Wednesday, October 31, 2012

Happy 3rd Anniversary..

Assalamualaikum...

Hari ni genaplah usia 3 tahun perkahwinan kami. Pejam celik cepatnya masa terbang membawa kami ke angka 3.

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana mempermudahkan perjalanan kami melayari alam rumah tangga dan dari sehari kesehari mengukuhkan ikatan suami isteri ini...

Semoga hidup kami sekeluarga dilimpahi rahmat dan berada dibawah naunganMU selalu..Aamin

Happy anniversary sayang...

Tuesday, October 30, 2012

Kisah Balik kampung yang...

Assalamualaikum

Masih belum terlambat rasanyeer tuan empuyer diri nih nak wish selamat hari raya Korban buat semua. Memang raya korban nih membawa seribu pengertian yang sungguh mendalam bagi setiap orang.. Macam-macam pengorbangan yang berlaku samada kita sedari atau tidak sedari berlansung dalam kehidupan kita..Bagi yang telah selamat menunaikan ibadah Haji diTanah suci Makkah pada tahun ni, ALHAMDULILLAH dan sujud syukur kepada Allah S.W.T kerana telah mempermudahkan segala urusan menunaikan ibadah haji masing-masing. Semoga semuanya mendapat haji yang MABRUR. Rindunya rasa hati ini untuk melakukan tawaf, solat depan kaabah, saei, melontar, bertadarus quran dalam Masjidil Haram dan macam-macma lagi... Satu persatu memori di tanah suci Makkah mengamit memori ini, melambai-lambai dan menari-nari di tubir mata ini... Ohhh, murahkan lah rezeki dan berikanlah kesihatan yang mengizinkan pada hambaMU ini supaya dapat lagi menjejakkan kaki ke sana..InsyaALLAH...Aaamin

Cerita balik kampung tempoh hari memang rasanya pecah rekod sepanjang usia ni yang selalu duk ulang alik balik daripada KL-KB. Sebelum ini paling lama masa yang diambik untuk balik kampung adalah 14/ 15 jam sajer...14 jam biasanya masa musim-musim raya lah tuu, kalau ikut jalan gua musang waktu peak hours... itu memang biasa sangat, kereta berduyung-duyung...kusss semangatt, memang kadang-kadang memang rasa serik sangat nak menempuh perjalanan yang amat panjang nih untuk selamat sampai kat kampung tercinta...

Balik raya korban kali ni pecah rekod sebab masa yang diambik untuk sampai ke kampung adalah 2 hari. ...Haaaahaaa kejut akak...kan. Bertolak pagi khamis 26/10/2012 pukul 11 pagi dan sampai kekampung pada 27/10/2012 pukul 1 petang. Sampai dah petang raya tuuhh.. Tak sempat nak solat sunat hari raya, huuhuuu tak perlah sebab tengah bermusafirkan...Memang trafik yang sangat teruk dan lansung tak bergerak bila sampai dekat dengan Bukit 7. Jalan dari KL-KB yang biasanya satu lane dah jadi berlane-lane, hinggakan dah menghalang lane kenderaan dari KB-KL dah...Bila dah kenderaan daripada KB-KL dah tak boleh lalu maka dah tentu-tentu laa jalan daripada KL-KB pun tak boleh nak jalan jugak, maka stuck laaa kat situ.. Dua-dua hala dah tak boleh nak jalan...Maka semua orang pun tersangkut kat tengah-tengah.. Siap kereta kiri dan kanan dah parking kat situ sebab dah tak boleh nak buat apa dah...Memang lautan kereta, bas dan macam-macam kenderaan laa.. Itu lah padahnya kalau semua orang ikut kepala sendiri dan buat undang-undang sendiri kononnya nak cepat sampai ke kampun halaman masing-masing. Undang-undang yang ada hendaklah dipatuhi bukannya di langgar sesuka hati sahaja. Bila dah jadi macam ni memang menyusahkan semua orang..polis trafik pun dah tak boleh nak buat apa dan ambik masa untuk meredakan keadaan. Tapi macam biasa lah, macam-macam rumous kedengaran bila dah ramai orang duk sibuk-sibuk tanya dan syok bercerita. Macam-macam spekulasi timbul kononnya jem teruk ni sebab ada accident la, ada tanah runtuh la..umm macam-macam, tapi the truth was jalan dah stuck tak boleh nak lalu sebab pemandu-pemandu yang kononnya bijak pandai nih, duk potong lane sesuka hatii...umm sabor ajeerlaa..

