Friday, October 10, 2014

Selamat ulang tahun ke-4 sayang..

Assalamualaikum..

Cepat betul masa berlalu, rasa macam baru semalam duk mengandungkan anak teruna nih, dengan alahan yang teruk sehingga ke saat akhir nak bersalin pun. Alhamdulillah anak teruna ibu ni dah 4 tahun. Big boy sangat daah. Semakin besar Alhamdulillah diberikan kesihatan yang semakin baik dan perkembangan yang memberangsangkan. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah...

Tanggal 4/10/2010 detik pertama yang memang amat dinantikan oleh ibu dan ayah, kerana daripada detik itulah kami dah bergelar ibu dan ayah....

Tahun ni 4/10 jatuh sehari sebelum raya qurban so memang tak dapat nak celebrate laa sebab on the way balik ke kampung.. Tak apa kita postpone celebrate hari raya laa gan mok, cik yah, pok mude dan lain-lain lagi...

Di petang raya dan bermula lah misi mencari kek di bandar KB dan kubang kerian tuu, memang nan ado. Semua kedai kek tutup serapat-rapatnyer termasuklah secret recipe.. Kuciwa jee rase ibu (poyo terlebih) abang takder la rasa apa-apakan.. Boleh dikatakan semua kedai & shopping complex  tutup.. Mana laa nak cekau kek ni, birthday tanpa kek ibarat budu tanpa cilinyeer lah.. Ummm pusing punya pusing pun tatap tak jumpa satu kedai pun duk jual kek, habis semua lorong di redah dengan harapan ada lahh satu kedai kek tersalah bukak hari tuu.. Huuhuu tinggal harapan semata.

Tetiba je dapat idea tengggg... Kat KFC ada dessert kek tiramisu yang kecik-kecik tu.. Pun boleh laahhh.. So apa lagi berdesup ke KFC dan apa lagi ber KFC party laa kita malam nih... dengan pizza hut. Jadilah abang yaa.. Alhamdulillah boleh have fun sesama. Itu yang lagi penting.

Hahahah klasik betul kek tu letak pun kat atas besen jee, tak dang nak alas dah sebab dua beradik tu dah excited nak tiup lilin. Adik Mia paling depan.hehheeh

Tak dapat nak potong kek tuu, hihihi boleh ngapp camtu jee.


Ibu nyer yang terlebih excited dengan kek-kek yang kiut tuu.. Fuhhh nasib baik ada, penyelamat sangat...

Antara famili members yang ada, tak ramai yang dapat balik raya ni... Tengok adik Mia tetap tak mahu turun duk nak tiup lilin lagi tu.. Mesti dia ingat tu birthday dia,, ekeke.. Sabar dik tahun depan baru sambut birthday adik lagi sekali yaa..

Sila laa ya, ini jer yang sempat disediakan...pembetulan.. Yang sempat tunjuk-tunjuk tadi..minta maaf bebanyak tuk semua sebab tuu je yang ada. Lain kali kalau nak celebrate masa raya memang kena tempah sebelum nyaa awal-awal lagi...lesson learn. Begitulah penangan raya qurban dekat kb nih. Memang lagi diutamakan kat sini. Makanan masa raya qurban ni memanglah tak meriah dengan segala mak nenek biskut tapi sangatlah meriah dengan daging dan nasik. Macam-macam menu masakan lah duk ada, daging goreng, sup tulang, nyicoh perut, singge daging dan daging bakar...ahh tu lah antara menu yang paling in.

Selamat ulangtahun ke 4 Muhammad Nuh, semoga abang sentiasa sihat dan membesar menjadi insan yang soleh dan dapat menjadi pelindung kepada adik-adik. Insha Allah.. Sayang abang ketat-ketat....ibu, Bobot shatu....

Love u...

Wassalam



Thursday, October 9, 2014

Giant bubbles di hari raya..

Assalamualaikum..

