Wednesday, March 20, 2013

Wordless wednesday

Assalamualaikum

Hari-hari yang sangat mencabar untuk dilalui...penat + mengantuk + tak larat = push jugak diri untuk bekerja...

So meh laa kita chill2 yaa..Buat sedaya yang boleh..Benda-benda macam ni yang duk mencuit hati kekadang dan buat kita terfikir....Ada jugak orang yang super duper bz during maternity leave nii...bawak-bawak lah berehat dan get bonding with our baby n family...


Kredit picture from google image...

Wassalam

Tuesday, March 19, 2013

'Double Standard"

Assalamualaikum

Pernah tak dalam hidup kita seharian tak kira kat mana kat ofis ke, dalam famili ker, sesama kengkawan ker or kat mana-mana saja la kena hadap dengan situasi "double Standard" nih.? Kadang-kadang kita tak der pun jadi mangsa keadaan nih, tapi kita berada dalam situasi nih mesti kita jadik lemas jugak kan...

Double standard ni selalu berlaku kat mana-mana pun, yang paling biasa berlaku kat ofis laaa. Biasanya antara orang atasan gan staff laa, hakikatnya sorang boss kena melayan semua staff sama rata dan tidak boleh memilih bulu. Kalau orang ni buat salah, tegur dengan secara berhemah dan profesional. Kalau orang lain pulak buat silap pun sama jugak tegur secara berhemah dan profesional. Tidak boleh orang ni buat salah just ignore(sebab apa pun tak tau laa) tapi orang lain ulangi kesilapan macam orang pertama tadi teruk pula kena belasah dan kena basuh..kat situ kita dah dapat smell something wrong somewhere...Orang-orang disekeliling kita akan cepat perasan benda-benda yang cengginikan....Kalau orang lain boleh sedar, ngapa orang-orang yang berkenaan tak boleh sedar pulak. Kenapa nak kena ada favoritism disitu kerana dalam sesuatu syarikat semua staff adalah aset. Tak kira apa pangkat sekali pun...semuanya menyumbang kepada produktiviti dan eficiency sesuatu syarikat.

Bagi individu yang selalu di cover nih pulak, memang akan makin besar kepala dan suka buat hal dan peraturan sendiri lak. Sesuka hati nak buat apa pun sebab dia tau kat belakang dia ada orang kuat duk support dia... Bagi staf lain lama-kelamaan makin tak kuasa dengan situasi gini hingga sampai satu takat ramai-ramai pakat berenti yeapp. hah sapa jugak yang rugi kan.....kita dan keluarga kite jugak yang rugi..kuikuiii..tapi bila kita berhadapan dengan situasi begini, kita sebenarnya tak tahu nak react macam mana kan? nak buat diam kita sendiri yang sakit hati, dok gitu.. kalau nak face to face dengan orang-orang berkenaan nanti apa pulak perception depa kat kite pulak...haishhhh serba-salah disitu kan...hahahhahah, last-last kita ignorekan ajeee...sonang cerita, butakan mata dan pekakkan telinga..ummm boleh kee kita buat camtu? senang ke hati kita?

Dalam sesebuah famili pun ada gakk berdepan dengan situasi camni. biasanya dalam famili yang besar, tapi seboleh-bolehnya benda ni tak boleh laa ketara sangat sebab apa sebagai ibu bapa kita kena layan dan bahagi kasih yang sama rata untuk setiap anak-anak. Bahaya sangat persekitaran yang mana anak membesar terpaksa berdepan situasi macam ni..mesti diorang akan memberontak dalam diam. Setiap anak ada keistimewaan dan kebolehan masing-masing, ibu bapak kena pandai explore dan support setiap kebolehan anak-anak nih. Sesetengah anak dari segi pendidikan dan ilmiah tak berapa sangat tapi dari segi kreativiti dan  hands on sangat superb. Kat sini ibu bapa kena memainkan peranan yang besar tak boleh asyik nak kondem dan compare dengan orang lain. Kalau keadaan macam ni berlaku lama-lama anak-anak akan jadi bosan dan akan mewujudkan satu perasaan tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri dan admit yang dia tak pandai, teruk dan tak sehebat orang lain...apa-apa hal dia mesti tak nak expose diri sendiri sebab diorang dah pasakkan dalam otak diorang yang diorang tak hebat dan tak sebagus orang lain. Daya saing untuk maju memang zero kat situ.. Bila anak-anak dah dewasa dan tak reti nak berdikari mulalah jadi masalah kepada sesebuah famili. Tapi akar umbinya bermula daripada didikan ibu-bapa tu sendiri.

