Tuesday, January 29, 2013

Dating time....

Assalamualaikum

Baru jee lepas cuti-cuti yang panjang yaa. Kalau ambik cuti jumaat ritu dapat laa 5 hari. Ramai rasanyer tak melepaskan peluang untuk coti-coti malaysia ni kan.. kemain lagi u olls ya..Kemana arah tujunyer? Bagus laa dapat habiskan masa bersama-sama famili tercinta walau dimana saja anda berada. Mesti highway dan tempat-tempat percutian penuh sosak kam.. almaklumlah orang kite ni pantang ada cuti, mesti nak g jalan-jalan..paling kurang pun mesti balik kampung, ni memang dah pasti lah kan..

Tuan empunyer diri dan famili g mana ya?? Jawapannye xder g mana-mana just menghabiskan masa yang berharga ni dengan famili kat rumah.

Ayah MNAS pun tak sihat seminggu lebih duk demam, batuk dan selsema. Srott sreet srot sreet, sian tengoknyer. Kali ni deman yang agak teruk sebab nya tonsil dah bengkak.. Umm bila dah tonsil bengkak proses revovery nyer take time skit.. Minggu ni, Alhamdulillah dah makin sihat tapi suara masih lagi sexy n rock.. Ala-ala abang Ramli Sarip dengornyeer.. Heehee.

Famili daripada kampung pun ada datang termasuklah bonda tercinta. So bagus sangat ada cuti yang panjang nih, coz boleh spend time sama-sama..Aktiviti masa cuti nih, takder buat apa-apa pun just masak, makan, masak, makan dan makan sesajor.. hadoii macam mana laah badan ni macam makin dipam-pam jee, masih ada lagi 2 bulan mesti makin melambung-lambung beratnyeer.. takut cecah 70 kg jeer.. orangnyee yang tak berapa nak model ni makin katik lah jadik nyee, jangan jadik tong dram dah laa... kena kontrol sikit dah makan, tapi masalahnyeer perut ni asyik lapor jee dan semua benda berselera jee. pendek kata semua rasa sedap lah..aisshh tak boleh jadik betul lah..

semalam cuti baru berkesempatan berdatingan berdua, MNAS tinggal kat rumah sebab tidur..hehehhee alasan jeer tu padahal ibu gan ayah nak tengok wayang..kuikui. keluar rumah dalam 11.30 pagi cenggitu, main redah jee tak ceck pun citer apa yang duk ada dan tayangan kul berapa pun..main keluar jee..dalam otak ni, kalau boleh nak tengok semua citer yang best-best.,.hikhik almaklumlah sekarang dah susah nak tengok wayang dah... yalah rasa tak menyampai hati lak nak tinggal MNAS kat rumah...dahlah dia makin super duper manja dan extra sensitip jee lately ni.. Mungkin dia dapat rasa yang later dia nak dapat adik kot...alahai anak ibu nih.

Keluar pun tak kemana jee, just pergi Subang Parade yang takat 10 minit jee daripada rumah, hehehhe yalah kat situ tak ramai sangat orang kan..aman dan tenteram jee rasanyee. kebetulan dah beratur nak beli tiket latest show citer The Last Stand, tengok preview ramai komen best jee citer nih nak-nak pelakon dia Arnold Schwanengger(betul ke eja tuu) so macam mengantuk disorongkan bantal lah dua-dua orang terexcited nak layan citer nih..

Memang berbaloi lah tengok citer nih, semua ada kelakar ada, action jangan citer lah kan..siap baby pun lam perut pun tak berenti duk kickingnyerrr..hahahhahah, kete yang diguna dalam citer ni pun awesome..hehehe, kalau MNAS tengok kete tu mesti mulut dia tak sudah sudah duk sebut woww, woww, woww, woww. Dia kan fanatik gan kereta dan apa juga kenderaan berenjin nih...Daripada 5 stars boleh lah bagi 4 stars...



Lepas dah habis tengok wayang dan lepas dah shopping lite2 barangan baby, perut dah start menyanyi-nyanyi, orang baru lepas demam request nak makan kat Fish Manhattan. jom laa layankan ajeer.. mak buyong ni semua boleh asalkan dapat makan. dapat makan suko hati.lallalalla

Alhamdulillah dah kembali ceria selepas seminggu melepek jeee..

