Saturday, March 31, 2012

Petang jumaat

Assalamualaikum

Petang semalam balik dari kerja disambut oleh senyuman MNAS kat bawah parking lot.. Terlompat-lompat MNAS bila tengok ibu turun dari tangga... Alhamdulillah, berbunga-bunga hati tengok anak ibu nih sentiasa riang gumbira... Love u sayang..

Dari ofis ibu straight jeer ker OU. Dah lama tak bawak MNAS jalan-jalan kat OU nih.. Susah betul nak carik parking kt OU nih walaupun bukan hujung minggu yaa... Sampai-sampai jer MNAS terus nampak mainan yang kena masuk coin tu mcm kete, kapal n mcm2 laa. Sonok duk pusing-pusing stering sambil tunjuk-tunjuk kat tempat buh duit tuu.. Oo rupernyer nak suruh buh duit pulak, amboii mcm tau-tau jeer kat situ tempat msk duit tuk gerak ya... Tapi yang kelako nyer, bila dah kapal tu duk golek2 dan pusing2, MNAS dah buat muka tak suka dan suruh angkat.. Haahaaa rupenya anak ibu ni gayat yeer.. Ummm ibu gan ayah wat tak tau jeer duk biar ajeer MNAS lawan kegayatan nyeer tuu.. Pastu dah ok laa sikit, tapi still dia lagi prefer naik mainan tu yang pegun dan tak bergerak... Umm bagus betul, tau berjimat cermat anak ibu ni... Heehee

Bila dah puas main n ibu dah penat duk kejar MNAS berlari sana sini... Mohh laa kita g dinner... Order banana split tuk MNAS, tak tau suka keer tak.. Nak try tengok.... Waah rupanya suka makan aiskrim laa anak ibu ni, siap nak makan sendiri lagi.. Ummm tak sabar nak berdikari sendiri laa tuu.. Huuhuuu.. Makan sampai comot dan habis belengas baju tuuh.. Takper laa anak, kena belajar berdikari dari sekarNg ya sayang.. Kalau baju dah kotor bisa diatur kita tukar baju lain daaa. Takder masalah...

Bila dah habis makan, terpandang pulak gerai-gerai yang duk jual mainan tu.. Hahh, apa lagi berdesup MNAS kesana.. Bukannya nak main tapi sibuk nak kemas mainan tuu.. Dipunggah dan disusun suka hati dia jer, macam gerai tu ayah yang puyer daa.... Umm gituu laa anak ibu ni, nasib baik auntie mainan tuu jenis sabar dan tak kisah.. Takder laa nak marah2 or bagi jelingan maut keer apa.. Sori ya auntie mainan tuu, anak kite memang suka kemas mengemas nih... Huuhuu

Lepas satu, satu mainan di bagi tapi semuanya dia tak hairan.. Yang lebih menjadi fokus dia adalah nk mengemas dan menyusun kotak-kotak mainan tuh...


Wah dah lama tak mengupdate blog di hari sabtu..Lain macam pulak rasenyeer.. Ok laa hari ni ada masa sikit coz just duk bersantai-santai di rumah ajer...

Selamat berhujung minggu

Wassalam

Friday, March 30, 2012

Refleksi diri

Assalamualaikum

Jumaat datang lagi, penghulu segala hari. Boleh menarik nafas lega.. Bila direnung, berapa banyak masa kita dihabiskan untuk memperhambakan diri padaNYA. Begitu sedikit masa kita untuk menyerahkan jiwa raga kita kepada PENCIPTA, terlalu sibuk dengan urusan duniawi. Sedar tak sedar seminggu telah berlalu. Di minggu yang baru kita terus sama menjalani rutin yang sama... Begitulah seterusnya.. Kadang-kadang kita lelah, penat dan rasa sukar untuk bernafas dengan senario ini.. Tapi kita teruskan juga... Mengapa?...

Setiap hari masa berlalu pergi meninggalkan kita tanpa sebarang amaran. Sedar-sedar kita sudah separuh abad, dan bila kita hitung banyak nya benda yang kita sudah terlepas... Sedih...

MNAS daripada dulu tak suka main mainan sorang-sorang. Kalau main pun tak lama dia cepat bosan. Tapi kalau ibu gan ayah main sesama wah bukan main lagi seronok. Tepuk-tepuk tangan sebab ibu gan ayah terlebih suday, main beria-ia mengalahkan dia. Biasa nya main bola lah, berdentum dentam la bunyi sepak bola. Sib baik bola plastik or bola getah budak-budak puyer, kalau bola betul mesti lagi haru... Haahas

Satu lagi perangai MNAS pasal mainan ni, dia tak kedekut gan sesapa yang nak main mainan dia. Bila budak2 lain datang dan main mainan, dia boleh relax jeer tengok dari jauh. Takder nak marah or kemut tak bagi keer apa.. Bila ada yang menangis sebab berebut mainan dia akan pandang dengan muka hairan..umm harap-harap keadaan ni kekal ya sayang. Sentiasa berbuat baik dengan orang lain tak kira siapa. InsyaAllah hidup akan diberkati.