Masih mood raya lagi kee? Ada setengah orang or famili tak celebrate sangat yaa raya Qurban.. Macam kami ore pantai timur nih raya qurban memang lagi meriah laaa. Pendek kata semua kedai tutup laa raya pertama dan raya kedua tuh.. Ni memang dah terkona laa punya laa susah nak carik kek nak celebrate birthday anak bujang yang jatuh masa hari raya rituu. Secret recipe pun tutup... Woooo yang tu nanti citer kendian..

Kalau raya puasa dulu aktiviti petang raya main futsal ala raya gan kaum hawa uang dah tak berapa nak muda tuu..Kali ni masa tengah kaum bapak-bapak duk sibuk melapah daging korban, set-set cucu cicit dan bapak-bapak cucu cicit ni pulak duk buat projek baik punyer. Projek best!!
Malas laa nak citer pepanjang, cer tengok gambar-gambar kat bawah nih.. Terbaik lah, memang memasing have fun betul laa.. Rugi laa sesapa yang tak join duk hambat sekali bubbles tuu.. 

See betapa giant nyeer bubbles tuu.. Semua duk teruja termasuklah mak-mak, bapak-bapak dan yang tak berapa nak mak lagi tuuu..


Semua tak sabar nak pecahkan bubbles tuu..

Kan dah cakap tak sempat bubbles nak terbang dah kena letup dah.. Hahaha

Macam duk tunggu buah durian nak gugur jee kekdahnyeer tu.

Assistant encik bubbles yang vouge da vass. Cuaca pun mendung jee, angin pun sepoi-sepoi jer bertiup. Macam duk kat tepi lake jeer.. Sejuk jeee..

Sebahagian penonton yang tukang bersorak bila bebudak tu tak dapat nak letupkan bubbles tuu. Sebahagian lagi penonton mengelat duk sorak dalam rumah jeer.. 

Riang ria anak-anak dengan bapak-bapak yang sporting duk layanzz main bubbles nih dengan berbaju melayu dan bersongkok lagi tuhh..

Lagi dan lagi... Dah tukar orang dah yang tukang jadi encik bubbles... Hahaha

Sesambil main bubbles sesambil praktis menari... Marissa macam gah menari pulok..

Lepas dah penat duk hambat bubbles tu, meh laa pakat-pakat beratur collet duit raya pulak.. Kikiki, duit raya la sangat kan.. Ngapa ekk raya qurban tak dapat duit raya?

Wassalam

Wednesday, October 8, 2014

Selamat Hari Raya Qurban

Assalamualaikum

Masih tak terlewat rasanya nak ucap selamat hari raya qurban kepada semua. Sementara masih ada masa, peluang dan ruang mari lah kita sama-sama berkorban dalam apa bentuk sekali pun untuk memartabatkan ummah..

Jangan takut untuk berkorban harta benda kita kerana itu hanyalah pinjaman sementara kepada kita daripadaNya. Jangan ingat kita dah berkorban tenaga sudah cukup sedangkan kita tak sanggup untuk berkorban harta benda yang kita ada. Seeloknya berkorbanlah harta benda dan tenaga untuk menjadikan kita sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa bersiap siaga untuk membantu orang-orang yang lebih memerlukan...


Salam Aidil Adha daripada kami sekeluarga.. Tak berapa nak bertema bagai raya ni. Pakai sarung jee baju yang duk ulang siarannya.. Hahah


Masa ni abang tak tau kemana, puas panggil nak ambik gambar, unmm nan ada dilayannyer.. Lari sana lari sini dengan kengkawan dan anak-anak sepupunya.. Panah-panah cheng tuh.. Pandang jee yang ibu boleh, yalah nak tercabut anak tekak pun bukan makan saman pun.. Biar kan lahhhh..

Wassalam

Thursday, October 2, 2014

Koleksi open house...

Assalamualaikum...

Walaupun dah basi dan terhengeh-hengeh tetappp nak jugak update pasal ni. Series rumah terbuka kat rumah kengkawan dan family members. Sebulan raya memang semua hujung minggu penuh dengan makan-makan yang enak-enak gituii...

Sampaikan dalam sehari 4, 5 rumah di open tuh... Satu belah barat, satu belah timur, satu belah utara dan pendek kata semua arah mata angin laa ada. Kalau dah macam tue memang tak dapat laa nak memenuhi kesemua jemputan.. Walau apa pun terima kasih daun keladi tahun depan jangan serik jemput lagi.. InshaAllah. Terima kasih semua..