Cakk!!! masing-masing dah tak sabo nak tunggu hidangan sampai

Taaraaa, hidangan dah ready...jom kitee makan..nyummyyyy

Wassalam

Saturday, January 26, 2013

Selamat Maulidur Rasul

Salam...

Kat sini selalu update yang agak ketinggalan keretapi jeerkk... Haaahaa, fedulik yaaa.. Yang penting kite happy..

Selamat menyambut Maulidur Rasul untuk semua sesungguhnya setiap nafas dan degupan jantung ini amat merindui mu Ya Rasulullah S.A.W...

Hati ini melonjak-lonjak ingin lagi ke sana untuk menziarah makammu di Al-Raudah.. Perasaan sayu dan rindu ini menjadi satu..

Ya Allah Ya Tuhanku murahkan rezeki hambamu ini dan berikanlah kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan supaya aku dan keluarga ku dapat lagi menziarahi makam Rasulullah di Al Raudah. Aamin

Wassalam


Wednesday, January 23, 2013

From one to another workshop..

Assalamualaikum...

Quite super duper busy now days with the workshops n other comitments.. Its normal routine for early of the year.. Just lalui dengan riang gumbira...

Makin dekat dengan tarikh itu, makin berlambak-lambak kerja yang kena setel dan dibereskan.. Report n presentation, seyhhh berbaris menunggu.. Its ok, laluinya dengan riang ria kann, baru lah hidup akan jadi best dan meaningfull...

Minggu yang hectic ... Nasib baik bonda tercinta ada turun kl ni.. Soo hectic pun best laa coz dapat spend time dengan bonda... Lama dah tak lepak-lepak, borak-borak dan makan sesama... Masih lagi gah carik masa tuk p somewhere.. Hopefully bole pergi somewhere yg dekat sesama...mayb outing for dinner.. Ummm good.

MNAS kan main lagi happy bila moknyer ada.. Asyik berkepit jeer, main pun dekat mok, asyik duk pimpin tangan mok. Turun tangga pun siap berpimpingan tangan.. Shooo suweet... Kan main lagi sekarang sayang ibu ni.. Asyik ajak mok bersembang pastu gelak-gelak. Huuhuu, apa yang disembangkan pun tak tau... Heeheee..

Awal-awal tahun MNAS dah dapat 2 orang anak sepupu dan seorang sepupu.. Alhamdulillah keluarga semakin membesar dan berkembang dengan jayanya.. Tahun yang produktif dan tak lama lagi InsyaAllah MNAS pun akan dapat adik gakks.. Heehee camna la reaksi dia nanti agaknya.. Jeles kee, sayang sangat kat adik keer, suka jaga adik ker, or suka kacau adikk.. Hiuhuhuu

2 orang anak sepupu MNAS (side ibu) seorang lelaki ( Hariz) dan seorang perempuan (belum ada nama- baru dua hari) dan seorang sepupu perempuan ( side ayah)... Tahniah pada papa n mama yang baru menimang buah hati yang super duper comey n wangi ituu..

So meh kita layan pics newly borns tuu...

Wassalam





Tuesday, January 15, 2013

Design baru

Assalamualaikum

Tak berkesempatan nak update secara berhemah.. Ada masa ciput jeer so update secara cepat pantas dan tuntas laa.. Permintaan daripada tauke kilang batik suruh tepek design terbaru dia.. So meh laa kita menjamu mata yaa.. Mcm biasa laa kalau ada sesaper yang duk minat sila lah contact tauke nyerr sendiri or nak contact tuan blog pun boleh gakss. Tak ader apa-apa masalah pun disitu...

Nombor tauke batik ni 60 14 8179 926 (kak yah) atau pun tuan empunyer blog nih 0176850400. Insha Allah special price akan diberi bagi sesaper yang bagitau dia adalah pembaca tegar blog ni... Heehee cam poyo pulak ya...

Sila laa tengok pic kat bwh ni yaa.. Sila-sila. Kalau nak order design sendiri pun boleh, nak corak macam mana pun just bilang sahaja yooo..

K undur diri dulu yaa..

Wassalam








Thursday, January 10, 2013

Pot pet pot pet

Assalamualaikum..

