Saturday, December 31, 2011

Follow up..

30/12/2011, bawa MNAS ke demc untuk check-up Dan injection. Alhamdulillah syukur sangat2 sebab MNAS dah sihat dan semuanya recover dgn cepat...

Tuhanku, terima kasih...

Alhamdulillah berat yang turun 1 kg minggu lepas dah di top up dah.. Berat sekarang 9 kg..Suke laaa Ibu gan ayah camni, sbb Sekarang berselera benar. Nak mengunyah jeer kerja nyer...

Favourite sekarang adalah kopok lekor, cam ibu gakkk.. Heehee mestilah kan anak ibu...

Nasi pun suka jugak kalau makan gan sup ayam dan kuah ikan singgang... Haahaaa, terserlah kelantannya tuu.. Hee hee, bravo, bravo sayang...

Semalam hajat di hati nak tgk final maharaja lawak, huuhuuu tepat2 pukul 10 pm MNAS menguap2 nak tido pulak.tidokan MNAS dulu lah, ummm....sekali gan ibu terzzzz..last2 maharaja lawak dalam mimpi jeer laa...

Tengok ulangan jeer laa nanti..

Syokknyaa anak ibu mkn kopok tuuu.. Bagi ibu sikit....

Wassalam

Thursday, December 29, 2011

Mee ketam

Assalamualaikum,

Wahh semalam dapat pekena mee ketam daaa, mee udang pon ada.. Huuhuu ingatkan kat Penang jee femes gan mee udang nih...

Shah Alam pun ado, best laaa.. Terkejar kejar gan MNAS sambil makan.. Semalam mood MNAS ok, so siap g beramah mesra dari satu meja ke satu meja.. Hee hee nak2 ada geng kt meja sebelah..

Nasib baik ayahnya x suka mkn ketam so ibunya memulun sakan laaa.. Umm ketam dia fresh, terbaik dari ladang laaa...

Malam tadi makan mee sup ketam no, nanti nak try mee kari ketam pulak


Oo kat mana kedai ni ya, dekat seksyen 7 Shah alam, betul2 belakang unisel..

Wassalam

Wednesday, December 28, 2011

MNAS



Perkembangan terkini MNAS selepas 1 tahun 2 bulan

1) Alhamdulillah sudah pandai berjalan

2) Alhamdulillah dah mula nak makan macam-macam makanan(kalau sihat. Dulu terlalu memilih. Bila bagi makanan, tengok, pegang dan terus buang tanpa rasa sedap atau tak makanan tuuu..Sekarang tidak lagi, semua makan.. kalau bangun pukul 3 pagi pun kalau bagi makanan boleh jugak makan yaa walau pun sikit

3) Alhamdulillah dah kuat minum susu (pokai ayah..hehhheheh)

4) Tak boleh tukar susu lain, hari tu percubaan untuk tukar susu terus muntah2

5) Kalau makan dan nak lagi MNAS akan mintak nak lagi dengan buat sound effect..haah haah..haaah. kalau lambat suap pun buat sound haah haah hahah jugak..

6) Kalau dah kenyang dan tak nak makan dah akan geleng-geleng kepala tak nak dahhh

7) Kalau buat sesuatu dan berjaya terus tepuk2 tangan, nak motivasi diri lewwtuu

8) Pantang tengok ibu pakai tudung terus nak suruh dukung pergi jalan-jalan

9) Suka baca buku (harap-harap berkekalan)

10) Tak suka main permainan dia sorang-sorang..mesti nak kena teman atau main sekali dengan dia baru lama sikit. kalau tak, tak sampai 5 minit dah datang duk atas riba

11) Manja sangat dengan ayah

12) Manja sangat dengan ibu kalau tak sihat

13) Kalau merajuk terus lentok2 badan

14) Dah pandai bye-bye kalau nak jalan, tapi tgk mood jugak

15) Suka sangat menyibuk bila ibu nak masak, semua benda nak tengok (masak sambil kena dukung ...patah pinggang)

16) Kalau gosok gigi dah pandai tutup mulut rapat2, atau pun akan tunduk dan pandang keatas tak nak bagi gosok gigi

17)Hantu puting....macam mana ya nak bagi buang puting ni..ummm boleh gaduh sebab puting, kalau hilang...

