Tuesday, August 28, 2012

Raya 2012

Assalamualaikum

Rangkuman gambar-gambar hari raya yang sempat di ambik guna kamera hp ajeer.. Official gambar kena tunggu daripada encik photographer yang bertungkus lumus menyenap dalam angle-angle yang terbaik...

Ayooi matiklah duk pressure encik photog tuhh, tak tido malam gamaknyeer duk mengedit gambar2 yang selambak itu..

Gambar-gambar kat bawah ni tidak mengikut kronologi yang betul... Tunggang terbalik ikut suka hati ajee.. Tak aper la janji adooo

Wassalam


di hari raya ke3, beraya dan makan bekwok 2 in 1..Mula-mula duk happy pastu masing-masing duk panik nak balik rumah sebab teringat slow cooker belum di off..kuikui, Alhamdulillah, tak ada apa-apa kejadian yang tak diigini tapi bawak kereta macam pemandu F1 ler. Moral of the story sebelum keluar rumah check dulu samada semua switch sudah di off, tingkap dah ditutup dan pintu sudah di kunci...

Sebelum gulai kawah masak meh laa kita pot pet pot pet dulu...

gambar syok sendiri, Yie control cung pulak doo sementara tunggu rombongan belarok ke rumah pengantin perempuan di raya ke4

MNAS dan abang Adam duk happy main bunga api dan mercun pop-pop di malam raya

bergedik santai bersama ayun dalam masjid selepas acara akad nikah Amir & Aida di Pasir Mas pada raya ke5

eh eh ada jugak orang duk enterprem kat belakang tuuu, sib baik ensem..hahhaha

Cik Min dan cucu saudaranyeer yang brutal...haahh dah ada cucu? Macam muda lagi tapi dah ada cucu..kikiiiikii

Marissa Hannan & Mama yang baru bangun tido, masih lagi blur-blur

Cucu-cucu Mok Su Timoh, sama tapi tak serupa...

set-set belarok yang tengah menunggu pengantin duk bersiap....tema biru

Malam raya, duk bergumbira main bunga api, mercun di haramkan sama sekali..Boleh tengok mercun orang lain jee dari jauh...pun pang pung pang sana sini..happening!

Duk bergosip disebalik kamera ituu...baik punyer cerita..

Duk tunggu turn nak main tab....sabar-sabar

sabar menunggu dan menanti turn nak collect duit raya...kuikui....

Wassalam

Monday, August 27, 2012

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum

Di kesempatan ini just nak buat dedikasi kepada 2 pasang pengantin baru ni. Selamat melayari alam rumahtangga, selamat hidup bersama dan semoga dapat berkomunikasi dan bertolak ansur dalam semua perkara. Berbincang dan bersepakat sebelum membuat keputusan dan sentiasa jujur kepada pasangan. Jaga hati dan perasaan masing-masing. Hormat kepada kedua-dua belah keluarga. InsyaAllah hidup akan lancar dan aman damai

Cepat-cepat dapat baby ya...

Selamat pengantin baru kepada Angah aka Qaza dan pasangan dan Amir & Aida..



Pelamin siapakah ini??so tantek.....



Sudah sah bergelar suami isteri, acara sarung cincin...

Selamat hari raya, maafkan segala kesalahan ayang ya....



Ciuman kasih dan sayang si suami...

Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat....

Satu lagi pasangan pengantin baru Angah dan pasangan..

pengapit jangan nak overshadow pengantin udah leer (pengapit bidang terjun)...hahaha

Manis berbaju purple kedua mempelai...hai malu-malu ya...


Nasib baik ada tukang photographer yang tolong tunjuk ajar macam mana nak pose,..heheh

Taaraa, pengantin baru dan pengantin lama nak jugak enterprem tuhhh

Wassalam

Selamat Hari Raya 2012

Assalamualaikum

Haahaa, caya lah dah raya ke-9 baru terhegeh-hegeh nak update blog yeap. Sakan raya ya... Ampun dan maaf dipinta memang bila dah sakan beraya kat kampung tercinta agak lemau sikit untuk nak update blog nih.. Bukan takat blog, mukabuku pun setakat bukak pastu tutup jeer.. Umm memang fokus 100% kat raya laaa..

Bila dah balik kl, dan hari ni dah start kerja nak carik mood tuu memang payah betul... Rasa tak puas nak bercuti, duk kat kampung bersenang lenang goyang jeer.. Syiookk gitu.

Macam mana raya u olls semua? Raya kali ni, memang tersangat sibuk dan penat travel ke seluruh kelate.. Capek sangat dan mabuk makan daging. Kenduri kawin bermula raya ke3 hingga raya ke7. Fuhhh memang pecah rekod tahun ni setiap hari kena travel pergi makan bekwoh dan belarok... Dengan jem lagi, biasanyer ambik masa 30 minit tapi sebab kan jem bole lajaknyer sampai 2-3 jam.. Perghh..

Apa-apa pun memang happy dan excited dapat beraya bersama keluarga dan saudara mara tersayang. Dapat berkumpul, makan dan bertukar-tukar cerita bersama adalah saat-saat terindah yang tak boleh di jual beli. Walaupun penat tapi berbaloi-baloi..