Oh laa laa (ceh macam lagu KRU dolu-dolu). Siapa yang minat group ni, sila angkat tangan.. Kisah dolu2 memang minat giler gan KRU nih, boleh kata semua kaset dia beli lah(eh ya ke, ada la kot yg tak beli), kiranyer membesar dengan lagu2 KRU lah. Kalau ada jeer muka 3 orang ni kat majalah terutama URTV, sanggup tuu kumpul duit sekolah sebab nak beli URTV nih. Lagi satu kalau ada poster depa nih yang kat tengah2 tuu siap buat balut file tuu.. Ceh macam hebat sangat laa dulu kalu bawak file yang dibalut dengan muka depa nih..

Heehee giler betul masa remaja dulu ya, pengaruh artis ni kuat betul. Tak mustahil laa sekarang muda-mudi duk giler sangat gan kpop nih(stok antarabangsa ajeer minat ya). Tulah bila sana-sini budak-budak duk suka kpop jauh disudut hati nih faham ngaper depa duk minat mereka nih. Walaupun lagu yang depa nyanyi nih satu patah pun tak faham tapi pakej yang diorang bawak memang menangkap mata dan halwa telinga. Mereka ni boleh menyanyi sambil menari, muzik yang rancak dan yang paling digilai muka depa yang jambu dengan fesyen pakaian yang terkini..

Nak minat kpop ker mpop ker boleh tapi kenalah berpada-pada jangan sampai lupa agama dan tatasusila kita sebagai orang yang penuh dengan ciri-ciri malu, sopan santun dan kaya dengan adat melayu kita. Yang penting jangan terlalu taksub dengan sesuatu perkara sehingga mengabaikan semua perkara.. Aiseh tersyokk pulak duk bagi ceramah di pagi khamis ni ya. Tujuan asal nak pot pet pot pet pasal perkembangan terkini tentang mak buyung nih, tersasar jauh daripada plot cerita pulok.. Heehee selalu cenggitu, selalu lari topik yekk,, rasanya tu pengaruh hormon tuhhh.. Heehee

Alhamdulillah sekarang dah nak masuk 7 bulan dalam fasa third trimester.. Lagi 3 bulan Insha Allah.. Doa-doakan ya semua selamat.. Sekarang berat badan makin bertambah,, ummm asyik berselera jeer bila makan. Nasi memang ambil 2-3 kali sehari with complete meal, pastu cepat pulak rasa lapar nyer..sekarang berat dah naik 8.5 kg(7 bulan) dan ada lagi 3 bulan++ to go.. Menyeramkan, masa MNAS dulu total kenaikan berat badan adalah 15kg.. Huuhuu rasanya kali ni mesti naik lagi berat kalau tak control makan... Adoiiii camner tuuu..

Tapi kalau kurang makan lapar nyer memang yang tak boleh tahan puyer, kejab-kejab lapar,,, umm ni sebab hormon lagi laa ni... Heehee

Rasanya nak kena control dah pengambilan karbo ni, kena kurangkan dan kena lebihkan makan sayur dan buah-buahan... Caiyok-caiyok semoga berjaya..

Last week jumaat pergi buat detail scan. Alhamdullilah perkembangan dan pembesaran baby semuanya ok dengan jayanyeer.. Semua bahagian badan diukur dan proportion with week semuanya ok. Alhamdulillah. Dapat tengok muka baby, seronok sangat dan masa scan tu dapat lihat mulut baby macam gah duk cakap, bergerak-gerak bibirnya. Bagi salam
kat ibu gan ayah yaa sayang...seronok ayahnya bila tengok baby macam duk berinteraksi gan dia.. Heehee, lagi 3 bulan kita jumpa secara live ya sayang. Insha Allah

Abang tak ikut masa buat scan tu, kalau dia ikut tak tau lah reaksinyer camna. Jeles sangat abang sekarang ni, tapi lately ni bila suruh cium adik dia akan cium perut ibu kalau dulu memang tak laa..

Wah dah panjang lebar duk pot pet pot pet hari ni ya, okla nak sambung wat keja pulak... Till next episode, kite pot pet lagi..

Baby gah dengar surah Maryam..Diam jee bila dengar ayatul quran nih..

