Tuesday, January 31, 2012

New hair cut

Assalamualaikum

Post ke2 hari ni, coz masa ada sikit free hari ni. So sementara masa free ni update laa sikit.

Balik dari kuantan hari tu, sesampai jeer kat kl terus ayah MNAS menuju ke kedai gunting anaey. Per lagi nak zas zas rambut MNAS leer tuu coz rambut dah panjang sangat dahh.. Dah cecah telinga dan dah bergentel2 dahh.. Almaklumlaa rambut nya ter curly sikit... So bila dah panjang lagi laa nampak ke curly-an nyeer..

Masa first time gunting rambut ritu masa time nak raya puasa. Belum setahun laa umur MNAS masa tuu. Masa tu kan main behave lagi, senyap jeer masa anaey duk mengerjakan rambut dia..

Ingatkan for second time nih, behave lagi lahh, tapi bila letak je atas kerusi MNAS cool lagi, bila anaey start zas zass rambut nya dia dah cuak n terus nangis.. Takut agakk nyeer tuu. Mayb dia ingat macam doktor or nurse yang nak cucuk2 dia sana sini... Pity him, fobia tak hilang lagi.

Stok menangis yang sayu, terpaksa bukak ABC Monster bagi dia tengok sesambil anaey menjalankan tugas nya.. Kusyuk duk tengok ABC Monster sesambil hisap puting.. Barulah tak nangis.. Good boy

Ayah terpaksa pegang kepala, kalau tak pegang asyik terpusing kiri dan kanan jeer duk nak tengok apa anaey duk buat kat kepala dia tuuuh.. Huuhuu, bz body tull laa anak ibu nihh.. Heehee.

Lepas dah gunting rambut kena laa bagi upah, so lepak kat mamak makan.. Bukannya MNAS nk makan tapi ibu gan ayahnyeer yang duk pulun makan..haahaa, MNAS sibuk duk beramah mesra gan staff kedai mamak tuuu.. Takper lah wahai anak, bagus jugak ibu gan ayah dapat makan dgn aman damai.. Heehee

Wassalam

Penat nyeerrr..

Assalamualaikum

Pagi ni hujan turun, kalau dah hujan mestilah jalan licin, kalau dah jalan licin mesti lah banyak accident, kalau dah banyak accident mesti dan kompem jalan jem tak hingat...so, dipendekkan citer, ni gah tersangkut dalam jemmm.. Adoiyaaa semua jalan tersangkut, kete jalan tersedut-sedut cam siput seduttt...

Penat nyeer nak tunggu keta jalan, so nak hilangkan kepenatan tu baiklaa buat keje berfaedah sikit.. Apa lagi memblog laa..haahaa, kalau x jem x update yaaa.. Nasib baik jalan jem, so ada laaa masa nk update.. Kuikuii

Kali ni kena story banyak sikit laa sebab 3 hari tak menjenguk teratak ni...
Petang jumaat: 6.30pm bertolak ke kuantan , nak keluar daripada kl ke tol gombak ambik masa 1 jam lebih.. Punyer laa jem penat kaki duk tekan brek, minyak, brek minyak.. Ngantuk pun ya, nak nak tgk kat sebelah siap berdengkur lagi dan tgk belakang MNAS pun tidur dengan lenanya.. Hujan kat luar, nyaman laa yaa n syiok laa zzzz.
Alhamdulillah selamat sampai kat sungai isap kuantan pukul 9.30pm. Dah sampai tuu, MNAS bukan main lagi seronok.. Tawaf satu rumah sambil gelak2... Tidur pun tak nak.. Haisshh anak ibu ni excited kan main lagi.....

Late dinner ramai2 kat kedai Tar. Punya laa kebuluq sangat masa tuu pic pun x sempat nak snap.. Kejab jeer dah tinggal pinggan kosong.. Dan paling tak boleh blah, MNAS dan micha bole dengan berseleranya makan nasi kosong jeer.. Suap sendiri lak tuu.. Sedap agaknya nasi kosong kat kuantan ni ya sayang..haahaaa, jimat duit ayah ya just beli nasi kosong jassss.. Haahaa

Malam tu takde wat aktiviti lain, coz masing2 dah penat zzzzzz je lah sampai pagi..

Sabtu 28.1.2012

Pagi2 lagi MNAS dah celik mata n sambung tawaf satu rumah lagi.. Bagus betul dah anak ibu ni dah tak takut gan orang, cepat dapat sesuaikan diri dengan cousin2, auntie n uncle kat kuantan nih.. Bravo, bravo sayang.. Ibu love it..

