Wednesday, December 23, 2009

CINTA...


Assalamualaikum.....

Ramai orang percaya wujudnya cinta yang sejati...
Sesetengah nya pula hanya percaya cinta adalah cinta semata-mata..
Ada orang masih lagi mencari apa itu cinta....
kompleks betul istilah dan maksud cinta ini tuk dirungkai oleh setiap orang...

Perkahwinan adalah berdasarkan cinta, ada juga berkahwin kerana sudah sampai masanya...dan selepas penat telinga dihambat dgn pertanyaan oleh org sekeliling "ko bila nak kawin?". masih lagi ada pasangan berkahwin kerana pilihan dan desakan keluarga....Apa-apa jua sebab dan musabab nya, perkahwinan itu adalah untuk menenangkan jiwa yang bergelora,juga menyambung zuriat keluarga, menghalalkan pergaulan antara kaum adam dan hawa DAN Tuntutan Agama...

lantas selepas sekian perkahwinan itu, jika jiwa masih lagi kacau,juga zuriat masih belum dikurnia....perlukah mencari cinta yang baru? Berdosakah kita sebagai manusia biasa melupai cinta yang kononnya sejati itu.....bagaimana? Atau pun kita hanya perlu REDHA.....Apabila itu berlaku adakah pencinta itu seorang pendusta?Neraca manakah yang harus digunakan untuk menimbangnya?


Adakah wujudnya cinta yang sejati itu....?Cinta tanpa ada keraguan...cinta tanpa ada persoalan....

No comments:

Post a Comment