Wednesday, May 29, 2013

44 days- merdeka sudah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur sangat dah 44 hari. Kiranya dah merdeka dalam erti kata lain dah bole kesana sini dan boleh makan apa yang teringin kat tekak ni. Proses berpantang 44 hari ni selalu orang kata untuk rest dan recover diri. Tapi boleh kee macam tu, rasanya istilah rest tu xder sebenarnya makin bnyak benda nak kena buat adalah.. Nak- nak kalau kita ni dah ada anak-anak yang lain. Malam pun tak boleh tidur dgn cukup, pastu belah siang pulak memang kirim salam laa nak tidur cover yang malam tuu. 

Abang gan adik..

Mungkin kalau berpantang mak jaga kat kampung boleh lah macam tu, tapi kesian pulak kat mak kiter kan.. Tapi apa-apa pun syukur Alhamdulilah walaupun serba kepayahan, stress dan macam-macam hal yang berlaku dapat juga diharunginya. Terima kasih YA Allah.

Sempena merdeka dah ni macam nak pergi memanjakan diri pulak, uummm tengok lah macam mana nanti kena carik masa yg sesuai.,, nak- nak Damia swkarang tak nak minum gan botol.. Sayang nanti minum botol yaa... Senang sikit ibu nak g mana-mana.

Ummm banyak lagi benda nak buat nih, tunggulah weekends ni baru mulakan operasi.. Kerja ofis pun dah berlambak- lambak dah masuk. Umm kalau nak ikutkan hati ni malas jee nak layan yalah kite gah bercuti pun still boleh duk telefon bagi order.. Hai pelik betul karenah manusia nih.. Macam nak extend cuti lagi sebulan jeee.. 


Ok nak layan citer industan kejab laa, lama tak feeling2 nih.. Citer jab tak hai jaan ni macam best jerr, SRK yg berlakon arahan yash copra. Mesti citer cinta yang tragis ni.. K bubbyee

Wassalam

Tuesday, May 28, 2013

43 hari...

Assalamualaikum...

Kembali bersiaran setelah dah bersawang rumah ni... Kena cepat-cepat update sebab Damia ni kalau tidur siang paling lama pun setengah jam... Apa yang difikirkan tuu pun tat tau laaa. Kejab bebenor tidur.. Nak buat apa-apa pun mac lipas kudung.. Masak pun main campak-campak dan ala kadar jeer.. Kalau dis dah bukak mata memang takder duk relax-relax ke aper dulu terus jee bukak hi-fi dgn high pitch terus..somput ibu... Mak makan pun tak sempat habis dah bangun.. Heeheee biasa ni anak ibu ni. Nasib baik abang takde buat perangai. Big bro gituh yg sayang sangat gam adik dia. Kejab-kejab nak cium, spot yg dia cium kat kepala or kat tangan jeer. Kat muka dia tak berani nak kiss lagi..

Perkembangan Damia setakat hari ni, Alhamdulillah semua ok dan sihat sokmo. Menyusu still banyak lagi, kerap tapi dah kejab laa. Tak mcm dulu sampai lenguh satu badan daaa.. Alhamdulillah berat pun makin naik rasanyer coz peha gan tangan dah ada ketul-ketul disitu dan bila dukung pun dah rasa lenguh..

Malam purata bangun menyusu dalam 5-6 kali. Susah nak start tidur, kadang-kadang tu sampai 10 kali duk angkat letak dalam buai baru lah lena..

Still lagi favorite time dia adalah masa mandi.. Dah start senyum-senyum dan dah mula bercakap.. Wootvwoot woot, aaahh, ahhh. Cuma satu je kebimbangan nyeer sekarang Damia dah tak nak minum dalam botol  walaupun susu yang diperah.. Adoiii kalut kalau mcm ni nanti kalau dah mula keja.. Nak kena train dia semula minum dalam botol.. Huuhuuu, shusah hati ibu ni laaa...

K Damia dah bangun... C yaa

Wassalam

Wednesday, May 15, 2013

Satu bulan sudah..

Assalamualaikum..

Bz tengah wat kerja keer tu memasing.. Umm rindu rasanya dah nak masuk ofis balik.. Kepelikan disitu kan, yalah bila dah kerja rindu pulak nak cuti panjang.. Tu laa manusia tak pernah puas dgn apa yang ada.. Heehee kite xder la rindu nak masuk kerja tapi erti kata sebenarnya rindu nak keluar rumah. Nak kesana sini... Kiikii dasar kaki jalan.. Rindu nak bawak kete, rindu nak g shopping... Kuikui.. Banyak benda nak kena shopping baru nih.

