Friday, January 2, 2015

First day 2015

Assalamualaikum..

Cuti sempena tahun baru nih, berkobar sungguh bagitau anak-anak malam new year tu suruh tidur awal sebab pagi esoknya nak gi main kat taman. Hehehe macam kan nak jalan jauh sangat jee gaya dia. Yaa lah dah lama dah rasanya tak memanafaatkan masa dengan beriadah nih. Kengkononnya resolusi tahun baru nak improvekan gaya hidup sihat dengan banyak beriadah gan anak-anak dan jugak amalkan makanan bersih( clean food). Insha Allah, nak kena susun balik amalan pemakanan an diet seimbang. Ada lagi sebenarnya azam tahun baru tapi yang lelain tu biarlah di simpan sendiri..

Seronok jee abang gan adik dapat keluar hirup udara segar kat Taman Tasik SHah Alam nih. Bila nak ambik gambar muncung pulak adik, yalah tak puas hati dia kena duk atas basikal. Kalau boleh dia nak lepas bebas berjalan macam abang tu.. Huuhuu kalau biar adik jalan empat jam pun tak habis satu round tasik tu adik ooo.
Cuaca sangat cantik pagi tu, panas tak panas dan redup tak redup..

Suka sangat pergi jogging kat tasik Shah Alam ni coz semua ada dan dekat.. Plaza Pkns pun dokat kan.. Hikhok..

Abang duk sibuk nak menolak basikal adik, kejab kekiri kejab kekanan.. Seriau jee takut jatuh tasik tuh..

Orang pun tak berapa ramai mungkin semuanya tengah holiday or outstation. Cantik pokok kat belakang tuu kan?
Bersih je taman ni kan, suke suke suker. Kena jadikan rutin la tetiap minggu kena terjah beriadah kat sini. Satu pusingan tasik ni lebih kurang 2.5 km. Mula-mula ni satu pusingan pun cukuplah.. Tuu pun abang dah merempan-rempan mintak dukung, penat bu penat bu.. Huuhuu kuss semangat nak suruh ibu dukung, awak tu bukan kecik anak lagi dah. Ntah-ntah dah 20kg dah kot( lama tak timbang).. Adik tu pun dah berpeluh lencun walaupun duk atas basikal jee.

Sebelum cukup satu pusingan, banyak persinggahan dulu. Singgah main gelungsur laa, main jongkang jongket laa, main buaian laa. Haa banyak lagi sebenarnya permaianan duk ada kat situ tapi, nasib baik laa abang gan adik penakut sikit. So main yang wajib jeer laa, yang ekstrem sikit nddak maundua beradik tuu..takpe kita expose pelan-pelan.


Adik seronok dapat main buai, mula-mula tu membebel-bebel gak dia.. Takut lee tu..tamat cerita pagi jom sambung citer petang pulak..

Lepas adik dah recharge energy, abang puas paksa tak mau jugak dia tidur. Moh la kite ke Sunway Medical centre melawat cucu sedara Anas kena warded sebab high fever. Temperature tak nak la turun lepas bagi ubat makan dan ubat ikut vontot tuu. Apa lagi memang kena tahan wad laa jawabnyee. Bagus jugak la sebab kat hospital boleh pantau suhu turin naik tu secara teratur. Baby lagi kan so risau takut jadi benda lain pulak. Pertama kali sampai kat SMC tu terjakun sikit terr. Sekarang ni, mana-mana private hospital pun penuh je semedang, kalau kat goverment hospital apatah lagi.. Perbelanjaan untuk bil hospital ni memang makin mahal dari setahun ke setahun. So kena beringat daripada anak-anak lahir memang kena wajib ambik insurans. Doa toksu agar Anas cepat sihat, geram tengok badan dia yang bumbum tuu..
PokNuh gan MokMia doakan supaya Anas cepat ok ya..

Kat lobi hospital still duk ada dekorasi krisma nih, wah apa lagi abang gan adik seronok laa nak duk explore tu..

Pegang sana pegang sini...

Janji gan abang Nuh lepas tu nak pergi main giant bubble kat setia city convention centre tuu.. Seronok dia, tapi sampai dipertengahan jalan hujan turun selebatnya.. Huhuuhuu, sori la abang kena tukar plan laa. Sedih abang, terus request nak beli robot dang dang tu jugak.. Alahai abang.. Jom la kite ke space u8 tuu, bole adik main kereta..

Overall hari pertama tahun 2015, diisi sepenuhnya. Penat tapi seronok.. Alhamdulillah

Wassalam

No comments:

Post a Comment