Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Assalamualaikum..

Lama tak mencoretkan apa-apa kat sini, rindu lak rasanya...Eemm malam ni malam terakhir kita semua di tahun 2009, tinggal beberapa jam lagi tahun 2009 akan dilewati dan 2010 akan memulakan perkiraannya..Pejam celik, pejam-pejam dan celik-celik rasanya cepat benar masa setahun kita lalui, macam baru semalam tahun 2009 dinanti, kejab sangat-sangat...ooohhh, bila direnung semula perjalanan yang sudah dilalui tahun 2009, macam banyak perkara lagi yang belum dilakukan dan dicapai...Tapi kalau kita asyik merenung dan mengenang ngapa laaa kita tak boleh capai apa yang diazamkan tahun 2009 rasanya penghujung 2010 nanti benda yang sama gak akan berlaku...

ApA AZAM tahu baru...?Mesti berderet-deret azam untuk tahun 2010 ni...Bagiku azam untuk mempunyai banyak azam sudah lama tak dilakukan. Setiap tahun hanya satu azam aku, hanya satu....

Bagus la kalau setiap orang mempunyai azam, kerana dengan adanya azam itu kita akan berfikir, bergerak dan bertindak mengikut perancangan yang telah dirancang. Selebihnya kita sebagai manusia biasa perlulah berserah pada Allah S.W.T. kITA Hanya Merancang Tuhan yang Menentukan...

Setiap azam yang ditetapkan kenalah realistik dengan diri sendiri...tak salah kalau kita mempunyai mimpi untuk menggapai bintang di langit...tak salah, tapi perjalanan ke arah itu mestilah selari...sebelum nak gapai bintang di langit tu, kenalah bina dulu kapal atau kena belilah dulu tiket kapal yang boleh bawak kita ke sana.....

Apa-apa pun sebagai hambaNYA kita perlulah sentiasa memanjatkan kesyukuran atas nikmat dan kesempatan yang diberikan oleh ALLAH S.W.T kepada kita kerana masih lagi diberikan peluang untuk kita bebas melakukan apa-apa mengikut acuan dan bentuk kita sendiri.

SELAMAT TINGGAL 2009.....

SELAMAT DATANG TAHUN BARU..BUKU BARU, SEMANGAT BARU, AZAM BARU DAN SEMUANYA BARU..

----SELAMAT TAHUN BARU 2010----

Thursday, December 24, 2009

sahabat....



Assalamualaikum...

Semua orang tak suka hidup sorang-sorang.mesti ada sahabat baik, kawan-kawan atau teman-teman untuk berbicara. sahabat dan kawan apa bezanya? sesetengah pendapat mengatakan sahabat gan kawan sama ajeer...emmm, bagi aku sahabat tu luas pengertiannya. seorang sahabat membawa maksudnya yang tersendiri, sahabat adalah orang yang kita percaya untuk bercerita apa sahaja, sahabat orang yang kita sentiasa kita ingat susah dan senang, sahabat orang yang pertama akan tahu bila kita susah atau gembira....sahabat orang yang sentiasa dekat dihati kita..

Dalam hidup ni, aku bertuah dikelilingi ramai sahabat sejati...Mereka tahu bila diri ini dalam dilema, jiwa kacau, gembira dan apa-apa sahaja.Prihatin mereka membuatkan diri ini memanjatkan kesyukuran yang paling dalam, rasa tidak keseorangan dalam memulakan langkah pertama menuju ke jutaan langkah yang seterusnya...Alhamdulillah,dalam kekangan waktu dan keterbatasan masa kadang-kadang diri yang lemah ini terlupa pada mereka-mereka ini yang bergelar sahabat....

Tiada sekelumit perasaan itu sebenarnya yang wujud, hanyalah kesibukan dan batasan sempadan yang membatasi kealpaan itu..tapi jauh di sudut hati "kamu" para sahabatku jauh dan dekat aku amat bertuah kerana mengenali kalian semua..Waktu-waktu sunyi, sepi dan gembira yang dikongsi bersama amat ku hargai....kalian mewarnai catatan perjalanan hidup ku....




Sahabatku....Terima kasih berjuta-juta bintang di langit pun tidak dapat disamakan dengan apa yang telah kita lalui susah senang, dulu, sekarang dan akan datang jika dipanjang kan usia...Doa ku buat sahabat-sahabatku semoga hidup berada di bawah lindungan ALLAH selalu dengan aman damai, gembira bersama orang-orang tersayang serta mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan ALLAH ini....

Kepada sahabatku yang telah tiada, Al-fatihah...ingatan bersamamu sentiasa mekar dan subur selamanya...Kau banyak menyedarkan diri yang serba kekurangan ini tentang sebuah realiti kehidupan, kemanusian, KESYUKURAN dan bagaimana untuk menjadi hamba yang taat kepada penciptaNYA...

Kepada sahabat yang jauh dimata (u know who you are), hanya jarak yang membataskan kita.Ingatan dan doa sentiasa bersama walau kemana ku berada..Bila keresahan dan kerunsingan melanda kau lah orang pertama yang dapat meneka...terima kasih mummy super saiyan...

Kepada sahabat yang jauh nun-nun disana, ku selalu merindui kata nasihat dan kata-kata semangat yang ditiupkan..kata-kata hikmatmu akan ku pegang sampai bila-bila...." kita semua manusia biasa yg sentiasa diduga olehNYA sbb DIA rindukan air mata hamba2NYA...DIA nak tgk kita menangis sbb DIA sayangkan kita".