Tapi lepas ni kalau nak keluar memang berbondong-bondong laaa nak kena bawak 2 beg, 2 stroller, 2 car seats.. Haahaa semuanya dah kena ada 2.. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah...

Hari nih genaplah 30 hari Damia Hannah melihat dunia.. Sepanjang 30 hari nih, syukur Alhamdulillah senang nak menjaganya, tak banyak peel. Bila perut kenyang Damia akan tidur, bila lapar dia akan bangun. Tapi Damia tak boleh bak tidur kalau dia tak betul-betul kenyang, selagi tu lah dia akan mengempeng.. Salah satu cara dia nak bermanja gan ibu dia lah tuu.. Hehee adik nii. Makin hari makin kurang mengempeng, mungkin dulu susu tak berapa nak ada so Damia take times untuk full tank nyer. Sekarang Alhamdulillah makin lebat, syukur sesangat yang penting ibu kena makan dan banyak minum air barulahh susu mariah carry. Haahaaa

Semalam pergi buat first check up dan bersunat sekali kat DEMC. Wah boleh tahan jugak suara soprano Damia keluar, doktor Roliza cakap wah boleh tahan suara, badah haluih jeer.. Hehee, pics tak sempat nak snap sebab ibu tak sanggup nak tengok.. Huuhuu. Berat badan Damia pun banyak jugak naik daripada mula lahir 2.5kg semalam naik 3.7kg. Kiranya 1.2kg laa naik.. Bagus sayang ibu ni yaa, minum susu banyak-banyak lagi biar cepat besar. 

Syukur Alhamdulillah semalam takder deman, cuma masa mula-mula balik jer Damia duk merengek sikit.. Malam dah boleh tidur dengan lenanyerr, bangun minum susu pastu tidur balik.. Shukeer ibu,, kikiii

Tu ajeer, sambung kendian lak laaa... Selamat bekerja untuk yg gah kerja dan selamat bercuti yg tengah berpantang macam kiter jugak tuu.. Heavennyeer kan duk kat rumah niii...hiihiii. 

Wassalam

Saya suka sangat mandi, sebab masa mandi tu saya boleh slurrppp, slurppp air tuu.. Nyummy

Monday, May 13, 2013

EBM..

Assalamualaikum semua..

Hallu, dah pun minggu baru. Cepat benor masa berjalan ya, ke kita yang masih terhegeh-hegeh.. Uummmm kena muhasabah diri tuuu..

Hari ni nak cerita sikit pasal ekslusif breast milk nih.. First sekali memang nak tabik spring kat ibu-ibu yang berjaya bagi bf ni kat anak sampai 2 tahun. Sesungguhnya anda amat gigih, cekal sabar dan tabah mengharungi segala ribtangN dan kepayahan. Rasa macam nak kiss-kiss jee mommies yang hebat nih..

Kali ni, dulu masa tengah pregnant selalu duk remind diri dan sembang gan baby untuk bagi bf nanti...tak senang sebenarnya dan tak susah jugak sebenarnya... Bf ni kena ada aturan dan jadual. Mula-mula memang rasa susahnyaa sangat dan rasa sangat leceh.. Penat tu toksah citer laa coz mula-mula susu tak berapa nak ada so baby asyik nak mengempeng gan kita jeer. Sampai sejam baby nak menyusu. Lenguh segalanya, fizikal dan mental pun jadi sangat penat.. Pastu mulalah rasa nak meroyan tak tentu pasal.. Ummm, kita laa tuuu..pastu bila baby nangis-nangis nak susu lagi, rasa sangat sedih dan useless sangat coz tak dapat nak produce banyak susu kat baby.. Ooo feeling yang macam ni memang rasa membunuh  sangat. Killing softly(senang untuk give up). Alhamdulillah rasa syukur sangat coz dikelilingi oleh orang yang positif pasal EBM nih.. Tq kak long..ingat lagi masa first time pump susu rasa depress n kuciwa sangat coz 1 ml pun tak dapat...sekarang ni pun still struggle tapi Alhamdulillah dah makin better. Baby pun dah tak nangis-nangis dah. Pump lak Alhamdulillah dapat 70-80 ml sejam pump. Baru nak start wat stock, tapi asyik terguna jeer... Haahaa, doa-doa semoga susu makin meriah dan gadaboom.. Rasanya dulu kurang susu sbab stress kott, makin stress makn xder susu. Now, tengah usaha tuk relaxkan diri dan sentiasa think +ve walau apa-apa pun... Azam setinggi gunung untuk EBF Damia hingga 2 tahn.. Kawan-kawan doakan kiter ya.. Kiter pun doakan untuk semua jugakkk...ada orang tak payah berusaha keras pun susu dah melimpah ruah, ada orang kena usaha lebih sikit.. Tu rezeki masing-masing. Yang paling penting kita bersyukur dengan apa yang diberi olehNYA... Alhamdulillah..

