Thursday, April 16, 2015

Jalan-jalan tengok monyet BUKIT MELAWATI


Assalamualaikum..

Imbasan semula, tu biasa dah sangat..cerita basi baru nak up. Kealpaan diri sibuk dengan tuntutan dan komitmen kerja dan tanggungjawab sehari-hari. Baru boleh bernafas sedikit, selepas selesai membereskan kerja-kerja yang menuntut 110%fokus dilunaskan, baru lah boleh buat spring cleaning sikit kat rumah nih. Hikhokhikhok..

Suka sangat gan Bukit Melawati nih, kalau ada masa terluang memang terus berzikir kat telinga mr hubby suruh bawak kesini. Bagi alasan kukuh cakap anak-anak nak tengok monyet, kera, ungka dan yang sewaktu dengannya. Dekat pun dekat gan rumah, tak sampai sejam jeer..

Bila pergi ni ya, ohh masa cuti Thaipusam 3 februari hari tu, kebetulan mok pun turun kl so molek benar lah kiranya bawak jenjalan sekali..

Disebabkan cuti umum, kete kena park kat bawah. Semua pengunjung kena naik  tram yang disediakan, sebelum tu kena beli tiket dulu. Harga tiket dah lupe...hahaha tapi rasanya bawah rm5 tuk dewasa gan kanak-kanak. 
Wefies tu wajib laa kan, bukan selalu dapat naik tram ni. Syiokk ooo sebab angin tiup-tiup sejuk jee..

Dah sampai kat atas, apa lagi selfie laa sesnap dua, mok lak malas nak layan.. Bebel aikk asyik ambik gambar jee, jom jom tengok monyet.. Hahahaa, tengok ibu yang terlebih excited, anak-anak rilek jeer.. Huuhuu pedulik laa..
Adik Mia ni berani betul, ingatkan dia takut. Dia yang paling depan, abang yang takut duk nyorok kat belakang.. Hahahaa abang, abang...pastu bising duk marah adik. Adik carefull!adik carefull! Adik mana la nak peduliks..menonong jeee nak bagi monyet makan.


Selamba dia jee nak salam gan monyet tuu.. Nasib baik monyet tuu tak layan dia.. Hikhik, kurciwa disitu.

Tengok abang jauh kat belakang, kononnya duk jaga mok..siap pimpin tangan mok tuu takut jatuh.. Good boy! dua personaliti yang berbeza..

Mok pun seronok dapat bagi depa-depa ni makan.. Dah pandai memilih lak tuu, bagi kacang tak nak depa nih, bosan agaknya. Bagi kerepek laju jee sambar bawak lari satu bungkus.. Aiskrim pun depa suka. Ni kelako, diciloknya aiskrim kat tangan Mia, marah betul dia. Mencicit  dia nak kejar monyet tu nak ambik balik aiskrim dia sambil bebel-bebel marahkan si monyet tu.. Hahaha

Gah bebel lah tuu...

Cantik betul pemandangan kat sini,..
Tak payah pergi jauh pun, ...

Pemandangan terbaik apa lagi jom bersefie lagi dan lagi...

Gan anak bujang...

Pastu try nasib, sib baik mok nak layan berselfie sekali... Kikikiki, love u mok..

Penat dah jalan, habis dah makanan bagi monyet makan, nak turun bawah kena tunggu tram ni datang ambik. Tak payah berebut-rebut sebab banyak tempat duduk, semua orang boleh duduk jangan risau. Kalau tram dah penuh tunggu tram belakang pun ada lagi, banyak tram no worries!

Turun daripada Bukit Melawati tetiba je perut berkeriut-keriut.. Hahaha pandai sangat perut nih..so apa lagi layan sate giant gan mee udang kuala selangor laa jawabnya.. Terbaik laa sate giant tu, makan satu cucuk pun dah kenyang.. Mee udang pun terbaik jugekkk, meletups udang besar-besar dan fresh..

Nampak gayanya kena pergi lagi nih, sebab hari tu tak sempat nak makan abc bakar... Jom saiiiyang!

Wassalam.


No comments:

Post a Comment