18) kalau naik kereta suka pandang panorama sekeliling dan suka dengar mengaji

19) Kalau makan kat kedai suka minum air ayah or ibu (air manis laa tuu, adoii)

20) Cepat mesra dengan orang lelaki dan suka main dengan budak2 besar

21) Dah pandai panjat tangga sampai atas dan pandai turun sendiri dengan berhati-hati

Tuu jee laa buat masa ni yang teringat...Wassalam

Penyatuan...

27/12/2011
Asalamualaikum, kejab nyaa rasa cuti dah start kerja semula...

MNAS merengek2 bila g hantar rumah cik min nya pagi-pagi lagi.. Mungkin dah rasa selesa sebab 6 hari bila celik mata boleh pandang muka ibu dan berkepit dgn ibu jeer.. Tak peer lah, kejab jeer tuu nangis, nanti ok lah tu bila dah start main dgn micha...

Bila kita sedang didatangi musibah, kita boleh nampak dan sedar siapa yang sentiasa berada bersama kita.. Menyokong dan meniupkan kata2 azimat untuk kita terus bangkit dan kuat kembali.. Thank YOU...
E
Wassalam...

Tuesday, December 27, 2011

Bijak pandai..

26/12/2011: Cuti umum hari ni,, oohh alangkah bahagia nyer klu dapat cuti gini sokmo.. Hee hee, bole bgn lambat n duk golek2 gan MNAS ibu nih..

Tak banyak aktiviti hari ni just refresh balik energy yang dah makin menipis... Ayah still diarhea, huuhuuu Cian kat ayah yaa sayang.. Kan

Petang bawak MNAS jalan2 kt Space u8 bukit jelutong, tak banyak lagi kedai bukak mungkin tahun baru nanti.. Yang menjadi tarikan skrg adalah pawagam mbo kat situ dah beroperasi sepenuhnya.

Orang2 SHah Alam dah boleh bergumbira sbb dah ada pawagam sendiri..yuhhuuu,

MNAS makin sihat, aktif dan mula nak makan.. Semalam mkn byk nestum, suka ibu tengok anak ibu dah berselera semula...

Wahai manusia2, berhentilah menyakiti manusia2 yang lain....hiduplah dengan apa yang dah dirancangkan untuk kita semua ini dengan aman damai...redha laa dengan apa yang ditakdirkan, tak usahlah kita sbg hambanya hendak melawan takdir itu...

Mungkin hari ini kita hanya nampak yang kita teraniaya dan tidak adil berpihak pada kita tapi kita tidak tahu apa yang dah dirancangkan dan diatur untuk kita.. Nikmat dariNya... Kita diuji hari ini kerana kita hendak mendapat sesuatu yang lagi tinggi nilainya jika kita sabar, redha dan tabah dgn ujiannYa..

Wassalam

Ahad dahhh..

25/12/2011 lagi 5/6 hari dah nak tahun baru... Cepat betul masa berjalan, setiap hari kita duk bz menjalani rutin harian..pejam celik dah nak melangkah ke tahun baru...

Hari ni, pagi2 dah bangun buat aktiviti pembersihan... Cuci baju, n kemas rumah.. Lega tengok semua setel thrn hajat hati nak turun ke dapur masak apa yang patut tapi MNAS tak nak berenggang lansung n nak berkepit ajeer.. Last2 makan ajeer laa apa Yg ado

Merengek2 MNAS kt rumah nak jalan..so bawaklaa g jalan2 ke Rawang..,hee hee pada hal ibu nya Yg nak jalan.. Kikiii...

Another sad news diterima.. Duhai hati bersabar dan bertahan laah. Dugaan yang datang pada kita ini kerana kita mampu menggalas nya..Membuatkan kita lagi kuat, tabah dan istiqamah dalam menjalani kehidupan ini..juga menjadikan kita lagi mendekatkan diri padaNya

Mungkin lately ni, kita sudah semakin lalai dengan nikmat yang diberikan.. Kerana sayangkan kita di baginya ingatan dan signal melalui pelbagai cara...
THANK YOU ALLAH...