K continur later, Damia dah bangun nak cucu...

40 ml, Alhamdulillah...

Thursday, May 9, 2013

Berpantang di kampung..

Assalamualaikum..

Terlewat sedikit hari ni nak mengupdate, Damia tak nak tidur hari ni asyik nak duk beriba jee.. Letak dalam buai pun sekejab jee tidur... Hari nak manja-manja sedunia leer tiuu.

Bersalin 15/4, discharge daripada hospital 17/4 pastu hari sabtu 20/4 tu pepagi lagi bertolak balik kampung. Alhamdulillah sepanjang 8 jam perjalanan  berjalan lancar dan baby Damia pun well behaved. Tidur jee sepanjang jalan, bangun pun tuk minum susu jeer pastu zzzz balik... 

Berpantang kat kampung xder la lama cuma duk 10 hari jeer. Modus operandi nya adalah utk wat akikah dan cukur jambul sekali. Kebetulan anak-anak sedara nak akikahkan anak-anak depa so kita buat sekali.. Disamping buat kenduri kesyukuran.. The more the merrier...

Dah alang-alang ada kat kg memang ambik peluang untuk mengurut sekali. Buat 3 hari wah sakit betul badan, banyaknyeer urat-urat yang duk tersimpul. Alhamdulillah lepas urut rasa ringan sikit badan dan urat saraf nih.. Bila dah ok nanti kena repeat urut lagi tuk betulkan urat-urat yNg duk tersimpul tuu...best sangat kAk Nah ni urut.. Terbaikk

Mandi tersat pun buat jugak 3 pagi berturut-turut. Bonda tercinta laa ni bersusah payah g carik daun-daun liar yang banyak kt kg nih.. Daun-daun ni direbus dan lepas tu dibuat mandi...Wangi dan fresh jee rasa lepas mandi.. Kalah mandi kt spa.. Kuiukui. Tq mok...

Ok sambung kedian lak yaa. Wassalam

Masa orang kampung duk cukur jambul ken main lagidia pulun tidur...
Tak sedar-sedar, orang duk selawat pun tak sedar gakk

Wednesday, May 8, 2013

Kini kembali...

Assalamualaikum

Hello there, selepas duk bertapa lebih dan kurang sebulan maka macam dah rindu sangat sangat nak duk pot pet pot pet kat sini.. Hari ni dah 23 hari, sekejapan jee rasa masa berlalu( padahal rasa lamanyeee nak habis pantang nih).. Huuhuuu.

Bukannya bz sangat sampai xleh nak update blog pun tapi ntah laaa macam idea tak mari nak mula menulis balik. Lagi pun orang tua ada pesan dalam pantang kena banyak-banyak rehat..kikiii so rehat serehatnye laa daripada blog memblog nih... Tapi, baca blog orang tetap baca cume tak tinggalkan apa-apa jejak jeer. Kiranya dalam mode sunyi sepi gituh laaa.

Ada-ada jee alasan ya, tu sebenarnta nak menyedapkan diri sendiri tuu. Alhamdulillah sehingga ke hari ini semuanya baik-baik ajeer, baby dan ibu kedua-duanya sihat walafiat. Adik MNAS ni diberi nama Damia Hannah bt Mohd Radzi. Damia nih haluh jee berat masa lahir pun dalam 2.5 lebih jee. Tapi kuatnya menyusu, kerja Damia sehari-hari kalau tak tidur memang laa nak minum cucu... Lau tak minum cucu memang tidur lah tiu. Siang hari memang agak kuat tidur, belah malam pulak kurang sikit tidur. Bila malam je Damia akan bukak mata luas-luas n bersinar-sinar. Kadang-kadang pukul 2, 3 pagi pun tak mo tidur lagi... Kalau tidur pun kejab-kejab sedar pastu nak tidur atas riba kalau letak jeee terus bukak mata luas-luas.. Hoohooo, stress disitu.. Kikiikiii, Damia, Damia

Buat masa sekarang dah makin better Damia dah ada rutin dah.. Makin senang ibu nak wat apa-apa coz dah faham rutin dia. Pagi kul 6 dah bangun minum cucu, tukar pampers pastu main-main gomol gan ibu jab. Tidur balik bangun kul 10 pagi... Waktu mandi dia( favorite time Damia) boleh masa mandi dia duk hisap air tuu, slurpp slurp macam sedap sangat yaa sayang...

Eh macam dah banyak lak duk merapu ya, Damia pun dah bangun nak mandi.. Sambung later lah yaa.. Tatata titu

Wassalam

Saya dah 23 hari...