Wassalam

Wednesday, January 9, 2013

Nak tanya sikit...

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama duk fikir apa cara terbaik untuk mengatasi masalah ni(masalah kee?). Nak tanya laa kawan-kawan yang ada anak-anak kecik ni yang lebih kurang sebaya gan MNAS ni ada tak alami benda yang sama...

Sebenarnya takder la masalah besar mana pun, just nak tanya u olls malam-malam pakaikan pampers apa ya? Ada tak mengalami kebocoran tetengah malam? Berapa kali salin yekk?

Macam MNAS ni memang kuat minum susu malam-malam. Sebelum tidur kul 9 sekali, pukul 12 tgh mlm sekali dan pukul 3 pagi sekali. Bila dah kuat menyusu memang kencing pun boleh tahan gakss. Sebelum tidur dah tukar pampers, kul 12 tu memang wajib lagi sekali tukar dan dalam pukul 3 pagi tu memang kena tukar jugak klu dah lencun sangat, kalau tak tukar memang akan bocor yang bukan sikit laa tapi banyak habis basah seluar dan cadar semua bagai... Macam-macam brand pampers dah cuba semuanya tak berkesan daripada yg mahal, sedang2 hingga laa yang murah semua dah cuba. Semuanya tak jalan memang kena tukar 2 hingga 3 kali semalam...

Kesian kat MNAS sebab tidur dia terganggu sebab basah kan... U olls pakai pampers brand apa? Berkesan keer boleh tahan sampai ke pagi ekkk...? Ke u olls xder masalah macam ni.. Cer citer, kot-kot bole dipraktiskan cam u olls gakkss..tq ya in advance

Wassalam

Monday, January 7, 2013

Politik ofis...

Assalamualaikum

Tahun ni tak ada azam yang spesifik sebenarnyeer, cuma kalau buat something kena buat sehabis baik dengan seikhlas hati. Apabila kita telah diamanahkan untuk membuat sesuatu task, hendaklah kita melakukan nyer dengan bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati baru lah boleh dapat results yang terbaik.. Siapa yang puas hati, kita jugak kan..

Pernah tak sesaper yang penah hadap politik kat tempat kerja nih. Rasanya kat mana-mana pun mesti ada situasi ni kan. Politik kat ofis ni tak lain tak bukan modus operandinyer adalah nak ampu mengampu big boss. Depan boss bukan main lagi tunjuk bagus semua kerja kononnya boleh buat tapi hakikat sebenarnya kerja hampeh sangat dan rasa nak nangis pun ada nak gelak pun ada tengok hasil kerja golongan yang suka kipas boss nih. Apa orang cakap kerja tak seruper bikin. Depan orang kan main lagi duk pang pung, pang pung. Dia lah profesor serba taunyeer.

Lagi satu habit orang yg suka main politik kat ofis suka sangat mengadu domba dekat big boss. Kalau boleh setiap 5 minit nak ketuk bilik boss, ada jeer perkara yang nak diadukan,....komplen pasal orang tuuu la, orang ni lahh. Pendek kata semua orang tak bagus, dia ajeer yang "alwiz rite". Orang yang macam gini memang bahaya sangat dan boleh dikatakan sangat laa hipokrit. Depan kita kan main lagi baik, lembutnya lidah bila nak mintal tolong daripada kita.. Mantap sungguh lakonan depa, tapi bila kat belakang kita wah kan main lagi, dia ajerr laa yang bagus, dia ajer lah yang hebat.

Umm memang kalau nak diikutkan malas nak layan orang-orang cenggini, tapi nak ignore sepenuhnya memang susah sebab hari-hari kena hadap depa nih atas kapasiti profesionalisme. So kalau nak abaikan secara total pun tak boleh kan..kalau ada task kena buat sama-sama kenalah bertindak profesional. Buat seikhlas hati part kita then kalau nak tolong depa tuu tolong la, klu rasa tak nak tolong ignore kan saja.. Tak perlu kita menjadi hipokrit macam depa jugakk kan..

Itu ajee laa bebelan sempena tahun baru nih.. Kuikui

gambar sekadar hiasan, tak ada kena mengena dengan bebelan kat atas tuu...

kan main lagi makan gula-gula..kalau gigi ngongok kan dah tak ensem dahh..hahh ibu tak nak tanggungjawab tauu...

