Friday, October 10, 2014

Selamat ulang tahun ke-4 sayang..

Assalamualaikum..

Cepat betul masa berlalu, rasa macam baru semalam duk mengandungkan anak teruna nih, dengan alahan yang teruk sehingga ke saat akhir nak bersalin pun. Alhamdulillah anak teruna ibu ni dah 4 tahun. Big boy sangat daah. Semakin besar Alhamdulillah diberikan kesihatan yang semakin baik dan perkembangan yang memberangsangkan. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah...

Tanggal 4/10/2010 detik pertama yang memang amat dinantikan oleh ibu dan ayah, kerana daripada detik itulah kami dah bergelar ibu dan ayah....

Tahun ni 4/10 jatuh sehari sebelum raya qurban so memang tak dapat nak celebrate laa sebab on the way balik ke kampung.. Tak apa kita postpone celebrate hari raya laa gan mok, cik yah, pok mude dan lain-lain lagi...

Di petang raya dan bermula lah misi mencari kek di bandar KB dan kubang kerian tuu, memang nan ado. Semua kedai kek tutup serapat-rapatnyer termasuklah secret recipe.. Kuciwa jee rase ibu (poyo terlebih) abang takder la rasa apa-apakan.. Boleh dikatakan semua kedai & shopping complex  tutup.. Mana laa nak cekau kek ni, birthday tanpa kek ibarat budu tanpa cilinyeer lah.. Ummm pusing punya pusing pun tatap tak jumpa satu kedai pun duk jual kek, habis semua lorong di redah dengan harapan ada lahh satu kedai kek tersalah bukak hari tuu.. Huuhuu tinggal harapan semata.

Tetiba je dapat idea tengggg... Kat KFC ada dessert kek tiramisu yang kecik-kecik tu.. Pun boleh laahhh.. So apa lagi berdesup ke KFC dan apa lagi ber KFC party laa kita malam nih... dengan pizza hut. Jadilah abang yaa.. Alhamdulillah boleh have fun sesama. Itu yang lagi penting.

Hahahah klasik betul kek tu letak pun kat atas besen jee, tak dang nak alas dah sebab dua beradik tu dah excited nak tiup lilin. Adik Mia paling depan.hehheeh

Tak dapat nak potong kek tuu, hihihi boleh ngapp camtu jee.


Ibu nyer yang terlebih excited dengan kek-kek yang kiut tuu.. Fuhhh nasib baik ada, penyelamat sangat...

Antara famili members yang ada, tak ramai yang dapat balik raya ni... Tengok adik Mia tetap tak mahu turun duk nak tiup lilin lagi tu.. Mesti dia ingat tu birthday dia,, ekeke.. Sabar dik tahun depan baru sambut birthday adik lagi sekali yaa..

Sila laa ya, ini jer yang sempat disediakan...pembetulan.. Yang sempat tunjuk-tunjuk tadi..minta maaf bebanyak tuk semua sebab tuu je yang ada. Lain kali kalau nak celebrate masa raya memang kena tempah sebelum nyaa awal-awal lagi...lesson learn. Begitulah penangan raya qurban dekat kb nih. Memang lagi diutamakan kat sini. Makanan masa raya qurban ni memanglah tak meriah dengan segala mak nenek biskut tapi sangatlah meriah dengan daging dan nasik. Macam-macam menu masakan lah duk ada, daging goreng, sup tulang, nyicoh perut, singge daging dan daging bakar...ahh tu lah antara menu yang paling in.

Selamat ulangtahun ke 4 Muhammad Nuh, semoga abang sentiasa sihat dan membesar menjadi insan yang soleh dan dapat menjadi pelindung kepada adik-adik. Insha Allah.. Sayang abang ketat-ketat....ibu, Bobot shatu....

Love u...

Wassalam



No comments:

Post a Comment