Thursday, February 28, 2013

Lunch @ Tropicana Golf Club

Assalamualaikum

Pagi-pagi lagi dah ada orang duk buat mak buyong nih bengang...Huuuhuu macam-macam laa ragam orang-orang kat sekeliling kita ni ya. Bila dah bengang laju je buat keja, nah sekarang dah setel buat keja so adalaa masa sikit nak mengupdate blog yang dah 8 hari takde khabar beritanya. Lepas lunch baru bz balik ada kelas sampai laa pukul 5 petang. Bila kita tak puas hati rupanya kita lagi produktif yeea. Tengok jugak kot, apa kes dan jalan cerita nyeer yaa.

Cerita last week jugak baru ada masa nak terkedek-kedek duk ketuk keyboard nih. Cerita makan-makan lagik, favorite story sebenarnya tuuh tuk distorykan disini..hehhehe. Awal tahun sempena tahun baru pulak tuh boss siap nak belanja lagik semua staff. Alhamdulillah we olls apa lagik memang macam orang mengantuk disorokkan bantalkan ajeer.. semua pakat-pakat setuju laah walaupun bz ke apa kan..Itu tolak tepi kedian-kedian keja tuh bole disetel dan dibereskan..

Sehari selepas party new year kat ofis (jangan salah faham ya, coz party new year di anjurkan oleh company) and lunch ni pulak di belanjai oleh our own boss). hehhehee kalau pening disitu abaikan lah yaaa..tak masuk exam pun sebenarnyee. kuikuikui

Kiranya hari khamis 21/02/2013 lagi sekali makan-makan time.....tapi kali ni dalam skala yang kecil laa just between us. Adalah kot dalam 40 orang but still happening. Semua orang duk happy menjamu selera dan enjoy dengan seleksi menu yang dihidangkan kat sini. Menu of course chinese food, ya laa kan still dalam mood gong xi fa chai kan. Wah memang tersandar kekenyangan masing-masing especially mak buyong ni lah semua benda nak makan last-last full tank dah tak ada ruang nak diisi, hehehheheh.
Meh kita check it out menu-menu yang ada..Overall makanan kat Tropicana Golf Club ni sedap sangat...

Baru sampai semuanya duk teruja nak menjamu selera, dah kosongkan perut dari pagi lagi nih..hehheheheh kononnyee laa..disambut dengan cold chinese tea.

First dish, Yee Shang.. lets ber yee shang together yeea

Yee Shang time, happy and enjoy together. Semoga setiap orang dilimpahi dengan kemewahan, diberikan kesihatan yang baik dan gembira selalu. dak mau gaduh-gaduh

Second dish, dihidangkan dengan shark fin soup..Ooh sian kat shark tuu yaa..ummm tapi sebenarnya crab soup. hehhehehhe, masing-masing laju je makan yalah kan baru second dish. dap dap dap

Next dish ayam masak bbq rasanya..Tapi tak sempat nak sebab terlampau bz mengunyah dan menikmatinyaa.. boleh laa nampak sikit ayam tu selepas ditransfer ke plate yang lagi kecik coz masing-masing dh tak larat nak habiskannya, Almaklumlaa 10 orang kat table ni semuanya pompuan yang bukannya heavy eater pun..Dah masuk dish ketiga nih pace pun makin slow..huhuuu, lepas tu diiikuti dengan butter prawn. Sedap jugak, hah yang ni berjaya dengan jayanya dapat mengosongkan plate tuuhh. Alhamdulillah

Next hidangan vege brokoli, mushroom, abalon, tauhu dan apa lagi yea..sudah lupa disitu.. ni favorite dish. Mak buyong makan banyak dish ni, kena gan selera nih. see masih nampak ayam tu, still tak leh habis lagik...Dish ni pun licin jugak sekejapan saja, semua suke.


Pastu nasik goreng, hah masa ni masing-masing dah perut ketat dah. Just cuit-cuit jee sikit sorang pastu pass kat meja sebelah yang semuanya lelaki... kiikiii

Last dish pencuci mulut.. Tak tau apa nama kuih nih, tapi bole tahan jugak sedapnyaa.

