Friday, November 2, 2012

Bbq @ jembalcastle

Assalamualaikum

Bila cerita pasal kemeriahan menyambut raya korban belah-belah pantai timur ni memang laa tak dapat nak disangkalkan. Dua-dua raya kat kelantan ni memang meriah. Raya korban pun meriah jugak.. meriah dengan makanannya, pergi mana-mana rumah pun dapat makan nasi dengan daging.. tak kisah laah daging masak apa pun, daging goreng, daging singgang, daging gulai, daging bakar, daging sup, nyicoh perut (best tuuu) dan banyak lagi lah menu yang berasakan daging..

Hari pertama hingga hari ke3 raya korban memang meriah dengan daging sebab boleg dikatakan semua rumah ada buat korban. Daging-daging korban ni, semuanya disedekahkan untuk fakir miskin dan sedikit sahaja di ambil untuk dimasak dan dihidangkan kepada keluarga dan tetamu yang datang. Bila pergi berjalan beraya memang kita akan dijamu dengan nasi berlaukkan daging tak kira bila (siang dan malam).

Petang raya kedua hari tu, sebab dah sedikit muak makan daging so we olls pakat-pakat laa nak buat BBQ bakar ayam, ikan, sotong dan hotdog pulak.. Memang daging dah tak boleh masuk dalam senarai dah....

Terma kasih pada Cik Yah dan Cik Inin sekeluarga sebab bertungkus lumus memproses bahan-bahan mentah nih, daripada pergi beli segala mak nenek barang keperluan untuk buat BBQ nih hingga lah proses memerapnya...Alhamdulillah..

Acara bakar membakar ni mula agak awal selepas solat asar sebab belah malam tu semuanya nak duk berehat sambil borak-borak dan cik min dan family dah nak bertolak balik ke KL dah malam nanti.. Kiranya first time buat BBQ ni belah siang aka petang...Best jugak ya, sebab boleh nampak semua proses membakar tuh berjalan dan kanak kanak pun riang bebas bergumbira bermain sesedap rasa tanpa rasa takut-takut..hoohooo, kalau belah malam kang gelap sikit, kat kampung manalah ada lampu sport light ke, lampu jalan ke kan....

Ini lah ghuper 3 ekor ayam yang telah siap diproses dan diperap..


ikan kerisi...

Muka-muka happy sambil duk sabar menunggu hasil pembakaran itu....hehhehe


MNAS macam biasa tak suka nak makan benda-benda yang dia jarang makan ni, mungkin dia rasa pelik kot...Sibuk duk main motor baru dia ituww


Orang lain duk kecoh makan pun dia tak peduli...huuhuu

baik jeer MNAS ni duk posing kat atas tangga, geng dia Micha tidur pulak..Kalau tak memang kehulu-kehilir dan adengan kejar mengejar akan berlaku.heeheee

Ini lah ruper sotong yang lepas dibakar, gabar ayam, ikan dan hotdog tak sempat nak disnap sebab masak jee habis, masak jee habis tak sempat nak di snap..laku macma goreng pisang panas..

Alhamdulillah semua duk happy makan BBQ nih, bukan saja happy dapat makan sesama, tapi dapat bekerjasama sama-sama...bertukar-tukar cerita dan yang paling penting dapat mengukuhkan lagi ukhwah dan ikatan kekeluargaan. InsyaAllah selagi hati kita semua bersatu apa jua masalah dalam keluarga dapat diselesaikan bersama. Segala anasir-anasir luar yang cuba menganggu gugat ikatan kekuargaan ini akan kita tepis bersama. InsyaALLAH, sesama saling percaya mempercayai dan bersatu hati dalam setiap perkara yang sudah berlalu dan akan datang... Segala dengki, persengketaan antara sesama kita akan menjadi kemegahan dan kemenangan bagi unsur-unsur luar yang senantiasa menantikan detik-detik perpecahan dan pergaduhan kita. Oleh itu, kita kena bersatu hati (sambil mengangkat dalam ke atas, macam berpidato ituuee)dalam apa jua keadaan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain supaya ikatan kekeluargaan ini akan terus erat dan ketat selama-lamanya....

Renung-renungkan dan selamat beramal

Wassalam

No comments:

Post a Comment