Pagi: pergi pasar pagi, nak beli lauk pauk tuk lunch.. Wah MNAS yang duk pandu kete g pasar.. Tersengih2 dia dapat pandu kete, siap pusing3 stering konon2 gah pandu kete betul2 laa tuu.. Pandai betul berlakon yaaa..pantang kalau driver tinggal stering cepat2 MNAS akan melompat ke depan pastu berlagak konon2 gah bawak kete..



Yang tak tahan nyeer, bawak kete pun puting tetap tak tinggal...

Petang lepas asar maka meh laa kita serang pasar malam sungai isap nih.. Wah happening betul pasar malam kat sini, macam2 ada.. Mee celup ada, maggi celup ada, bubur nasi ada, ice blended ada, buah2 pun ada, ayam tempayan yg femes tu pun ada, steamboat pun ada, kain baju, tudung, mainan budak2 pun ada.. Iskk pendek kata semua ada lahhh..

MNAS duk pulun minum mocha blended yang abang yie buat n belanja.. Heehee kan main lagi duk sedut2, best yaa sayang..sesambil makan bubur nasi meletopp yang mek masak..haahaa penuh gan sanak sedara kat pasar malam tuu.. Duk melepak kat gerai buah "ayah", gerai mee celup "mek" dan gerai ice blended abang yie... Complete package.. Kalau lapar bole makan mee celup kee, meggi celup kee, bubur nasi keer n macam2 lagi kat gerai "mek" pastu sesambil makan kalau tercekik boleh order jeer ice blended kat gerai abang yie pulok. Pilih jeer nak flavour apa semua ada, mocha, capuccino, chocolate n mcm2 lagi,. Just say it.. Pastu dah kenyang makan n minum nak pembasuh mulut just order jeer dari gerai "ayah" buah apa nak semua ada.. Huuhuuu best sangat....Mesti kak long dinie n kak lobg wahida dah terliuq dah ni.... Haahaaa

Punyer laa excited sampai terluper nak snap gambar.. Haahaa, just imagine suasana kat pasar malam jeer laa..

MNAS bole pulak tido kat tengah2 pasar malam


Ahad 29.1.2012

Pagi2 lagi keluar pergo makan nasi berlauk gan g beli lauk pauk.. Banyak jugak MNAS makan nasi berlauk tuu.. Pedas2 pun nak jugak makan.. Boleh tahan jugak laa nasi berlauk kat kuantan ni.. Tapi x boleh lawan nasi berlauk kat kelate laa.. Heehee, kelantanik betul laa..



Balik rumah sambung bergotong royong memasak untuk makan lunch pulok... Haahaa seronok betul laa hujung minggu gini dapat berkumpul gan ramai famili.. Cik yah, kak long wahida n jak nuyul turun dari kelantan n mie n famili, cik min n famili lak turun dari kl.. So berjumpa kat tengah2 ni kat kuantan.. Fair n square, tapi kalau semua famili dapat turun semua lagi happening.. Mayb next time..

Petang kul 3 gerak balik kl.. Alhamdulillah sampai kl pukul 6 ptg..

Wassalam







Wassalam

Friday, January 27, 2012

Terkini

Assalamualaikum

Morning, afternoon, night.... Heehee,
Lama berehat drpd blog memblog nihh,, yalah semua orang bercuti celebrate gong xi fa cai kan...



Dapat rehat sehari jeer kat rumah pastu dah kena kerja dahh... Bila dah masuk ofis mak oii banyak betul keja yang perlu disetelkan. Almaklumlah seminggu tak masuk ofis...takper laa pelan2 kayuh..

MNAS lepas keluar hospital ni bukan main happy lagi.. Jalan sana jalan sini tapi berkepit tetap berkepit gan ibu nyeer...


Pergi dan balik ofis 3 hari ni memang best, jalan dah la boleh berlenggang kangkung dan kat ofis pun rasa damai jee..tapi yang tak best nya food court pun boleh laa pulak tutup..aisehh, berdiet laa nampak nya 3 hari nih, malas lak nak jalan-jalan carik makan kat luar


iklan kejab..hehehee kusyuk betul MNAS gah BF tuuu...

Nak buat pesanan penaja sikit..jeng-jeng

Masa MNAS baby dulu hingga 4 bulan, dapat laa bagi BF kat dia walaupun tak sepenuhnya sebab macam-macam probs dan semangat tak kuat masa tuuu.. hingga lah kemuncak nya doktor suruh stop kejab BF sebab pengambilan pain killer. kesian MNAS ibu tak dapat BF lagi lepas tu coz selepas seminggu susu lansung tak ada...memang betul-betul frust. Maaf kan ibu ya sayang...

