Monday, December 9, 2013

Mangsa banjir..

Assalamualaikum..

Keadaan banjir masih lagi teruk, ramai lagi mangsa-mangsa banjir berada di pusat pemindahan. Di kuantan selalu dapat perkembangan terkini daripada kakak dan anak saudara. Mereka menjadi mangsa banjir juga. Alhamdulillah keadaan mereka sihat dan selamat, cuma harta benda dan rumah rosak teruk. Mereka happy berada di Pusat pemindahan S.K.Murni 2 Sg Isap, daripada maklumat diorang bekalan makanan juga mencukupi, Alhamdulillah. Happy secara luaran tapi jauh disudut hati mereka mangsa banjir ni sedih, risau dan macam-macam rasa lagi yang hanya mereka sendiri yang tahu betapa peritnya untuk mengharungi dugaan ini. Hanya moral support, doa dan kata-kata semangat yang boleh diberikan daripada jauh untuk buatkan mereka sedikit lega untuk melaluinya dengan tenang.. Insha Allah, segala-galanya sudah diatur sebaik-baiknya oleh Allah pada setiap hambaNya..sabar dan redha dengan setiap apa dugaan yang mendatang..

Petang semalam dapat berita daripada anak saudara kat Sungai Isap, mereka sekeluarga sudah balik ke rumah. Keadaan rumah memang susah laa nak cerita, memang banyak kerja nak kena buat. Basuh, berus, cuci, buang, jemur ummm tu memang kena ambik masa mungkin seminggu, mungkin sebulan dan mungkin juga setahun untuk back to normal. Masih lagi dalam mod berjaga-jaga berkemungkinan ada gelombang ke-2 nanti. Doanya semoga segala urusan mereka dipermudahkan semuanya... Aamin

Wassalam

No comments:

Post a Comment