Thursday, October 15, 2015

Terobek Raya Haji 2015

Assalamualaikum

Macam biasa cam si siput, slow and steady.

Tahun ni raya haji di sambut di kampung halaman tercinta, kelate laa mano lagi. Alasan raya haji kat key el macam tak raya. So mari lah kita berpesta jem lagi dan lagi...

Last minute punyer decision nak balik tak balik nak balik tak balik, last2 serah dan tawakkal jom balik jeer. Tu pun balik malam raya u olls, memang tak serik-serik.

Ambik half day kerja, tapi lambat jugak balik coz pergi melawat boss yang tengah sakit kat spital klang nun. Memang menempuh jem laa sesampai
Kat rumah dah 3 petang. Masa tu la baru start nak packing( memang dah biasa buat keja camni) so mana yang sempat capai kita capai jee laa. Kalau tertinggal apa2 jangan komplen yaa encik boss. Pukul 4 baru keluar daripada rumah terus pecut ke tempat catering, ada customer order catering untuk tahlil. Sempat lagi duk setup kuih muih kat rumah customer tuu, dah siap tuu tepat2 pukul 6 petang..pheww nak balik kelate main-mainya macam nak balik melaka jee we olls nih..

Bila nak betul-betul gerak check waze hah ambik ko dekat tol GOmbak dah bersusun kereta jem. Meeting jab gan mr hubby nak ikut jalan mana, option satu lagi boleh ikut jalan Batang Kali tapi tak pernah lalu jalan tu macam mana. Selepas timbang tara, ikut jee lah jalan yang tengah jem hazabedah tuh.. daripada pukul 6 bergerak daripada rawang pukul 8 baru sampai Genting SEmpah, memang bertabah betul. Selepas Karak jalan clear sebab ikut LPT, tak boleh nak ikut Bentong sebab daripada luar simpang dah nampak berduyun kereta.

Pukul 4.30 pagi Alhamdulillah selamat sampai di kampung tercinta. Berdentum tertidur terbangun lambat semuanya tapi gigih jugak bangun pergi surau tuk menunaikan solat sunat aidil Adha.

Abang macam biasa kalau dah sampai kampung, memang ada jee aktiviti dia. Susah nak dapat potret famili yang lengkap.

Balik daripada solat raya, daripada satu rumah ke satu rumah singgah dan makan menternak lemak. Hidaangan taklah semeriah macam raya puasa tapi meriah gan menu-menu yang berasaskan daging. 
Makan nasi sesajo.

Sementara duk tunggu nak tengok lembu dikorbankan we olls duk bergediks wefie kat bawah pokok pisang. Tu jee pun pokok yang ada, pokok pisang pun pokok pisang laa. Apa ada kisah, yaa idok!

Posing jangan tak posing... Kikiki, sib baik ada photographer yang nak melayan we olls.

Kebetulan pulak pakai tudung yang hampir sama tone color. Macam pakai pakaian seragam pulok.. Hehehe

Lantoks disitu tetiba meroyan masuk pic tuan tanah bebanyok. Kikiki, sapo nak muntoh p larik cepat-cepat muntoh dalam bilik air yya..

Mia badmood sebab ibu lamo sangat duk bergediks bawah pokok pisang tuh.. Tak tahan panas laa tuu dia tuu. Bawak beledi nak pergi kupas bawang kee adik tuu...hehehe sesekali duk nyakat adik mia nih..

Raya haji ni best sebab bersantai-santai saja kat rumah dan petang sikit baru lah gerak berjalan. Tapi satu rumah jee laa, pastu rancangnyaa nak pergi pantai irama.. Mak aihhj jalan jem bersusun-susun semua orang nak beraya ditepian pantai rupenyaa.. Aahh apa lagi patah balik laa jawabnya, tak payah nak beraya kat pantai bagai laa kalau duk stuck dalam jem nih.. Pukul berapa mau sampai daa..

Wassalam

No comments:

Post a Comment