Wednesday, October 8, 2014

Selamat Hari Raya Qurban

Assalamualaikum

Masih tak terlewat rasanya nak ucap selamat hari raya qurban kepada semua. Sementara masih ada masa, peluang dan ruang mari lah kita sama-sama berkorban dalam apa bentuk sekali pun untuk memartabatkan ummah..

Jangan takut untuk berkorban harta benda kita kerana itu hanyalah pinjaman sementara kepada kita daripadaNya. Jangan ingat kita dah berkorban tenaga sudah cukup sedangkan kita tak sanggup untuk berkorban harta benda yang kita ada. Seeloknya berkorbanlah harta benda dan tenaga untuk menjadikan kita sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa bersiap siaga untuk membantu orang-orang yang lebih memerlukan...


Salam Aidil Adha daripada kami sekeluarga.. Tak berapa nak bertema bagai raya ni. Pakai sarung jee baju yang duk ulang siarannya.. Hahah


Masa ni abang tak tau kemana, puas panggil nak ambik gambar, unmm nan ada dilayannyer.. Lari sana lari sini dengan kengkawan dan anak-anak sepupunya.. Panah-panah cheng tuh.. Pandang jee yang ibu boleh, yalah nak tercabut anak tekak pun bukan makan saman pun.. Biar kan lahhhh..

Wassalam

No comments:

Post a Comment