Assalamualaikum
Ala-ala gedik gitu, cerita Langkawi ada part 1, part 2 dan part2 lain lagih.. Heeheee, kalu raso nok termuntoh koo apa sila laa tanggung sendiri yoo.. Haaahaa atau pun kalau ada rasa loya-loya tu cepat laa pergi farmasi beli apa yang patut.ngeh ngeh.😃
Hotel di hari pertama adalah betul-betul kat Pekan Kuah. Apa yeek nama hotel tu ummm kalau tak silap Seaview Langkawi. Dapat la nampak sikit sea view tu( partial view) daripada bilik hotel. Bila dah masuk hotel terus bermandi-manda, ingat kan lepas tuu nak laa lelapkan mata walau sekupang pun jadik laa, tapi nan ado. MNAS dah segar bugar dan lansung tak nak tido. Sibuk duk buat inspection sana-sini, nak test menepati piawaian ke idokk yaa sayang.. Haagaga. Ibu tak dapat la nak tido tapi ayah dapatlah jugak melepaskan lelah yang ke hulu ke hilir duk kejar MNAS daripada jeti kat Kuala Perlis lagik. MNAS sekarang ni tengah lasak sangat dan semua benda dia nak explore, so nak tak nak ayah lah yang kena melayan coz ibu dah tak larat nak main keja-mengejar dah. Haahaaa, MNAS buli ayah yaa...kikiii..
Lepas dah berehat lebih kurang maka 3 beranak nih terkedek-kedek laa keluar lebih kurang 6.45 petang gituhlaa. Bila dah sampai lobi hotel tengok dinner dah ready, so apa lagi kita makan malam lah dulu. Tak baik membazir kan, makan ajeer coz bilik hotel yang ditempah termasuk sarapan pagi dan makan malam sekali. Alhamdulillah dah namanya rezeki yaa.
Macam-macam makanan duk ada tapi perut masih lagi ketat sebab sampai-sampai hotel tadi dah pulun makan dah...makan sesajoooo. just teringin nak makan nasi gan sotong masak berlado jee..umm nyummy jugak.
Suasana di lobi hotel. Agak sibuk jugak semuanya bersama famili msing-masing.
MNAS sibuk dengan agenda sendiri, bukannya dia nak makan tapi sibuk nak bagi ikan makan. sibuk duk carik roti nak bagi ikan makan. nasib baik staf hotel jenis yang tak kisah noooo...heehheheh, besar-besar dan gemuk-gemuk fish kat situ ya sayang.
Lepas dah mengisi perut lebih kurang, hari pun dah nak malam. Ingatkan nak carik pasar malam yang dekat-dekat gan hotel yaalah biasanya kalau kita nak kenal budaya dan penduduk tempatan just terjah pasar malam depa. Macam-macam jenis makanan tempatan mesti duk ada kan. Rupa-rupanya malam tu ada pasar malam dekat jee gan hotel nih, tapi sebab perut ketat lagi we all decide nak singgah balik nanti. Pergi jejalan dulu round kawasan sekitar Kuah dan Pantai Cenang. Pergi tengok kat mana nak beli minyak gamat, kat mana nak beli kain sarung batik dan macam-macam lagik laaa. Nasib baik masa sewa kereta tadi ada di sediakan sekali peta Langkawi. So tak ada la sesat kan walaupun merangkak-rangkak duk baca peta..Macam orang buta huruf pulak. Ya laa dah lama tak baca peta nih, last duk sibuk kaji peta nih rasanya masa tingkatan 5 sebab ambik Geografi..Heehehe, dulu-dulu kalau pergi jejalan mana-mana gan kawan-kawan memang buat tak kisah punyer, serahkan pada pakar peta ajee..hehhehehehhe
Bila dah sampai area Pantai Cenang tu, walaweiii happening gilerrr. terlompat-lompat dan terwow-wow MNAS duk tengok lampu-lampu dan suasana malam kat situ. Nak-nak lagi kiri kanan jalan bergantungan dengan macam-macam mainan dan pelampung yang ada macam-macam color tuh. Bising mulut dia duk tunjuk kat mainan-mainan tuh pastu cakap kuat-kuat NAK-NAK-NAK...tak menyabor-nyabor dahhh..Lepas dah puah duk pusing-pusing kat area situ gan kereta,dah tak tahan MNAS duk berzikir nak-nak-nak maka berenti lah kat situ. Wah bukan main lagi suka, terus berlari-lari dari satu hujung ke hujung satu lagik. Asal ada jee kedai mainan MNAS akan sibuk duk menyinggah dan memilihnyeer. Bukannya kejab duk pilih tuuu, lama sebab dia kompius yang mana satu menjadi idaman hati. Semuanya cantik, kemas dan tersusun jee bergantungan kat situu. Haahaaa lagilaa buat dia kompius. Pic pun tak sempat nak snap sebab sibuk duk mengejar MNAS. Dekat situ banyak kedai-kedai makan yang happening dan dicelah-celah kedai-kedai yang happening tu ada satu kedai kecik duk jual jus buah. Ramai orang duk beratur so apa lagi mesti lah kena menyibuk sama. Beli jus mangga dan mangga lasi satu, perggggg heaven betul sedap betul..rasanya sangat pure mangga dan sangat puas hati minum sampai laa ketitisan yang terakhir... Ingatkan nak beli lagi masa nak balik tuu, tapi makcik tuu dah tutup kedai. Cepat betul makcik tuu tutup kedai, agaknya dah dapat banyak untung laa tuu.. umm tak per laa ada rezeki malam esok kita datang cuba lagik..Dekat pukul 10 malam duk tawaf sumua kedai-kedai kat situ, sampai kan dah tak larat dah...so marilah kita pulang wahai anokku. Esok kita sambung lagi...Umm bila lalu kat area pasar malam tu, agak kehampaan disitu sebab semuanya dah kemas.gelap gulita dah kat area situ.. Cepatnya habis pasar malam kat sini ya..ummm takpelah takder rezeki...sok sok sok.
Pagi-pagi lagi bangun siap-siap dah terus check out, sebab malam kedua kat hotel area Pantai Cenang pulak...So tuk jimat masa kita check out siap-siap tak payah laa nak patah balik dua tiga kali.So jom turun breakfast...yok yok..
Muka-muka gumbira sebab dapat tidur lena sebab bisa dan sengal-sengal badan dah takda. MNAS laa orang yang paling happy, sebab ibu gan ayah dapat spend masa yang berkualiti bersama yaa. Kalau hari biasa masing-masing sibuk sorang ke sana sorang ke sini yaaa..
Cerita di hari ke-2 pulak, later laa kita sambung
Wassalam
bagus kan hotel ni sbb ada sediakan bfast ngan dinner. selalu mane2 hotel bagi bfast je. seronok tgk akak sekeluarga happy :)
ReplyDeleteyup hotel bagi sekali gan dinner sempena chinese new year...Orang lain tak boleh nak buat kita happy kan, kita dan keluarga yang kena happy-happykan dirikan...
ReplyDelete