Wednesday, April 22, 2015

Meraikan Damia ke 2 tahun..

Assalamualaikum

Cerita hari ahad lepas.. Small gathering gan family members bagi meraikan ulang tahun kedua adik Mia.

Semuanya diuruskan oleh mr. Hubby. Daripada urusan pembelian kek, hinggalah bab membeli satay. Tak ada makanan yang fancy - fancy pun kali ni, cuma kek, satay dan meehoon serta keropok. Meehoon tu digoreng sendiri buat pelengkap rasa. Alhamdulillah semuanya licin... Sedara mara terdekat sahaja diundang lebih dan kurang 20 tetamu sahaja. 

Adik Mia tak berapa nak ceria sebab kurang sihat, tapi lepas ramai geng datang kehulu kehilir bermain sesama. 

Abang pun baru jee baik lepas satu
Minggu demam. Lonjong jee dah jadiknyeee.

Eh eh abang lak yang beria-ia duk tiup lilin tuu..adik wakilkan abang ya sayang.. Kalau tunggu adik tiup lambatlaa semua dapat rasa kek tuu. Heehee

Antara tetamu-tetamu cilik yang ada, anas dan misha...


Yeah dah dua tahun adik Mia. Sekejapan jee rasa, besar dah princess ibu nih.. Tergelap la pulak gambar, lighting kurang daa, salah posisi. Terus gelap kelam jadiknya semua gambar-gambar nih.

Bersama kakak-kakak tersayang, tulang belakang disetiap majlis. Orang kuat nih. Tema tahun ni adalah tema bebas, belasah jee nak pakai apa pun janji bahagia... Kuikuikui..
Sambil anak-anak main orang-orang dewasa ni bergosip gosipan pasal citer masing-masing. Takder gosip pasal orang lain, tak elok tuu! Banyak cerita yang sempat di kongsikan sebab dah lama tak berhimpun macam nih.. Lebih 3 bulan dah kot! Yalah masing-masing sibuk jeer, kalau jumpa selalunya mesti tak cukup korum yang duk area kl & selangor ni lah. Ni pun tak cukup korum gak,..

Gan anak-anak sedara yang dah jadi anak dara dahhh.. Dulu kecik jeer depa nih, sekarang dah besar panjang... Maksudnya apa tuu, kita dah makin senja..

Hahaha tu pose gaya bebas yaaa... Kikiki

Dah besar sangat dah nih....

Dan lagi.... Hahahhahaa

Terima kasih semua yang sudi datang, nanti-nanti kita gather2 lagi...

To my sweetheart Damia Hannah, ibu doakan supaya adik sentiasa sweet selalu, membesar menjadi muslimah yang solehah yang dapat berbakti pada agama, bangsa dan negara...

Wassalam.

Friday, April 17, 2015

Stray cats..

Assalamualaikum

Masih menten lagik....hiihiii, tengok sampai bila tuu dapat istiqomah menulis kat sini...

Dedulu memang suka menulis, bila dapat menulis rasa happy macam terapi diri. Cam orang lain terapi diri shopping ke, baca buku ke, baking ke, masak memasak kee.. Macam macam doo, rasanya semua pompuan suka giler kot kalau dapat shopping, walaupun beli ubat gigi or syampoo... Hahahaaha

Sejak dua menjak, dua beradik ni asal petang je nak kuar tengok kucing-kucing liar yang banyak kat taman perumahan nih.. Pulak tu sekarang dah pandai nak bagi makan kat kucing-kucing tuu. Memula dulu takut-takut nak bagi makan, dari jauh dah campak makanan tuh.. Wahh sekarang dah expert siap panggil kucing-kucing tu datang dekat.. Miowe sana mioow sini.
Tudia abang gah duk panggil kawan-kawan kucing tu datang makan.. Ada kenduri katanyee.. Adik lak sempat lagi tuu duk warm up, luruskan tulang temulang dulu. Nanti senang nak lari sana sini..boleh main kejar-kejar gan ibu..

Dah makin ramai datang join.. Makin dekat nampak

Mana lagi kucing-kucing nih, jab yaa bang adik mia g usha yang lelain ni mana..

Abang ni boleh nak tunggu sampai habis kucing-kucing ni makan..siap tambah lagi, kurang jee tambah.. Suka kucing-kucing nih.

Disokong kuat oleh adik kat sebelah.. Terconggok jee dua beradik ni tunggu kucing makan..

Dah habis kucing-kucing makan baru laa dua beradik ni senang hati main kat playground pulak..

Adik ni kemaruk gan buaian, dah start main tak reti nak stop pulak.. Hai laa adik, satu hal nak memujuk ajak balik rumah. Pujuk-pujuk tak jalan nampaknya ibu terpaksa guna Kuasa veto gakss.. Hehehehe sori dik..

Wassalam..

Thursday, April 16, 2015

Jalan-jalan tengok monyet BUKIT MELAWATI


Assalamualaikum..

