Thursday, December 18, 2014

Masiswa networking games

Assalamualaikum semua...
Holla december, cepat betul dah pun hujung tahun.. Nak kena say bye-bye dah 2014 and hi 2015. Banyak duk hutang citet kat sini, macam bermusim jer nak update blog nih. Sebenarnya hati memang sentiasa ada nak mengupdate blog tapiiiiiii, cehh masa yang jadi kekangan. Datang ofis memang fokus buat keja yang jadi tanggungjawab kita untuk dilunaskan walaupun tak pernah surut. Bila balik rumah memang fokus tuk family. Lagi-lagi sekarang Damia tengah fasa yang nak berkepit 24/7 jee kekdahnya.. Kalau tak diturutkan memang akan ada adegan drama queen laa, berjejeran air mata.. Banjir..

Ok back to real story, Masiswa networking games ni actually kejohanan sukan untuk staff inter IPTS. Tahun ni hosnya adalah TARC ( Tengku Abdul Rahman College kat Setapak) pada 5-7 Disember 2014. Kiranya nilah kali pertama ofis kitaorang participate dalam kejohanan nih. Carik pengalaman.. Banyak sukan diadakan futsal, bola tampar, pingpong, bolajaring, banyak laa. Dah tentulahh we olls join acara badminton berpasukan campuran... Favorite sport laa katakan... Belasah.

Semuanya bersemangat walaupun tau pihak lawan semua power rangers.. Hikhok we all ni suam-suam kuku jee.. Budak baru nak belajar kekdahnyee..


Apa-apa pun kita lawan ajerr.. Ada 5 beregu kesemuanya dalam satu team, 2 beregu lelaki, 1 beregu wanita, 1 beregu campuran dan 1 beregu lelaki veteran. Day 1 jumaat petang lawan KISAS kelate. Alhamdulillah memang pusingan pertama.

Muka seronok lepas menang pusingan pertama...hari pertama semua excited lagi...
Hari kedua pepagi lagi dah terpacak kat TARC nih. Pusingan kedua lawan INTAC. Perggg power tul dorang main, sup sap soi jeer we olls ditewaskan... Hukhuk, zass zusss zaass zuss jeer depa main, smash bola tajam kan main memasing..ni tak boleh jadi kena tukar strategi.. Ceh memasing tukar plan..

Berkumpul merangka dan mencongak strategi...

Abang nuh pun datang jadi penyokong kuat ibu.. Hiuhuuu, tengok laa tuu tak lepas duk main games.

Tu diaa... Tak hirau gegak gempita tuh

Partner tuk beregu wanita...next time kita cuba lagi...jangan sesedih.

Last game main malam sabtu, wah memang dah penat sangat. Tapi lawan tetap lawan. Menang dapat kepusingan suku akhir, kalau kalah sampai disini sahaja. So memang fight hingga ketitisan peluh terakhir. Walaupun tewas tapi tetap puas hati sebab semuanya bersemangat waja dan berjuang habis-habisan... Good team spirit tuk semua and well done!!
Muka penat, walaupun tak dapat kepusingan akhir kita tetap happy...tahun depan kita cuba lagi....

Sekian laporan sukan untuk tahun 2014.

Tq abang Nuh, jadi big supporter ibu... Mmmuahh cium ciked.

Wassalam

No comments:

Post a Comment