Sebelum balik jom kita ramai-ramai bergambar dengan boss yang sangat baik hati membelanjai kita hari nih...TQ so much Datuk, Kitaorang happy dan kenyang sesangat dapat makan sama-sama kat sini. Lain kali boleh lah belanja lagi..hehehhehehhe, Datuk senyum jeee.

Sekian laporan makan-makan sedunia..

Wassalam.

Gong xi fa chai party

Assalamualaikum

Setiap tahun kat ofis ni buat party tuk celebrate chinese new year bersama-sama. Semua staff kat sini pakat-pakat duk pakai baju merah, kite takder baju merah terpaksa laah pakai baju ala-ala merah walaupun sebenarnya itu color peach..hehehe jauh benar beza tone colour tuh. umm nak wat camna ekk, bukannya xder baju merah tapi semuanya dah tak muat. takkan lah semata-mata sehari nak pakai sangggup beli baju baru yeek..umm abaikan disitu, kita pakai jeel a apa yang ada. takyah nak gaduh-gaduh. Makanan tahun ni macam biasa lah ada macam-macam jenis tapi cam biasa sebab dah tak larat nak bearsak-asak gan orang ramai so tak tahu lah apa yang ada. Pergi ambik makanan pun tempat yang tak ramai orang, so merasalah makan buah-buahan, kuih dan menu vegetarian. itu jeela yang tak ramai orang. Tak apa laah vegetarian food pun sodapp jugak, nyum nyum.

Bila orang dah reda kat gan meja utama nak lah jugak g usha-usha apa lagik yang tinggal, tak der banyak dah yang tinggal cuma yang ada nasi beriani gan udang.. so sebab perut pun dah ketat dan rasa dah susah nak napas jom laa kita balik ofis....zzz kejab..hehehe, buruk perangai yekk dah kenyang rasa nak membuta jee. Tapi sepanjang pregnant ni memang tak pernah tidur pun waktu lunch hour, memang tak reti. Ngantuk dan sanggap macam mana pun still mata tak boleh lelap. Kalu nak tidur kena tempat yang proper jeer,..huuu, mengada-ngader di situ. ok laa kan, kalau tak asyik membutee jee kejanyee..

Party ni sebenarnya pada hari Rabu minggu lepas kalau tak silap 20/02/2013. heheh tengok dah seminggu baru hengeh-hengeh nak update. umm sekarang semuanya dalam fasa berat dan lambat jeee..maaf kan lah ya..Party nih bukan takat makan-makan jer, tapi daripada pagi lagi duk ada sambutannya siap ada tarian singa bagai. Tahun ni tak larat nak g duk kejar singa tu berjoget dari satu tempat ke satu tempat dah.. Duk diam-diam dlaam bilik sudah, pun masih lagi dapat dengar gendang dan kehappeningan tuuh jugak coz singa ni akan pergi ke semua tempat buat persembahan.

Happy new year 2013.. semua dah tak sabar nak shik fannn.. lapo..

Boleh nampak lautan merah jee dalam hall nih..bagus-bagus..

Mak buyong and the geng, orang lain sibuk beratur ambik makanan kita orang sibuk duk bergediks santai kat situ. pastu duk usha meja mana yang takder orang beratur.hehehhehe. last-last jadik vegetarian hari tuh...pun sodapppp.. Alhamdulillah

Wassalam

Wednesday, February 20, 2013

Batik Jembal

Assalamualaikum

Stop kejab cerita pasal cuti-cuti Malaysia nih. Nih nak tepek design baru batik hok duk ada. Kiranya ni koleksi terbaru tahun 2013. Banyak lagi duk ada tapi kita tepek yang ni dulu...

Kiranya ni di ambik fresh daripada kilang, masih lagi dalam proses pembuatan. Banyak step yang perlu dilakukan sebelum dapat di pack dan di hantar kepada customer.