Imbasan semula, tu biasa dah sangat..cerita basi baru nak up. Kealpaan diri sibuk dengan tuntutan dan komitmen kerja dan tanggungjawab sehari-hari. Baru boleh bernafas sedikit, selepas selesai membereskan kerja-kerja yang menuntut 110%fokus dilunaskan, baru lah boleh buat spring cleaning sikit kat rumah nih. Hikhokhikhok..

Suka sangat gan Bukit Melawati nih, kalau ada masa terluang memang terus berzikir kat telinga mr hubby suruh bawak kesini. Bagi alasan kukuh cakap anak-anak nak tengok monyet, kera, ungka dan yang sewaktu dengannya. Dekat pun dekat gan rumah, tak sampai sejam jeer..

Bila pergi ni ya, ohh masa cuti Thaipusam 3 februari hari tu, kebetulan mok pun turun kl so molek benar lah kiranya bawak jenjalan sekali..

Disebabkan cuti umum, kete kena park kat bawah. Semua pengunjung kena naik  tram yang disediakan, sebelum tu kena beli tiket dulu. Harga tiket dah lupe...hahaha tapi rasanya bawah rm5 tuk dewasa gan kanak-kanak. 
Wefies tu wajib laa kan, bukan selalu dapat naik tram ni. Syiokk ooo sebab angin tiup-tiup sejuk jee..

Dah sampai kat atas, apa lagi selfie laa sesnap dua, mok lak malas nak layan.. Bebel aikk asyik ambik gambar jee, jom jom tengok monyet.. Hahahaa, tengok ibu yang terlebih excited, anak-anak rilek jeer.. Huuhuu pedulik laa..
Adik Mia ni berani betul, ingatkan dia takut. Dia yang paling depan, abang yang takut duk nyorok kat belakang.. Hahahaa abang, abang...pastu bising duk marah adik. Adik carefull!adik carefull! Adik mana la nak peduliks..menonong jeee nak bagi monyet makan.


Selamba dia jee nak salam gan monyet tuu.. Nasib baik monyet tuu tak layan dia.. Hikhik, kurciwa disitu.

Tengok abang jauh kat belakang, kononnya duk jaga mok..siap pimpin tangan mok tuu takut jatuh.. Good boy! dua personaliti yang berbeza..

Mok pun seronok dapat bagi depa-depa ni makan.. Dah pandai memilih lak tuu, bagi kacang tak nak depa nih, bosan agaknya. Bagi kerepek laju jee sambar bawak lari satu bungkus.. Aiskrim pun depa suka. Ni kelako, diciloknya aiskrim kat tangan Mia, marah betul dia. Mencicit  dia nak kejar monyet tu nak ambik balik aiskrim dia sambil bebel-bebel marahkan si monyet tu.. Hahaha

Gah bebel lah tuu...

Cantik betul pemandangan kat sini,..
Tak payah pergi jauh pun, ...

Pemandangan terbaik apa lagi jom bersefie lagi dan lagi...

Gan anak bujang...

Pastu try nasib, sib baik mok nak layan berselfie sekali... Kikikiki, love u mok..

Penat dah jalan, habis dah makanan bagi monyet makan, nak turun bawah kena tunggu tram ni datang ambik. Tak payah berebut-rebut sebab banyak tempat duduk, semua orang boleh duduk jangan risau. Kalau tram dah penuh tunggu tram belakang pun ada lagi, banyak tram no worries!

Turun daripada Bukit Melawati tetiba je perut berkeriut-keriut.. Hahaha pandai sangat perut nih..so apa lagi layan sate giant gan mee udang kuala selangor laa jawabnya.. Terbaik laa sate giant tu, makan satu cucuk pun dah kenyang.. Mee udang pun terbaik jugekkk, meletups udang besar-besar dan fresh..

Nampak gayanya kena pergi lagi nih, sebab hari tu tak sempat nak makan abc bakar... Jom saiiiyang!

Wassalam.


Wednesday, April 15, 2015

Happy second birthday my litle princess..

Assalamualaikum..

Hari ini dua tahun lepas lahirlah puteri intan payung ibu nih. Alhamdulillah hari ni dah menjangkau umur dua tahun. 
Selamat ulang tahun kedua sayang..tiada apa yang dapat ibu hadiahkan untuk anak ibu nih, cuma limpahan doa ibu panjatkan semoga anak ibu ini membesar menjadi muslimah sejati dan sentiasa dibawah lipah rahmatNya selalu.

Belajar rajin-rajin ilmu duniawi dan ukhrawi, InsyaAllah hidup anak ibu ini akan diberkati.


Kesayangan ibu, ayah dan abang nih, semoga sentiasa sihat dan ceria selalu. Menjadi penghibur kami semua dengan keletah dan gelagatmu..


Princess dihati kami buat selama-lamanya..


Aturlah langkah mu satu persatu, jika tersumbang aturkan semula...jatuh terus bangun melangkah dan terus berlari..


 
Sayang dan hormati semua..

We love you...damia hannah.