Thursday, April 26, 2012

Pacifier

Assalamualaikum

Hari ni nak menulis perihal anak bujang kesayangan ibu ni yang memang hantu sangat dengan pacifier/soother/or puting dalam bahasa kampungnyerr.....

Pendek kata mnas dan puting(p) ni memang tak dapat dipisahkan bak pulut dan durian..

Pergi mana-mana yang paling penting jangan terlupa bawak adalah p nih.. Kalau tertinggal boleh jadi gaduh ibu gn ayah nanti.. Sebab apa gaduh, sebab mnas akan melalak tak ingat dunia nanti.... Memang pujuk pun tak jalan gakkks, yang menjadi idaman hati adalah p, p dan p gakkss. Dia akan senyap bila dapat p ajerr..huuhuu haru betul..

Kisah p dan mnas ni bermula masa mnas start lahir lagi. Dulu mnas suka sangat menangis yang memang very annoyed sangat. Bila mnas menangis dia akan menangis sekuat hati dan sampai merah dan biru-biru muka jadik nyer...takut ibu dibuat yerr, bila dia dah start menangis n memang amat susah nak pujuk nyerr.. Bila menangis mesti pandang atas. Semua orang jadik risau terutamanya nenek kat kelate. Ada jugak pergi berubat n macam-macam laa teori dan rumus yang keluar...ummm Alhamdulillah makin besar makin kurang menangis sampai la sekarang dah jarang sangat nangis kecuali bila nak susu, sakit dan kena marah gan ayah.. Salah satu solutionnyer adalah dengan bagi dia p.Maybe sebab ada benda dalam mulut dia sebab tu leka dan lupa nak nangis kot..hahhaaa, teori achimedesss lagik tuuu...

Bila dapat p dia akan Stop menangis... Malam- malam sebelum tidur lepas minum susu mesti terus carik p dan akan tertidur dengan p kat dalam mulut... Bila ibu tarik p gerenti akan sedar dan merengek mintak p tuuh balik.. Umm dan yang paling kelakar tengah syok-syok tidur boleh tangan meraba-raba carik p padahal mata tutup.. Dah jumpa p, masuk mulut dan sambung tidur balik macam tak ada apa-apa... Ekstrem betul terhadap p nih..

Masa kt hospital pun p laa menjadi peneman setianya.. Bila dia nangis takutkan doktor or kakak nurse, bila dapat p otomatik dia akan stop nangis.. Bila dia nangis sebab sakit kena fisio, kena inject, kena neb, or tak suka makan ubat bila bagi p otomatik dia akan cool down dan stop nangis.. Amazing..

Bila difikir-fikir tahap keestreman mnas terhadap p ni buat ibu dan ayah jadi risau... Apa la kaedah terbaik untuk ceraikan mnas daripda p nih..Cadangnya paling lewat nak ceraikan p nih bila umur dia 2 tahun, coz takut makin lambat makin kronik jadinyee..

Fikir punya fikir disamping minta doa daripada Allah supaya ditunjukkan kaedah terbaik tuk ceraikan p nih... Alhamdulillah awal minggu lepas petunjuk daripada Allah diterima melalui satu kejadian yang mana berpunca daripada mnas sendiri yg mencetuskan idea kepada ibu untuk mengambil tindakan begitu.. Alhamdulillah, syukur Alhamdulillah..

Ceritanya, bila ibu balik kerja tengok p mnas dah terkoyak sikit sebab mnas suka sangat gigit. So malam tu mnas tidur dengan p yang terkoyak tuhh..Risau gak takut masa tidur p tuu terputus dua n mnas tertelan benda alah tuu.. Macam2 mimpi yang datang masa ibu tidur tuuhh.. Ummmm

Pagi, bangun jeer dari tidur terus carik gunting, selongkar satu lemari.. Zasss terus potong sampai p tuu dh jd kontot.. Kuikuii dah tak boleh hisap lagi daaa.. Nekad kali ni tak nak ganti yg baru, biar mnas survive dgn yg kontot tuu jeer..