Ni step pertama, proses yang dinamakan mencanting batik/ melukis design di atas kain crepe/ jacob/ silk/ cotton dan macam-macam jenis kain lagi lah.. Kepakaran yang tinggi diperlukan dan daya imaginasi dan ilustrasi amat penting kerana semuanya adalah datang daripada pencanting/ pelukis batik itu sendiri by hand. Kalau salah lukis memang nak alter memang susah dan akan makan banyak masa dan tenaga. Disini kepakaran artistik amat lah diperlukan. Good job my sis, so admire her artwork.


Kat bawah ni gambar-gambar kain yang separuh siap di warnakan dan ianya perlu melalui banyak lagi step selepas itu... Jugak boleh nampak kain-kain ini masih lagi dibentangkan di tempatnya bagi memudahkan proses pewarnaan. Bila balik kampung suka pergi duduk lepak kat kilang batik ni sebab suka tengok hasil kreativiti mereka-mereka ni berkarya dengan melukis dan mengadun warna yang sesuai pada setiap jenis rekaan.

Hijo, eh cam sama jee gan background blog nih..Cam tau-tau jee i suker ijo..

Merah wooo..pun i sukeeer



purple....

Ni color apa ya..putih ekkkk

Pink in color...pun comey jugokkkk....


So bagi sesiapa yang berminat nak buat bisness online jual batik asli ni ker, nak buat pakaian seragam ke, nak pakai sendiri ke, nak bagi adiah kat orang kee or nak melawat kilang kee or apa-apa jee lah boleh lah hubungi we olls..

Tauke - 0148179926/ 0139392061 (KAK YAH)
Assistant (lantik sendiri) - 0176850400 (SUE)


Wassalam

Tuesday, February 19, 2013

Swimming time...

Assalamualaikum

Tengah lunch kee tu masing-masing. Ke tengah tersandar konyang, jangan jadik macam ular sawo dah laa.. Bila dah kenyang nak bergerak pun malas... sebab tuu laah orang panggil mengulorr..

Hari ni nak story perihal anak bujang sorang ni laa lagi. Tajuk subjek sentiasa berkisar dekat situ laa almaklumlah MNAS jee laa satunyee. Nanti bila baby dah kuar baru boleh citer pasal baby pulok idokk,...kuikui

MNAS ni satu perangai dia, agak takut sikit dengan air. Kalau mandi kat bilik air memang suka dia nak main air tapi bila dah start siram air kat kepala, air kena muka dia jee memang dia akan cepat panik... So untuk hilangkan kepanikkan dia meh laa kita main air kat swimming pool pulak. Selalunya kalau bawak kat swimming pool dia akan berdiri setempat dan akan tepuk air tuu setempat jugak sambil tangan satu lagi duk gantung kat badan ibu..Hooohooo

Hari tu bila dah stay kat Resort World tu memang tak survey pun swimming pool dia camna. Tapi bila dah turun wow, impress kat situ sebab swimming pool kanak-kanak lagi gedabak dan best daripada orang dewasa punyer. Menyesal ibu tak bawak swimming suit ibu..huuhuu (muat lagi ke swimming suit tuuu), kalau tak boleh laah ibu joint sekaki.
Buktinya, awal separuh masa pertama memang tak lepas daripada ayah. Masuk swimming pool pun nak berkepit bagai ya sayang. Berpimpingan tangan duk tawaf swimming pool tuu..

Pastu sibuk ajak ayah naik duk lepak atas kerusi sekali gan ibu.. Cuak bila ayah start simbah-simbah air kat badan dia..

Hah, ayah layankan ajeer. Duk melepak tepi swimming pool sambil duk borak-borak laa tu sambil duk cuci-cuci mata duk tengok orang lain mandi...

Macam-macma cerita duk cerita dengan ayah. Lepas satu topik ke satu topik ya sayang. Bila suruh turun main dalam swimming pool siap cakap NO-NO-NO. Ummmm

Tu dia siap gaya bagai, best betul cerita dia. Melakonkan semula kat ayah supaya senang nak faham yaa sayang..

