Monday, January 12, 2015

Panda @ zoo

Assalamualaikum..

Musim budak-budak gan bapak budak demam high fever la. Sana sini dengar khabar habis satu famili kena demam nih, berjangkit-jangkit lepas sorang sorang. Sedikit ujian diberi sempena tahun 2015 nih. Dimulai dengan ayahnya demam, diikut rapat oleh abang Nuh pulak dan diakhiri oleh adik Mia. 2 hari terpaksa ambik EL. Ujian kecil ni pun rasa susah hati dah, macam mana mangsa-mangsa banjir yang kehilangan harta benda, tempat tinggal malah ahli keluarga tercinta. Sesungguhnya segala ujian ini adalah limpah rahmat dan kasih sayang dariNya kepada kita untuk lebih muhasabah diri dan bersangka baik atas segala aturannya. Kembali kepadaNYA..

Back to tajuk cerita...
Cerita December tahun lepas, basi dah tapi sayang kalau tak coretkan kat sini. So lets kita..
Kembara bersama di zoo bawa anak-anak julung-julung kalinya. Jika sebelum ini setiap ajakan ditolak bulat-bulat oleh sang ayah, kali ni berbeza dia yang berkobar-kobar nak kesana. Pucuk dicita ulam mendatang, jangan dilepaskan peluang 'emas' ni.

Pergi pepagi lagi nak elak cuaca yang tak menentu menjelang petang. Pukul 10 pagi dah terpacak depan  zoo, tak ramai lagi pengunjung almaklumlah cuti sekolahkan.. Konfem sesak  kalau datang kewat nih.

Adik je yang sempat pose depan nih, yang lain dah tak sabar-sabar nak jumpa sanak saudara lee tuu.

Adik pun tak sabo jugak, nak berlari jee kejanya. Sib baik ibu fit lagi tuk kejar(walaupun sebenarnya lencun satu badan gak).

Masuk je disapa untuk ambik foto famili dekat both-both yang duk ada tuh. Layankan jeer. Lepas tu terus carik bas mini tu, bukan nya malas nak jalan tapi bawak anak-anak kecik ni bak kena plan betul-betul tempat-tempat yang nak disinggahi.(nasib baik ada good reason). Rupernya kalau nak naik bas tu kena beli tiket dah tak free macam dedulu daa. Interview abang driver bas tu sejak bila nak kena bayar tiket tuk naik bas ni. Jawapannya selepas ada panda daaa.. Ohhh baiklaa. 

Animal show tempat pertama diterjah, langkah kanan sampai jee terus start. Ada show singa laut, burung dan ada a few lagi binatang. Tak tengok semua sebab nak kejar masa.. Excited adik gan abang tengok singa laut yang pandai tuu..gambar singa laut xder... Hehee

Sempat lagi berwefie gan adik sesambil tengok show singa laut tuuh.

Next, carik bas nak pergi tempat panda pulak.. Kalau menapak memang agak jauh, tapi kalau anak-anak dah besar sesuai lagi berjalan boleh tengok macam-macam binatang daripada dekat. Nih lalu jeer laa dan dapat tengok gitu-gitu jeer. Jadik laaa
Abang pun nak jugak....

Excited abang dapat tengok harimau, singa, zirafah, monyet, orang utan, dan macam-macam lagi live depan mata.( pics binatang lupe nak snap pulak)
Kita minum dulu lepas penat berjalan. Adik penat atas dukung ibu jeer, tak nak pulak dia berjalan dalam zoo nih.. Stroller pulak tak bawak memang torbaikk dari ladang laah. Berapa kilo laa agaknya lemak ibu terbakar hari tuh. Hikhok hikhok..

On the way nak sampai rumah panda, ada pondok-pondok kecil nih uang sangat comey dan menggamit hati tuk lepak kat bawah tuu. Sungguh mendamaikan.. Tak sempat pun nak singgah memasing menonong dah kat depan tak sabar nak jumpa pandas tu..kita book dulu dalam hati, len kali kalau datang boleh singgah..

Best betul masuk tumah panda nih, sejuk, nyaman dan selesa jeer. Pandai cik panda ni macam tau-tau jer orang nak ambik gambar dia. Comey sangat!

Rumah panda ni pun sangat cantik, kena tengok diam-diam takut kalu bising panda terkejut pulak. Siap ada guard yang bawak signage keep quite merata-rata. Ada dua ekor, sekor sangat aktip dan berjaga jeer tapi lagi sekor tidur jee memanjang..
Ni yang suka membuta jeer, tak hirau keadaan sekeliling. Paling penting zzzz.

Heheehee dapat gak ambik gambar gan cik panda nih walaupun dari jauh... Jadiklaa.. Tak bole lepak lama-lama kat dalam ni kalau tak salah pengurusan bagi masa 30 minit jeer pastu kena keluar, yaa  lah bagus macam tuu ada limit sebab tak boleh nak sesak-sesak dalam nih. Orang lain pun nak tengok jugak idokk..

Keluar jee daripada situ memang melalui kedai cenderamata panda. Terbaik laa dia punyer lokasi, setiap orang memang kena pass by kedai ni gan cafe. Strategi pemasaran yang bijak!memang pandai.. Masing-masing dah kelaparan dah lepas jumpa panda ni, so decide makan lunch dalam cafe panda nih jee sebab dekorasi cafe ni memang cantik tapi pelik gaper tak ramai singgah. Lepas dah rasa makanan baru tau kenapa takder orang... Kena di pertingkatkan mutu dan rasa makanan kat situ barulah terbaik...