Pagi tu nk nap pagi mengamuk dia coz dah tak bole guna dahh nak hisap p tuhh.. Takper biar la dia menangis, kena keraskan hati... Tertidur jugak akhirnya duk pegang p kontot tu kat tangan.. Kesian dengarnya... Tapi hati keba kuat...say no, no, no..

Malam tu bila nak tidur gelisah carik p, bagi p yang kontot tu dia senyum dan pegang sampai tertidur.. Gud boy, dah tak mengamuk mcm sebelum ni dahh.. Alhamdulillah..

Hari kedua pun sama dah makin lupa gan p, cuma merengek-rengek lite-lite jeer...

Alhamdulillah ni dah masuk satu minggu, mnas dah bebas daripada p nih.. Syukur sangat-sangat, berjaya ceraikan p mnas masa umur setahun 6 bulan.. Target asal masa 2 tahun, kiranya berjaya awal 6 bulan dari target asal.. Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah...

Padamu anakku,
Ibu tau, susah untuk berpisah dengan p,
Anakku mesti kuat menerima perpisahan ini,
Ibu tau, anak ibu boleh melawannya,
Terbukti, tak sampai satu minggu sayang ibu ni dah betah hidup tanpa p,
You're my hero...luv biu yuuu

Kat bawah ni kenangan mnas bersama p...

Wassalam


masa baby

raya tahun lepas

celebrate befday pertama kat genting pun gan p gakkss

raya haji tahun 2011

masa party harijadi awal tahun 2012 (belated party)
latest n last pic dgn p...
Wassalam

Wednesday, April 25, 2012

Cepatnyeer masa berlalu

Assalamualaikum

Petang-petang hari ni saja nak mengimbas kenangan lalu.. Duk layan pic mnas masa baby dulu... Cepatnya masa berlalu.. Dah besar dah anak ibu nih...luv u sayang...

Wassalam

Tuesday, April 24, 2012

Jom kejar burung...

Assalamualaikum

Ahad
Petang mnas merengek-rengek nak keluar, boring laa tuu duk kat rumah. Hummm kesian kat anak ibu.. Sehari-hari duk terperap jeer kat rumah, so hari minggu mulalah meroyan nak keluar...

Pikir punye pikir maka jom la wahai anak kita pergi tengok monkey, burung dan ikan kat taman ttdi nun.. Ibu suka tempat tuuu sangat.. Dulu bila ibu bosan, sedih or happy situ lah tempat ibu tuju..pergi jogging, senamrobik, main badminton dan membawa hati yang lara pun kat situ laahh.. Umm kenangan lalu kalau dikenang memang buat tersenyum sendiri jadinyaa..

Bila dah dekat nak sampai boleh laa pulak mnas tertidur.. Aduhai wahai anak ibu, bangun laa kita pergi tengok, mengenal dan bersatu dengan alam sekitar... Macam mana ni, tak boleh jadi kena kejutkan jugak anak ibu nih.. Ingatkan dia menangis laah coz kacau dia tidur tapi Alhamdulillah ok jer dan bila tengok jeer sekawan burung merpati tengah makan beras tang ditabur oleh pengunjung2 taman yang sangat baik hati itu, terus dia mengelupur nak turun daripada dukungan ibu.. Haahaa, pertama kali mnas tengok burung merpati yang banyak gitu terus tak tentu arah jadinya.. Terus pergi kejar burung-burung tu sambil mulut tak berhenti-henti bercakap... Apa lagi terkejut lah burung-burung tu dibuatnya, apa lagi terus terbang. Mnas bertepuk tangan bila burung-burung tu terbang rendah dan kejab jeer datang balik tuk makan..jinak sangat burung-burung nih..

Seronok betul mnas duk kejar burung-burung tu sampai lencun satu badan dengan peluh dan muka pun merah padam dibuatnya.

Tengah duk seronok kejar burung tu, datang pulak monyet- monyet duk nak join makan gan burung tuuh.. Mnas dengan selambanya duk nak pergi kejar gak monyet tuu.. Seriau ibu duk menengoknyeet,, takut monyet tu datang terkam kat dia pulak.. Umm bila dah banyak monyet tang duk turun dan main- main kat situ, terus ibu dukung mnas dan bawak pergi tempat lain..haahaa alasan sebenarnya ibu yang duk takut gan monyet-monyet tuhhh.. Kuiikuii..