So bagi ibu-ibu muda or tak berapa nak muda or first timer, bagi lah baby anda fully BF. Kuatkan semangat dan pedulikan apa saja orang nak cakap dan segala rintangan yang mendatang..pasang niat dan doa banyak-banyak untuk fully BF ni masa baby dalam kandungan lagi. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan. Bagi kaum suami dan close family bagilah moral support tuk ibu-ibu ini. Fully BF ni sebenarnya adalah satu perjuangan. Bagi yang sedang fully BF permata hati anda semua, tahniah dan teruskan sekurang-kurangnya 6 bulan. Kalau lebih lagi bagus... Sesungguhnya BF ni sangat-sangat lah bagus dan berkhasiat untuk baby.

Sampai ke hari ni rasa regret tu still ada, dan dan dan ....InsyaAllah sekiranya rezeki dikurniakan second baby memang nak fully BF walau pun apa jua rintangan yang melanda...ceeewah..InsyaAllah..insyaAllah

MNAS masa baby-dulu

MNAS dah tak berapa nak baby...

Hari ni dah jumaat, esok sabtu dan yang best nya cuti lagiiii hujung minggu..umm banyak program dah duk ada dalam kepala nih. Harap-harap menjadi lah...nanti yang tu tu tuh kita citer later-later..
Selamat berhujung minggu....

Wassalam

Tuesday, January 24, 2012

Gong xi fa chai..

Assalamualaikum

Belum terlambat nak wish gong xi fa chai kepada kawan2 n sedara tionghua.. Bergumbira laa bersama kawan2 & famili..

Alhamdulillah, MNAS sudah dibenarkan keluar semalam. Terima kasih atas doa kalian semua..

Wassalam

Sunday, January 22, 2012

Ikan bakar

Assalamualaikum

Masih di hospital, belum dapat balik lagi sebab flame ada lagi dan batuk tak hilang2 lagi...

Tak ape la sehari lagi di hospital, masuk hari ke-6. Kalau balik rumah hati ibu duk risau jer better duk kat spital, sekurang2 nya kesihatan MNAS dipantau siang dan malam..
Sehari lagi berumah dan bertangga di demc nih...

Malam tadi auntie farah n hubby datang melawat MNAS, tq ya auntiey. Dan malam tadi jugak sempat dinner kat night circle beramai2 gan cousin2 MNAS, kak fara, kak fatin n abg azim., chik ikin dan chik yassin. Umm sonok dah lama tak makan ramai2 nih.. Nanti bila anak ibu nih sihat, kita kuar makan ramai2 lagi yaa..

Cerite ikan bakar ni adalah citer ahad minggu lepas. Minggu lepas ada hal kat melaka, so dah terlanjur ke melaka tak lengkap kalau tak perkena ikan bakar kat umbai iyo dokl.. So ayah MNAS dengan gigihnya merajinkan diri bawak kereta ke umbai.. So dah sampai umbai takder tempat lain laa yang dituju selain parameswara nih... Glamer yaa kedai ni ya... Kali ke2 ibu jejakkan kaki ke umbai nih.. Pertama kali datang MNAS belum ada lagi.. Kiranya kali pertama untuk MNAS n kali ke2 tuk ibu...

Order2 punyer order sekali terbanyak daa untuk 4 orang... Pn farah n hubby pun ada kali ni, tapi dua2 tak kuat makan.. Kikii so bercinta laa nak habiskan hidangan malam tuu... Sikit-sikit Alhamdulillah akhirnya habis jugak.. Alhamdulillah rezeki daripada Allah. Menu malam tu jenahak bakar sambal, pahat goreng, sup ayam, sotong goreng black pepper, dan sayur.. Dah luper sayur apa daa.
Overall hidangan nya semua mabeless laah... Alhamdulillah...

Wassalam


Saturday, January 21, 2012

Much more better..

Asalamualaikum

Sementara duk tunggu giliran MNAS buat fisio, meh kita bergediks2 dulu sayang... Huuhuuu pose lawo2 yaaa..

Baru sat tadi doktor Ahmad datang check.. Alhamdulillah syukur sangat-sangat MNAS dah banyak improvement. Flame still ada tapi sikit jee lagi.. Batuk pun dah kurang sangat.. Nebulizer pun dah dikurangkan kepada 1 jam pastu 3 jam sekali pulak..