Benda-benda nih memang kena sentiasa beringat dan ingatkan sesama sendiri dalam menjalani hidup sehari-hari. Kadang-kadang yang bahaya nyeer kita tak sedar apa yang kita buat tu adalah salah hingga lah ada sorang yang menyedarkan kita dengan bagi pang sebijik yea...dan brain wash kiter...hehehhe, rasanya kalau kita yang mendouble standard kan orang lain dan datang sorang hamba Allah nih bagi tazkirah dan brainwash rasanya kalau tak otomatik kita sedar, esok or lusa mesti kita sedar kan... Tapi kalau melibatkan orang lain ummm tu yang susah sangat...kena carik middle person yang sesuai yang berani dan tahu cara nak handle situasi nih jee baru boleh setel dokk...kalau tak benda nih makin teruk...

Ada kee antara kita-kita nih berdepan dengan situasi gini.. .cer story sikit


picture; kredit to google image..

Wassalam

36 minggu

Assalamualaikum

Just nak update pasal perkembangan mak buyong yang terover buyong sangat dah ni...Alhamdulillah masuk minggu ni dah 36 minggu and to be exact 36 minggu 2 hari. Ada berapa minggu lagik ya nak meletopp, umm mungkin lagi 2-3 minggu lagi..Mungkin jugak esok or lusa yaa..kikiiki, redho jee bila-bila pun. Mental dan fizikal rasanya dah ready, tapi tak tau lah kan bila dah start sakit tu duk mula kelam kelibut kee apa..kuikui, harap-harapnya tak lah ya, cool dan bertenang doa-doanya. Kalau nak cakap dah ada pengalaman memang macam dah luper laa, yalah dah tak berapa nak ingat first experience dulu, yalah dah nak masuk 2 tahun setengah kan..of cozzz dah lupa, coz banyak urat dah putus..ceewahhh, baru anak sorang urat dah banyak putus yeaa. First experience dulu memang tak sempat nak rasa natural pain or nak rasa turun tanda sebab memang takder.. Dulu memang pergi menyerah diri kat spital sebab dah overdue lebih kurang 2 minggu tapi still takde tanda-tanda nak bersalin gakks. Gitulah penangan abang MNAS dulu, memang suka sangat duk lelama dalam perut ibu tuhh..hehehhehe, terpaksa doktor induced sampai dua kali induced pun tak jalan gaksss. Last-last kena or terpaksa c-zer gakks sebab heart beat abang dah sangat low masa tuh...Kali ni doa-doa semuanya dipermudahkan, kalau tak dapat cara normal memang tak nak push sangat laa kalau condition baby tak mengizinkan. So far doktor cakap semuanya Alhamdulillah tengok bila dah sampai masa dan ketika itu baru boleh decide. Tapi hari-hari selalu duk doa semoga dipermudahkan dan selamat both parties tak kira walau keadaan macam mana pun. Allah dah mengaturkan apa yang terbaik untuk setiap hambanya...


                    pic terkini 36 minggu
Memang hajat dihati kali ni nak go for normal, apa-apa pun kita hanya merancang dan selebihnya kita berserah dan tawakkal padaNYA. Masa nih, perkembangan nya takder lah ketara sangat dah tapi dari segi pergerakan ibu sangat lah perlahan, pergerakan baby tersangat lah aktif, asyik menendang jee especially kalau ibu lambat makan atau rasa lapar..wah bukan main berdancing bagai kat dalam tuh.. Semua aktiviti dan pergerakan ibu double triple slow dan sangatlahhh cepat penat. setengah jam sekali berulang ke tandas.. Kalau nak pergi mana-mana selalu duk buat research dulu tempat tu macam mana, berapa jauh nak kena jalan, ada bukit ke tak, ada berapa anak tangga, ada berapa longkang nak kena langkah, ada lif/eskelator ke tak, ada aircond ke tak....hahahahha, sampai macam tuu yaaa..tapi memang selalu push diri nih melangkah dan bergerak buat kerja kesana-sini dan satu lagi kalau tak push jugak  memang tak makan laa kalau kat ofis nih...Bukannya takde member-member yang duk offer nak belikan makanan tapi malas nak duk manjakan diri nih..Selagi boleh bawak perut ni kita redahhhh..hahahhaha


Sebab tu tetiap hari waktu lunch memang keluar daripada kawasan ofis nih, sebab nak banyak berjalan. Lepas tu mengah nya memang tak boleh blah laaa... satu yang amat ketara dah tak berselera nak makan sangat, dia macam sehari selera dan esoknya dah tak selera sangat nak makan dah dan selalunya skip dinner. Tertidur tanpa dinner just minum susu segelas sedar-sedar eh eh dah pagi..
Bila pagi mula lah menggelupur lapo.hehhehehhhehhe, macam-macam ya..