Open house rumah Dr. Yusuf di Putrajaya.. Gigih sangat depa ni siap masak sendiri lagi tiuu meehoon sup.. Sedap.

Abang & adik buat macam rumah sendiri, habis disepahkan mainan tuuu.. Isk isk

Lepas tu sendiri puyer open house pulak buat kecik-keciklan sahaja, tak dapat nak invite semua. Terima kasih pada semua yang datang..sorry tak sempat nak borak-borak gan semua...

Terima kasih kawan-kawan antu seU dulu yang sempat datang, lepas lama tak jumpa macam-macam citer duk keluar.

Dr. Hasnah & famili.. Tq

Connie WCC and family, really miss to chit chat with you.. Nanti kita lepaking and pot pet lagi ya dear...

Opismate pun datang juga, terima kasih walaupun short notice... Dik pikah, aerlyna n ct fatimah..

Ramai lagi yang datang tak dang nak ambik gambar sesama.. Handphone pun masa tu laa nak habis bateri jugak.. Huhuu..

Lepas tu kita ke Ukay Heights pulak, kawan seU dulu buat gathering cum open house sekali. Nun di hujung sana mengharung jem, tak tau laa apa kena ntah hari tuu jemm jeer semedang. Bercinta sangat nak menyampai ke sana. Tapi digagahkan diri juga nengharung segala onak duri demi nak jumpa kengkawan semua. Sampai jugak walaupun lewat.. Terima kasih bebanyak kepada tuan rumah, Zie & famili.. Nasi ayam, kek dan biskut raya semua first class.. Thumbs up Zie!

Mengimbau memori dedulu betul laa.. Masing-masing dah beranak pinak tapi perangai still menten cam dedulu..zie & yong tatap vongue da vass lagi..

Makanan yang superb yum yum.. Kuchah pun ada roommate masa belajar kat Asasi.. Suka duka bersama.. 

Dapat berjumpa dengan kengkawan lama lepas sekian lama tak jumpa memang sangat-sangat mengujakan.. Kalau boleh nak lepak dan bercerita macam dedulu tapi memang laaa macam mimpi pulak kan... Zaman dulu memang tak dapat diulang kembali cuma dapat mengimbau kembali kemanisan memori zaman dedulu ajer.. Alhamdulillah.

Wassalam


Wednesday, October 1, 2014

Bila abang dah pandai ambil gambar

Assalamualaikum...

Sebelum mula keja meh kita quick update dulu.. Gah ada appointment dengan someone... Pergg tajuk panjang tak agak yea.. Hahaaha

Sekarang ni handphone memang tak boleh nak biar jee, kadang-kadang bila check kat bahagian photo, fuhhhj beratus-ratus sampaikan beribu pun boleh cecah jugak... Bila tengok macam-macam gambar ada penangan photographer cilik nih.. Satu pose cecah 30 - 40 snaps.. Isk isk.. Selalu menjadi mangsa modelnya siapa lagi kalau bukan ibu, ayah, adik, mok dan macam-macam imej lagi. Kononnya nak mengasah skill.

Antara masterpiece abang:


Gambar mok aka neneknya, pandai pulak dia suruh mok buat peace.. Hahaha mok pun suka nak melayan abang so hasilnya gambar dengan pose peace ni aje dia snap sampai 20 kali... 


Gambar close up muka ayah tengah
Bawak kereta pun di ambik berpuluh kali..

Ni pulak gambar dia berwefie, mentabg-mentang pegang handphone muka dua yang menjadi titik fokusnyerr.. Siap boleh kira gigi-gigi tuuu.


Ni pulak dia duk berselfie pastu bole duk senyum sorang-sorang. Rupernya penuh dengan muka dia. 

Ni pulak dia nak berwefie gan Micha tapi adik pun terselit sama. Abang tukang pegang handphone, ibu tolong snapkan.. Layan kan jeer...heeheee

Selamat bekerja tuk semua. Bekerja laa kite dengan jayanyee..

Wassalam