Bila dah recharge energy barulah memasing aktif semula.. Menapak keluar balik ketempat hentian bas tadi,, boleh tahan jugak mengahnya. Banyak pulak persinggahan lepas tuu, siap bagi makan kat lelembu laa, siap lepak depan kandang gajah laa dan yang lagi best bole lagi buat misi mencari spider.. Hahah abang nih, masuk zoo orang nak tengok haiwan besar dia siap tanya mana spider? Isk - isk nak tengok spider pulak. Ada ke spider kat zoo ni ya? Ibu jem kejab walaupun dah selalu datang zoo. Nasib baik ada jumpa spider yang lepas bebas  secara semulajadi tuu. Fuhh lega hati ibu, kalau tak asyik duk ulang soalan sama. Mana spider?

Tengah carik spider...

Kesimpulannya pengembaraan di zoo negara ni memang seronok. Wajib datang lagi bila abang gan adik besar sikit. Barulah boleh explore semua bahagian dalam zoo nih. Insha Allah nanti kita datang lagi...

Wassalam

Friday, January 2, 2015

First day 2015

Assalamualaikum..

Cuti sempena tahun baru nih, berkobar sungguh bagitau anak-anak malam new year tu suruh tidur awal sebab pagi esoknya nak gi main kat taman. Hehehe macam kan nak jalan jauh sangat jee gaya dia. Yaa lah dah lama dah rasanya tak memanafaatkan masa dengan beriadah nih. Kengkononnya resolusi tahun baru nak improvekan gaya hidup sihat dengan banyak beriadah gan anak-anak dan jugak amalkan makanan bersih( clean food). Insha Allah, nak kena susun balik amalan pemakanan an diet seimbang. Ada lagi sebenarnya azam tahun baru tapi yang lelain tu biarlah di simpan sendiri..

Seronok jee abang gan adik dapat keluar hirup udara segar kat Taman Tasik SHah Alam nih. Bila nak ambik gambar muncung pulak adik, yalah tak puas hati dia kena duk atas basikal. Kalau boleh dia nak lepas bebas berjalan macam abang tu.. Huuhuu kalau biar adik jalan empat jam pun tak habis satu round tasik tu adik ooo.
Cuaca sangat cantik pagi tu, panas tak panas dan redup tak redup..

Suka sangat pergi jogging kat tasik Shah Alam ni coz semua ada dan dekat.. Plaza Pkns pun dokat kan.. Hikhok..

Abang duk sibuk nak menolak basikal adik, kejab kekiri kejab kekanan.. Seriau jee takut jatuh tasik tuh..

Orang pun tak berapa ramai mungkin semuanya tengah holiday or outstation. Cantik pokok kat belakang tuu kan?
Bersih je taman ni kan, suke suke suker. Kena jadikan rutin la tetiap minggu kena terjah beriadah kat sini. Satu pusingan tasik ni lebih kurang 2.5 km. Mula-mula ni satu pusingan pun cukuplah.. Tuu pun abang dah merempan-rempan mintak dukung, penat bu penat bu.. Huuhuu kuss semangat nak suruh ibu dukung, awak tu bukan kecik anak lagi dah. Ntah-ntah dah 20kg dah kot( lama tak timbang).. Adik tu pun dah berpeluh lencun walaupun duk atas basikal jee.

Sebelum cukup satu pusingan, banyak persinggahan dulu. Singgah main gelungsur laa, main jongkang jongket laa, main buaian laa. Haa banyak lagi sebenarnya permaianan duk ada kat situ tapi, nasib baik laa abang gan adik penakut sikit. So main yang wajib jeer laa, yang ekstrem sikit nddak maundua beradik tuu..takpe kita expose pelan-pelan.


Adik seronok dapat main buai, mula-mula tu membebel-bebel gak dia.. Takut lee tu..tamat cerita pagi jom sambung citer petang pulak..

Lepas adik dah recharge energy, abang puas paksa tak mau jugak dia tidur. Moh la kite ke Sunway Medical centre melawat cucu sedara Anas kena warded sebab high fever. Temperature tak nak la turun lepas bagi ubat makan dan ubat ikut vontot tuu. Apa lagi memang kena tahan wad laa jawabnyee. Bagus jugak la sebab kat hospital boleh pantau suhu turin naik tu secara teratur. Baby lagi kan so risau takut jadi benda lain pulak. Pertama kali sampai kat SMC tu terjakun sikit terr. Sekarang ni, mana-mana private hospital pun penuh je semedang, kalau kat goverment hospital apatah lagi.. Perbelanjaan untuk bil hospital ni memang makin mahal dari setahun ke setahun. So kena beringat daripada anak-anak lahir memang kena wajib ambik insurans. Doa toksu agar Anas cepat sihat, geram tengok badan dia yang bumbum tuu..
PokNuh gan MokMia doakan supaya Anas cepat ok ya..

Kat lobi hospital still duk ada dekorasi krisma nih, wah apa lagi abang gan adik seronok laa nak duk explore tu..

Pegang sana pegang sini...

Janji gan abang Nuh lepas tu nak pergi main giant bubble kat setia city convention centre tuu.. Seronok dia, tapi sampai dipertengahan jalan hujan turun selebatnya.. Huhuuhuu, sori la abang kena tukar plan laa. Sedih abang, terus request nak beli robot dang dang tu jugak.. Alahai abang.. Jom la kite ke space u8 tuu, bole adik main kereta..

Overall hari pertama tahun 2015, diisi sepenuhnya. Penat tapi seronok.. Alhamdulillah

Wassalam