Assalamualaikum
Rasanyer belum terlewat untuk nak wish selamat tahun 2013 untuk semua dan untuk diri sendiri jugok.. Terlalu banyak agenda yang duk ada di hujung-hujung 2012 nih, sebab tu lah tak berkesempatan nak bye-bye 2012 dan hi-hi 2013 dekat sini.. Maaf kan hamba... Aku hanya insan yang lemah, hanya mampu berserah... Hihiii
Kepada semua selamat tahun baru ya, harapannya azam 2012 semuanya dapat ditunaikan dengan jayanyeer.. Alhamdulillah.. Kalau ada satu dua azam yang masih belum terlaksana boleh jeer carry forward tahun 2013.. Siapa nak kisah kan.. Janji diri sendiri puas dan tercapai apa yang dicita-citakan.. Cepat atau lambat itu kerja Tuhan, kita hanya merancang dan hanya DIA yang menentukan... Dok gitu? Gitu-gitu laa kan..
Kesempatan yang ada ni nak coretkan sedikit memori-memori pahit manis sepanjang tahun 2012 ni secara general. Kalau nak dihuraikan satu persatu rasa nyer dua hari dua malam pun tak habis..
Tahun 2012...
Banyak memori pahit manis yang Alhamdulillah berjaya ditempuhi dengan penuh kesyukuran...
Memori Pahit- masalah kesihatan yang amat payah untuk diuraikan disini. Dugaan yang datang dari Allah ini banyak menyedarkan tentang erti kesabaran, kekuatan mental, ketabahan dan kematangan.. Alhamdulillah dugaan ini banyak menyedarkan diri ini yang telah lalai dan alpa padaNya selama ini. Muhasabah diri dan tiada tempat lain yang sebaik-baiknya untuk mengadu dan meminta pertolongan hanyalah pada DIA.. Setiap dugaan yang datang pada kita adalah untuk menjadikan kita untuk menjadi insan yang lagi bagus dan baik daripada sebelum ini, aturan dan perjalanan yang telah diatur kepada kita adalah sebaik-baiknya. Tinggal lagi kita kena berusaha untuk melangkah keluar daripada permasalahan itu sebagai seorang champion atau seorang loser...
Selepas berjaya keluar daripada segala kekusutan itu, betapa nikmatnya rasa ketenangan dihati dan kedamaian dijiwa. Biarlah apa saja orang sekeliling nak menjatuhkan, memburukkan, mengumpat mengata dan menyakiti kita, asalkan hubungan kita dengan DIA terus kukuh dan erat, seerat-eratnya...Alhamdulillah, terima kasih padaMu Ya Allah..
Memori manis-Anak bujang kesayangan sudah makin besar dengan sihat dan jayanya..alhamdulillah
Juga Alhamdulillah disahkan hamil anak ke-2 pada bulan yang mulia lalu. Alhamdulillah ku tadahkan kedua tangan memanjatkan kesyukuran padaMu YA Allah. Rezeki dariNya
Peningkatan kerjaya juga semakin baik, selepas ujian dan dugaan yang diberi rezeki dikurniakan..Alhamdulillah
Kesimpulan: macam buat karangan PMR pulak yaa, siap simpul-simpul lagi tuu... Setiap apa yang datang kepada kita, kita kena sabar dan banyak muhasabah diri serta mendekatkan diri padaNya. Segala perbuatan jahat usahlah kita pulak yang menjadi jahat seperti mana mereka itu.. Banyakkan bersabar dan maafkan lah mereka. Doakan yang baik-baik sahaja, InsyaAllah hati kita akan menjadi tenang setenang air di kali...
2013
Banyak perancangan yang dah ada dalam kepala nih, bukannya tak mau berkongsi disini tapi biarlah dulu.... Heehee. Doa dan harapan semoga dapat menjadi insan yang terbaik untuk semua.. Aamin
Buat semua selamat menempuh hari-hari ditahun 2013 ini dengan penuh keceriaan dan kesyukuran bersama keluarga dan orang-orang tersayang..
Wassalam
No comments:
Post a Comment