Siap bergelak ketawa lagi lepas dengar cerita yaa,, umm pujuk-pujuk suruh turun pun tak nak lagi..huuhuuu, takpe-takpe nanti sikit lagi siap lahhh tuuu

Ni dah separuh masa kedua, dah berani main sendiri dan dah tak gantung dan pimpin tangan gan ayah dahhh..siap boleh jalan sendiri jalan depan dan belakang..huuhuu good boy.

Boleh lagi tuu bergurau senda sambil simbah-simbah air dahh..kan dah cakap, dia dah start seronok dah tuu....

Ibu duk panggil suruh naik pun dah tak layan dah..Dah mula rasa seronok dan bebas nak explore sendiri dahh..Ok lah main laa sayang, ibu boleh layan minum jus tembikai ni sambil bermuka buku yaa dan sesekali jadik kameraman tak bertauliah bila pelancong-pelancong daripada China dan Jepun ni mintak tolong ambik gambar. Bila dah nak dekat magrib barulah terhegeh-hegeh dua beranak nii nak naik...Tu pun MNAS dah start protes sebab tak puas lagi nak main air. umm tuu laa awal-awal tak nak all out sayang dah dekat penghujung masa baru nak main dengan sepenuh jiwa dan raga.. hihii, tak pelah sayang ya..nanti kita main dan mandi lagi yaa...Saborrr

Wassalam

Monday, February 18, 2013

Langkawi 3

Assalamualaikum

Bangun pagi ni rasa malas yang amat nak siap-siap p kerja. Makin hari makin tak larat, rasa nak duduk rumah jeer, tapi kang bila dah baring nak bangun susah pulak. Kan main sengal-sengal dan sakit sana-sini pulak. Ohhh bertabah lah hati. Pagi ni abang aka MNAS meraung-raung pulak nak ikut ibu g kerja. Lepas dah pergi round-round pun still nangis nak ikut jugak...sabar yaa sayang nanti petang kita round-round lagik laa ya.

Kita terus ke cerita hari kedua, sebenarnya tak ada tempat yang betul-betul nak pergi pun memandangkan ibu pun tak berapa nak larat kalau nak buat outdoor activity nih. Kalau indoor boleh lah tahan lagi. So meh laa kita pergi pusing-pusing satu Langkawi nih, kita tengok suasana dan tempat-tempat menarik yang ado. Pusing-pusing punya pusing, hajat hati nak bawak MNAS tengok buaya kat taman buaya(mesti laa kat taman buaya kan takkan kat taman burung pulak) terjumpa signboard taman buaya tapi terlepas simpang pulok.. Ummm takper laa kalau terlalu lagi kita singgah ya, kalau tak lupakan ajeer.. Kat KL pun ada kan..hahahahhaha. Yang kelakarnya buaya tak dapat jumpa tapi pulut durian pulak jumpa..Hah apa lagi ibu yang lately ni penggemar pulut ni, terus laa teringin nak rasa pulut durian orang Langkawi nih.. So jom laa kitee...


Rasa pulut durian nih sama jee laa gan pulut durian kiter. Makan pulut durian nih kat teluk tengah kalau tak silap....


Bila dah habis makan lunch + makan pulut durian kat sini perjalanan diteruskan.., Wow permandangan laut gan kawasan teluknya sangat lah cantik..Subhanallah, cantik mempersonakan sangat tapi sayang tak dapat nak turun dan ambik gambar sebab masa ni tengah panas terik dan mood untuk bergambar pun kelaut sangat. So just capture image yang mempersonakan ni dan simpan dalam hard disk memori jee laa. Nak-nak sekarang MNAS gah kemaruk nak main game kat phone ibu...malas nak berebut handphone gan dia tuk ambik gambar..Insha Allah ada rezeki kita datang lagi...