Terus bawak mnas pergi padang main kejar-kejar..gigih dia duk panjat bukit-bukit yang duk ada. Ramai budak-budak duk gigih menangkap ikan dalam anak sungai kat situ.. Kesian kat budak-budak kl nih ya, takder tempat nak main dan meneroka alam semulajadi nih..

Mengimbas balik kenangan dolu-dolu masa kecik-kecik, melasaknyer bukan main lagi.. Main bola gan budak-budak lelaki, tangkap ikan laga kat baruh depan n belakang rumah, mengail ikan puyu, carik siput kat bendang, panjat pokok, melastik burung, mandi kat tali air dan macam-macam lagi aktiviti yang duk buat dulu zaman kanak-kanak.. Tak boleh duduk diam, ada jeer aktiviti yang duk plan dalam kepala nih. Dulu ramai rakan sepermainan.. Main, gaduh dan berbaik semula.. Ummm seronok zaman dulu-dulu dapat main semua tuh..

Sekarang dah susah nak carik tempat tuk anak-anak main dengan selamatnyaa.. Nasib baik ada lagi taman-taman yang cenggini, kiranya takder laa ralat sangat. Bila stress or nak beriadah bersama keluarga boleh lah datang sini..

Bila dah puas duk main kejar-kejar gan mnas kat padang,(sebenarnya ibu yang penat, hihii) moh kita g main kat playground pulak.. Lepas dan biar jee mnas main gan budak- budak kat situ. Mnas suka nak kawan dengan budak-budak lagi besar daripadanya, dengan yang sebaya or lagi kecik daripadanya tak nak pulak dia main...ummm

Pukul 6 pm gerak balik rumah, kalau nak ikutkan sampai malam pun seronok jee mnas tuu duk main.. Tak apa la sayang, InsyaAllah kita datang lagi ya...

Wassalam

Monday, April 23, 2012

Dunia nak, akhirat pun nak...

Assalamualaikum

Dah bersawang blog nih baru boleh nak update. Bukan apa sehari-sehari kat ofis memang meeting semedang jeer.. Lepas satu meeting sambung pulak another meeting.. Haisshh satu meeting bukan nyer boleh habis dalam masa satu jam tapi berjam-jam. Start 9 am makan masa hingga 12 tghri.. Umm kematuu n kebas dibuatnyeer..
After lunch sambung lagi meeting.. Umm takper lah, bukannyer ayat $komplen tapi ayat penyata ajeer..Alhamdulillah ada kerja yang perlu dikerjakan.. Heehee,..

Tak banyak aktiviti yang duk ada lately, just spend time gan mnas kat rumah ajerr..

Last saturday larik kejab pergi ou carik outfit yang dah lama tak berganti.. Rembat laa mana yang sempat capai jerr coz biasa laa duk shopping gan mnas nih tak boleh nak beria-ria memilih sangat coz dia pun sama naik duk pilih n kemas baju-baju yg duk ada tuhh..

Dalam duk kejar-kejar mnas kedepan kebelakang, tetiba duk dengar muzik yang kuat so jengah lah kebawah , rupenya ada fashion show kat tetengah Centre court tuu.. Layan kejab tengok budak-budak kecik lagi comey duk buat catwalk kat runnaway tuh.. Wahh terkagum kejab disitu coz sungguh comey dan berani gitu budak-budak nih... Tetiba ayah mnas bole duk berangan pulok... Jeng-jeng, gini biji butir perbualan ibu n ayah mnas.. Heehe
Ayah: Nanti mnas 3 or 4 tahun, nak joint talent event
Ibu: Nak buat apa?
Ayah: Boleh joint catwalk nih
Ibu: Haa haaa, bukan keer mnas nanti nak hantar masuk tadika belajar bahasa arab, quran dan sewaktu denganya..
Ayah: Aaahaa, tuu weekdays.. Weekends joint nii pulak...
Ibu: Hah tak seiring sejalan lah pulokkk.. Kiikiii
Ayah: Takpe laaa, biar dia chill sikit... Haahaaa
Ibu: Confuse laak mnas nanti...ayah, ayah
Ayah: haahaaa,
Ibu: Kuat verangan laaa ayah niihh...

