Assalamualaikum
Stop kejab cerita pasal cuti-cuti Malaysia nih. Nih nak tepek design baru batik hok duk ada. Kiranya ni koleksi terbaru tahun 2013. Banyak lagi duk ada tapi kita tepek yang ni dulu...
Kiranya ni di ambik fresh daripada kilang, masih lagi dalam proses pembuatan. Banyak step yang perlu dilakukan sebelum dapat di pack dan di hantar kepada customer.
Ni step pertama, proses yang dinamakan mencanting batik/ melukis design di atas kain crepe/ jacob/ silk/ cotton dan macam-macam jenis kain lagi lah.. Kepakaran yang tinggi diperlukan dan daya imaginasi dan ilustrasi amat penting kerana semuanya adalah datang daripada pencanting/ pelukis batik itu sendiri by hand. Kalau salah lukis memang nak alter memang susah dan akan makan banyak masa dan tenaga. Disini kepakaran artistik amat lah diperlukan. Good job my sis, so admire her artwork.
Kat bawah ni gambar-gambar kain yang separuh siap di warnakan dan ianya perlu melalui banyak lagi step selepas itu... Jugak boleh nampak kain-kain ini masih lagi dibentangkan di tempatnya bagi memudahkan proses pewarnaan. Bila balik kampung suka pergi duduk lepak kat kilang batik ni sebab suka tengok hasil kreativiti mereka-mereka ni berkarya dengan melukis dan mengadun warna yang sesuai pada setiap jenis rekaan.
Hijo, eh cam sama jee gan background blog nih..Cam tau-tau jee i suker ijo..
Merah wooo..pun i sukeeer
purple....
Ni color apa ya..putih ekkkk
Pink in color...pun comey jugokkkk....
So bagi sesiapa yang berminat nak buat bisness online jual batik asli ni ker, nak buat pakaian seragam ke, nak pakai sendiri ke, nak bagi adiah kat orang kee or nak melawat kilang kee or apa-apa jee lah boleh lah hubungi we olls..
Tauke - 0148179926/ 0139392061 (KAK YAH)
Assistant (lantik sendiri) - 0176850400 (SUE)
Wassalam
dah lama x mencanting dan mewarna batik. dulu masa keje kt kraftgn malaysia, selalu jugak buat aktiviti interaktif kraf. hehehe. x join Hari Kraf Kebangsaan ke kak anjuran kraftgn malaysia?
ReplyDeleteSue macam mana nak join ekk Hari Kraf Kebangsaan tu?
DeletePergi ke MyBatik, yang terletak di Persiaran Ritchie, Jalan Ritchie, ada batik workshop. Ada pelbagai packages untuk membuat batik sendiri. Selain batik workshop, ada juga butik yang menjual kain-kain batik dan pelbagai cenderahati batik. Buka pada Isnin hingga Ahad dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada laman ini: www.mybatik.org.my
ReplyDeleteSalam , nak Tanya kilang batik Ni masih beroperasi Ke
ReplyDelete