Tuesday, January 29, 2013

Dating time....

Assalamualaikum

Baru jee lepas cuti-cuti yang panjang yaa. Kalau ambik cuti jumaat ritu dapat laa 5 hari. Ramai rasanyer tak melepaskan peluang untuk coti-coti malaysia ni kan.. kemain lagi u olls ya..Kemana arah tujunyer? Bagus laa dapat habiskan masa bersama-sama famili tercinta walau dimana saja anda berada. Mesti highway dan tempat-tempat percutian penuh sosak kam.. almaklumlah orang kite ni pantang ada cuti, mesti nak g jalan-jalan..paling kurang pun mesti balik kampung, ni memang dah pasti lah kan..

Tuan empunyer diri dan famili g mana ya?? Jawapannye xder g mana-mana just menghabiskan masa yang berharga ni dengan famili kat rumah.

Ayah MNAS pun tak sihat seminggu lebih duk demam, batuk dan selsema. Srott sreet srot sreet, sian tengoknyer. Kali ni deman yang agak teruk sebab nya tonsil dah bengkak.. Umm bila dah tonsil bengkak proses revovery nyer take time skit.. Minggu ni, Alhamdulillah dah makin sihat tapi suara masih lagi sexy n rock.. Ala-ala abang Ramli Sarip dengornyeer.. Heehee.

Famili daripada kampung pun ada datang termasuklah bonda tercinta. So bagus sangat ada cuti yang panjang nih, coz boleh spend time sama-sama..Aktiviti masa cuti nih, takder buat apa-apa pun just masak, makan, masak, makan dan makan sesajor.. hadoii macam mana laah badan ni macam makin dipam-pam jee, masih ada lagi 2 bulan mesti makin melambung-lambung beratnyeer.. takut cecah 70 kg jeer.. orangnyee yang tak berapa nak model ni makin katik lah jadik nyee, jangan jadik tong dram dah laa... kena kontrol sikit dah makan, tapi masalahnyeer perut ni asyik lapor jee dan semua benda berselera jee. pendek kata semua rasa sedap lah..aisshh tak boleh jadik betul lah..

semalam cuti baru berkesempatan berdatingan berdua, MNAS tinggal kat rumah sebab tidur..hehehhee alasan jeer tu padahal ibu gan ayah nak tengok wayang..kuikui. keluar rumah dalam 11.30 pagi cenggitu, main redah jee tak ceck pun citer apa yang duk ada dan tayangan kul berapa pun..main keluar jee..dalam otak ni, kalau boleh nak tengok semua citer yang best-best.,.hikhik almaklumlah sekarang dah susah nak tengok wayang dah... yalah rasa tak menyampai hati lak nak tinggal MNAS kat rumah...dahlah dia makin super duper manja dan extra sensitip jee lately ni.. Mungkin dia dapat rasa yang later dia nak dapat adik kot...alahai anak ibu nih.

Keluar pun tak kemana jee, just pergi Subang Parade yang takat 10 minit jee daripada rumah, hehehhe yalah kat situ tak ramai sangat orang kan..aman dan tenteram jee rasanyee. kebetulan dah beratur nak beli tiket latest show citer The Last Stand, tengok preview ramai komen best jee citer nih nak-nak pelakon dia Arnold Schwanengger(betul ke eja tuu) so macam mengantuk disorongkan bantal lah dua-dua orang terexcited nak layan citer nih..

Memang berbaloi lah tengok citer nih, semua ada kelakar ada, action jangan citer lah kan..siap baby pun lam perut pun tak berenti duk kickingnyerrr..hahahhahah, kete yang diguna dalam citer ni pun awesome..hehehe, kalau MNAS tengok kete tu mesti mulut dia tak sudah sudah duk sebut woww, woww, woww, woww. Dia kan fanatik gan kereta dan apa juga kenderaan berenjin nih...Daripada 5 stars boleh lah bagi 4 stars...



Lepas dah habis tengok wayang dan lepas dah shopping lite2 barangan baby, perut dah start menyanyi-nyanyi, orang baru lepas demam request nak makan kat Fish Manhattan. jom laa layankan ajeer.. mak buyong ni semua boleh asalkan dapat makan. dapat makan suko hati.lallalalla

Alhamdulillah dah kembali ceria selepas seminggu melepek jeee..

Cakk!!! masing-masing dah tak sabo nak tunggu hidangan sampai

Taaraaa, hidangan dah ready...jom kitee makan..nyummyyyy

Wassalam

1 comment:

  1. As salam..

    Wah sakan ye berdating..?sekali sekala kena spend time berdua jugak kan...

    ReplyDelete