MNAS dah sihat sepenuhnya..tak ada lagi diarhea dan dah aktif dah... Cuma kan main manja lagi lps keluar hospital ni.. Nak melekat jeer dgn ibu.. Mungkin fobia dgn semua prosedur ms dlm wad hari tuu.. Its ok, ibu always with u dear...
Wassalam

Silent mode jab....

Asalamualaikum...
Duk senyap 2,3 hari ni sebab macam2 benda duk bermain dalam kotak fikiran nih... Mood nak menulis memang ada tapi banyak sangat nak meluahkan isi kepala yang sarat dengan macam2 perkara... Tak tau yang mana dulu patut dimulakan. Kesudahannya blog sepi tak terusik, bukak tutup n bukak tutup ajeer laa kejanyaa...nak nak cuti panjang hari tuuu, hidup sedikit jauh dengan dunia maya nih... Faktor kekangan masa dan kesihatan membataskan idea2 untuk mencoretkan sesuatu di sini..

Ok, Jumaat 23.11.2011
Hari kedua MNAS di hospital, ibu kena pegi kerja hari ni sayang,,, banyak sangat kerja2 yang perlu diselesaikan sebelum cuti hujung minggu yang panjang ini....
Badan ibu pun sama tak sihat, penat tak berdaya.. Bangun pagi2 terus muntah2 dan beserta dengan diarhea
Ya Allah dugaan apakah ini yang menimpa....kepala terasa berat tapi ibu berdoa pada Allah supaya ibu sihat dan kembali kuat untuk dapat menjaga MNAS dan dapat pergi kerja... Alhamdulillah, lepas muntah rasa lega sikit dan dapat pergi kerja...

MNAS duk gan ayah ya kejab...di ofis macam lipas kudung buat kerja dan setelkan apa yang patut.. Tapi kepala dan perut ni tak bertahan lama, sakit tu datang lagi...
Terus balik ke hospital dan ambik ubat dapatlah sehari mc.. Lepas mkn segala jenis ubat yang doktor bagi, alhamdulillah lega...terima kasih Ya Allah, terima kasih YA Allah, terima kasih Ya ALlah...

MNAS still diarhea tp dah stop muntah

24.12.2011
Pagi bila doktor datang bincang2 untuk discharge ptg nanti klu demam dah berhenti. Perkembangan tve sampai ke petang MNAS temperature maintain bawah 37 or sama..

Alhamdulillah syukur sangat2, petang pukul 5 dah boleh keluar hospital.?tapi yang tak berapa nak bestnya kena tinggi billing siap dulu n dalam pukul 6.30 boleh keluar... Unmm seronoknya dapat balik rumah daaah..

Malam: semalaman ayah pulak duk ulang alik jumpa Mr toi n muntah2.... Kesian ayah... Mula2 MNAS, kemudian ibu lepas tu ayah pulak yang kena.. Unmm dugaan daripada Allah untuk hambanya supaya sentiasa sabar dan redha dengan apa jua musibah yang menimpa. Dan juga supaya kita lagi mendekatkan diri kita kepadaNya.....

Saturday, December 24, 2011

Hari ke-3 @ DEMC

Alhamdulillah MNAS semAkin sihat Dan ceria.... Dah tak Ada muntah, dah kurang diarrhea dan demam pun dah Turun...


Syukur Sangat MNAS Ibu dah mula tersenyum Dan dah bertenaga untuk main Dan tegur orang..

Doktor baru habis buat pemeriksaan Dan selepas berbincang dengan doktor tengok perkembangan sehingga petang nanti...

InsyaAllah Kalau demam dah kurang kita balik rumah yaa Sayang....

Lenanyaa Sayang Ibu ni tidur, lepas penat main Dan tawaf hospital tadi...

Ceria sungguh MNAS Ibu sebab "gf" ada duk teman kan dia dari petang semalam Lagi.... Makasih Kak Farah sebab darang temankan NUH kat spital ni... Heeheee

Wassalam




Thursday, December 22, 2011

"warded"

4.30 Pagi kena tahan di wad sebab non stop muntah n diarrhea...kali pertama kena tahan di suite 605 sbb wad kanak2 penuh...