Semalam terkejut sangat tengok berita yang Izwan Pilus dah meninggal dunia... Innalillahiwainnailaihirojiun.. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman.. Marilah sama2 sedekahkan Al-fatihah

Wassalam

Friday, January 20, 2012

Hari ke-4

Assalamualaikum

Malam-malam baru boleh update blog, almaklum lah sekarang berumah Dan bertangga di hospital. Nak adjust masa tuk buat aktiviti-aktiviti blogging ni masih lagi lari sana-sini. Baru jer pegang Hp nk update MNAS lak datang wat muka sardin nak Hp nk tengok ABC MOnster... Oh anak ibu ni sib baik chomey... Heehee matik laa puji anak sendiri kan.. Ya laa kalau ibunyaa tak puji, sapee lagi yang nak puji iyooo... Heeheee, sila maafkan hamba disitu...

Sejak masuk hospital dah 4 hari ni, MNAS super duper manja.. Nak berkepit jee 24/7...nak tido pun kena peluk2... Huuhuuu, bertambah chomey.. Kikii

Perkembangan MNAS setelah 4 hari di hospital tak banyak sangat perubahan, tapi Alhamdulillah ada sedikit improvement... Batuk dan flame makin kurang, tapi demam masih on off.. Pening kepala doktor Koshy dibuatnya. Rawatan secara agresif telah di buat petang semalam daripada neb 2 jam ditukar menjadi 1 jam...Ummm kesian sangat kat anak ibu ni, tiap kali buat neb, tiap kali itulah MNAS menangis..tidurnya pun terganggu setiap sejam... Wahai anak ibu sabar yaa sayang... Kecik2 lagi dah rasa sakit perit segala prosedur medication nih... U're really strong boy my dear...

Tiap kali anak ibu ni menangis bila buat fisio, neb, dan kena cucuk.. Ibu pun turut menangis tapi cuma dalam hati jeer laa yg termampu..Kalau bole ibu nak ganti tempat anak ibu nihh... Ohhh

Hari ni hati ibu sedikit happy coz MNAS dah ada selera nak makan. 2 kali makan nestum, pagi n petang.dah mula senyum kalau ibu wat lawak sengal... Kalau sebelum ni lansung x nak senyum, hilang ceria di mukanya, yang ada cuma muka yang muram, sedih, takut n sakit...Alhamdulillah, syukur alhamdulillah Ya Allah kerna mengembalikan sinar ceria di wajah MNAS...

Baru jab tadi ceria kan main duk main gan micha... Duk berlumba2 jalan gan micha dan duk gaduh2 gan micha.... Kul 10 baru tidur,,, harap-harap esok makin bertambah sihat dan flame makin kurang.. Petang tadi doktor Koshy bagitau paling awal bole discharge hari ahad/ isnin ni berdasarkan perkembangan terkini MNAS..doa ibu moga esok dah boleh kuar dari spital.. Doa seorang ibu...

MNAS dah lena betul tidur, nafasnya masih lagi laju turun naiknya, ibu sesambil tulis blog telinga duk dengar ceramah tentang bagaimana untuk menjadi seorang yang ikhlas dalam rancangan tanyalah ustazah di tv 9. Bagus betul isi ceramah ustazah ni untuk menjadi ikhlas bila melakukan sesuatu perbuatan/ perkara kenalah ikhlas kan fikiran dan perasaan.. Jangan sesekali mengharapkan pujian dan balasan setiap apa yang kita lakukan.. Duk diam2 sudah jangan duk canang2 kan kat semua orang apa yang kita buat, nanti jadi riak dan takabbul pulak.. Nak cari redha Allah fikiran dan perasaan kena ikhlas dalam semua perkara.. Hati kena bersih...

Kalau tak boleh jaga hati, baiklah mati.. Hati adalah mahkota dan tempat paling penting untuk kita merasa bahagia.. Segala niat baik bermula dihati dan diekspresikan dengan perbuatan...

Insyaallah sekiranya hati kita bersih dan ikhlas kita akan rasa bahagia dan seronok dalam hidup ini. usahlah menjadi seorang yang hipokrit, di depan semua orang fullamak kan main lagi baik, sopan santun nya.. Bila bercakap masyaAllah kan main lagi lemah lembutnya...di mata semua orang aku lah orang yang paling baik dan mulia... Tapi apa gunanya kalau jauh di sudut hati segala yang dilakukan bukanlah daripada hati yang paling ikhlas, lakonan semata- mata.. Apa guna nya yaa... Puaskah hati itu...?