Layan gambar-gambar MNAS gah main-main gan belon yg masa harijadi rituu, duk gantung kat dapur. Bila bawak turun dan wat main barulah dia nak main kejab pastu dah tak nak main dah...So simpan dalam stor ajeer laa...

Wassalam




Sejuk hati ibu tengok anak ibu tidur..lenanyaa...

Thursday, March 29, 2012

Seminggu satu kali

Assalamualaikum

Sekarang stok update blog seminggu sekali, macam bz melampau jeer dengarnyeer.. Bz tu biasalah, dah nama nyer kerja mestilah kena bz idokkk iya.. Kesempatan nak mengupdate tuu semakin kurang, dulu selalu update bila kat rumah. Sekarang kalau nak update kat rumah asal pegang phone jeer, anak bujangku akan terkedek-kedek datang dedekat dengan senyuman paling menawan habis laa dukk tunjuk-tunjuk kat simbol utube, sambil mulut tak berenti-renti membebel. Kalau ibu buat donut jer dan tak layan dia mula lah dia bukak radio buruk dia tahap maksimun... Huuhuu, so kekdah nya tak dapat laa nak update.. Bila anak tido dengan ibu sekali duk terbongkang... Haahaaahuuhuu

Just nak story aktiviti hujung minggu lepas yang duk buat bersama keluarga..

Sabtu(25.2.2012)
Lepas breakfast n lepas MNAS bangun tidur( nap sesi pagi) terus pergi ke karnival ttdi naza kat depan rumah tuhh.. Umm macam-macam aktiviti duk ada kat sana, belon panas, sesi bersama penyampai radio sinar fm siapa lagi kalau bukan khairil dan abg jem. Banyak model-model baru kereta duk display dan jugak projek-projek perumahan dan lot-lot kedai yang tengah dalam pembinaan.. Fuhhh harga rumah sekarang memang melambung-lambung harganya dan macam tak logik pulak.. Tapi itulah realiti sekarang, kalau nak beli rumah itulah realiti yang kita kena terima.. Nak terima atau tidak, terpaksalah kena terima.. Kalau tak memang tak berumah lah nanti..

Duduk kat situ dalam sejam jer, coz MNAS dah tak selesa coz panas. Kesian sampai dah Merah muka jadiknyer menahan panas.. So cepat-cepatla ca alip but... Cabut...

Dari karnival naza tuh terus straight ke the curve, sesaja jejalan dan nak carik barang sikit... Sampai ke malam duk mengukur area ikea, ikano dan the curve tuhh.. Bagus tuk exercisevtuhh dah brp kalori yang duk bakar tuh.. Ummm separuh kalori terbakar lepas tu cepat-cepat duk top up balik gan makan kat ayam penyet tuhh.. Dah lama tak pekena ayam penyet nih..Tapi rasa dia dah macam kureng sikit lahhh.. Umm mungkin selera dah condong ke arah lain kott..Balik dah malam n MNAS siap dah terbongkang dalam kete... Bagus wahai anak, enjoy sampai penat then malam lena sampai pagi...

Ahad(26.2.2012)
Hari ni pagi-pagi pergi kedai carik lauk pauk coz anak2 sedara n kakak tercinta nak datang lepak-lepak kat rumah.. So menu tuk hari ni just masak menu yang simple aje ikan jenahak masak lemak cili padi, sotong masak sambal, ulaman, ikan kering dan ayam goreng... Alhamdulillah dapat lagi berkumpul ramai-ramai dan makan bersama-sama...alhamdulillah srmoga tradisi ini dapat diteruskan...

Just layan pic2 di bawah..

Wassalam






Friday, March 23, 2012

Excersice di space u8

Assalamualaikum

Happy friday... Hari yang ditunggu-tunggu coz esok dah cuti, yahooo ya bida biduuuu..