@ DEMC

Pukul 2.30 Pagi terpacak kat emergency DEMC. MNAS muntah2 Dan berak2 straight away after minum susu. Minum susu jeer muntah...



Anak Ibu dah jadi kurus laa dah 1 kilo Turun berat...ummmm cepat sembuh yaa Sayang..

Masih Lagi duk tunggu dr panggil, patient ramai dr seorang jeer kee Mlm ni? Or ramai sgt patient?

Tuesday, December 20, 2011

Demam

MNAS ibu demam hari nii, kesian anak ibu..mungkin sebab balik kampung hari tu dan juga kena hujan ni.. Pukul 3 pagi badan panas dan bila check temperature dah 37.5.. Bagi ubat demam ok temperature turun.. Pukul 11 pagi tadi naik balik 37.9. Unmm macam mana ni yaa.. Bagi lagi ubat demam.. Ibu berdoa moga anak ibu ni cepat2 sihat yaa sayang...
Wassalam

Monday, December 19, 2011

"home sweet home"

Alhamdulillah, pagi tadi selamat sampai ke rumah lebih dan kurang pukul 12.30 pagi bertolak dari kelate pukul 5.30 petang..Hujan di sepanjang jalan dan trafik sedikit perlahan sebab banyak lori duk angkut kayu2 balak... monday blues betul laaa hari ni dengan badan yang teramat penat dan lenguh...apa-apa pun syukur Alhamdulillah semua orang gembira dan berjalan lancar kenduri menghantar adik ipar ke rumah lelaki... Aktiviti yang sangat padat, kesana kesini sebagai pemandu pelancong..hahahahha, pemandu pelancong yang tak bertauliah....banyak tempat tak tahu, nama jee orang kelate tapi hancusss bab2 jalan dan tempat2 menarik nihhh...hahaha nasib baik sedara mara request nak pergi tempat yang tahu ajeerrr..selamat... Diari aktiviti sepanjang di kelate:- Hari pertama 16.12.2011 - sampai kb dalam pukul 9.30pagi balik rumah rehat2 kejab. - lepak2 kat dr homestay jalan bayam..sangat selesa dan cantik - bawa sedara mara melawat ke melody beach sambil makan cucuk2 dan keropok lekor minum coconut shake... semua suka... malam - bawa ke uptown wakaf che yeh...besar sangat nak tawaf semua tempat pun tak habis...semua berjalan ,shopping sampai dah tak larat nak gerak..aduiii kat sini susahnya nak parking kereta....kena sedia tempat parking kereta banyok sikit dehhhh..
Hari kedua 17.12.2011 pagi-breakfast di gerai mokcik kat kubang kerian, makan nasi berlauk yang meveless.. dan lepas tu bergotong royong duk buat hantaran..duk decorate pulut semangat ..huuhuu tapi dah tau tangan yang memang takada seni niii...x dapat nak menyumbangkan tapi mensumbangkan pulut semangat tuuu..kikiii ok laa daripada takada baik ada...
2 petang- rombongan belarak ke rumah lelaki, dekat sangat lokasi homestay ni dengan rumah lelaki naik kereta tak sampai 5 minit dah sampai 4 petang - balik dari kenduri, boleh lagi pegi duk melepak dan makan2 di Dklasik pulak..hahhahahhaha 12 malam- pegi lepak lagi di Dklasik, encik HB ni lapar tengah malam2 buta nii, so takada yang lain laa yang lagi best hanyalah di DKlasoik nih...hehhehhe, promosi macam ada share pulak ya..tapi memang betul best lepak dekat sini.. Hari Ketiga 18.12.2011 pagi g breakfast kat tawang...oohh terbreakfast sekali gan wakil rakyat laah pulakk..ok laa tuuu bawak sedara mara pergi kota bharu, terjumpa kedai borong permainan kanak-kanak..semua dah excited sebab harga sangat-sangat murah..masing-masing memborong sampai tak muat bonet kereta..hehhehe tapi serius best laa kedai tuuu..Ibu dan ayah MNAS pun terjebak sama...memang lama dah duk aim nak beli tuk MNAS nihh..tapi kat kl mahal sangat...rezeki MNAS LAA NII...
lepas memborong mainan, destinasi seterusnya Pasar Besar Siti Khatijah....borong kain pulak,..seronok tengok macam-macam fesyen kain duk ada sekarang nih...yang paling menarik perhatian kain serai wangi..bau memang sebijik macam bau serai wangi..hehhe harganya pun murah jeer..tapi memang tak beli laaa sebab kemelesetan ekonomi sekarang hahahha, nak-nak hujung2 tahun ni banyak nak pakai duit nanti anak nak sekolah laa, nak beli baju sekolah, nak beli buku sekolah anak laa..hahahaha macam anak dah sekolah iyooo..hehhehehehheh..tteeettt tettttt.. petang- pukul 5.30 petang bertolak pulang ke Shah Alam.Alhamdulillah semuanya dipermudah kan dan sampai ke rumah dengan selamatnya...Alhamdulillah. Jom layan gambar2 MNAS tengah test drive kereta idamannya...senyum anak ibu yaa...
Kereta pertama MNAS
ghehhh ghehhhhh..pin ponk
Wassalam

