Monday, May 14, 2012

Bermalam di Corus Paradise Beach Resort

Assalamualaikum

Banyak cerita untuk dicoretkan di sini, selalu tertangguh-tangguh. Cerita yang sepatutya diup minggu lepas terpaksa di postpone minggu ni pulak..Takpelah, janji segala memori dan momen di sana dapat diabadikan disini.


Percutian mengejut ini memang secara kebetulan dan berlaku dengan pantasnya. Semua perbincangan melalui telefon dan hotel ditempah secara online. Jumaat nak pergi, khamis baru decide dan tempah segala bagai.. memang boleh kata kerja gila jugak lah..tapi best pulak rasa, takder apa-apa perancangan yang beria-ia, tup-tup semuanya berjalan lancar.
Alhamdulillah ayahnyer mnas pun dengan rela hati bagi pelepasan dan green light tanpa banyak syarat.tq honey.. hehehhehehhe

Bertolak ke PD Jumaat 11.05.2012, dari Shah Alam pukul 8.15 pm dan alhamdulillah sampai ke hotel pukul 9 malam lebih. Percutian singkat ni pergi dengan mnas sahaja dan diiringi oleh Ayun aka kak yuni (tq kak yuni, sebab temankan mnas). Tujuan utama ke sana sebab nak berjimba bersama bff niiihhh..
haahaa gambar proper xder pulok, punyer laa seronok duk sembang dan bergelak ketawa sampai gambar pun terlupa nak ambik..Mini re-union bersama Mimie + family & Connie WCC + family. Dah lama tak spend masa bersama-sama macam dulu-dulu. so masa yang ada tu terasa sangat lah cepat berlalu..


Sampai hotel, terus semuanya zzzz kecuali mnas duk ralit berlari-lari dlaam bilik hotel tuh..adoiya anak ibu nih, selalu excited bila pergi tempat baru..semuanya dia nak explore. Last-last tutup semua cahaya yang ada, baru lah dia zzzzz jugok...
Tak sabar nak berdikari, nak bukak stokin sendiri..

Pagi, terus turun pergi tengok burung dan rabbit sebelum breakfast

Turun tangga pun nak turun sendiri...

Masa makan kejab jeer duk diam, pastu sibuk nak explore sana-sini...phewwww...

Salah satunya ini lah, praktis naik & turun tangga...




Lepas je kenyang perut, rombongan makcik linda pen beramai-ramai tuurn ke pantai untuk bersiram...ummmm, ekkkkk tapi pantai di pd ni tak secantik pantai kat kelate lahhh..air dan pantai nya tak sehapenning macam kat melody beach hari tu..Mnas pun macam tak happy sangat jee nak main ombak...Tak nak spoil mood mnas, so meh laa kita pergi berendam dalam swimming pool pulak..Wah hebat betul, aktiviti air ajeer dari laut bersambung di pool pulak..

bila dah masuk pool, mnas sangat suka, excited dan teruja menjadi satu..kemain lagi tak bagi ibu pegang..duk syok nak jalan-jalan dan catwalk dalam air tuh..Ibu pulak duk risau takut terjatuh dan tertelan air laa jawabnyerr..Tapi tak sangka pandai pulak mnas duk balance kan diri dia...huuhuuu, nanti bolelah start belajar berenang ya sayang...




Pengiring aka photographer of the day..Orang yang bertanggungjawab mencapture momen2 indah hari tuuu..tq ayun..


Banyak sangat aktiviti duk ada seharian sampai petang, dapat bercerita dan bergelak ketawa macam dulu-dulu dan dapat makan beramai-ramai..Banyak sangat makan hari tu, dan tq to John coz belanja nasi ayam spesel dari ladang dan juga terima kasih banyak-banyak dekat makcik n pakcik aka parent mimie sebab hidangkan macam-macam..goreng pisang yang sangat sedap,sangat ranggup dicicah dengan kicap..dap, dap laa..Juga laksa penang yang mabeles bersama air kelapa dan tebu..fuhhhh terangkat sungguhhh..Alhamdulillah, lain kali kita buat next trip lagi yaa bff...Really happy, walaupun sangat penat tapi berbaloi-baloi....TQ n TQ.

Wassalam

No comments:

Post a Comment