Wassalam

Sunday, January 6, 2013

Bye-bye 2012, hi-hi 2013

Assalamualaikum

Rasanyer belum terlewat untuk nak wish selamat tahun 2013 untuk semua dan untuk diri sendiri jugok.. Terlalu banyak agenda yang duk ada di hujung-hujung 2012 nih, sebab tu lah tak berkesempatan nak bye-bye 2012 dan hi-hi 2013 dekat sini.. Maaf kan hamba... Aku hanya insan yang lemah, hanya mampu berserah... Hihiii

Kepada semua selamat tahun baru ya, harapannya azam 2012 semuanya dapat ditunaikan dengan jayanyeer.. Alhamdulillah.. Kalau ada satu dua azam yang masih belum terlaksana boleh jeer carry forward tahun 2013.. Siapa nak kisah kan.. Janji diri sendiri puas dan tercapai apa yang dicita-citakan.. Cepat atau lambat itu kerja Tuhan, kita hanya merancang dan hanya DIA yang menentukan... Dok gitu? Gitu-gitu laa kan..
Kesempatan yang ada ni nak coretkan sedikit memori-memori pahit manis sepanjang tahun 2012 ni secara general. Kalau nak dihuraikan satu persatu rasa nyer dua hari dua malam pun tak habis..

Tahun 2012...
Banyak memori pahit manis yang Alhamdulillah berjaya ditempuhi dengan penuh kesyukuran...

Memori Pahit- masalah kesihatan yang amat payah untuk diuraikan disini. Dugaan yang datang dari Allah ini banyak menyedarkan tentang erti kesabaran, kekuatan mental, ketabahan dan kematangan.. Alhamdulillah dugaan ini banyak menyedarkan diri ini yang telah lalai dan alpa padaNya selama ini. Muhasabah diri dan tiada tempat lain yang sebaik-baiknya untuk mengadu dan meminta pertolongan hanyalah pada DIA.. Setiap dugaan yang datang pada kita adalah untuk menjadikan kita untuk menjadi insan yang lagi bagus dan baik daripada sebelum ini, aturan dan perjalanan yang telah diatur kepada kita adalah sebaik-baiknya. Tinggal lagi kita kena berusaha untuk melangkah keluar daripada permasalahan itu sebagai seorang champion atau seorang loser...

Selepas berjaya keluar daripada segala kekusutan itu, betapa nikmatnya rasa ketenangan dihati dan kedamaian dijiwa. Biarlah apa saja orang sekeliling nak menjatuhkan, memburukkan, mengumpat mengata dan menyakiti kita, asalkan hubungan kita dengan DIA terus kukuh dan erat, seerat-eratnya...Alhamdulillah, terima kasih padaMu Ya Allah..

Memori manis-Anak bujang kesayangan sudah makin besar dengan sihat dan jayanya..alhamdulillah

Juga Alhamdulillah disahkan hamil anak ke-2 pada bulan yang mulia lalu. Alhamdulillah ku tadahkan kedua tangan memanjatkan kesyukuran padaMu YA Allah. Rezeki dariNya

Peningkatan kerjaya juga semakin baik, selepas ujian dan dugaan yang diberi rezeki dikurniakan..Alhamdulillah

Kesimpulan: macam buat karangan PMR pulak yaa, siap simpul-simpul lagi tuu... Setiap apa yang datang kepada kita, kita kena sabar dan banyak muhasabah diri serta mendekatkan diri padaNya. Segala perbuatan jahat usahlah kita pulak yang menjadi jahat seperti mana mereka itu.. Banyakkan bersabar dan maafkan lah mereka. Doakan yang baik-baik sahaja, InsyaAllah hati kita akan menjadi tenang setenang air di kali...

2013
Banyak perancangan yang dah ada dalam kepala nih, bukannya tak mau berkongsi disini tapi biarlah dulu.... Heehee. Doa dan harapan semoga dapat menjadi insan yang terbaik untuk semua.. Aamin

Buat semua selamat menempuh hari-hari ditahun 2013 ini dengan penuh keceriaan dan kesyukuran bersama keluarga dan orang-orang tersayang..

Wassalam