Sunday, December 18, 2011

Ibu saya dah boleh jalan...

Dalam seminggu ni, MNAS ibu ni duk sakan berjalan... Practice make perfect ya sayang... Pantang lepa sikit mulalah duk berjalan kesana sini...macam robot pun ada ibu tengok...kelakar dan comel sangat... Habis di tawaf rumah nenek kt kg nii...

Semangat betul jalan bila dah boleh kaki nii... Alhamdulillah, MNAS ibu dh boleh jalan genap setahun 2 bulan..agak lambat sikit mungkin juga sebab gigi Yg tumbuh dulu.. Belum setahun gigi dah penuh mulut... Ada keer fakta sc Yg mention about this ya? Klu cepat tumbuh gigi maka agak lambat untuk berjalan? Kena find out ni coz selalu dgr fakta ni drpd mulut2 Org tua...

Ibu gan ayah terlebih seronok nak bawak keluar coz nak bagi MNAS seronok praktis jalan..

Ni dah pukul 12.50 pagi pun x nak tido lagi, so apa lagi mehh La wahai anakku kita g melepak minum kopi n makan kopok lekor kt d'klasik Nih... Sesambil mkn sambil baca buku.. Huuhuuu

Wassalam

saya suka.....

Haahhh sejak dua menjak ni, ni laa aktiviti kesukaan MNAS..bila dapat main ni seronok kan main tapi Yg pentingnya ekspresi muka tetap menten, cool jee... Ahakks, suka sangat main kete ya.. Nak jadi racer ker MNAS ibu ni......
Wassalam

Friday, December 16, 2011

M.E.M.O.R.I

lOVE this pic...membesar bersama dan mengejar impian bersama..membina famili dan sentiasa ingat mengingati...nanti kena ambik pic anak2 dengan pose yang macma ni pulak...generasi seterusnya meneruskan ukhwah dan ikatan keluarga yang kuat.. Mengimbau kenangan lalu membuatkan diri sentiasa bersyukur dengan rahmat kurniaan daripadaNYA hingga kini..Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan olehNYA. Setiap onak duri, ranjau berliku dan dugaan hari ini lebih mematangkan diri dan ingatan dariNYA supaya sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang kita ada sekarang...INSYAALLAH Wassalam

Mission Impossible: ghost protocol

Semangat sungguh nak tengok MI ni, balik daripada kerja berdesup ke MBO.. Ingatkan penuh sesak laa pawagam tapi nan ado... 2,3 kerat jeer kt dlm tuuu...sejuk kenmain lagi...haahaa maybe tempat baru kott..

Cerita MI kali ni tak berapa nak Umm laa, aksinya macam tak berapa nak Impossible sangat... Tapi masih boleh dilayan laaa.. Agent Ethan masih lagi macho, gagah dan bergaya mutu keunggulan walaupun dah tak berapa nak muda...Ahahh

Part yang paling best aksi memanjat bangunan tertinggi di dunia tuu Yg kat Dubai tuuu,, huuhuuu saspen sungguh.. Kesimpulan MI 4 ni boleh digredkan 3/5... Boleh tahan n boleh ditonton bersama keluarga...