Macam gitu laaa sesi perbincangan antara ibu n ayah yg gah merancang masa depan anak tercinta.. Haahaa, diakhir perbincangan boleh ayah mnas keluarkan statement cenggini bunyi nyerr: dunia kita kejar n akhirat pun kita kejar..kena balance up kann..ummmm terkedu ibu kejab... Ibu memang setuju lah jugak..

Yalah kita hidup zaman serba canggih nih, mesti kena balance up kan keduanya-duanya secara bijaksana. Walaupun hidup kita sudah moden didikan agama dan nilai-nilai agama perlu di pupuk sedari kecik lagi pada anak-anak kita. Ajaran islam perlu dipraktikkan bermula dari kedua ibu bapa seawal bayi dalam kandungan lagi.. Contoh dan tauladan perlu ditunjukkan pada mereka setiap detik dan ketika..

Duniawi jugak perlu dibekalkan untuk anak-anak kita untuk membolehkan mereka hidup bermasyarakat dan membina hidup di masa depan.. Pendek kata kedua-duanya perlu seiring, supaya mereka ada jati diri dan tau batas-batas dan nilai harga diri itu...

Layan pic kat bawah, x nampak pulaj budak2 kecik tu duk wat catwalk co ramai sangat orang duk kat depan tuhh..

Wassalam






Tuesday, April 17, 2012

Kuda ku lari kencang..

Assalamualaikum

Ahad lepas bawak MNAS ke karnival shapadu di dataran Shah Alam. Banyak aktiviti duk ada, gerai jualan, pertunjukkan berkuda, pertunjukkan akrobatik bermotor, helikopter tuk naik n bayo pun ada, kuda pun ada.. Tapi cuaca petang tu tak berapa cantik coz kejab hujan kejab benti.. Rahmat daripada Allah untuk setiap hambanya diatas muka bumi nih...

Bawak MNAS tengok kuda, ada 2 ekor kuda yang bole disewa, satu kuda besar n satu lagi kuda padi kot sebab saiznye yang kecik.. Bila dah sampai tempat kuda tuu ingatkan MNAS takut, tapi selamba jeer dia pegi dekat kuda tuu cuma tak sentuh jeer.. Mungkin geli tengok bulu- bulu kuda tuu agaknyer.

So apa lagi ayahnyer terus letak atas kuda, mula2 macam tak suka tapi lepas kuda tu jalan 2, 3 tapak dia relax jeer.. Ummm good boy laah diaaa.. So just layan pic2 kat bawah nii..


Paling obvious masa kat karnival nih, MNAS paling suka tengok helikopter. Tak berkelip mata tengoknyerrr...bila helikopter tu duk start enjin nak terbang mulut sampai ternganga tengok kipas-kipas heli tuu duk pusing. Menonong jeer berlari nak pergi dekat-dekat heli tuhh..aisshh anak ku nih kecik-kecik dah tunjuk minat kat benda-benda nih...masa pertunjukkan kuda tu lansung MNAS tak berminat yang dia duk sibukkan adalah nak tengok heli tuu ajeer...ummm nak jadi pilot kee anak ibu nih...aamin.. Wassalam

Friday, April 13, 2012

Saje-saje

Assalamualaikum

Nak tepek gambar-gambar yang duk terperap dalam phone. Sebelum di delete baik di simpan dalam nih



First coloring by MNAS, ditolong oleh ibu






nih karya agung MNAS





Sambutan befday Marissa Hannan yang pertama



MNAS & ayah..tegah aim nak pegi potong kek tuhh..



kek befday gurl...




chakkk chakkk



tetamu yang duk ada



MNAS seronok sangat macam sambut befday dia ajerr..