Kepada sahabat yang berada di depan mata....tiada kata-kata yang dapat ku luahkan atas apa yang telah kita lalui kini..terima kasih kerana kau seikhlasnya meminjamkan telinga untuk mendengar segala rasa yang bersarang di dada ini..terima kasih yang tiada noktahnya kerana sudi menghulurkan tangan memimpinku di kala ku rasa duniaku gelap walaupun disimbahi cahaya.....

Kepada sahabatku yang dekat tapi jauh di mata...Baru ku tau kini, rupanya segala kenangan dulu masih segar diingatan kalian..rupanya kalian sentiasa mengikuti perkembangan diri ini dari jauh..sentiasa mendoakan kesejahteraanku..sentiasa inginkanku mendapat segala-galanya terbaik dalam hidupku...terima kasih atas doa kalian itu..teruskan kiriman doa itu ya...

Kepada sahabat-sahabatku yang lain terima kasih, terima kasih dan terima kasih...Aku bertuah kerana kalian menjadi sahabatku....

....SYUKUR ALHAMDULILLAH....

Wednesday, December 23, 2009

Hati ini....


Assalamualaikum...

Hati ini, sukarnya untuk dimengerti...mula-mula begitu, lepas tu begini...oooh, emak pesan jagalah hati baik-baik, jangan simpan hasad dengki, iri hati, benci-membenci,cemburu, tamak dan buruk sangka..walau apa pun SABAR,SABAR N SABAR. Emak sambung lagi.hati perlu dijaga sebab bila hati disakiti dan dikhianati ianya tidak boleh dikawal lagi...Macam-macam boleh jadi...emmmm betul tu...betul sangat-sangat emak.

Hidup kita hanya sementara, nikmatilah hidup ini dengan hati yang tenang...
Tenang kah Hati ini?kalau tenang kenapa selalu begitu dan begini?kalau tenang kenapa selalu terusik, kenapa selalu berkocak hebat....Galau benar hati ini kala ini.....

Kadang-kadang kita selalu fikir hati kita kuat,insyaALLAH boleh tahan segala dugaan dan ujian...tapi bila saat-saat itu menjengah n mengetuk hati kita...barulah kita tau yang hati kita amat lemah...rapuh.... kita tidak kuat....Kekuatan itu perlu dibina...

Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah hamba-hambamu yang lemah ini...kuatkan lah hati dan semangatnya..pulihkan kembali azam dan kekuatannya, kembalikanlah fokusnya, kembalikanlah senyum sirnarnya.....Tabahkanlah hatinya Ya Allah....Berikanlah kesabaran dan kekuatan padanya Ya ALLAH...AAMIN.......titik.

CINTA...


Assalamualaikum.....

Ramai orang percaya wujudnya cinta yang sejati...
Sesetengah nya pula hanya percaya cinta adalah cinta semata-mata..
Ada orang masih lagi mencari apa itu cinta....
kompleks betul istilah dan maksud cinta ini tuk dirungkai oleh setiap orang...

Perkahwinan adalah berdasarkan cinta, ada juga berkahwin kerana sudah sampai masanya...dan selepas penat telinga dihambat dgn pertanyaan oleh org sekeliling "ko bila nak kawin?". masih lagi ada pasangan berkahwin kerana pilihan dan desakan keluarga....Apa-apa jua sebab dan musabab nya, perkahwinan itu adalah untuk menenangkan jiwa yang bergelora,juga menyambung zuriat keluarga, menghalalkan pergaulan antara kaum adam dan hawa DAN Tuntutan Agama...

lantas selepas sekian perkahwinan itu, jika jiwa masih lagi kacau,juga zuriat masih belum dikurnia....perlukah mencari cinta yang baru? Berdosakah kita sebagai manusia biasa melupai cinta yang kononnya sejati itu.....bagaimana? Atau pun kita hanya perlu REDHA.....Apabila itu berlaku adakah pencinta itu seorang pendusta?Neraca manakah yang harus digunakan untuk menimbangnya?


Adakah wujudnya cinta yang sejati itu....?Cinta tanpa ada keraguan...cinta tanpa ada persoalan....

Friday, December 18, 2009

Air Mata Seorang Wanita......


Assalamualaikum.....

Dalam hidup ini tuk memulakan sesuatu memang payah, tapi bila kita dah mulakan ianya semakin menjadi kebiasaan dan sebati dengan hidup kita...aku memula kan blog peribadi ni, selepas aku disapa dgn sebuah kisah yang boleh dikatakan masalah. Aku terperangkap ditengah-tengah.ooohh...aku mula terfikir bahawa hidup ini perlu mempunyai legasi untuk ditinggalkan.....


Panjangnya mukadimmah...huhuuu excited bila dah start menulis..
Mengapa seorang wanita menangis? Walaupun aku seorang wanita, tapi aku tidak mempunyai semua jawapan itu sebab aku sangat sukar untuk menangis......bila seorang wanita menangis, adakah kita patut bersama-sama menangis dengannya, patut ke kita tunjukkan simpati kepadanya, atau patutkah kita meniupkan kata2 semangat kepadanya.....


Mahal atau murah setiap titisan air mata wanita itu, hanya seorang lelaki yg dapat memberikan jawapannya...Pada wanita, air mata adalah senjata....pada aku air mata adalah kelemahan..semua orang ada pandangan masing-masing tentang sebuah tangisan..terpulang laa pada setiap individu untuk menilainya...

SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA..

sekian.. wassalam