Friday, December 20, 2013

Demam

Assalamualaikum

Lama tak mengadap blog nih, bukan apa lepas jer sakan duk kayuh basikal tu tup-tup esoknyer terus rasa berat jee kepala nih.. Adoi ya apa kena laa pulak, pergi klinik buat check up bila doc cakap saya bagi mc dua hari kat awak yaa.. U ni penat, tak cukup rest dan stress nii sebab tuu laa your bp tinggi. Terlopong laa kejab, macam percaya gan tak jeer. So minggu lepas straight laa cuti kiranyer sehari jeer kerja.

Terima kasih laa banyank-banyak kat doc sebab bagi dua hari mc. Boleh rehat puas-puas dan spend masa gan anak-anak. 

Rasanya bp mencanak naik nih sebab buat sudden exercise kot. Badan ni dah dekat dua tahun tak buat exercise tup-tup pergi kayuh basikal turun naik bukit pulok. Lepas duk rehat dua hari tu Alhamdulillah bp dah back to normal... Heeheee kecuakan jugak hooo.

Minggu ni pulak pergi duk pulun main badminton gan En. Hubby n kengkawan dia.. Hah merasa laah hari ni gan semalam duk sengal-sengal badan.. Hari ni pulak bagi pakej sekali gan selsema.. Duk ter achemm achimmm, sok sek sok sek kuar air hidung.. Heehee. En. Hubby suh ambik mc jeer sebab duk tersoksek soksek, makan pun dok selera.. Huuhuu, tapi memang tak nak laa mc lagi banyak kerja nak kena setel sebelum bercuti panjang minggu depan.. Nak perabih cuti tahunan..petang ni pulak nk kena jaga exam lagi. Umm takper laa kita gagah kan diri jugak... Mari laa kita bekerja...

Semua orang dah pergi beli barang-barang sekolah anak-anak keer? Almaklum laa lagi dua minggu yekk sekolah nak bukak. Macam excited jee kali ni sekolah bukak yalaaa first time tuu nak pergi hantar abang Nuh pergi sekolah.. Tahun depan dia dah nak masuk 4 tahun walau pun hujung tahun laaa oktober.. Rasanyee right time laa for him bercampur dengan rakan sebaya dan orang ramai.. Kalau duk kat rumah asyik duk main kereta gan tengok kartun jeer kadang-kadang jee bila datang mood rajin dia duk belek-belek buku.

Masa pergi register kan main lagi dia suka nak join kawan-kawan dia. Register pun kat school yang boleh dia main sekali dan belajar secara tidak lansung. Sekarang ni, hari-hari duk berzikir kat telinga dia nanti abang kena pergi school tau. Dia senyum jee takder pulak cakap no, no, no. Biasanya kalau dia tak suka terus dia cakap no, no fullstop. Harap-harap ok laa nanti tuu.. Ohh tersasar pulak duk citer pasal school abang nuh yaa. Nanti laa kita story lagi pasal sekolah abang nuh nih..

Demam cepatlaa ok sebab esok ada tournament badminton kat ofis... Kena makan vit c nih banyak2... Ehhh tapi kalau terlebih bukan dibuang jugak keee. Ummmm harap2 sihat esok... Aamin

Wassalam


Wednesday, December 11, 2013

11.12.13-Taman Botani Shah Alam

Assalamualaikum

Wah nak jugak up tajuk diatas tuu.. Sana-sini orang duk up status tarikh hari ni, kat fb la, twitter laa n instagram apa tah lagi. Ramai pulak orang duk kawin hari ni jugak. Senang dan cantik tarikh nih, senang laa nak ingat tarikh anniversary dok. Huuhuu, selamat pengantin baru laaa tuk yang melangsungkan perkahwinan sempena special date nih.

Kita cuti laa hari ni, yahooo seronok tuu warga yang kerja kat selangor bole kasik bakar member-member yang pulun berkerja tuu.. Oohh heaven betul boleh santai-santai dihari semua orang bekerja. 

Selamat hari keputeraan tuanku..


Pagi-pagi lagi dah terpacak kat taman botanical Shah Alam. Lama sungguh tak beriadah dan mengeluarkan peluh ni. Pergi gan anak bujang kiter laa, excited dia nak berbasikal. Sampai kat sana terkejut kejab sebab ramai bebenor orang terutamanya famili lah ohh ya la sekarang ni kan cuti sekolah. Fokus hari ni cuma nak berbasikal jeer, nak asah skill yabg dolu-dolu. Zaman sekolah dulu kayuh basikal 10-20km pagi-pagi dan balik sekolah pun takder hal punya. Selamba jee..

Fuhhh jalan kat taman botani ni kan main lagi mencabar naik turun bukit tuu, rasa macam nak putus nafas ni.. Gelap jee mata, tetiba jee rasa nak pitam.. Ummmm end up banyak yang berhenti tolak basikal jee. Bila turun bukit puhhh lega laju dan berangin jeee turun. Nuh kat belakang bersorak-sorak seronok.. Hoohoo
Pose dulu sebelum memulakan ekspedisi menakluk taman botani nih

Abang Nuh dah tak sabar suruh ibu kayuh. Baiklah wahai anak..
Syok jee abang Nuh duk menikmati kehijauan di sini. Ibu macam nak cramp kaki duk mengayuh basikal ni.. Hahaha, nampak sangat dah tue dan kurang stamina. Tua jugak yang disalahkan padahal diri tuu yang dah tak fit. Nak kena aktif balik laa macam ni..

Lepas buat sau pusingan hingga ke rumah 4 musim kta patah balik. Jauh jugak tuuh, perjalanan balik best sangat sebab turun bukit.. Berdesup jeee, rasa sejuk jee angin duk menampar- nampar pipi. Ceewah

Lepas dah habis ekspedisi berbasikal abang Nuh request nak naik  bas pusing-pusing taman pulak. Baiklah anak, jom kita beratur walaupun ibu dah duk ingat bantal gan tilam tuu kat rumah. Hahhaah

Beratur kebih kurang 15 minit dah dapat naik bas,,, lagi sekali seronok kan main abang Nuh. Bila jumpa monyet kat tepi jalan semua dalam bas duk bersorak-sorak. Monyet pandang jee kepelikan...haahaaa
Nampak kee monyet tuu..kalau tak nampak buat-buat nampak jee laa
Abang duk terpesona melihat kehijauan pokok-pokok yang besarnya berpeluk-peluk nih..damai jeer rasa

Dah puas naik bas, jom laa bang kita balik, panas berdeting-deting dah. Kita datang lagi yea, kita jogging pulak..
Masuk jeer kereta tersandar minum air, penat ya bang, dahaga ya bang.. 

Oh ya bagi sesapa yang nak datang sini harga tiket tuk dewasa rm3 dan kanak-kanak rm1.

Wassalam

Monday, December 9, 2013

Mangsa banjir..

Assalamualaikum..

Keadaan banjir masih lagi teruk, ramai lagi mangsa-mangsa banjir berada di pusat pemindahan. Di kuantan selalu dapat perkembangan terkini daripada kakak dan anak saudara. Mereka menjadi mangsa banjir juga. Alhamdulillah keadaan mereka sihat dan selamat, cuma harta benda dan rumah rosak teruk. Mereka happy berada di Pusat pemindahan S.K.Murni 2 Sg Isap, daripada maklumat diorang bekalan makanan juga mencukupi, Alhamdulillah. Happy secara luaran tapi jauh disudut hati mereka mangsa banjir ni sedih, risau dan macam-macam rasa lagi yang hanya mereka sendiri yang tahu betapa peritnya untuk mengharungi dugaan ini. Hanya moral support, doa dan kata-kata semangat yang boleh diberikan daripada jauh untuk buatkan mereka sedikit lega untuk melaluinya dengan tenang.. Insha Allah, segala-galanya sudah diatur sebaik-baiknya oleh Allah pada setiap hambaNya..sabar dan redha dengan setiap apa dugaan yang mendatang..

Petang semalam dapat berita daripada anak saudara kat Sungai Isap, mereka sekeluarga sudah balik ke rumah. Keadaan rumah memang susah laa nak cerita, memang banyak kerja nak kena buat. Basuh, berus, cuci, buang, jemur ummm tu memang kena ambik masa mungkin seminggu, mungkin sebulan dan mungkin juga setahun untuk back to normal. Masih lagi dalam mod berjaga-jaga berkemungkinan ada gelombang ke-2 nanti. Doanya semoga segala urusan mereka dipermudahkan semuanya... Aamin

Wassalam

10 Pesanan Imam Syafie'

Assalamualaikum..

Ingatan untuk kita semua...Marilah sama-sama kita membaiki diri dan saling ingat mengingati sesama kita.



sumber: Youtube
from: Syarifah Sayyid

Wassalam

Friday, December 6, 2013

Hulurkan tangan...

Assalamualaikum

Bila dapat berita yang ramai sahabat dan saudara kita di belah Kemaman, dungun,kuantan, johor, kelantan dan banyak tempat lagi menjadi mangsa banjir rasa macam nak pergi hulurkan bantuan untuk meringankan beban depa ni. Nak tolong keringat memang tak dapat laa yaa, tapi macam-macam cara lagi kita boleh tolongkan.. Sama-sama laa kita menadah tangan supaya mangsa-mangsa banjir ini selamat, tabah dah bersabar di kala ditimpa bencana ini. Bagi sesiapa yang berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan boleh laa berbuat demikian kerana ada individu dan pertubuhan yang sedang giat melancarkan tabung kemanusiaan untuk menolong mangsa-mangsa banjir ini. Salah satu pertubuhan yang kita bole salurkan sumbangan adalah seperti yang kat atas tu, boleh dapat segala info lanjut dengan menelefon ke nombor seperti yang tertera. kawan seofis dan rakan2 doktornya yang aktif dalam menjalankan operasi kemanusiaan ini..Alhamdulillah, marilah kita sama-sama menghulurkan tangan tuk menghilangkan beban mereka yang sedang ditimpa bencana.

Wassalam

Thursday, December 5, 2013

Lena Ini..

Assalamualaikum...

Lamanya terlena,
diulit mimpi-mimpi indah,
selesa di kepompong ini,
menyusuri hari-hari,
tanpa rasa itu,
tanpa suara itu,
tanpa nikmat itu,
berlalu pergi begitu,
tercari-cari tanpa pasti,
tidak sempurna di hati,
mimpi-mimpi aneh menyapa kedinihari,

terbangun tersedar,
masih disini,
tercari-cari,
jawapan tiada pasti,
kekosongan kelompongan,
kini mengerti,
kini pasti,
berapa lama lagi,
waktu yang berbaki,
panjangnya lena ini..




Wassalam..

Ilaika-syair Imam Syafie sebelum beliau meninggal dunia.wmv

Assalamualaikum..

Semoga perkongsian ini bermanafaat untuk kita semua dalam beristiqomah kepadaNYA...




Sumber: Youtube
from:Nur Cahaya

Wassalam