Nak kena sambung keja yang menimbun nih, kena setel jugak mana yang sempat sebelum meletopsss..hehehhe

So pada semua selamat rajin-rajin bekerja ya..

Wassalam..

Thursday, March 14, 2013

Ibu part 2

Assalamualaikum

Terpanggil untuk share kat sini gambar kat bawah ni, sungguh banyak maksud tersurat dan tersirat yang perlu kita selami dan renung-renungkan bersama...

Kredit pic ni dari FB...daripada FB cinta selepas nikah...sharing is caring, thank you so much...


IBU

Assalamualaikum

Seorang ibu
Perlu dihormati...
Perlu disayangi...
Perlu disanjungi...
Perlu dilindungi...
Perlu diingati...
Perlu dikasihi...

Sesungguhnya seorang ibu,
perlu sentiasa bertahta dihati....
oleh setiap insan yang bergelar anak...
walau setinggi mana kita berdiri...
walau segagah mana kita berlari...
walau sekaya mana kita kini...
walau sehebat mana kita disanjungi...

Sesungguhnya seorang ibu,
tidak patut dikhianati...
tidak patut dimarahi...
tidak patut dicerca dimaki...
tidak patut diherdik dicaci...
tidak patut dihina...
tidak patut dibenci sebegini...

Sesungguhnya seorang ibu,
tidak pernah mengharapkan balasan sebegini...
selepas 9 bulan 10 hari mengusung perut kesana-sini...  
selepas bertarung nyawa berjam-jam dan berhari-hari...
demi melahirkan permata ini...
berjaga malam...
berpenat lelah...
berpeluh dan berpanas...
berendam airmata...
tabah mengharungi setiap kepayahan hidup ini...
demi membesarkan permata hati...
dari setapak tangan sehingga besar panjang...
sehingga mengenal a,b,c dan alif, ba, ta...
daripada tak tau apa...
sehingga tau semuanya...

Sesungguhnya seorang ibu,
haruslah sentiasa dihati...
walaupun sudah beristeri dan bersuami...
walaupun sudah beranak, bercucu dan bercicit kini...

Sesungguhnya seorang ibu,
tiada dua atau tiga...
hanya satu dihati...

Alhamdulillah kerana aku masih punya ibu...
Terima kasih ibu atas kasih sayangmu...
Doamu sentiasa mengiringi setiap perjalanan hidupku...
Sesungguhnya anakmu ini amat menyanyangi dirimu dulu, kini dan selamanya...


..........Love you so much..........
Wassalam

Tuesday, March 12, 2013

F.A.M.I.L.I

Assalamualaikum

Dah setel kerja tuk hari ni, boleh laa tarik nafas sikit melepaskan lelah.. hahhaa macam laa keja membanting tulang empat kerat sangat kan..heehee, kalau kerja kat sawah padi tengah-tengah panas cheng tuu dok tau laa guane gamoknyee.. Hidup sekarang ni semuanya nak selesa ajee ya, panas sikit tak boleh, penat sikit pun tak boleh.. umm semuanya nak komplen sana-sini..hoohoo, so mulai sekarang marilah kita mensyukuri setiap nikmat dan rahmat yang dikurniakan pada kita...no more complaint!!!

Bila dah ada banyak gambar dalam tangan nih macam-macam nak diupdate ya, biar pun gambar dah agak expired disitu.. tapi kan siapa nak peduli kan..tapi macam biasa laa kan tak leh la nak tepek pics jee semedang coz kena wat banyak keja daa, nak kena resize pic pastu nak kena buh water mark lagi...so nak bercerite pasal famili lak kat sini