Masing- masing punya cara so tepuk dada tanyalah selera... Titik tolak sesuatu perbuatan itu adalah daripada hati sendiri...so jagalah hari masing- masing...

Wassalam



Wednesday, January 18, 2012

So sweet...

Assalamualaikum

Masih bersiaran di bilik Sakura demc, MNAS still tak sihat. Pagi tadi doktor check flame masih lagi banyak..nak bagi makan ubat dah start menjerit2 jugak... Bosan kah MNAS Ibu Asyik duk makan ubat jeer yaa.. Sabar sayang yaa.. Masa buat fisio tadi high pitch sangat, maybe MNAS takut sangat coz Ibu tak boleh teman bersama...Ibu tunggu kat luar jeer n lepas tu Ibu pelan2 masuk bilik coz tak sanggup nak dengar anak Ibu menjerit2... Dalam bilik pun, Ibu masih dengar suara anak Ibu ni...huuhuu..

Ok stop, kita cerito benda2 yang best jeer laaa pulok...

Petang jumaat lepas g ambik MNAS kat kinrara, tetiba teringin lak nak makan nan cheese, so moh laa kita singgah mamak... Sesambil makan tu bagi la satu pinggan dan letak Maggie goreng sikit kat dalam tu then bagi kat MNAS, seronok kan main lagi dia.... Tapi yang kelakonyeer MNAS bukannya makan tapi sibuk duk pulun suap ibu gan ayah maggie tuu gilir-gilir...Huuhuuu apa lagi terkejut laa Ibu gan ayah, coz ruphenyaa MNAS dah pandai....ni mesti MNAS selalu duk tengok ayah duk suap ibu or ibu suap ayah nii... Heehee bagus2 anak ibu nii, tiru benda2 yang bagus jeer tau.. Tulah betul laa budak-budak dia akan observe jeer apa yg kita duk buat... Apa orang muda2 cakap kepimpinan melalui tauladan iyoo....


Layankan gambar MNAS duk happy suap meggi kat Ibu n ayah nii...saper nak jugak, sila angkat keyboard klu xder keyboard angkat kening sudah.. Nanti MNAS suap kan gakks yaa..

Wassalam

Tuesday, January 17, 2012

Dan sekali lagi...

Assalamualaikum

Bagaimana untuk membuka bicara, rasanya idea2 untuk menulis tersekat di bahagian ceruk mana ntah...

Pelbagai rasa bermain di minda, nak tulis begini tapi mcm ada rasa lain yang patut di tulis begitu.. Last2 kita biarkan saja begitu....byk duk simpan dalam draft sajer jawabnyeer.

Dan sekali Lagi MNAS kena tahan di hospital.. Kali ini deman panas + banyak flame diparu2. Start demam hari ahad, badan rasa dedar2. Mlm ahad panas yg amat berdesup ke emergency demc.

Isnin: panas still tak kurang, lps makan ubat panas kurang sikit tapi lepas habits ubat panas mencanak naik balik. Semalaman MNAS tak boleh tidur, tak selesa sebab demam, batuk dan susah nak bernafas.

Selasa: tak boleh bertangguh Lagi sebab badan makin panas walau pun lepas makan ubat Dan antibiotik. Doktor Koshy nasihatkan supaya di tahan di wad sebab flame dah banyak sangat dah, takut benda lain pulak yang effect.

Bilik pulak tak Ada kat Demc nih. Hari2 bilik penuh jeer, kalah bilik hotel. Musim orang sakit gamaknya. Que up patients tuk masuk hospital hari nie.

Alhamdulillah bilik untuk MNAS ada tapi kena bayar lebih sedikit daripada biasa. Tak apa laa, asalkan MNAS cepat sembuh dan selesa....


Sepanjang hari MNAS merengek Dan nak berdokong ajeer. Dengar jeer pintu bilik di buka terus menangis, Kalau nampak nurse lagi kuat volumenyeer.. Trauma gamaknya sebab tetiap bulan masuk hospital.. Sabar yaa sayang, InsyaAllah esok or lusa kita balik rumah yaaa.. InsyaAllah...


MNAS dah start nyanyi2 kat atas katil dia tuu... So, sambung kendian laa..

Wassalam


Wassalam

Monday, January 16, 2012

Demam lagi...

Assalamualaikum

Quick updates, banyak story nak dicerita di sini tapi keadaan tak mengizinkan... Insyaallah bila dah ok, kita story mory lagi ya..