Lepas perut dah kenyang (suka hati lah kan) perjalanan diteruskan ke area cable car. Tak ada cadangan pun nak naik cable car memandangkan keadaan dah tak berapa mengizinkan nih, just pergi kat area situ duk santai-santai kat culture village. Cam biasa ramainya orang, nak bawak MNAS naik kuda pun beratur panjang. So tak per laa sayang ya, lain kali..hehheheh berapa banyak lain kali daaa daa.

MNAS bebas berlari sna-sini sebab area dalam Culture Village nih agak spacious. Seronok lah dia dapat lepas dan yang paling penting dapat lari kesana-kesini dan yang paling best banyak betul mainan yang duk jual kat dalam tu.. huuhuuuu sampai rambang mata duk pilih yang mana satu menjadi idaman qalbu...

Eksyen tak nak ayah degan ibu pegang, nak jalan sendiri-sendiri...


Ada aktiviti dalam tasik jugak kat sini bolehlah bagi anak-anak nak kayuh sampan tuh.. Dilatari permandangan yang amat mendamaikan. Bukit dan tasik satu gabungan yang menyejukkan dan mendamaikan jiwa if yang tengah gundah gulana tuh..Just bersantai-santai dan ambik angin jeee..Nafsu nak shopping pun takde sebab orang yang ramai dan bahang panas amat terasa. Kalau boleh nak duk bawah bangsal dan berteduh jee kat situ..huuhuuu satu hapa pun tak jadik yaa kalau cam tu...

Sekarang ni susah kalau nak ambik famili photo coz MNAS nih memang tak suka bergambar.. kali ni ok pulak dia yaa..mood holiday lah tuu..

Banyak ikan duk ada kat dalam tasik nih, ralit betul MNAS duk tengok ikan-ikan nih sampai kan ajak balik pun duk say NO-NO-NO.... hahhahah

Kemakbuyongan jelas terserlah disitu...huuhuuu sekarang bila jalan jee member-member duk usik macam penguin daaaa.. saboor ajee laa..

Pemandangan daripada bilik hotel di hari ke-2, check in di Resort World. Memang terbaik lah hotel nih. Puas hati sesangat, dapat bilik suite dengan harga yang amat berpatutan. Alhamdulillah.

Ni suasana dalam bilik yang amat luas, suka hati MNAS dapat banyak ruang untuk susun atur dan mendeco mainannyaa.

MNAS dah get ready nak pergi swimming, lansung tak nak tidur...

Tengok MNAS dah merasmikan katil tuh dengan menyusun atur mainannya..

Memang 2 hari satu malam kat sini rasa tak puas sampaikan lansung tak pergi jalan mana-mana lepas check in kat sini. Belah malam jee keluar kejab sebab keluar dinner..hehhehehe makanan kat sini pun boleh tahan sedap gakks, dan yang paling best boleh dengar desiran ombak daripada dalam bilik jugak boleh tengok boat-boat yang sarat bawak pelancong buat island hopping. Bertali arus, tengok jee laa orang lain duk melawat pulau-pulau yang ada kat langkawi ni kiter tak dapat nak menjoinkan diri. Takpelaa tujuan utama kesini pun just nak spend time yang berkualiti bersama-sama dan merehatkan minda sahaja. Tunggu laa bila anak-anak dah besar bolehlah buat aktiviti-aktiviti nih bersama-sama. Insha Allah jika dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki..

Ok sambung kedian pulak laa lagik sekali.

Wassalam

Friday, February 15, 2013

Langkawi 2

Assalamualaikum

Ala-ala gedik gitu, cerita Langkawi ada part 1, part 2 dan part2 lain lagih.. Heeheee, kalu raso nok termuntoh koo apa sila laa tanggung sendiri yoo.. Haaahaa atau pun kalau ada rasa loya-loya tu cepat laa pergi farmasi beli apa yang patut.ngeh ngeh.😃

