Tuesday, December 30, 2014

Assalamualaikum dunia..

Assalamualaikum..

Awan mendung dan cuaca berarak seribu, begitu lah segala ketentuan dan takdir berlaku sesuatu perkara adalah peraturan dan perancangan daripada Allah yang maha kaya dan maha mengetahui atas segala-galanya..

Malaysian sedang berduka.!. Ayuh semua kita bersatu hati menghulurkan bantuan dalam apa bentuk pun untuk mangsa-mangsa banjir tak kira dimana. Mahupun dikelantan, terengganu, pahang, johor ataupun di perak. Semuanya terjejas teruk, mereka amat-amat memerlukan kita untuk meringankan beban yang dipikul. Walaupun kita tidak dapat membantu 100%, sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban mereka pun jadilah. Sama-samalah kita membantu ikut kemampuan masing-masing. Bagi yang berkesempatan untuk turun padang, pengorbanan anda amatlah besar kerana sanggup meninggalkan famili, keselesaan dan segalanya bagi menghulurkan tangan membantu mangsa-mangsa banjir ini secara lansung. Tahniah! Bagi yang membantu secara tidak lansung, penderma-penderma budiman juga tahniah!!. 

Banyak saluran sah, NGO dan orang perseorangan yang boleh kita salurkan bantuan kita. Tinggalkan segala sentimen, perbezaan pendapat, politik dan segala perbezaan yang ada kerana sesungguhnya saat-saat begini kita perlu bersatu sebagai Malaysian. Terbukti Malaysian sungguh dermawan! We proof it...

Bantuan kemanusiaan untuk mangsa-mangsa banjir..


Antara misi bantuan kemanusian yang dilakukan oleh family members n kawan-kawan bersama team masing-masing. Tahniah, teruskan usaha murni anda ini....


#Lets pray for All
#Pray for Pantai Timur

Gambar-gambar di bawah menceritakan segalanya.. Source: media sosial dan rakan-rakan

Mangsa banjir- banyakkan bersabar my friend Eris dan famili.

Semoga mangsa-mangsa banjir tabah mengharungi dugaan yang hebat ini.. 

Tahun 2014 bakal melabuhkan tirai kurang 2 hari lagi, sekali lagi (28/12/2014) kita dikejutkan dengan berita pesawat Air Asia Indonesia daripada Surabaya ke Singapore telah terputus hubungan daripada pusat kawalan dan radar. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui dan Maha Kaya atas segala-galanya.

Source: BH online

Sehingga ke hari ini masih belum di ketahui dan tidak dapat dikesan. Sama-samalah kita doakan supaya misteri kehilangan pesawat ini dan MH370 dapat dirungkai.. Semoga semua keluarga dan sahabat handai penumpang QZ8501 dan juga MH370 tabah dan terus berdoa..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment