Friday, February 28, 2014

TAKSUB

Assalamualaikum

Penghulu segala hari, semoga kita semua diberi ketenangan, kesabaran yang tinggi, minda yang positif tanpa ada unsur-unsur hasat dan dengki sesama manusia, kesihatan yang baik, dan iman serta jati diri yang teguh dalam mengharungi hidup dalam ledakan maklumat dengan medium yang pelbagai ini. Segala-galanya perlukan kebijaksanaan dan panduan untuk kita menapis segala yang mendatang kepada kita. Tidak boleh lagi semborongan mengambil dan percaya dengan segala momokan dalam setiap perkara. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat faedah daripada segala kecanggihan teknologi hari ini.

Sudah lama nak menulis tentang isu ini, tapi kekangan masa yang menghalang untuk mencoretkan sesuatu yang agak berat untuk dikupas dan digali ini. Bebelan ini adalah untuk ingatan pada diri sendiri dan tiada niat untuk ditujukan kepada sesiapa.

Hari ini kita dimomokkan dengan terlalu banyak medium sosial yang seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Medium sosial dan segala teknologi yang duk ada ini tidak salah sebenarnya, cuma kita ni jangan jadi hamba kepada medium sosial dan segala teknologi ini. Jangan menjadi terlalu taksub....

Kadang-kadang kita menjadi takut untuk check "muka buku', twitter, instagram dan banyak lagi  sebab pelbagai unsur-unsur negatif boleh menganggu gugat kelansungan hidup kita. Sesetengah pihak menjadikan medium-medium sosial ini untuk menghentam, memaki hamun, mencaci, menyindir dan lebih teruk lagi menyampaikan fitnah dengan hasrat melaga-lagakan sesama insan. Ukhwah yang terjalin selama ini terputus begitu sahaja angkara ketidak bertanggungjawapan sesetengah pihak yang sangat ghairah untuk melaporkan setiap perkara yang berlaku kepada seluruh dunia. Tanpa ada rasa sekelumit pun rasa bersalah dalam diri selepas melakukan onar-onar begini. Bak kata pepatah "baling batu sembunyi tangan". Apa salahnya sebelum mula menulis, memberi sebarang komen atau memuat naik gambar ambik masa 10 saat untuk berfikir apa akan jadi kalau kita tulis begitu dan begini, kepada orang tu dan kepada orang ni. Memang mudah, semuanya di hujung jari kita, walau dimana sahaja kita berada. Kawalan kendiri amatlah penting untuk diterapkan dalam diri masing-masing.

Kadang-kadang ada sesetengah pihak tidak bermaksud apa-apa, tapi pihak lain yang terlalu banyak masa menganalisis setiap patah perkataan yang ditulis dan di tafsirkan sebagai begitu dan begini. Ketaksuban terhadap medium sosial ini boleh mengundang pelbagai perkara yang tidak enak di dengar dan mengundang perpecahan dan perbalahan sesama kita.  Janganlah terlalu taksub terhadap medium sosial dan jangan terlalu ambik serius tentang segala khabar angin dan

info yang kita dapat daripada medium sosial ini. Dapatkan segala kesahihan daripada sumber-sumber yang sah sebelum kita mengadili sesuatu perkara. Janganlah kita menjadi ketinggalan 30 tahun ke belakang dengan segala ledakan teknologi ini. Sekiranya kita hendak memberi nasihat atau membuat teguran kepada individu tertentu gunakanlah saluran yang betul, daripada status-status yang di naikkan boleh mengundang seribu persepsi oleh orang lain. Jangan jadikan medium sosial ini sebagai tempat untuk melepaskan amarah masing-masing dan bergaduh sesama sendiri dengan berbalas komen tanpa ada penghujung. Bila situasi ini berlaku ramai lah tukang-tukang sorak akan muncul, pelbagai jenis nasi tambah juga akan menambah-nambah ke dalam pinggan yang sudah sedia retak itu.

Marilah kita sama-sama gunakan medium sosial ini secara bertanggungjawab dan bijaksana. Insha Allah semuanya akan aman damai dan harmoni.

Wassalam

#Tazkirah untuk diri sendiri dihari jumaat ini. Selamat berhujung minggu bersama keluarga, manafaatkan setiap saat yang kita ada ini dengan melakukan perkara-perkara yang membawa faedah kepada kita dan kepada semua.


   Happy Mood: sebab bonda tercinta ada kat rumah..love you mok......

Wednesday, February 26, 2014

karangkraft day

Assalamualaikum


Hai semua....cakkkkkk, bizi kee semua tuuu...

Cerita dah dekat sebulan nih, baru nak hegeh-hegeh up. Pertama kali pergi, tu pun pergi dah hari terakhir awal-awal pagi dah terpacak kat sana. Pergi ni pun sebab ikut En. Hubby yang ada kerja kat situ. Banyak both duk ada, tapi tak dang nak pergi ke setiap both. Maklum la bawak anak-anak kecik ni, banyak duk lepak dalam hall jee, adik Damia sesampai jee tertidur gan nyenyaknyaa. Both pertama yang diterjah both PA & MA. Buku-buku dan majalah terbitan karangkraft nih dijual dengan harga yang sangat la murah. So memang terbaik la untuk memborong majalah-majalah favorite. Walaupun sekarang nih, tak banyak masa nak duduk dan membelek majalah-majalah nih. Baca novel pun, satu novel ambik masa berbulan-bulan nak habiskan. Tak macam dulu, beli jee satu malam dah boleh khatam satu novel yang 500/600 muka surat tuu. Memang die hard fan or hantu novel lah dulu. Pantang ada novel baru mesti panas punggung nak pergi carik.

Lari, lari...nak mengekor jee Abang Nuh nih, pastu sepanjang jalan duk berzikir ibu, panas, panah, panas...Lawatan tapak terpaksa di pendekkan, anak bujang ni cam putera lilin pulak tak tahan panas...Nasib baik, kalau tak mau nyee memborong tak hingat punyeer...


Boleh tu, pusingan pertama tak jumpa kat mana di jual novel-novel nih. Boleh tak perasan tempat nih yang paling ramai diserbu oleh pengunjung.Nasib baik jumpa sebab nak carik novel RAM yang terbaru dengan potongan harga yang kababoom..Best seller betul lah novel nih dengan novel Cerita Cinta Ammar. Grap la dedua novel nih gan beberapa buku lagi. Beli banyak-banyak sebab harga dia memang berbaloi-baloi. Bila nak baca belakang kira, yang penting buku dah tersusun di rak tuuh. Seronok tengok koleksi novel dan buku-buku makin bertambah di rak/mini library tuu. Nak kena buat deco & susun atur kat mini library ni untuk mewujudkan suasana yang "wahhh best nyaa nak duk lepak baca buku kat sini". #ProjekLibrary soon.

 Tu dia, ramai betul orang, suka tengok rakyat Malaysia ni yang  "gile kentang" kat buku-buku nih. Bawak anak-anak kecik bagus tuk melatih depa nih supaya cintakan buku dan ilmu. Sorang-sorang membeli berbakul-bakul penuh, macam-macam jenis buku duk ada daripada bacaan ringan, buku-buku ilmiah, buku-buku rujukan, buku-buku masakan/resepi, autobiografi, buku-buku agama, novel-novel(dah tentu) dan macam-macam lagi lah. Tahun depan memang kena borong banyak-banyak laa, sebab potongan harga memang sehingga 30-70%. Memang gila betul tengoknya, nak buku tu, buku nih semua nak laa. Nasib baik pergi gan abang Nuh agak susah nak bawak. Next time kalau nak pergi kena bawak beg tarik.

Sementara ibu gan abang buat lawatan tapak kat both-both adik gan ayah duk rilek-rilek sambil kerja kat dalam hall tuuh. Memang tak boleh bawak adik sebab cuaca sangat panas berdenting-denting, payung lak tak bawak. Sementara tunggu ayah habis kerja tengok kat auditorium ramai baby gan mak bapak masing-masing duk beratur. Apa lagi buat-buat laa bizi body sikit pergi tengok, rupa-rupanya ada photoshoot tuk baby bawah satu tahun. So apalagi terjoin la sekali bawak adik pergi berpose-pose kat situ. Tak nak senyum sangat sebab baru bangun tidur, tak per laa adik just nak have fun jeee..

Macam-macam gaya dan fesyen baby-baby comel nih. Seronok tengok ada yang ala-ala princes, balerina, superhero dan banyak lagi laah. Bila dah habis photoshoot kan main happy lagi adik Damia dan duk wat pose macam-macam pulak.Haahaa

Wassalam

Tuesday, February 25, 2014

I-City

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni duk kalut sikit dengan agenda harian dan famili matters. Working hours pun terpaksa di adjust untuk menyesuaikan waktu Abang Nuh nak pergi sekolah. Kiranya masuk kerja lewat sikit sebab nak hantar Abang Nuh sekolah, balik pun lambat... nangesss..Rutin harian bermula seawal pagi, ini bukan komplen cuma rasa bersyukur sesangat sebab dapat menguruskan dan merasai macam mana mak- mak dodulu duk kalut duk uruskan anak-anak di waktu pagi. Ni baru sorang so masih ok dan semuanya smooth jee. Tak ada lah duk bersilat sangat. Pepagi start masak breakfast dan masak untuk lunch abang Nuh sekali. Walaupun pagi abang Nuh takda la nak makan sangat tapi at least sesuap dua pun jadi laa, buat lapik perut sebelum break pukul 10 pagi nanti. Nak train abang Nuh daripada sekarang yang breakfast tu sangat lah penting. Bila perut kenyang baru laa boleh fokus belajar tuu. Untuk break kat sekolah memang bawak bekal kalau-kalau Abang Nuh tak nak makan makanan yang disediakan di sekolah. Balik daripada sekolah memang tak dang apa-apa terus mintak nasi, makan siap bertambah-tambah tuu nak-nak kalau lauk yang dia suka, tomyam, sup dan singgang. Memang seronok laa tengok dia makan, banyakkk.

Malam jumaat minggu lepas, bawak dua beradik ni tengok lampu dekat I-City, walaupun dekat jee daripada rumah memang tak selalu lah ke sini. Ada la kot dua kali tu pun masa mula-mula bukak dulu, masa abang Nuh kecik. Seperti dijangka Abang gan adik sangat excited tengok lampu-lampu yang bergemerlapan tuh. Abang terlebih excited tengok ada bumper car kat situ, tapi sayangnya dia tak lepas lagi nak main bumper car nih. kan tercampak lak kena langgar yea. Sabar ya bang, nanti umur 7 tahun ke boleh laa naik gan ibu ke gan ayah ke..hehehhe.

Adik terkagum kagum tengok macam - macam jenis lampu yaa..

Sempat la duk try main buaian tuh, hai ibu pulak yang terover gayat nih. Makin tua makin teruk gayatnyeer, sepanjang duk pusing tu duk doa cepatlaa habis, tapi muka still menten jee. Kalau dak maunyee kena bahan gan ayah dan abang yeaa. Fuhh nasib baik satu pusingan jee..

Abang nampak sangat muka gah cuak, ikut perangai saper laa  tu.hiihii
Cover gayat tuuuh, pergghh buaian nih siap berayun-ayun tuh yang tak menahan.
Lepas  tuh pergi terjah ke rumah sejuk pulak(gituh kee namanyaa?)Tak pernah masuk jugak nih, bila lagi nak try ya..Nak pergi main salji yang bebetul ntah tahun bila laa boleh pergi ya...so sini pun boleh laah..

Susah betul nak ambik gambar satu famili abang Nuh mesti tak mau ambik gambar bebetul, duk sibuk gan pedang samurai dia tuu..

ohh yang ni dah ok abang dah tengok depan tapi cinonett jeer. Jadik laaa daripada takder yaa

Best jee masuk dalam ni sebab sejuk, first round bawak adik sekali, seronok dia sebab sejuk sampai tertidur, selesa sangat laa tu. Hantar adik kat waiting area pastu masuk second round tuk ambik gambar dan explore sesatu apa yang ada dalam nih. Ada jugak 2 or tiga jenis permainan tapi tak cuba laa. Orang pun tak ramai best!! kalau datang masa hujung minggu mesti sesak, nak jalan pun mesti berlanggar-langgar. Tu la kita nih, bukan nak cakap orang ya, cerita pasal diri sendiri laa kadang-kadang tempat yang sekangkang kera dengan kita ni selalu laa terlepas pandang or di anak tirikan..Suka la nak pergi nun tempat yang jauh nih. Boleh tahan jugak lah, anak-anak happy mak bapak pun mestilah happy kan..So nak kena check lagi lah mana lagi tempat - tempat menarik dalam kl & selangor yang  sesuai tuk bawak dua beradik ni pergi jalan-jalan.