Hotel di hari pertama adalah betul-betul kat Pekan Kuah. Apa yeek nama hotel tu ummm kalau tak silap Seaview Langkawi. Dapat la nampak sikit sea view tu( partial view) daripada bilik hotel. Bila dah masuk hotel terus bermandi-manda, ingat kan lepas tuu nak laa lelapkan mata walau sekupang pun jadik laa, tapi nan ado. MNAS dah segar bugar dan lansung tak nak tido. Sibuk duk buat inspection sana-sini, nak test menepati piawaian ke idokk yaa sayang.. Haagaga. Ibu tak dapat la nak tido tapi ayah dapatlah jugak melepaskan lelah yang ke hulu ke hilir duk kejar MNAS daripada jeti kat Kuala Perlis lagik. MNAS sekarang ni tengah lasak sangat dan semua benda dia nak explore, so nak tak nak ayah lah yang kena melayan coz ibu dah tak larat nak main keja-mengejar dah. Haahaaa, MNAS buli ayah yaa...kikiii..

Lepas dah berehat lebih kurang maka 3 beranak nih terkedek-kedek laa keluar lebih kurang 6.45 petang gituhlaa. Bila dah sampai lobi hotel tengok dinner dah ready, so apa lagi kita makan malam lah dulu. Tak baik membazir kan, makan ajeer coz bilik hotel yang ditempah termasuk sarapan pagi dan makan malam sekali. Alhamdulillah dah namanya rezeki yaa.
Macam-macam makanan duk ada tapi perut masih lagi ketat sebab sampai-sampai hotel tadi dah pulun makan dah...makan sesajoooo. just teringin nak makan nasi gan sotong masak berlado jee..umm nyummy jugak.


Suasana di lobi hotel. Agak sibuk jugak semuanya bersama famili msing-masing.


MNAS sibuk dengan agenda sendiri, bukannya dia nak makan tapi sibuk nak bagi ikan makan. sibuk duk carik roti nak bagi ikan makan. nasib baik staf hotel jenis yang tak kisah noooo...heehheheh, besar-besar dan gemuk-gemuk fish kat situ ya sayang.


Lepas dah mengisi perut lebih kurang, hari pun dah nak malam. Ingatkan nak carik pasar malam yang dekat-dekat gan hotel yaalah biasanya kalau kita nak kenal budaya dan penduduk tempatan just terjah pasar malam depa. Macam-macam jenis makanan tempatan mesti duk ada kan. Rupa-rupanya malam tu ada pasar malam dekat jee gan hotel nih, tapi sebab perut ketat lagi we all decide nak singgah balik nanti. Pergi jejalan dulu round kawasan sekitar Kuah dan Pantai Cenang. Pergi tengok kat mana nak beli minyak gamat, kat mana nak beli kain sarung batik dan macam-macam lagik laaa. Nasib baik masa sewa kereta tadi ada di sediakan sekali peta Langkawi. So tak ada la sesat kan walaupun merangkak-rangkak duk baca peta..Macam orang buta huruf pulak. Ya laa dah lama tak baca peta nih, last duk sibuk kaji peta nih rasanya masa tingkatan 5 sebab ambik Geografi..Heehehe, dulu-dulu kalau pergi jejalan mana-mana gan kawan-kawan memang buat tak kisah punyer, serahkan pada pakar peta ajee..hehhehehehhe

