Monday, February 18, 2013

Langkawi 3

Assalamualaikum

Bangun pagi ni rasa malas yang amat nak siap-siap p kerja. Makin hari makin tak larat, rasa nak duduk rumah jeer, tapi kang bila dah baring nak bangun susah pulak. Kan main sengal-sengal dan sakit sana-sini pulak. Ohhh bertabah lah hati. Pagi ni abang aka MNAS meraung-raung pulak nak ikut ibu g kerja. Lepas dah pergi round-round pun still nangis nak ikut jugak...sabar yaa sayang nanti petang kita round-round lagik laa ya.

Kita terus ke cerita hari kedua, sebenarnya tak ada tempat yang betul-betul nak pergi pun memandangkan ibu pun tak berapa nak larat kalau nak buat outdoor activity nih. Kalau indoor boleh lah tahan lagi. So meh laa kita pergi pusing-pusing satu Langkawi nih, kita tengok suasana dan tempat-tempat menarik yang ado. Pusing-pusing punya pusing, hajat hati nak bawak MNAS tengok buaya kat taman buaya(mesti laa kat taman buaya kan takkan kat taman burung pulak) terjumpa signboard taman buaya tapi terlepas simpang pulok.. Ummm takper laa kalau terlalu lagi kita singgah ya, kalau tak lupakan ajeer.. Kat KL pun ada kan..hahahahhaha. Yang kelakarnya buaya tak dapat jumpa tapi pulut durian pulak jumpa..Hah apa lagi ibu yang lately ni penggemar pulut ni, terus laa teringin nak rasa pulut durian orang Langkawi nih.. So jom laa kitee...


Rasa pulut durian nih sama jee laa gan pulut durian kiter. Makan pulut durian nih kat teluk tengah kalau tak silap....


Bila dah habis makan lunch + makan pulut durian kat sini perjalanan diteruskan.., Wow permandangan laut gan kawasan teluknya sangat lah cantik..Subhanallah, cantik mempersonakan sangat tapi sayang tak dapat nak turun dan ambik gambar sebab masa ni tengah panas terik dan mood untuk bergambar pun kelaut sangat. So just capture image yang mempersonakan ni dan simpan dalam hard disk memori jee laa. Nak-nak sekarang MNAS gah kemaruk nak main game kat phone ibu...malas nak berebut handphone gan dia tuk ambik gambar..Insha Allah ada rezeki kita datang lagi...

Lepas perut dah kenyang (suka hati lah kan) perjalanan diteruskan ke area cable car. Tak ada cadangan pun nak naik cable car memandangkan keadaan dah tak berapa mengizinkan nih, just pergi kat area situ duk santai-santai kat culture village. Cam biasa ramainya orang, nak bawak MNAS naik kuda pun beratur panjang. So tak per laa sayang ya, lain kali..hehheheh berapa banyak lain kali daaa daa.

MNAS bebas berlari sna-sini sebab area dalam Culture Village nih agak spacious. Seronok lah dia dapat lepas dan yang paling penting dapat lari kesana-kesini dan yang paling best banyak betul mainan yang duk jual kat dalam tu.. huuhuuuu sampai rambang mata duk pilih yang mana satu menjadi idaman qalbu...

Eksyen tak nak ayah degan ibu pegang, nak jalan sendiri-sendiri...


Ada aktiviti dalam tasik jugak kat sini bolehlah bagi anak-anak nak kayuh sampan tuh.. Dilatari permandangan yang amat mendamaikan. Bukit dan tasik satu gabungan yang menyejukkan dan mendamaikan jiwa if yang tengah gundah gulana tuh..Just bersantai-santai dan ambik angin jeee..Nafsu nak shopping pun takde sebab orang yang ramai dan bahang panas amat terasa. Kalau boleh nak duk bawah bangsal dan berteduh jee kat situ..huuhuuu satu hapa pun tak jadik yaa kalau cam tu...

Sekarang ni susah kalau nak ambik famili photo coz MNAS nih memang tak suka bergambar.. kali ni ok pulak dia yaa..mood holiday lah tuu..

Banyak ikan duk ada kat dalam tasik nih, ralit betul MNAS duk tengok ikan-ikan nih sampai kan ajak balik pun duk say NO-NO-NO.... hahhahah

Kemakbuyongan jelas terserlah disitu...huuhuuu sekarang bila jalan jee member-member duk usik macam penguin daaaa.. saboor ajee laa..

Pemandangan daripada bilik hotel di hari ke-2, check in di Resort World. Memang terbaik lah hotel nih. Puas hati sesangat, dapat bilik suite dengan harga yang amat berpatutan. Alhamdulillah.

Ni suasana dalam bilik yang amat luas, suka hati MNAS dapat banyak ruang untuk susun atur dan mendeco mainannyaa.

MNAS dah get ready nak pergi swimming, lansung tak nak tidur...

Tengok MNAS dah merasmikan katil tuh dengan menyusun atur mainannya..

Memang 2 hari satu malam kat sini rasa tak puas sampaikan lansung tak pergi jalan mana-mana lepas check in kat sini. Belah malam jee keluar kejab sebab keluar dinner..hehhehehe makanan kat sini pun boleh tahan sedap gakks, dan yang paling best boleh dengar desiran ombak daripada dalam bilik jugak boleh tengok boat-boat yang sarat bawak pelancong buat island hopping. Bertali arus, tengok jee laa orang lain duk melawat pulau-pulau yang ada kat langkawi ni kiter tak dapat nak menjoinkan diri. Takpelaa tujuan utama kesini pun just nak spend time yang berkualiti bersama-sama dan merehatkan minda sahaja. Tunggu laa bila anak-anak dah besar bolehlah buat aktiviti-aktiviti nih bersama-sama. Insha Allah jika dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki..

Ok sambung kedian pulak laa lagik sekali.

Wassalam

4 comments:

  1. bestnya kak!! dah lama rasanya x jejak kaki ke langkawi. cuaca kt sane mcmane masa tu? akak due bila ni?

    ReplyDelete
  2. Eh..samalah kita tajuk entry yg sama..Langkawi..alahai..rindunya nak pegi sana lagi..seronok betol...

    ReplyDelete
  3. Sue akak due Insha Allah awal April nih..

    ReplyDelete
  4. Lynn: oooh ya kee, heheh tak sempat lagi berblog walking hari nih.. nnati kita g terjah ya...

    ReplyDelete