Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Assalamualaikum..

Lama tak mencoretkan apa-apa kat sini, rindu lak rasanya...Eemm malam ni malam terakhir kita semua di tahun 2009, tinggal beberapa jam lagi tahun 2009 akan dilewati dan 2010 akan memulakan perkiraannya..Pejam celik, pejam-pejam dan celik-celik rasanya cepat benar masa setahun kita lalui, macam baru semalam tahun 2009 dinanti, kejab sangat-sangat...ooohhh, bila direnung semula perjalanan yang sudah dilalui tahun 2009, macam banyak perkara lagi yang belum dilakukan dan dicapai...Tapi kalau kita asyik merenung dan mengenang ngapa laaa kita tak boleh capai apa yang diazamkan tahun 2009 rasanya penghujung 2010 nanti benda yang sama gak akan berlaku...

ApA AZAM tahu baru...?Mesti berderet-deret azam untuk tahun 2010 ni...Bagiku azam untuk mempunyai banyak azam sudah lama tak dilakukan. Setiap tahun hanya satu azam aku, hanya satu....

Bagus la kalau setiap orang mempunyai azam, kerana dengan adanya azam itu kita akan berfikir, bergerak dan bertindak mengikut perancangan yang telah dirancang. Selebihnya kita sebagai manusia biasa perlulah berserah pada Allah S.W.T. kITA Hanya Merancang Tuhan yang Menentukan...

Setiap azam yang ditetapkan kenalah realistik dengan diri sendiri...tak salah kalau kita mempunyai mimpi untuk menggapai bintang di langit...tak salah, tapi perjalanan ke arah itu mestilah selari...sebelum nak gapai bintang di langit tu, kenalah bina dulu kapal atau kena belilah dulu tiket kapal yang boleh bawak kita ke sana.....

Apa-apa pun sebagai hambaNYA kita perlulah sentiasa memanjatkan kesyukuran atas nikmat dan kesempatan yang diberikan oleh ALLAH S.W.T kepada kita kerana masih lagi diberikan peluang untuk kita bebas melakukan apa-apa mengikut acuan dan bentuk kita sendiri.

SELAMAT TINGGAL 2009.....

SELAMAT DATANG TAHUN BARU..BUKU BARU, SEMANGAT BARU, AZAM BARU DAN SEMUANYA BARU..

----SELAMAT TAHUN BARU 2010----

No comments:

Post a Comment