Cerita raya, kita peram dulu lah...

Wassalam

Wednesday, August 15, 2012

Berhati-hati di jalan raya...

Assalamualaikum

Rasanya dah ramai kawan-kawan semua yang dah start balik kampung dah. Ada yang bertolak malam ni, ada yang bertolak pagi-pagi esok, malam esok dan seterusnya.

Semuanya tengah tengah dalam mood balik kampung dah...pesan kat tukang bawak kete tu, supaya berhati-hati dan bawak banyak-banyak bersabar semasa memandu nanti. Kalau sendiri yang bawak kete tu, hah bagitau kat diri sendiri kena fokus lebih masa memandu tuu. Yalah musim perayaan ni, memang memandu balik kampung ibarat macam nak berperang. Lebih-lebih lagi sapa yang kampungnya kat belah pantai timur. Jem dengan ribuan kereta tu memang dasyat.. kalau biasa perjalanan daripada KL - Kelate ambik masa 6-7 jam. Tapi kalau musim sekarang memang nasib baik sangat lah kalau dapat sampai dalam masa 7 jam tuuh...Biasanya akan makan masa 10 jam keatas,ada tuu yang kena sampai 20 jam baru sampai ke kampung halaman. Cuba bayangkan 20 jam memandu atau pun tersekat dalam jem, kereta gerak pelan-pelan jee macam siput, siput pun lagi laju daripada kereta kat setengah kawasan terutamanya kat Bukit Tujuh tuuh...

Kalau daripada kl nih, nak lepas tol gombak pun boleh ambik masa 3-4 jam dahh, bercinta nak lepas sebab semua kereta berduyung-duyung nak keluar daripada kl....

So kena bersedia dari segi mental dan fizikal, kena cukup rehat dan cukup tidur. yang penting kena bawak banyak bersabar jangan memotong sesuka hati jee sebab nak cepat..bukan kita jee yang nak cepat sampai, semua orang pun nak cepat sampai jugak. Kena ikut peraturan lalu lintas, jangan ikut suka hati mak nenek kita jee nak potong que or double line. Bila kita start buat macam tu, pemandu lain akan panas hati dan akan ikut sama macam tuu.. haha bertambah lah jem kalau semua orang dah potong line dan buat dua, tiga, or empat line. padahal jalan bole buat satu line jeee...ummm disaster lah jadik nyeer.

sama-sama lah kita berdoa supaya perjalanan pulang ke kampung dan perjalanan pulang semula ke kl (bagi sesapa yang duk kat kl lah) selamat dan berjalan lancar tanpa ada apa-apa musibah dan mala petaka..Supaya semuanya selamat sampai dan dapat meraikan hari raya bersama sanak saudara tersayang di kampung halaman masing-masing..

Wassalam


Monday, August 13, 2012

Alhamdulillah.....

Assalamualaikum

Minggu baru dan minggu terakhir untuk membanting tulang empat kerat nih, lepas tuu khamis ni InsyaAllah yahooo, ya be da bi duuu balik kampung laa kita yokkk..Minggu baru yang dipenuhi dengan bermacam-macam agenda dicampur dengan perasaan gembira, seronok, teruja dan penuh kesyukuran... Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran sedalam-dalamnya...

Sujud syukur ku padaMU Ya Allah, atas kasih sayangMU, atas limpah kurniaMU, atas belas ihsanMU, atas ingatanMU, atas rezeki dariMu dan atas segala-galanya Ya Allah...disebalik segala dugaan yang diberikan tersimpan seribu rahmat dan kenikmatan yang tersembunyi yang Kau sediakan untuk hambaMu yang lemah ini yang sentiasa sabar dan bersangka baik atas segala perjalanan yang telah diaturkan oleh MU.


Doaku semoga segala-galanya berjalan lancar, selamat, dipermudahkan olehMU dan sentiasa dibawah lindunganMU selalu....ALHAMDULILLAH.




Wah semua dah duk kira hari ni, tunggu masa nak kemas beg,,keer dah siap kemas beg ni dan dah siap letak tepi pintu dahhh ya...hahahaa ekstrem gitu...semalam Alhamdulillah selesai jugak shopping segala keperluan raya untuk anak bujang sorang ni...pagi-pagi lagi dah terpacak kat Gardens Mid Valley tu...orang pun tak ramai lagi, yalaah kan kedai baru jee bukak kami anak beranak dah terpacak depan Gardens tuuh... Pergi ke Gardens tuu tak adalah shopping kat butik-butik yang very the mewah, femes amous tuu..just pergi shopping dalam ISETAN jeer...Suka pergi shopping kat situ sebab orang tak ramai, aman- damai jee boleh pilih memilih sesuko hati dan yang penting harganya pun murah dan berpatutan.. Kalau jadi member lagi lagi lah banyak diskaun nyeer..berbaloi baloi laah... Ibu dengan ayah bz duk pilih baju dan seluar tuk dia, MNAS pulak bz duk lari sana-sini kat celah-celah baju seluar yang duk gantung tuu..hehhehe siap main hide and seek lagi ya sayang...pastu bila dah boring lari sana-sini, MNAS duk pergi main lak gan budak-budak baya dia yang duk ada tuuu..haaahaa bising sekali jadinya, macam dah kat pasar malam dah....hahhahahaa, takpe lah, main elok-elok ya MNAS jangan duk gaduh-gaduh ya..




