah. Takper la sajer je nak tepek gambar-gambar yang duk ambik hari tu sebagai kenang kenangan...

Bila balik kampung susah kan main dia nak tidur, ingat nak explore jee..
Abang pun sama, seronok ramai orang duk melayan... Terkekeh-kekeh jee
Rindu saat-saat begini, lapangnya fikiran dapat habiskan masa gan orang tersayang nih..
Adik seronok main ombak dan pasir pantai.. Tak takut pun... Abang gah membongkang dalam kereta, penat sangat laa tuu...

Seronok adik dapat terbang...

Group photo, masa yang ada digunakan semax mungkin...#familifirst..

Menjejak kembali tempat-tempat bermain disuatu masa dahulu...Alhamdulillah...masih diberikan kesempatan

Romantic couple...

Bless... Dapat menghirup udara segar dan melihat nelayan pulang membawa rezeki kepangkuan keluarga..

Adik seronok sangat dimanjai semua...terutama Cik Yah..

Syukur, dapat habiskan masa bersama menikmati sarapan terbaik di tempat terbaik jugak... Ramainyaa manusia..

Berselfie gan anak bujang on the way balik kl. walaupun sekejab, syukur sesangat masih lagi diberikan masa untuk bergembira dan mengembirakan orang-orang yang tersayang.. Alhamdulillah

Wassalam

Monday, May 12, 2014

Meraikan Damia setahun

Assalamualaikum

Terasa macam siput sedut saja, terhengeh-hengeh lambatnya mengupdate citer kat sini. Berkali-kali berazam nak mencoretkan sesuatu setiap hari tapi nan ado.. Huuhuuu, kalau dulu seorang jee yang nak kena lepas kawalan trafik berhp ni kat rumah, sekarang dah bertambah sorang lagi kena lepas.. Hahhaa dedua abang gan adik dah pandai nak berebut hp kalau tengok ibu mula duk godek-godek telefon kat tangan. Abang gan youtube nya syok duk melayan robot transformer dan adik pulak sesuka hati duk tekan, scroll, picit screen hp tuu kalau dapat kat dia. Habis di dial nombor yang duk ada dalam contact list tuu. Huuhuu, bila check list recent call macam-macam orang di telefonnya. Hai adik-adik... Biasa dia ni..

3/5/2014 lepas Alhamdulillah dapat buat kenduri kesyukuran sempena Damia setahun. Rezeki adik ada dapat di kongsi bersama gan kawan-kawan, sanak saudara dan jiran tetangga. Dapat sesama bertemu muka, bertegur sapa dan makan-makan sesama. Alhamdulillah rezeki yang ada dapat dikongsi sesama...

Majlis bermula daripada pukul 2 ptg hingga 7 malam. Seronok dapat jumpa ramai kengkawan lama yang dah lama tak jumpa. Ibunyaa lak yang terlebih seronok... Heheheeheh
Kek yang jauh ditempah daripada ukay perdana, memalam buta pergi mengambiknyaa.. Jauh jugak area ampang gan shah alam ni rhuperrnya. Bertemakan minnie mouse sebab adik Damia memang suka melayan mickey & minnie nih..excited adik bila nampak minnie ni kat ats kek tuu, abang pun sama tak sabar nak memotongnya.

Cupcakes pun bertemakan mickey & minnie gaks. Terima kasih pada auntie Zie yang bertungkus lumus menyiapkan cake & cupcakes nih..sedappp n cantik

Segala dekorasi dan table setup di pulun buat sendiri oleh ibu bersama-sama gan adik farah.. Huuhuu esoknya nak majlis malam tu baru terhengeh-hengeh nak mendeko bagai. Sampai tertidur-tidur pun tak siap jugak. Bersambung pulak waktu dinihari keesokkan harinya. Alhamdulillah berjaya jugak siap sebelum tengah hari. Hasilnya pun boleh tahan jugak, puas laa hati sendiri. Kalau hati orang lain tak puas pedulik laa. Haahaaa. Adik gan abang bila bangun pagi tuu terwow wow... Kagum lee tuuu, nasib baik tak ditariknya belon dan juntaian-juntaian tu.. Kalau idak menangis tak berlagu laa ibu nak memanjat dan menempek nyee lagi sekali..huuhuuu

Lepas dah siap deko dan setup meja candy, cake, cupcakes dan choc fountain berhempas pulas pulak bergotong royong kat dapur. Alhamdulillah ramai yang sudi membantu..


Gambar potong kek takda pulak dalam simpanan, ni dah siap bertukar baju dah Damia. Merimas jee dia, takleh rasa panas mula lah dia nak ter hek sana terhok sini.
Happy sangat dia sebab ramai
Orang duk melayan.

Asyik duk gelak jee sesado..

Kemain dia duk gelak tuu. Masa dah nak
Magrib dah, abang gah syiok tidur.. Tak cukup korum

Hah ni baru cukup korum, paksa abang bangun tidur. Muka masam kebana lagi tuhh. 

Ni antara kawan yang sesama belajar kat um dulu, nurul, masih menten jelita cam dedulu walaupun dah beranak dua.

Ni pun gang kepala gajah masa belajar degree kat um dulu. Thank you korang sebab sudi datang. Best sangat dapat jumpa lepas dah sekian lama tak jumpa. Ada lagi yang tak dapat datang sebab ada komitmen lain. Takpe umur panjang kita jumpa lagi.

Antara koleksi hadiah pemberian daripada sohabat2 dan saudara mara

Terima kasih banyak-banyak

Alhamdulillah, terima kasih pada yang sudi datang dan kepada yang banyak menolong. Terima kasih daun keladi, lain kali bole kita lepak-lepak dan makan-makan lagi....



Wassalam