Wassalam


Thursday, December 15, 2011

Imbasan ke belakang 3

7.11.2011: Selamat hari raya Haji...sedey kena beraya kat kl ajeer.. Hee hee, ok jee beraya kat mana2 pun cuma pengalamannya jauh berbeza.. Kat kl raya haji tak meriah ya.. Cuma duk kat rumah dengan keluarga terdekat jee

Kiranya raya haji yang pertama meraikan dengan MNAS... Seronok jeer anak ibu beraya + dapat gakss duit raya.. Hee hee

Anak ibu bergaya sakan dengan jubahnya, macam pak haji.. Hehee Insyaallah ada rezeki kita pergi sana yaa sayang.. Aamin.

Wassalam

HOO hooo hooo Balik Kampung

Esok pagi2 lepas subuh perancangannya nak balik kampung..Harap2 semuanya dipermudahkan olehNya. Umm MNAS ibu mesti seronok dapat jalan-jalan balik kampung..dah berapa lama ya tak balik kampung?ooo dah 4 bulan tak menjenguk kampung halaman, patut laaa dah rasa macam lamaa dah tak menghirup udara segar di kampung, makan nasi berlauk kedai mokcik, g jalan2 kat pantai irama sambil makan kopok dan ikan celup tepung, minum coconut shake, lepak2 kat kopitiam kubang kerian tuuu..apa namanyeerr ya..aisehhh ternyanyuk pulakkk laaa...ummm tahap pelupe sekarang makin menjadi-jadi laa...umm macam mana nak sambung belajar macam ni..semua benda luperrr...
halaman rumah pun jadik laaa.....
berkumpul dan makan ramai-ramai....ooohh rindunyaaa masa-masa dulu
Pantai Irama aka Melody Beach
Pasar Siti Khatijah..oohh best nya kalau dapat makan udang besar tuuu
oohhh nyamannyeer... Wassalam

Wednesday, December 14, 2011

Imbasan kebelakang 2

Koleksi dan aksi MNAS
.
Eh-eh dengan saper tuuu..ooo gan micha ya...umm MNAS jangan gaduh-gaduh tau gan micha..
DI gENTING hIGHLAND..Umm seronoknya naik benda nii ibuu...apa ni ya buu...
hehehhehhee
pertama kali naik kereta goyang-goyang ni...terpegun tak terkata..dan yang paling penting muka tanpa ekspresi......haahaa kelakar anak ibu nihh...muntah banyak sangat gambar..hehhe ada banyak lagi, tapi kendian laa ibu nak buat keja dahh....wassalam

Imbasan kebelakang 1

Selamat Hari Raya Aidilfitri SAYANG Ibu...
Dah pandai bergaya anak ibu ni...merah gituu... Raya yang penuh bererti buat ibu dan ayah...

Selamat Ulangtahun pertama sayang....

Selamat ulangtahun kelahiranmu yang pertama sayang ibu MUhammad Nuh AlSagoff Mohd Radzi.. Walaupun terlewat ibu tetap ingin mencoretkan sesuatu sempena hari istimewa ini...

04.10.2011; tarikh keramat buat ibu dan ayah menyambut ulangtahunmu yang pertama.. Syukur Alhamdulillah di sepanjang perjalananmu ini anakku, dirimu seorang anak yang kuat 4 kali dimasukkan ke hospital,(bronchitis, virus infection, high fever, demam campak dan diarrhea) ubat, jarum, nebulizer n fisioterapi menjadi teman setia.. Tapi ia ya tidak menjadi kudis buatmu kerana anak ibu ini sentiasa ceria dan senyum bila pandang muka ibu...Alhamdulillah MNAS ibu sekarang sihat, aktif dan ceria dan sentiasa tersenyum.. Oohh penawar segala duka ibu..
Selamat ulang tahun pertama sayang....ibu dan ayah doakan semoga sihat, membesar menjadi anak yang soleh dan abang contoh buat adik2 nanti.. Aamin

Wassalam
7 bulan di dalam kandungan
kelahiran mu..
Hari ke-3
Hari ke-17
5 bulan
7 bulan
9 bulan
10 bulan
11 bulan
satu tahun sudah, anak ibu ni.