Tengah ibu duk ralit memilih, boleh MNAS datang kat ibu sambil bawak satu kotak kereta mainan kat tangannya, sambil mulut tak berenti-henti cakap nak, nak, nak...hoohoohoo, sib baik harga dia tak mencekik darah sangat...umm dah pandai yaa anak ibu nih..emmmmm

cousin nuh yang paling rapat....membesar, bermain dan bergaduh bersama...


Rasanyee shopping kali ni paling efisien laa sebab tak sampai 2 jam dah habis dan dah ready untuk balik rumah... Nasib baik keluar awal-awal pagi sebab petang semalam hujan pulak tu..Alhamdulillah setel untuk MNAS, tinggal sikit-sikit je lagi nak beli, tu kedian-kedian pun takpee..


Ni sajee nak up kan pic2 raye tahun lepas, nak ambik mood raya laa kata kan..

dan lagi...ni bukan pic raye daa tapi ni pic kenduri kawin..hahahha belasah ajeer laa

Wassalam



Thursday, August 9, 2012

Persiapan raya

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk hari ke-20 kita semua berpuasa. Cepat betul masa berjalan, tup-tup tinggal 10 hari lagi ramadan. oohh sayu rasa dihati sebab ramadan semakin meninggalkan kita...Sebagai hambaNYA kita tak tau masih adakah ramadan untuk kita? Atau ini mungkin ramadan terakhir untuk kita?

Cuba kita selak balik checklist kita sepanjang 20 hari ramadan ini, berapa juz dah kita khatam, berapa banyak sedekah amal jariah kita dah hulurkan? Ataupun kita masih lagi sibuk dengan urusan dunia semata-mata, sibuk mengukur jalan di pusat-pusat membeli belah dan sibuk ke sana-sini mengejar SALE yang maha hebat di musim perayaan ini...

Sedikit renungan di pagi khamis ini selepas hampir seminggu menyepikan diri...kembali kepada topik bicara pada hari ni..

Macam mana persiapan raya, semuanya sudah beres ataupun masih lagi belum mula lagi...hehheehee rasanya hampir semua orang sedang giat ataupun dah hampir beres dalam membuat persiapan raya nih....rumah dah siap cat kah?baju anak-anak dan diri sendiri dah di beli kah? biskut raya dah penuh balang kah? dah tukar langsir baru kah? perabot baru dah sampai kah?ooohhh pendek kata semuanya kalau boleh nak tukar baru, yalahh kan raya setahun sekali iyooo...terpulang kepada budget masing-masing, kalau ada lebih rezeki dan berkemampuan apa salahnya, reward diri sendiri dan keluarga selepas berpenat lelah bekerja membanting tulang empat kerat yoo... tapi dalam berbelanja ni kena ingat satu jee laahh, jangan sampai membazir kerana itu amalan syaitonnn...ingat dibulan ramadan ni syaitan semuanya dirantai dan dibelenggu, kalau kita membazir jugak maka kita lah syaitonnn itu...kuikuikui...

Tahun ni persiapan raya ala kadar sahaja, sampai sekarang pun masih tak berkesempatan untuk pergi shopping raya. Mana yang wajib kita dahulukan, yang tak berapa nak penting tuuu kendian-kendian pun tak perrr,...persiapan raya untuk MNAS pun masih lagi tak sepenuhnyeer..hehehhee, sabar ya sayang nanti kita pergi beli bila ibu gan ayah dah freee...hehheehee, tahun ni lagi seronok nak menyambut raya sebab MNAS dah pandai melaram...kalau dipakaikan baju baru dan cantik mula lah terpusing-pusing kat depan cermin tuuu..sambil duk belek baju, duk belek muka dia dan mulut pun tak berhenti-henti duk mengomen dalam bahasa dia lah...Agak nya dia duk kagum dengan diri sendiri lah tuuu..hoohooo ensem jugak aku nih yaa..kuikuii...pastu hari-hari nak pakai kasut baru dia...tak sabar leeerr tuuw nak beraya..keer ibunyer yang tak sabar..ngeh,ngeh,ngeh

Mesti MNAS lah orang paling happy di hari raya nanti sebab InsyaAllah dapat berjumpa dengan sepupu-sepupunyer, anak-anak sepupu, makcik-makcik, pakcik dan saudara mara semua..

oohh mood raya dah datang lahhh, sana-sini dah berkumandang lagu hari raya..mesti yang tengah kerja pun dah mood kelaut dahh nak kerja..mesti dah duk ingat kampung halaman masing-masing nih...hehehhe hehehe, normal, normal lah tuuhh..



MNAS masa raya tahun lepas.....

Wassalam...