Thursday, November 20, 2014

Happy 5th Anniversary..

Assalamualaikum..

Entry terlewat sebulan... Ada unsur-unsur gediks sikit di entry ni...awas!

Tanggal 31 ogos bulan 8, hahaha memang taklaaa. Tanggal 31 Oktober 2009 tarikh keramat kita disatukan. Macam baru semalam ijab dan qabul itu rasanya, cepat betul masa terbang bersama kita melalui suka duka hidup bersama. Alhamdulillah tahun ni dah masuk 5 tahun usia perkahwinan kita, kalau diikutkan masih hijau ranum dan tengah pesat berkembang, kalau diukur pada sebatang pokok akarnya dah panjang tapi masih belum kukuh lagi kerana tengah mengembang biak akar-akar itu supaya cengkaman dasarnya menjadi makin kuat dari hari kehari, tahun ketahun. Insha Allah dengan segala dasarnya yang kukuh, selebihnya kita serahkan dan Tawakkal pada yang Maha Kuasa keatas segalanya.

Alhamdulillah pahit manis sepanjang 5 tahun ni dapat kita harungi bersama dua permata hati kurniaan daripada Ilahi yang amat ternilai buat kita. Alhamdulillah Syukur PadaMu Ya Allah..

Semoga kita sentiasa support each other dan lengkap melengkapi bukan sahaja sebagai suami isteri malahan sebagai best friend ever yang boleh berbincang dan berborak apa sahaja topik. Insha Allah..

Selamat ulangtahun perkahwinan ke 5 saiii yang...


Lunch date, susah nak dapat kualiti time macam ni dah...

Biasanya mesti ada bodyguards sekali.. Hahahaha

Thank you for everything...

Wassalam

No comments:

Post a Comment