Luahan perasaan kejab...
Selepas mengharungi seminggu yang bz, tak sabar nak rest puas2 pulak.. Banyak nya karenah dunia, macam2 karenah manusia, ada yang baik sangat, ada yang annoying sangat, ada yang tak boleh blah, ada yang perasan bagus dan macam-macam lagi... Kadang-kadang bila menghadapi bermacam- macam karenah yang menyusahkan keadaan ni hari- hari boleh jadi penat pulak rasanyer. Sekali, dua kali, tiga kali, 10 kali kita bole bersabar dan bertahan sebab apa untuk tak nak mengeruhkan keadaan, untuk mewujudkan suasana kondusif n tak nak masam-masam muka.. Tapi, tapi kalau dah berkali-kali, setiap hari ada jeer karenah dan peel yang tak sepatutnya dipraktiskan dimana-mana pun.. Ummmm, doa n terus berdoa,, sabar n terus bersabar..supaya orang-orang cenggini akan berubah.. Aamin

Ok stop luahan perasaan,

Petang semalam balik daripada kerja singgah berexercise di space u8. Mall favorite MNAS sbb sangat spacious. MNAS suka sangat dtg sini sebab bole jalan n berlari dari hujung kehujung tanpa sebarang gangguan.. Sambil ditemani oleh air terjun dan air pancut, sungguh mendamaikan.. Ceewah, nasib anak ibu ni tak excited nak g swimming dalam tuu.. Kalau tak parah la...

Ummm masih banyak lagi ruang kosong yang belum diisi, so boleh dikira berapa kedai jeer baru dibukak. Tapi yang paling best Aman villa akan dibukak minggu depan.. Hah, ni mesti jadi favorite spot laa untuk MNAS. Ok meh nak citet sikit, tempat ni macam pusat sehenti baca betul-betul ya bukan serenti tapi sehenti untuk kanak-kanak bermain. Macam- macam permainan duk ada untuk kanak-kanak bawah 12 tahun jugak ada cafe untuk mak bapak lepak sambil tunggu anak-anak duk main.

So semalam duk gi tanya la berapa bayaran perentry n the price quite reasonable n mak bapak tidak di charge coz depa tak main punnn.. Haahaaa, kalau nak main jugak bolelah join sekaki gan anak-anak tuu. Free of charge.. Kuikuii....

Semalam bole la main free permainan yang duk display depan kedai tu, ada kuda, gelongsor, pondok-pondok, dan umm banyak lagi lahh.....

Tak banyak permainan yang MNAS excited nak main, yang dia suka main kuda.. Lepas satu kuda, ke satu kuda yang lain dia duk try... Bagi Hint kat ayah laa tuu dia nak kuda.....

Selamat berhujung minggu

Wassalam





Wednesday, March 21, 2012

Anti-smoking campaign

Assalamualaikum

Tengah attend lecture anti-smoking campaign kat tempat kerja. Kempen setengah hari ni amat bagus coz kita dapat tau dari A-Z berkenaan cigarette, smokers, effects for our health, diseases coz of smoking dan macam-macam lagi. Macam-macam kanser yg disebabkan oleh smoking: lip cancer, oral cancer, leukoplakia dan banyak lagi...

Passive smoking biasanya lagi bahaya especially baby. Ini kerana kita inhaled asap rokok secara direct without any filter...

Ummm so jauhi la perokok untuk kesihatan kita, tak pasal2 sebab orang lain kita yg kena penyakit pulok yoo..

Itu cerita semalam half day attended anti-smoking campaign, then hari ni half day morning from 9-1.00pm meeting. Alhamdulillah dengan meeting nih banyak benda dapat diselesaikan dan segala kekusutan terjawab sudah... Kematu rasa vontot ni coz 4 jam straight non stop...

Kerja yang terdelay sebelum ni boleh disambung and hopefully lepas ni everything become smooth..aamin..

Bila banyak kerja kita kena bersyukur coz kita memang ada kerja.. Kalau kita duk goyang kaki dan hujung bulan kita dengan tak malunya enjoy dgn duit gaji tuuh, apa perasaan kita ya??ummm bila kita dah namanya bekerja so kita kena buat kerja kan....

Ada satu spesies ni memang tak nak buat kerja n suka nak buat kerja senang ajeer. Tak rasa bersalah kah spesies ini asyik skip n pass kerja kat orang lain n kerja tu sepatutnya mereka yang buat dan hujung bulan gan happy nyer duk terima duit gaji tuh pulak...Harap-harap orang-orang yang teraniaya dengan perbuatan spesies di atas, maafkan mereka.. Doakan supaya spesies2 ini sedar tentang tanggungjawab dan peranan mereka... InsyaAllah hidup akan jadi tenang dan dunia akan jadi aman..

