Thursday, October 9, 2014

Giant bubbles di hari raya..

Assalamualaikum..

Masih mood raya lagi kee? Ada setengah orang or famili tak celebrate sangat yaa raya Qurban.. Macam kami ore pantai timur nih raya qurban memang lagi meriah laaa. Pendek kata semua kedai tutup laa raya pertama dan raya kedua tuh.. Ni memang dah terkona laa punya laa susah nak carik kek nak celebrate birthday anak bujang yang jatuh masa hari raya rituu. Secret recipe pun tutup... Woooo yang tu nanti citer kendian..

Kalau raya puasa dulu aktiviti petang raya main futsal ala raya gan kaum hawa uang dah tak berapa nak muda tuu..Kali ni masa tengah kaum bapak-bapak duk sibuk melapah daging korban, set-set cucu cicit dan bapak-bapak cucu cicit ni pulak duk buat projek baik punyer. Projek best!!
Malas laa nak citer pepanjang, cer tengok gambar-gambar kat bawah nih.. Terbaik lah, memang memasing have fun betul laa.. Rugi laa sesapa yang tak join duk hambat sekali bubbles tuu.. 

See betapa giant nyeer bubbles tuu.. Semua duk teruja termasuklah mak-mak, bapak-bapak dan yang tak berapa nak mak lagi tuuu..


Semua tak sabar nak pecahkan bubbles tuu..

Kan dah cakap tak sempat bubbles nak terbang dah kena letup dah.. Hahaha

Macam duk tunggu buah durian nak gugur jee kekdahnyeer tu.

Assistant encik bubbles yang vouge da vass. Cuaca pun mendung jee, angin pun sepoi-sepoi jer bertiup. Macam duk kat tepi lake jeer.. Sejuk jeee..

Sebahagian penonton yang tukang bersorak bila bebudak tu tak dapat nak letupkan bubbles tuu. Sebahagian lagi penonton mengelat duk sorak dalam rumah jeer.. 

Riang ria anak-anak dengan bapak-bapak yang sporting duk layanzz main bubbles nih dengan berbaju melayu dan bersongkok lagi tuhh..

Lagi dan lagi... Dah tukar orang dah yang tukang jadi encik bubbles... Hahaha

Sesambil main bubbles sesambil praktis menari... Marissa macam gah menari pulok..

Lepas dah penat duk hambat bubbles tu, meh laa pakat-pakat beratur collet duit raya pulak.. Kikiki, duit raya la sangat kan.. Ngapa ekk raya qurban tak dapat duit raya?

Wassalam

No comments:

Post a Comment