Selamat berhujung minggu

Wassalam

Thursday, April 12, 2012

Luar biasa

Assalamualaikum
Hari ni mood untuk mengupdate agak luar biasa, walaupun hakikatnya kerja melambak-lambak..umm takper lah pelan-pelan kayuh sesambil ambik mood.

Kenapa ya, bila usia makin meningkat lagi macam-macam kita fikir, lepas tu stress. Adoii, bila dah stress mood pun kureng dan larik entah ke mana. Adakah ini salah satu faktor penuaan? or hormon? Kadang-kadang benda yang tak patut kita fikir pun sibuk jugak nak sesakkan kepala nak fikir.. pastu menyusahkan diri nak cool down balik. kui kui

Nampak sangat dah macam mak-mak dan nenek-nenek nih..selalu dengar orang duk mengata terutamanya kaum adam nih pompuan dan leteran sangat lah sajak bersama, pasai apa ya?tak ada pasai apa or nak carik pasai sebenarnya pompuan ni pemikir dan penyayang orangnyee.. sebab bila dah banyak-banyak dan macam-macam fikir mulalah rasa tak sedap hati laa, risau laa, bimbang laa..end up mulut tak berenti-renti berkicau..HAAHAAAHA

Mungkin satu lagi teori yang boleh diterima pakai pompuan vs berleter nih, seperti yang semua tau pompuan nih jenis yang tak leh duk diam, ada jeer benda yang nak dibuat, end up badan penat dan otak pun jadi penat. So bila semua dah penat dan dah tak larat nak buat kerja lagi start laa pulak mulut yang bekerja.. dengan harapan nak tengok semua benda in order...itu jeer, so bagi yang tak nak dengar leteran dan bebelan tolonglah kaum pompuan nih buat kerja especially suami-suami yang mana isteri bekerja dan tak ada pembantu rumah. Tolong menolong kan amalan yang mulia...apa yang penting KERJASAMA..

Semua orang nak jadi luar biasa kan..bukan lah luar biasa macam superman tuuu boleh terbang ke, or boleh ghaib kee apa..Luar biasa dalam konteks ni, adalah menjadi orang yang sentiasa berfikiran positif, bersemangat, berwawasan, berdisiplin dan sentiasa bersedia meminta maaf dan memaafi sekiranya ada perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Sentiasa berbaik sangka terhadap orang lain, mempunyai hati yang bersih dan semua pakej dia atas lah...

Dalam dunia hari ni, or dipersekitaran kita hari-hari kita selalu jumpa bermacam-macam ragam dan peel orang. Ada yang baik di depan dan kat belakang kaw-kaw jee mengutuk kita. Ada yang buat-buat baik gan kita sebab nak kan sesuatu dari kita..macam-macam...satu lagi ada yang jenis HIPOKRIT, golongan yang macam ni amat bahaya, kerana di depan kita dan di depan semua orang baiknya, sopannyer, lembutnyer memang terbaikkkk. Tetapi dibelakang kita macam-macam sanggup buat untuk menjatuhkan kita. Golongan yang macam ini memang pelakon terhebat kerana kita tidak sedar macam mata dan hati kita ditutup dengan kain hitam yang amat tebal.....kita cuma boleh berdoa pada orang-orang sebegini supaya dibukakan hati dan diberikan keinsafan hendaknya..

Paling penting diri kita sendiri, kena sentiasa berbuat baik dengan semua orang. Bila kita layan semua oarng dengan baik, orang jugak akan layan kita dengan baik tanpa ada apa-apa agenda tersembunyi...

Hidup terlalu singkat untuk bermuram durja dan bermusuh-musuhan antara sesama manusia. Hargai apa yang menjadi milik kita dan orang lain dengan sewajar-wajarnya, InsyaAllah hati kita akan menjadi tenang, setenang air di kali.


Wassalam

Buat para suami...

Assalamualaikum
Sebuah perkongsian...yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan..