Bila dah sampai area Pantai Cenang tu, walaweiii happening gilerrr. terlompat-lompat dan terwow-wow MNAS duk tengok lampu-lampu dan suasana malam kat situ. Nak-nak lagi kiri kanan jalan bergantungan dengan macam-macam mainan dan pelampung yang ada macam-macam color tuh. Bising mulut dia duk tunjuk kat mainan-mainan tuh pastu cakap kuat-kuat NAK-NAK-NAK...tak menyabor-nyabor dahhh..Lepas dah puah duk pusing-pusing kat area situ gan kereta,dah tak tahan MNAS duk berzikir nak-nak-nak maka berenti lah kat situ. Wah bukan main lagi suka, terus berlari-lari dari satu hujung ke hujung satu lagik. Asal ada jee kedai mainan MNAS akan sibuk duk menyinggah dan memilihnyeer. Bukannya kejab duk pilih tuuu, lama sebab dia kompius yang mana satu menjadi idaman hati. Semuanya cantik, kemas dan tersusun jee bergantungan kat situu. Haahaaa lagilaa buat dia kompius. Pic pun tak sempat nak snap sebab sibuk duk mengejar MNAS. Dekat situ banyak kedai-kedai makan yang happening dan dicelah-celah kedai-kedai yang happening tu ada satu kedai kecik duk jual jus buah. Ramai orang duk beratur so apa lagi mesti lah kena menyibuk sama. Beli jus mangga dan mangga lasi satu, perggggg heaven betul sedap betul..rasanya sangat pure mangga dan sangat puas hati minum sampai laa ketitisan yang terakhir... Ingatkan nak beli lagi masa nak balik tuu, tapi makcik tuu dah tutup kedai. Cepat betul makcik tuu tutup kedai, agaknya dah dapat banyak untung laa tuu.. umm tak per laa ada rezeki malam esok kita datang cuba lagik..Dekat pukul 10 malam duk tawaf sumua kedai-kedai kat situ, sampai kan dah tak larat dah...so marilah kita pulang wahai anokku. Esok kita sambung lagi...Umm bila lalu kat area pasar malam tu, agak kehampaan disitu sebab semuanya dah kemas.gelap gulita dah kat area situ.. Cepatnya habis pasar malam kat sini ya..ummm takpelah takder rezeki...sok sok sok.

Pagi-pagi lagi bangun siap-siap dah terus check out, sebab malam kedua kat hotel area Pantai Cenang pulak...So tuk jimat masa kita check out siap-siap tak payah laa nak patah balik dua tiga kali.So jom turun breakfast...yok yok..

Muka-muka gumbira sebab dapat tidur lena sebab bisa dan sengal-sengal badan dah takda. MNAS laa orang yang paling happy, sebab ibu gan ayah dapat spend masa yang berkualiti bersama yaa. Kalau hari biasa masing-masing sibuk sorang ke sana sorang ke sini yaaa..

Cerita di hari ke-2 pulak, later laa kita sambung

Wassalam




Thursday, February 14, 2013

Langkawi 1

Assalamualaikum

Baru jee habis lunch dengan rakan seofis, ada lunch treat daripada mereka-mereka yang dapat banyak bonus tahun ni.Alhamdulillah terima kasih daun keladi, next year belanja lagi ya..Menu utama lunch hari ni adalah nasi arab, berlaukkan kambing dan ayam dan macam-macam lagi makanan lah duk ada. Kenyang sangat mak buyung nih, makan sampai takleh bangun.. Kikiiii buruk perangai yeaa...Hahaaahaa, takada laa sekarang ni space perut dah makin kurang so makan sikit pun dah rasa se'eh. Makan sikit borak-borak dan makan lagih tuu yang sampai se'eh dan se'kok jadi nyeer.

Makanan dan hidangan yang macam-macam tu pun tak sempat nak snap, coz semua orang dah duk kerumum meja. Malas nak duk bersesak-sesak ambik pic bagai (hehhehe sebenarnya dah tak sabo nak makan). Minggu ni masuk ofis aman damai dan sunyi jee rasa sebab ramai rakan-rakan ambik pelaung untuk bercuti panjang. Parking lot pun banyak jee yang kosong. Boleh je sesuka hati nak park kat mana. Walaupun ramai bercuti tapi semangat kerja kena diteruskan sebab daripada rabu hingga jumaat(esok) meeting non stop. so, kena ready mental dan fizikal kalau tak mahunya tertidur-tidur masa meeting nih...hehheheheh