Hah nilah adik beradik kiter yang sentiasa closed each other dan saling sayang menyanyangi satu sama lain. Hahaaa mesti rasa kepelikan di situ coz semuanya pompuan. yup memang memang semuanya pompuan, sorang je lelaki. 8 orang pompuan dan sorang je lelaki (intan payung penawar jantung pisang semua dia lahh). Semuanya dah dalam fasa matang dan berkeluarga dan beranak pinak. Boleh dikatakan very big family. Dalam pic tu ada 7 orang je, kakak yang sulung takda sebab masa ni gah bz menerima menantu dan abang lak sibuk tanya arah jalan sebab masa ni nak pergi belarok anak sedara.  Walaupun masing-masing dah memasuki fasa matang tapi muka dan badan still maintain awek muda (hehehhehehe). Macam gambar sekolah dulu-dulu dari kiri belakang (tudung hitam) adalah kak chik (nombor 2), kak mie (nombor 8), kak nit (nombor 4), pastu barisan depan dari kanan (yang duk riba handbag tu) adalah kak wan (nombor 2), kak syikin (nombor 5), kak yah (nombor 7) dan ehem ehemmmm kiterr leer tuuu (nombor 9 daaa). Haaahaa ramai kan.Tq mok sebab melahirkan kami semua dan menjaga serta membesarkan kami semua. tq jugak pada arwah ayah untuk segala-galanya....


Hah ni pulak gan 3 orang anak sedara daripada berapa yaa total anak sedara ku sekarang ni...dah lebih 30 orang kott...ummmm anak sedara lagi besar daripada maksu nyee dahh...huuhuu yang pakai tudung ala-ala rambu rambai tuu yuni, kumbang kat tengah-tengah tu yie dan yang pakai spek tu along...dan yang berdiri tuuu abang yasin (abang ipar),,, Gini lah kalau musim raya memang semua berkumpul dan macam-macam aktiviti dan cerita yang dibuat sesama...syoikkkk, harapnya berpanjangan rapat gini selama-lamanya. gaduh, no,no,no (kata MNAS)


Hah ni pulak sepupu dua sejoli yang membesar bersama dan gaduh pun bersama jugak. Beza umur sehari jee, biasanya MNAS selalu buli micha nih...gaduh baik gaduh dan baik jab jee. Micha laa yang selalu mengalah...umm sian kat Micha.


umm suka betul MNAS gan Micha nih bebas explore dan bermain kat kampung. Boleh berlari sana-sini . Sweet jee pic ni kan, tengok gaya macam MNAS nak duk menyakat Micha daaa..hehhehehehheh


Rasa cam nak balik kampung laa sekarang..hahahhahahhaha, sabar lah hati.


Wassalam

Famili photo

Assalamualaikum

Tak sempat nak mengupdate blog pepanjang sebab minggu yang sibuk. Students tengah exam.

Just nak tepek pic famili photo yang dah berkurun lama ambik masa raya puasa tahun lepas. Buat outdoor photo shoot, higher anak sedare sendiri suh ambik gambar-gambar nih.. Hasilnya beratus pic, dah kepeningan kat situ nak pilih yang terbaik sebab semuanya cantik-cantik dan ada momen-momen dan kisah-kisah menarik disetiap pics tuu..
Tepek dua dulu lah..later kita tepek lagi, sebab azam sekarang ni setiap pic nak kena letak watermark takut laa sekarang macam-macam kes yang melibatkan gambar nih...
Tema raya tahun lepasa adalah ijo, favorite color..Huuuhuuu, masa ni badan selim lagi coz baru sebulan rasanya..

Outdoor photoshoot ni kat tepi pantai, almaklumlah kampung kite banyak sangat pantai yang cantik-cantik, pilih jee nak g kat mana, semuanya dekat jee dalam 15-20 minit jee dari rumah.


Siap ada tempat lepak best lagi tuh, memang pemandangan cantik sangat tambah pulak ada gerai-gerai bawah pokok. kopok lekor gan coconut shake memang meletup habis kat situ...Ohh rindunya kampung halaman ku... Muka MNAS masam jee sebab tak redha kena paksa berposing..hahhahah

Wassalam



Friday, March 8, 2013

35 minggu

Assalamualaikum

Salam jumaat buat semua, mode rase kureng sikit lately nih coz a bit confuse and blurrr. Pemandangan agak kekaburan disitu, kadang-kadang hidup kita nih aman damai jee ada jee unsur-unsur dalaman dan luaran yang cuba nak test kesabaran dan keteguhan hati kite. So masih lagi tengah menilai dan menganalisis semua data-data yang ada dengan menggunakan pelbagai aplikasi yang ada. Salah satu aplikasi yang digunakan adalah SPSS version 19..HAHAAHAA....Analisis kena buat baik-baik barulah boleh publish results nyee yaa..kuikuiii.. Tak payah nak dilayan sangat yaaa, buang karen jasss