Hari ini rasa terpanggil untuk menulis senario di atas, selepas seringkali dihadapkan dengan permasalahan ini sendiri dan experience kawan-kawan. For sure boleh kata semua tempat kerja especially big organisation mesti ada species yang macam gini. Spesies ini memang pandai bermuka- muka dan bijak bersandiwara di depan boss.

Biarlah spesies ini terjun gan labu-labunya dan kita jangan jadi macam mereka. Just do our works n sometime other people works.. (haahaaa). Just pray for them...

Just my personal opinion, takder ditujukan pada sesiapa pun...sapa yang makan cili mesti rasa pedasnyer kan... Tepuk dada tanya beg duit lah...

Wassalam

Tuesday, March 20, 2012

Bersabarlah...

Assalamualaikum

Apabila tika di timpa musibah maka bersabarlah....

Apabila tika diri di uji maka bersabarlah...

Apabila tika bersedih hati maka bersabarlah...

Apabila tika menjadi umpat dan keji maka bersabarlah...

Apabila tika ditimpa fitnah dan perbalahan maka bersabarlah...

Kesabaran kunci segalanya, so meh kita sama-sama bersabar... Sebagai manusia kita tidak lepas dari melakukan kesilapan, cemburu, tidak puas hati... Setiap hari maaf kan semua orang supaya orang juga memaafi kita.. Kadang-kadang kita tidak sedar menyakiti hati orang lain...

Wassalam

Sepetang bersama

Assalamualaikum

Ni story ni sebelum MNAS kena flu. Petang lepas kijo bawak lah MNAS p jalan-jalan or window shopping kat mall.. Huuhui sebenarnya ibu nak p ambik hp yang duk anto workshop repair tuuh..yahooo baru la hidup lebih bermakna, xder laa duk sanggap lagi.. Haahaahuuu, nampak sangat kebergantungan kepada internet makin menjadi-jadi... X boleh jadik nih..

So bila dah sampai dalam mall bkn main seronok lagi MNAS duk berlari-lari n terkedek-kedek kesana-sini. Yang obvious sangat MNAS ni suka sangat nak berkawan gan orang-orang besar terutamanya pompuan.... Ummm sesuatu betull laa anak ibu nih.. Boleh bila nampak 1 group remaja of course pompuan MNAS akan menonong jeer jalan kearah depa. Pastu akan bagi senyuman paling manis laaa.. Then akan jalan pusing-pusing kat depan tu, macam nak tarik perhatian.. Olooolooo cute betul laa anak ibu nih.. Kelas anak ibu nih, nak kawan gan budak-budak besar jeer yg pompuan pulak tuu.. Huuhuu..pandainyeer.. Kecik-kecik takper buat perangai camni coz orang cakap cute sangat...Huuhuuhuu, tapi bila dah besar jangan lak buat perangai camni ya sayang coz nanti orang cakap buang tabiat pulokkk.... Ummmm

Bagus betul bawak MNAS jalan-jalan sekarang coz ibu boleh exercise larik sana, larik sini.. Lain kali kena pakai sports attire laa kalau nak p mall bawak MNAS... Ni kalau pakai heels terpeleott ibu duk kejar MNAS depan n belakang..

Lagi satu benda kelakar yang MNAS duk buat duk follow apa yang orang buat... Orang duk belek-belek baju dia pun sibuk gakks duk belek dan pilih baju kerja. Satu-satu baju dia duk belek.. Macam yooo ooo oo nak beli baju betul-betul.. Satu-satu baju dia duk selak... Hisss geram betul ibu tengok tuhh.. Yang dia duk follow belek baju tuu bukan gan ibu or ayah tapi gan customer yang duk ada dalam kedai tuhh... Habis kena bantai gelak gan orang-orang dalam kedai tuuu.. Pastu dia dah termalu-malu terus larik cari ibu n menyorok belakang ibu.... Heeheee...

Ummmm kena more alert sekarang kalau keluar rumah bawak MNAS coz takut sesaat kita terlepas pandang, macam-macam boleh berlaku..

Sedih dan takut sangat baca n tengok berita lately yang melibatkan kes kanak-kanak nih... Rasanya macam tak boleh nak terima mengapa ada orang sanggup memperlakukan kanak-kanak sebegitu rupa... Takada hati dan perasaan keer sipelaku tuuu..mesti budak-budak tu menangis bagai nk rak kesakitan dan ketakutan...just imagine apa perasaan kita kalau anak kita orang duk buat macam tuu...ooohhh x boleh dan tak sanggup nak dibayangkan..

So marilah kita sama-sama menjaga anak-anak kita dan berdoa semoga kita semua dihindarkan daripada orang-orang gila yang kejam dan tak ada hati perasaan nih... Aamin

Wassalam