Abang Nuh tak sudah nak try pakai cekak rambut yang bling-bling tu jugak. Sib baik adik tak marah..

Lepas balik tu, adik melena sampai ke pagi. Penat sangat laa tuu gamaknya..


Wassalam

Wednesday, February 12, 2014

Chocolate Museum

Assalamualaikum


Holla, wallah terkagum kejab coklat pun ada muzium..Memang terbaiklah, bagi pencinta dan penggemar coklat ni mesti suka bangat yea..Rilekss, ambik napas dulu...Lama dah duk dengar yang dekat area Kota Damansara nih ada Muzium coklat nih...tapi macam biasa laa, macam tak kuasa ajee nak beria-ia pergi carik ken, padahal kalau tanya En. Gugel pun boleh. Tu laa sengal punye pasal, masuk telinga kiri tak dan nak masuk telinga kanan dah keluar balik ikut telinga kiri jugok...
Tu dia sesampai jee terus excited sebab museum coklat ni sepelaung jee sebenarnya dengan ofis. 5 minit pun tak sampai...Punya la dekat macam ni boleh tak tahu... Kalau tahu sebelum ni tak payah nak bersusah payah duk memborong coklat kat Langkawi tahun lepas. Harga kat sini pun murah bebenor jugak...Harga kilang laa kottt. Sebab keterujaan melampau gambar pun di ambik masa masih duk dalam kete lagi...tak menyempat nak turun dahhh..hahhahah

Masuk je terus di sapa oleh Mr/ms. Hesyey nih, interior dia pun terbaik laaa. kat dinding kiri-kanan ada dikisahkan history bermulanya pembuatan coklat nih. Kalau pencinta sejarah bolehlah baca sampai habis. Kita orang sempat pandang sekilas lalu jee sebab dah tak sabar nak pergi beli coklat. Sejarah nih kita baca lain kali ya, next visit...kata dekat, hari-hari laa duk bertinggung kat sini nanti...haahaaa, bahaya-bahaya

Masuk jee sini, terus tak tentu arah semua rasa nak beli. Padahal kalau nak ikut-ikut kan tak da la giler sangat makan coklat nih. Disebabkan harganya yang murah dan packaging yang colourful tuh terus memuncak rasa nafsu untuk membeli. Nasib baik tak bawak banyak duit, lepas laa tuk beli satu jenis coklat...kikikiki taktik menjadi.

Ni pun dibuat daripada coklat...terrr, nasib baik duk dalam lemari kalau tak mesti kejab jee dah tak ada dah buku tuuu... macam nak mintak pinjam jee buku tuu. Can I borrow your book, sir?




Semua duk pening nak ambik yang mana satu. Ada lah 20 kali duk angkat letak, angkat letak. Kalau la coklat-coklat tu boleh berkata-kata mesti dah kena sound tepek jee kita orang nih...oiii kak, kalau nak ambik jee laa, tak yah laa nak angkat letak-angkat letak 40 kali..peninggg aaaarrrr. Sempat lagi duk interview kakak cashier tu, baru la tau yang museum nih di bukak setiap hari dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang, ke 7 petang ekkk..lupe dahhh lebih kurang laa ya.



Bagi sesapa yang nak cari coklat hah ni laa tempatnya..Ada yang buy 3 free 1 dengan packaging yang cantik-cantik lagi. Macam-macam jenis, macam-macam flavour dan yang paling penting harganya jauh lebih murah daripada kedai biasa. Sesapa yang nak buat lawatan sambil belajar macam kitaorang ni sila-sila laa. Masuk percuma jeee...Ni alamatnya


Chocolate Museum @ Kota Damansara
2 Jalan Teknologi 3/4
Seksyen 3 Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia


Wassalam