Buat Suami,
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu
Dia akan menurunkan rasa EGOnya

Wahai suami....,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami....,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya…
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN…
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya…
PELUKAN & CIUMANnya biasa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya…

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang2 yang dikasihinya…
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya…
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN…
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya biasa membawa PERDAMAIAN

Wahai suami...
Tidak perlu lagi bersoal jawab itu ini,
Kenapa, mengapa dan sebab apa,
Lelaki insan yang terpilih untuk menjadi pemimpin,
Pimpin lah tangan isteri dan anak-anak yang halal buatmu,
Jatuhkan egomu demi sebuah kebahagiaan,
Hiasi syurga rumahtanggamu dengan penuh kasih sayang, cinta dan hormat menghormati,
Hanya kerana Allah...Aamin

sumber: daripada salah satu blog(lupa namanya) yang di edit sedikit...

Wassalam

Sunday, April 1, 2012

Sunday car

Assalamualaikum

Pagi-pagi ahad sekeluarga duk pergi melepak kat sunday car kat pj tuh. Dah lama tak menjejakkan kaki kat situ.. Dulu masa mula-mula kerja dan nak carik kereta pertama memang tempat ni la menjadi pojaan hati.

Kereta pertama dulu pun di beli kat sunday car nih.. Ingat lagi dulu, pagi-pagi lagi dah terpacak kat sunday car dengan kakak, abang ipar dan anak sedara. Nasib baik sebelum pergi sana memang dah aim dah nak kereta apa. Kalau pergi sana baru nak decide memang berpinor mata woo. Bukan main banyak lagi seleksi kereta duk ada, yang harga murah pun ada, yang pertengahan pun ada dan macam- macam lah duk ada. Yang paling penting kena pandai pilih dan pandai tawar menawar dengan penjual... Rasanya harga kat sini mungkin sedikit rendah laa dari tempat lain(pendapat shj)..

Tujuan utama kesini hari ni duk teman member nak jual kereta dia.. So the more the merrier kan..dalam pukul 10.30 pagi dah kena balik coz ada hal lain pulak.

Ni pulak cerita semalam...Banyak benda yang berlaku semalam, banyak hikmahnyeer..

Sabtu(30.3.2012)

Bawa MNAS jalan-jalan kat shah alam mall.. Dah dapat keluar happy laah dia,.. Nak jalan sendiri n tak nak orang dukung pun. Sekarang dia gah gila nak baik eskelator dan lif. Asal nampak lif or eskelator jeer mesti menonong jeer nak naik.. So berkejaran lah ibu disitu.. Bagus sangat anak ibu ni, coz boleh buat ibu exercise secara tak sengaja.. Ibu like...

Nak dijadikan cerita, lepas duk penat pusing-pusing dalam mall tu bila keluar nak balik carik punya carik tiket parking tak jumpa-jumpa.. Adoi habis duk selongkar satu beg tak jumpa jugak, habis poket duk carik pun tak ada.. Umm sah, memang hilang lah nih..

So berlari naik ke ofis mall tu kat tingkat atas, bila dah sampai sana dan duk tanya guard yang jaga situ dorang cakap kena turun kat parking lot kat parking ofis.. So bekejar lagi sekali ke sana dan Alhamdulillah jumpa dan dapat setel kejab jeer,, kena denda pun murah ajeer. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Terima kasih kepada staff Shah Alam Mall yang duk jaga parking tu coz memberi layanan yang baik.. Tq

Manusia ni ada harinya kita diberi sedikit kesusahan barulah kita sedar tentang setiap kesusahan itu ada nikmat dan rahmat disebaliknya. Kita cuma perlu sabar dan kena mengharunginya dengan tenang..insyaAllah setiap apa tang Allah turunkan pada setiap hambanya ada sebab dan musababnya. Kita sebagai manusia berakal kena fikir dan membuat analisis disebalik setiap ujian itu.. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat dengan sedikit kesusahan semalam sebenarnya memberikan lebih masa dan ruang untuk berfikir sebaiknya sebelum terjebak dalam permasalahan yang sepatutnya kita boleh elakkan. Alhamdulillah syukur padamu ya Allah...

Gambar-gambar di bawah, MNAS gah training duk bawak beg tuk p sekolah. Training make perfect ya sayang...

Wassalam