Friday, November 28, 2014

Concert & graduation day


Assalamualaikum
Salam 1 december buat semua. Bulan terakhir di tahun 2014.. Dah capai ke semua azam-azam tahun ni u ollss... Heehee

Setahun cepat sungguh berlalu, ingat lagi hari pertama abang Nuh ke sekolah semua perasaan ada debar-debar, risau, sedih, takut semua ada menjadi satu. Risau sebab pertama kali lepaskan dia berdikari sendiri. Takut sebab macam-macam citer dan kisah pasal anak-anak di nursery dan sekolah sekarang. Sedih sebab tengok dia menangis ketakutan untuk mulakan hari pertama fasa baru dalam hidup dia. Sebagai ibu memang kita sentiasa nak kan yang terbaik untuk anak-anak kita. Keraskan hati, hari kefua pun sama menangis dan meraung terlolong-lolong... Sedihnya hati ibu rasa nak pergi peluk dan dukung dia wat balik.. Sabar, sabar dan sabar. Cukup
Seminggu Alhamdulillah dah ada senyuman di mukanye dan tak menangis lagi.. Alhamdulillah, dah betah menyesuaikan diri dengan fasa baru dalam hidupnya. Alhamdulillah..

26/10/2014 hari yang ditunggu-tunggu dah berakhir lah setahun sesi persekolahan tuk tahun ni.. Hari konsert dan graduasi.. Macam mana lah agaknya  abang Nuh beraksi di pentas ni.. Kat rumah tak nampak lak dia duk praktis or nyanyi..


Hari kejadian kena bersiap dari rumah dengan pakai jubah senang nak buat first performance. Sejuk jer hati ibu bila tengok abang berjubah gini... Doa ibu semoga anak ibu ni jadi Al-Tahfiz.. Aamin. Adik gan ayah tak dapat nak join hari ni, takpe ibu rakamkan tunjuk kat adik gan ayah nanti..

Belakang stage... 


Alooo looo semuanya comey berjubah, bole tak spot kat mana abang Nuh tu.. Ni duk nyanyi lagu apa ya... Ni duk baca surah hafazan Al-Alaq dengan terjemahan sekali. kagum rasanya sebab semuda ni dah dapat hafal surah-surah lazim yang agak panjang. Alhamdulillah, tq kepada aunties2 yang duk bantu semua anak-anak ini menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.


Ini dah habis persembahan pertama


Berjalan kebelakang pentas selepas selesai persembahan pertama, behave jee semuanya..proud ibu..



Tak sabar nak tengok persembahan seterusnya...


Persembahan kedua tarian bersama alatan. Comey jer semua menari mengikut rentak lagu. Semangat semua duk menari mengikut step. Pandai semuanya dengan lagak dan ragam masing-masing. 

Semuanya sangat berani dan konfiden kat atas pentas tu. Abang Nuh pun kemain menari tuuu.. Bangga ibu walaupun step kelaut... Heehee


Haaahaa kalau suruh ibu menari atas stage belum tentu lagi tuu.. Tah tah bukan takat step ke laut, rasa nya ke gunung ganang sekali kot.., heehee.. Syabas abang..

Persembahan terakhir nyanyian beramai-ramai. Concert dan graduation ni adalah gabungan bersama tiga cawangan Brainy Bunch Ttdi Jaya, Sri Hartamas dan Kelana Jaya. Parents yang datang tuk support pun ramai sangat sampai tak cukup seat kat dalam dewan di MSU University Shah Alam ni. Pengalaman pertama ibu datang konsert anak bujang nih.

Tahun depan nak kena datang lagi awal nak dapatkan seat depan, senang nak tengok abang... Heehee excited terlebih... 

Sekian, laporan konsert pertama abang.

Wassalam

No comments:

Post a Comment