Seorang ibu
Perlu dihormati...
Perlu disayangi...
Perlu disanjungi...
Perlu dilindungi...
Perlu diingati...
Perlu dikasihi...
Sesungguhnya seorang ibu,
perlu sentiasa bertahta dihati....
oleh setiap insan yang bergelar anak...
walau setinggi mana kita berdiri...
walau segagah mana kita berlari...
walau sekaya mana kita kini...
walau sehebat mana kita disanjungi...
Sesungguhnya seorang ibu,
tidak patut dikhianati...
tidak patut dimarahi...
tidak patut dicerca dimaki...
tidak patut diherdik dicaci...
tidak patut dihina...
tidak patut dibenci sebegini...
Sesungguhnya seorang ibu,
tidak pernah mengharapkan balasan sebegini...
selepas 9 bulan 10 hari mengusung perut kesana-sini...
selepas bertarung nyawa berjam-jam dan berhari-hari...
demi melahirkan permata ini...
berjaga malam...
berpenat lelah...
berpeluh dan berpanas...
berendam airmata...
tabah mengharungi setiap kepayahan hidup ini...
demi membesarkan permata hati...
dari setapak tangan sehingga besar panjang...
sehingga mengenal a,b,c dan alif, ba, ta...
daripada tak tau apa...
sehingga tau semuanya...
Sesungguhnya seorang ibu,
haruslah sentiasa dihati...
walaupun sudah beristeri dan bersuami...
walaupun sudah beranak, bercucu dan bercicit kini...
Sesungguhnya seorang ibu,
tiada dua atau tiga...
hanya satu dihati...
Alhamdulillah kerana aku masih punya ibu...
Terima kasih ibu atas kasih sayangmu...
Doamu sentiasa mengiringi setiap perjalanan hidupku...
Sesungguhnya anakmu ini amat menyanyangi dirimu dulu, kini dan selamanya...
..........Love you so much..........
Wassalam
sayangilah ibu kita sementara hayatnya masih ada. mmg besar pengorbanan ibu kan kak. tetiba rindu kat mak. huhuhu
ReplyDeleteyup...sayangi hingga ke hujung nyawa kita.......
ReplyDelete