Thursday, August 9, 2012

Persiapan raya

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk hari ke-20 kita semua berpuasa. Cepat betul masa berjalan, tup-tup tinggal 10 hari lagi ramadan. oohh sayu rasa dihati sebab ramadan semakin meninggalkan kita...Sebagai hambaNYA kita tak tau masih adakah ramadan untuk kita? Atau ini mungkin ramadan terakhir untuk kita?

Cuba kita selak balik checklist kita sepanjang 20 hari ramadan ini, berapa juz dah kita khatam, berapa banyak sedekah amal jariah kita dah hulurkan? Ataupun kita masih lagi sibuk dengan urusan dunia semata-mata, sibuk mengukur jalan di pusat-pusat membeli belah dan sibuk ke sana-sini mengejar SALE yang maha hebat di musim perayaan ini...

Sedikit renungan di pagi khamis ini selepas hampir seminggu menyepikan diri...kembali kepada topik bicara pada hari ni..

Macam mana persiapan raya, semuanya sudah beres ataupun masih lagi belum mula lagi...hehheehee rasanya hampir semua orang sedang giat ataupun dah hampir beres dalam membuat persiapan raya nih....rumah dah siap cat kah?baju anak-anak dan diri sendiri dah di beli kah? biskut raya dah penuh balang kah? dah tukar langsir baru kah? perabot baru dah sampai kah?ooohhh pendek kata semuanya kalau boleh nak tukar baru, yalahh kan raya setahun sekali iyooo...terpulang kepada budget masing-masing, kalau ada lebih rezeki dan berkemampuan apa salahnya, reward diri sendiri dan keluarga selepas berpenat lelah bekerja membanting tulang empat kerat yoo... tapi dalam berbelanja ni kena ingat satu jee laahh, jangan sampai membazir kerana itu amalan syaitonnn...ingat dibulan ramadan ni syaitan semuanya dirantai dan dibelenggu, kalau kita membazir jugak maka kita lah syaitonnn itu...kuikuikui...

Tahun ni persiapan raya ala kadar sahaja, sampai sekarang pun masih tak berkesempatan untuk pergi shopping raya. Mana yang wajib kita dahulukan, yang tak berapa nak penting tuuu kendian-kendian pun tak perrr,...persiapan raya untuk MNAS pun masih lagi tak sepenuhnyeer..hehehhee, sabar ya sayang nanti kita pergi beli bila ibu gan ayah dah freee...hehheehee, tahun ni lagi seronok nak menyambut raya sebab MNAS dah pandai melaram...kalau dipakaikan baju baru dan cantik mula lah terpusing-pusing kat depan cermin tuuu..sambil duk belek baju, duk belek muka dia dan mulut pun tak berhenti-henti duk mengomen dalam bahasa dia lah...Agak nya dia duk kagum dengan diri sendiri lah tuuu..hoohooo ensem jugak aku nih yaa..kuikuii...pastu hari-hari nak pakai kasut baru dia...tak sabar leeerr tuuw nak beraya..keer ibunyer yang tak sabar..ngeh,ngeh,ngeh

Mesti MNAS lah orang paling happy di hari raya nanti sebab InsyaAllah dapat berjumpa dengan sepupu-sepupunyer, anak-anak sepupu, makcik-makcik, pakcik dan saudara mara semua..

oohh mood raya dah datang lahhh, sana-sini dah berkumandang lagu hari raya..mesti yang tengah kerja pun dah mood kelaut dahh nak kerja..mesti dah duk ingat kampung halaman masing-masing nih...hehehhe hehehe, normal, normal lah tuuhh..



MNAS masa raya tahun lepas.....

Wassalam...

6 comments:

  1. mood ke laut tu mmg dah rasa hehe..tp persiapan raya belum lg,maybe sabtu ni kot br nk try cari sikit2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai angahMia...masuk hari ni mood dah makin kelaut lahh...tapi perlu fokus dan gagah kan diri jugak sebab masih banyak kerja yaang perlu dibereskan sebelum bercuti panjang dengan aman damai...sama laa kite, persiapan raya belum sepenuhnya start lagi..kikiiii

      Delete
  2. aNOK Ajwad & Amzar melaram dgn jubah morocco tahun ni....hikhikhik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana jubah morocco tuuuu...wahhh nanti mcm org morocco laaa nantii.. beli kt mn?

      Delete
  3. mood skang mmg agak ke laut skit. rase x sabar nk bercuti2 ni. hehehe. baju utk anak2 dh 90% siap. mak paknya serba sederhana je. mlm ni nk serbu uptown kota damansara, kot ade berkenan kasut utk anak2 saya tu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus nyeer semua tuk anak-anak dah hampir beres...mmg lega banyak laa sue-rya yaaa..kita mak pak ni klu ada balen lebih-lebih tuu baru fikir pasal kita kannn..yang paling penting anak-anak happy...wah happening lagi keer uptown KD tu sue-rya, dulu2 mcm suam2 kuku jeer...

      Delete