Back to cerita Langkawi, trip 3 hari 2 malam nih memang tak dirancang sebenarnya. Last minute punya plan memandangkan tahun lepas tak ada pun kemana-mana untuk bawak MNAS bercuti, memandangkan tahun ni pulak tak lama lagi ibu pun dah nak meletup dan kena tunggu ibu habis pantang dan adik besar sikit barulah boleh plan nak kemana-mana. So disebabkan faktor utama tu laah ku gagahkan diri jugak untuk pergi bercuti walaupun sebenarnya badan ni dah tak larat sangat dah. Alhamdulillah semuanya dipermudah kan dan dilindungi olehNYA. ALHAMDULILLAH. Semua bilik hotel di book last minute, rezeki masih lagi ada dan dapat bilik yang best, hotel yang best dengan special price.. ALHAMDULILLAH

Bertolak daripada Shah Alam pukul 3.30 pagi hari sabtu, ingat boleh skip jem. Tapi be Malaysian kalau ada any festive season memang jalan raya jem semedang ajee. pukul berapa pun kita merancang perjalanan jalan tetap lah penuh tapi takada lah jem sampai takleh bergerak lansung... bergerak laa tapi tak bole laju sebab kereta banyak sangat. Itulah uniknya kat Malaysia ni yeeaa..Tak kira lah apa perayaan pun mesti semua orang bergumbira menyambut nyaa.

Sampai di Kuala Perlis lebih kurang pukul 9.30 pagi. Tuuu diaa ramainya umat manusia, kereta berderet-deret dan yang paling best nak beli tiket feri pun kena beratur panjang. What to do, memang kena beratur jugak lah walaupun bersesak-sesak dan berpanas-panasan. Lebih kurang 45 minit beratur akhirnya dapatlahh tiket feri starcity yang diidam-idamkan nih, dapat trip yang pukul 1 petang.

Semua orang duk kerumum kat kaunter feri tuh..Sesak sangat..



Berlingkar-lingkar barisan tu kat tengah-tengah panas (nasib baik panas pagi lagi, kalau panas yang tengah hari maunyee ada yang pengsan nih). Kaunter tiket pun dekat open space takada air-cond just kipas ajee. Kiranya angin kipas tu lansung tak dapat rasa laa coz ramai sangat orang. Jeti Kuala Perlis ni kena di upgrade lagi lah buat sistem yang lagi sistematik, mungkin tengah dalam perancangan kot coz dapat tengok macam dalam peringkat renovation lagik. Harapnya di masa depan it will be better sebab Langkawi ni salah satu pusat pelancongan yang menjadi tumpuan orang ramai tak kira warga Malaysia sendiri dan daripada pelancong asing.


Bila nak naik feri pun kena betul-betul alert sebab tak sure yang mana satu feri kita, kena tanya petugas-petugas kat situ kalau takut ditinggal dek feri nih... Agak kelam kabut sebab semua orang duk sibuk kehulu kehilir duk carik feri dengan duk tarik beg masing-masing. Sesapa yang ada anak kecik memang kena extra cautious takut depa ni duk main kat tepi jeti tuu dan takut jatuh dalam laut pulak.


MNAS macam biasa bila tengok jeer feri datang tak sabar-sabar dah nak naik. Bila dah dapat duk dalam feri tuu kan main lagi duk suka.. Pertengahan jalan MNAS akhirnya kalah jua.. Tertidur jugak dengan lena nyeer. Ibu duk usik-usik pun lansung tak sedar.

Dalam pukul 2.30 petang Alhamdulillsh sampai ke jeti Kuah. Dari jauh dah nampak sang Lang yang femes ituuu..
Bila dah sampai kat Kuah tu benda wajib yang perlu buat adalah carik kereta sewa. Nasib baik ayahnya MNAS dah buat booking masa kat jeti Kuala Perlis tadi. Kalau tak memang kena menapak laa jawabnya sebab almost kereta sewa semuanya fully booked. Harganya jangan cakap laa kan jauh beza dengan hari-hari biasa gan musim cuti sekolah. Almaklumlah sekarang ni kan musim cuti umum..

Bila dah dapat kereta cepat-cepat pergi check in hotel sebab badan dah penat sangat dah.. Nak kena mandi segarkan diri dan lunjurkan badan yang dah terasa sengal sana sini dahh.. Makcik doh tuo..

Sambung kedian laa citer seterusnya...

Wassalam