MNAS demam dan batuk2 semalam.. Hari ni ibu kena bercuti laaa, sian anak ibu nie....semalam pergi demc ambik ubat demam, batuk, kahak dan antibiotik..harapnya MNAS ibu ni cepat recover ya...

Kita golek2 dan rehat sesama yaa hari ni sayang...

Wassalam

Saturday, January 14, 2012

Education fair

Assalamualaikum

Live from mid valley exhibition hall. Kepada sesiapa yang sedang tercarik-carik tempat belajar dan kursus apa yang ditawarkan di IPTS jemputlah datang beramai2 di exhibition hall mid valley. Bermula hari Ini sabtu 14/01/2012 sehingga ahad 15/01/2012.

Dari pukul 11 pagi sehingga 6 petang. Kepada Ibu bapa Dan pelajar2 jangan lepas kan peluang keemasan ini. Free admission tau....

Meh laa kita beramai2 datang ke education fair ni, bagi mendapatkan sebanyak mungkin info Dan lepas tu bole laa buat comparison Dan membuat pilihan terbaik untuk masa depan masing-masing...

Wassalam


Wednesday, January 11, 2012

Jem lagi

Assalamualaikum

Pukul berapa laa agaknya, boleh Sampai ofis ni... Ini macam trafik tak gerak2 nih..salah pilih route laaa.. Umm kena carik route lain, tapi x boleh nak cilok coz Jem bumper to bumper...sabar jeer la sambil berdoa..

7.30 dahh, kt depan tu tak gerak2, abang trafik tolong laa lepas Banyak sikit kereta kt depan tuuhh...

Tekanan betul laa gini kan... Baru jeer kulit nak tegang sikit dah kendur Balik stress puyer pasal...Heheee

Alhamdulillah 7.57am Sampai ofis,, masa2 kecemasan tuu.. Ruper Nya yang Jem tak gerak2 Sebab Ada accident betul2 depan trafic light simpang 4 tuu..,Lori dgn apa pun tak tau, yang sempat tengok Lori jeer.. Harap2 semua selamat...

Tq abang polis trafik coz bertindak pantas...
Bawak keter macam lipas kudung Lagi daaa..Kalau tak kul 8 pun Blum tentu Sampai ofis... Alhamdulillah semua selamat..

Wassalam

Tuesday, January 10, 2012

ABC Monster

Assalamualaikum

Alhamdulillah hujan turun malam ni, Sejuk jeer rasa.. Dapat tido lena laa malam ni...

MNAS dah start balik hobinya tengok ABC Monster. Dah lama rasanya dia tak tengok.. Masa 9 Dan 10 bulan dulu boleh kata tetiap pagi duk layan ABC MOnster sebelum Ibu g kerja..

Kusyuk betul dia duk tengok nyer, Ibu duk kacau2 ambik gambar pun buat dekk jeer... Sekarang rasanyer dia Lagi faham bila tengok kartun ni...

ABC Monster ni bagus, dari Malaysia Lagi tuuhh.. Sokonglah barangan buat an negara sendiri dehhh..
Kartun ni ajar abc dengan sangat2 interaktif Dan watak2 yang sangat comey.. Pastu ajar mengeja jugak...
Banyak siri Dan tetiap Siri Jalan citernye lain2...

Lagu2 pun catchy dan budak2 suka dengar...

Wassalam

Random pictures...

Assalamualaikum kena update cepat-cepat sebab terbz sikit...tak dapat nak memblog secara serius...cewahhh, macam laa sebelum ni asyik tulis benda yang serius ajoo.. Salah satu azam tahun baru nak update blog hari-hari, tapi semalam dah terbabas..so hari ni, kena curik-curik masa sikit untuk update... Banyak gambar-gambar lama yang tersimpan dalam thumbdrive ni, so sebelum rosak atau hilang baik masukkan dalam blog ni... Gambar-gambar ni membawa seribu memori dan penuh bererti..so enjoy the pics
nampak sangat tangan tak bedong, sasaran dah ke daun...
Wah, rupanya tak senang nak tunggang kuda yaa...tgk cowboy tunggang macam abc jeee..
tomey-tomey nyeer payung tuuu..heeheehee
konvo time...satu kampung celebrate..hahahhahaa
love u ollsss...
merindui saat-sat ini,....
jari saper kah itu?....bergumbira di sg gabai...
yuni...jaws di atas kepala daaa...takutt..larikk banyak lagi nak upload, tapi bz, bz bz... next batch jee laa Wassalam