Wednesday, April 22, 2015

Meraikan Damia ke 2 tahun..

Assalamualaikum

Cerita hari ahad lepas.. Small gathering gan family members bagi meraikan ulang tahun kedua adik Mia.

Semuanya diuruskan oleh mr. Hubby. Daripada urusan pembelian kek, hinggalah bab membeli satay. Tak ada makanan yang fancy - fancy pun kali ni, cuma kek, satay dan meehoon serta keropok. Meehoon tu digoreng sendiri buat pelengkap rasa. Alhamdulillah semuanya licin... Sedara mara terdekat sahaja diundang lebih dan kurang 20 tetamu sahaja. 

Adik Mia tak berapa nak ceria sebab kurang sihat, tapi lepas ramai geng datang kehulu kehilir bermain sesama. 

Abang pun baru jee baik lepas satu
Minggu demam. Lonjong jee dah jadiknyeee.

Eh eh abang lak yang beria-ia duk tiup lilin tuu..adik wakilkan abang ya sayang.. Kalau tunggu adik tiup lambatlaa semua dapat rasa kek tuu. Heehee

Antara tetamu-tetamu cilik yang ada, anas dan misha...


Yeah dah dua tahun adik Mia. Sekejapan jee rasa, besar dah princess ibu nih.. Tergelap la pulak gambar, lighting kurang daa, salah posisi. Terus gelap kelam jadiknya semua gambar-gambar nih.

Bersama kakak-kakak tersayang, tulang belakang disetiap majlis. Orang kuat nih. Tema tahun ni adalah tema bebas, belasah jee nak pakai apa pun janji bahagia... Kuikuikui..
Sambil anak-anak main orang-orang dewasa ni bergosip gosipan pasal citer masing-masing. Takder gosip pasal orang lain, tak elok tuu! Banyak cerita yang sempat di kongsikan sebab dah lama tak berhimpun macam nih.. Lebih 3 bulan dah kot! Yalah masing-masing sibuk jeer, kalau jumpa selalunya mesti tak cukup korum yang duk area kl & selangor ni lah. Ni pun tak cukup korum gak,..

Gan anak-anak sedara yang dah jadi anak dara dahhh.. Dulu kecik jeer depa nih, sekarang dah besar panjang... Maksudnya apa tuu, kita dah makin senja..

Hahaha tu pose gaya bebas yaaa... Kikiki

Dah besar sangat dah nih....

Dan lagi.... Hahahhahaa

Terima kasih semua yang sudi datang, nanti-nanti kita gather2 lagi...

To my sweetheart Damia Hannah, ibu doakan supaya adik sentiasa sweet selalu, membesar menjadi muslimah yang solehah yang dapat berbakti pada agama, bangsa dan negara...

Wassalam.

No comments:

Post a Comment