Assalamualaikum
Mode untuk mengupdate blog lately ni agak ke laut,... So mari laa ke laut bersama-sama, tangkap ikan wehhhh. Haahaa
Bagi sesaper yang kerja area kl, wilayah persekutuan dan putrajaya best aahh wooo, cuti panjang gituuu.. Gi mana tuuu?nak itotttt gak. Boleh lagi keer mak buyong ni pergi jalan ekk, tak kena tendang keluar kee dek steward or sterwardess ekk.. Bole kee wat2 berlakon baru 5 bulan... Haahaaa. Selamat bercuti ya u olls.
Hari ni nak bicara sikit pasal hati dan perasaan(ceewah tetiba nk jadi minah jiwang pulak). Sekali sekala kita melayan bluess apa salahnyaa yaaa. Semuanya adalah kenyataan secara rambang hasil daripada pemerhatian dan pengalaman seharian di ofis dan di mana-mana sahaja...
Peluang dan kesempatan. Bila kita diberikan peluang, kesempatan untuk buat sesuatu perkara tapi kita buat endah tak endah jeer dengan peluang dan kesempatan itu apa kah perasaan orang-orang sekeliling kita?. Perasan kah mereka dengan perubahan-perubahan itu? Bila banyak kali peluang dan ruang diberikan, masih adakah ruang itu? Patutkah kita memberi peluang yang ke seribu kali buat orang-orang sebegini... Wajarkah kita menurut kata hati kita supaya mengambil satu tindakan yang drastik untuk membuktikan yang kita pun ada 'value' dan nilai ekslusif untuk dipertahankan. Berada dalam situasi begini memang memenatkan, kita jee yang beria-ia untuk memastikan setiap tindakan dan perbuatan kita tidak mengguris dan mengecilkan hati sesiapa.. Tapi sebaliknya...selalu kita dengar pepatah orang-orang tua "nak seribu daya, tak nak seribu dalih" dan "jangan bakar kelambu disebabkan nyamuk seekor"... Kedua-duanya ada kaitan antara satu dengan yang lain. Apabila kita punyai keazaman, kecintaan yang tinggi pada sesuatu perkara kita akan berusaha sehabis daya untuk mencapainya..kita sanggup berkorban apa saja demi menggapai apa sahaja yang dihajati. Tetapi bila keazaman dan kecintaan itu telah mati, walau dipaksa macam mana pun kita takkan bergerak walau setapak pun untuk mencapainya walaupun kita tau itu adalah yang terbaik untuk diri kita dan keluarga kita. Sekiranya betul-betul terpaksa kita akan melakukan sambil lewa sehingga mengecewakan orang-orang sekeliling kita... Ummm itulah realiti kehidupan dimana-mana pun..
Kebijaksanaan, bila menyentuh bab ni memang susah untuk dimengertikan. Setiap individu bijak mengikut kapasiti masing-masing. Kadang-kadang bijak untuk kepentingan diri sendiri sahaja tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Sungguh subjektif 'bijak' ini semata-mata nak melihat orang lain sengsara....nah bergumbiralah bagi sesapa yang bijak memainkan peranannya untuk melihat orang lain merana dan menindas orang lain untuk naik atau untuk memuaskan hati sendiri.
Bodoh sombong, orang yang macam ni memang susah nak ditegur. kebodohonnya kadang-kadang amat melampau, tak tercapai dek akal kita bila kita renung dan belek.Tapi menyampai jugak hati untuk melakukan sesuatu perkara yang bodoh tu pastu beria-ria mempertahankan kebodohan tuu. Sah sah dah terang lagi bersuluh kalau masuk mahkamah mana pun takkan menang apa yang cuba dipertahankan itu. Biasanya orang yang bodoh sombong ni dia siap dengan pakej sekali Suka berlagak pandai. kononnya dia laah the best in the world. Bila orang cuba nak nasihat memang tak nak dengar dan tak makan saman pun.So orang-orang yang macam ni kita biarkanlah saje, ehh lantak lahh kau nak buat apa pun. dah tak kuasa lah aku nak melayannyeer..hahah cam gitu laa yang sepatutnya kita buat, kalau kita masih lagi nak melayan karenah orang yang macam ni kita pun naik weng nanti...luperr kan ajee
Hipokrit, ini perangai memang sangat dasyat. Sangat bahaya woooo, depan kita bukan main lagi manis dibibir, apa orang cakap macam ada tebu kat tepi bibir tuhhh..kita nampak manis jeee sokmo..Walhal jauh disudut hatinya penuh dengan hasad dengki dan dendam kesumat. Seboleh-bolehnya orang yang cenggini nak melihat kita jatuh, terduduk, tersungkur dan terkubur perlahan-lahan. kiranya orang gini memang makan dalam. Mangsanya memang takkan sedar bulat-bulat macam ni, melainkan dah ada bukti yang kukuh sebab mereka-mereka yang hipokrit ni memang pandai baling batu sembunyi tangan. Bila dah tangan tuu dah berlumuih dan berbau hahh meamng masak laah dah tak boleh nak sorok-sorok dahhh.. Masa ni lah orang-orang yang hipokrit ni akan datang balik kat mangsanya dan pura-pura macam tak ada apa-apa berlaku dan buat lagi baik daripada sebelumnya. Pandai-pandai lah kita menilai baik buruknya yaa, rasanya tepuk dada tanya selera samaada kita nih nak terima semula orang yang macam ni atau tidak...atau pun ada satu lagi choice kita pun jadi hipokrit macam depa tuuuuuuuu.. hahahha, terpulang laa kat u olls..
Sweet talker, benda ni biasanya banyak dikaitkan dengan orang lelaki, pompuan pun ada gakks laaa. sweet talker ni bila start bukak mulut semuanya manis jeeeee dengarnya. Pang pung pang pung pehhhgg memang setiap tutur kata yang keluar semuanya wangi, manis hinggakan bila kita dengar nyee macam terpukau dan terkesima sama. kekdahnya orang yang sweet talker ni sangat professional dalam menjual impian dan cita-cita. Segala impian dna cita-cita memang digebang kaw kaw puyer, kiranya projek juta-juta gituh dan masalah orang yang digebang pun senang sangat nak percaya setiap apa gebangan tuuuh..ummm, lepas tu bila dah sampai satu masa hasil gebangan yang digebang-gebang kan sebelum ni tak nampak bayangnyeer pun hahah mulalah pihak yang satu lagi tuu akan meroyan tak hingat dunia...hahahhahah, duniawi sangat kan..Kadang-kadang penat sangat dah nak melayan jenis-jenis perangai dan ragam manusia nih...Betul lah rambut jee sama hitam tapi hati dan modus operandi setiap orang adalah berbeza-beza. Sebab itulah dunia tak pernah aman kan...
Ok, rasanya cukup lah untuk kali ni hasil nukilan yang tak seberapa nih...Kalau bosan nak baca tutup je yaa blog nih...jangan nak meroyan-royan pulak..Selamat hari jumaat dan selamat berhujung minggu untuk semua.....
Hasil bidikan syok sendiri camera 360 darjah.
Wassalam
No comments:
Post a Comment