Tuesday, January 17, 2012

Dan sekali lagi...

Assalamualaikum

Bagaimana untuk membuka bicara, rasanya idea2 untuk menulis tersekat di bahagian ceruk mana ntah...

Pelbagai rasa bermain di minda, nak tulis begini tapi mcm ada rasa lain yang patut di tulis begitu.. Last2 kita biarkan saja begitu....byk duk simpan dalam draft sajer jawabnyeer.

Dan sekali Lagi MNAS kena tahan di hospital.. Kali ini deman panas + banyak flame diparu2. Start demam hari ahad, badan rasa dedar2. Mlm ahad panas yg amat berdesup ke emergency demc.

Isnin: panas still tak kurang, lps makan ubat panas kurang sikit tapi lepas habits ubat panas mencanak naik balik. Semalaman MNAS tak boleh tidur, tak selesa sebab demam, batuk dan susah nak bernafas.

Selasa: tak boleh bertangguh Lagi sebab badan makin panas walau pun lepas makan ubat Dan antibiotik. Doktor Koshy nasihatkan supaya di tahan di wad sebab flame dah banyak sangat dah, takut benda lain pulak yang effect.

Bilik pulak tak Ada kat Demc nih. Hari2 bilik penuh jeer, kalah bilik hotel. Musim orang sakit gamaknya. Que up patients tuk masuk hospital hari nie.

Alhamdulillah bilik untuk MNAS ada tapi kena bayar lebih sedikit daripada biasa. Tak apa laa, asalkan MNAS cepat sembuh dan selesa....


Sepanjang hari MNAS merengek Dan nak berdokong ajeer. Dengar jeer pintu bilik di buka terus menangis, Kalau nampak nurse lagi kuat volumenyeer.. Trauma gamaknya sebab tetiap bulan masuk hospital.. Sabar yaa sayang, InsyaAllah esok or lusa kita balik rumah yaaa.. InsyaAllah...


MNAS dah start nyanyi2 kat atas katil dia tuu... So, sambung kendian laa..

Wassalam


Wassalam

1 comment: