Wednesday, December 11, 2013

11.12.13-Taman Botani Shah Alam

Assalamualaikum

Wah nak jugak up tajuk diatas tuu.. Sana-sini orang duk up status tarikh hari ni, kat fb la, twitter laa n instagram apa tah lagi. Ramai pulak orang duk kawin hari ni jugak. Senang dan cantik tarikh nih, senang laa nak ingat tarikh anniversary dok. Huuhuu, selamat pengantin baru laaa tuk yang melangsungkan perkahwinan sempena special date nih.

Kita cuti laa hari ni, yahooo seronok tuu warga yang kerja kat selangor bole kasik bakar member-member yang pulun berkerja tuu.. Oohh heaven betul boleh santai-santai dihari semua orang bekerja. 

Selamat hari keputeraan tuanku..


Pagi-pagi lagi dah terpacak kat taman botanical Shah Alam. Lama sungguh tak beriadah dan mengeluarkan peluh ni. Pergi gan anak bujang kiter laa, excited dia nak berbasikal. Sampai kat sana terkejut kejab sebab ramai bebenor orang terutamanya famili lah ohh ya la sekarang ni kan cuti sekolah. Fokus hari ni cuma nak berbasikal jeer, nak asah skill yabg dolu-dolu. Zaman sekolah dulu kayuh basikal 10-20km pagi-pagi dan balik sekolah pun takder hal punya. Selamba jee..

Fuhhh jalan kat taman botani ni kan main lagi mencabar naik turun bukit tuu, rasa macam nak putus nafas ni.. Gelap jee mata, tetiba jee rasa nak pitam.. Ummmm end up banyak yang berhenti tolak basikal jee. Bila turun bukit puhhh lega laju dan berangin jeee turun. Nuh kat belakang bersorak-sorak seronok.. Hoohoo
Pose dulu sebelum memulakan ekspedisi menakluk taman botani nih

Abang Nuh dah tak sabar suruh ibu kayuh. Baiklah wahai anak..
Syok jee abang Nuh duk menikmati kehijauan di sini. Ibu macam nak cramp kaki duk mengayuh basikal ni.. Hahaha, nampak sangat dah tue dan kurang stamina. Tua jugak yang disalahkan padahal diri tuu yang dah tak fit. Nak kena aktif balik laa macam ni..

Lepas buat sau pusingan hingga ke rumah 4 musim kta patah balik. Jauh jugak tuuh, perjalanan balik best sangat sebab turun bukit.. Berdesup jeee, rasa sejuk jee angin duk menampar- nampar pipi. Ceewah

Lepas dah habis ekspedisi berbasikal abang Nuh request nak naik  bas pusing-pusing taman pulak. Baiklah anak, jom kita beratur walaupun ibu dah duk ingat bantal gan tilam tuu kat rumah. Hahhaah

Beratur kebih kurang 15 minit dah dapat naik bas,,, lagi sekali seronok kan main abang Nuh. Bila jumpa monyet kat tepi jalan semua dalam bas duk bersorak-sorak. Monyet pandang jee kepelikan...haahaaa
Nampak kee monyet tuu..kalau tak nampak buat-buat nampak jee laa
Abang duk terpesona melihat kehijauan pokok-pokok yang besarnya berpeluk-peluk nih..damai jeer rasa

Dah puas naik bas, jom laa bang kita balik, panas berdeting-deting dah. Kita datang lagi yea, kita jogging pulak..
Masuk jeer kereta tersandar minum air, penat ya bang, dahaga ya bang.. 

Oh ya bagi sesapa yang nak datang sini harga tiket tuk dewasa rm3 dan kanak-kanak rm1.

Wassalam

No comments:

Post a Comment