Sudah nak masuk minggu ke 35 dah..Ohhh tak sabar rasanya nak menunggu detik untuk berjumpa dengan little love nih...Miss u sayang, nanti kita jumpa dan boleh hug-hug, kiss-kiss dan gomo-gomo..kiiikiiii, perasaan sekarang tak tahu nak digambarkan macam mana, rasa teruja, takut kadang-kadang, rasa tak sabar, berdebar-debar, semuanya ada. Bercampur gaul menjadi satu perasaan yang susah untuk digambarkan...Mommies out there mesti faham macam mana rasanya perasaan ni kan..hehehheheh, terapi yang paling baik adalah dengan banyak membaca quran, berzikir , berdoa dan bersolat sunat hajat memohon supaya semuanya dipermudahkan olehNYA dan selamat semuanya...Hati menjadi tenang dan perasaan menjadi sangat aman..Alhamdulillah

Walaupum dah sarat, rutin harian tetap berjalan seperti biasa cuma makin hari makin lelah dan rasa tak cukup nafas kalau banyak buat pergerakan dan aktif melakukan kerja non stop. Makan dah makin kurang berselera, dah rasa macam nak makan macam-macam. Tak nak makan benda yang sama setiap hari,,boring sangat, tekak ni more ke western food pulak..ummm.. Kalau di awal-awal kehamilan selalu teringin nak makan salmon dan ikan tetapi sekarang macam selalu teringin western dan spagetti..hoohoooo, kebaratan disitu ya sayang... Kerja masih macam biasa Alhamdulillah sepanjang kehamilan ni kesihatan amat memberangsangkan, tak ada satu pun MC di layang kan ke ofis sehingga ke hari ni. Alhamdulillah..Alhamdulillah... Alhamdulillah..Semakin dekat tuk cuti panjang semakin banyak kerja perlu dibereskan sebelum di serahkan kepada pengganti nanti. Tak mau timbul kekalutan sepanjang 2 bulan kemudian..Insha Allah selagi badan ini terdaya... Memasak still lagi on bila tekak ni rasa nak makan makanan ala-ala kampung or bila ayahnya MNAS request nak makan something. Alhamdulillah masih terdaya untuk memasak cuma yang tak suka bila part cuci-cuci je coz perut dah tersangkut kat sinki, tak shukeer kena membongkok sikit barulaa ok tapi memang tak selesa habis. So, kalau tak da assisstant chef tak payah lah rajin-rajin nak memasak. Makan apa yang ada ajee, kalau tak dapur jadi tak semegah pulak. Lagi memeningkan kepala..hehehhe

Just layan pic dua beranak nih duk menjamu selera kat serai hari tuu..Saje jee tukar selera, teringin nak makan nih....jeng-jeng
Sekarang ni mesti kena order satu air untuk MNAS,feberet dia teh o ais

Kalau tak order satu tuk dia memang selalu berebut air dengan ayahnyer. Apa ajer air yang ayahnyer minum memang jadik feberet dia...hehheheh anok ayoh sangat



Sementara duk tunggu makanan sampai ni lah kerja dia main game kat hp. Semua game dah expert, sekarang feberet game dia angry birds. Kalau dia tak boleh lepas satu-satu level tuh di paksanyee ibu gan ayah main tuk dia sebab dia nak tengok camna nak main pastu dia akan follow...Bila berjaya happy kan main...hehehhe

Hah inilah dia yang duk teringin nak makan sangat tuh..Sebenarnya teringin sangat nak makan nasi kerabu yang selalu duk makan masa kecik-kecik dulu, nasi kerabu kak wan semoh. Tapi dah memang tak boleh dapat nak rasa dah pun sebab Kak Wan Semoh ni dah meninggal dah..huuhuuu, kempunan disitu.. dapat nasik kerabu kat Serai ni pun jadilahh boleh menjadi pengubat rindu nasi kerabu Arwah tuu..Al-fatihah
Ayam percik ada, solok lada ada, telur masin ada dan keropok pun ada..sedap gakks

Bila dah sampai sini tekak ni rasa nak makan nasi kerabu gan beef burger gakks. So lepas duk discuss ambik dua-dua pastu share-share..ummm puas hati dapat makan dua-dua menu...

Last dish sebagai pencuci mulut, order lah pulak pavlova, walaupun perut dah ketat tapi masih lagi dapat menghabiskan semua makanan hasil kerjasama yang mantap dari ibu, ayah, MNAS dan litle love(masuk jugak tuuu..hehhehe)

So, selamat berhujung minggu buat semua...

Wassalam