Daripada satu lane jalan dah jadi berlane-lane..ummm...

Bila dah tak gerak lansung dalam dekat dua jam, we all decided nak patah balik dan cadang nak ikut jalan ke Cameron Highland. Daripada Cameron Highland turun ke Gua Musang, harapannya dah boleh lepas daripada jem teruk nih..So apa lagi, berpatah balik lah ke Sungai Koyan semula walaupun masa tu jarak untuk sampai ke Gua Musang lagi 77 km...dekat dah, tapi memang dah tak sanggup nak tunggu sebab kesian dekat MNAS dan kesian gak kat mak buyung ni sebab dah tak tahan nak terkencing sangat dahhh...Bila dah patah balik nak menghala ke sungai koyan tuuu, mak aihh baru lah nampak betapa banyaknya kereta yang duk parking kat tengah-tengah, kiri dan kanan jalan berderet-deret... Siap masing-masing dah parking baik punyer dan siap dah duk berkelah dan bersembang-sembang dah... Bila dah sampai petronas lansung tak boleh nak masuk, dalam tuu pun jem jugakkk.. so baiklah kita teruskan perjalanan lupakan lah niat nak terkucai kerr apa, silalah tahan yaa...huuuhuu, macam-macam rasa dahhh duk rasa...Perjalanan yang sepatutnya ambik masa dalam 20 minit untuk sampai ke simpang Sungai Koyan kali ni dekat sejam baru dapat jejak kat situ..Punya laa teruk laluan daripada KB-KL pun dah penuh dengan kenderaan yang nak balik ke KB...Alhamdulillah bila dah dekat nak sampai ke simpang Sungai Koyan tuh, ada satu dewan orang ramai yang dibukak dan tandasnya pun ok dan yang paling best tak ada orang lansung.... Alhamdulillah, tak payah nak beratur...Bila dah masuk ke jalan sungai Koyan, Alhamdulillah kereta tak banyak sangat dan yang paling penting smooth jeee. Singgah kejab kat gerai-gerai tepi jalan untuk mengisi perut yang dah duk berdendang macam-macam lagu dah. Last meal adalah nasi lemak makan masa brekfast pukul 8 pagi tadi...huuuhuuu memang lapar sesangat, sepanjang jalan sebelum ni asyik duk minum air gan makan buah ajeer untuk alas perut... tu pun nasib baik bawak....

Dah setel makan pukul 9 malam baru bertolak naik ke Cameron, hujan disepanjang jalan. Alhamdulillah sampai di Cameron dah dekat pukul 11 malam..Sampai kat Cameron Ayahnya MNAS dah tak larat dah nak meneruskan perjalanan, so marilah kita bermalam di sini dulu, sebab fizikal dan mental amat-amat memerlukan rehat selepas mengharungi hari yang panjang. Pagi-pagi esok lah kita meneruskan perjalanan pulang ke kampung ya MNAS..UMM

Ok lah nanti kita sambung story syahdu dipagi raya @ Cameron Highland pulak...perut ni dah nyanyi-nyanyi dah...kita makan dulu..


Wassalam

Wednesday, October 24, 2012

Gajah Kuala Gandah

Assalamualaikum

Hari ni, sedikit free so marilah kita dengan gigihnya mengupdate cerita yang dah sedikit basi untuk tatapan di masa depan. Banyak kisah yang nak dikisahkan disini tapi ikut priority dulu, tengok mana yang paling penting kita up kan dulu.. yang tak berapa nak penting kita rilek-rilek dulu (atau pun buat-buat lupa ajeer)

Sudah menjadi lumrah kanak-kanak memang sukakan nature dan binatang-binatang ya. Ini daripada pengamatan kepada MNAS. Memang MNAS suka sangat dengan biantang-binatang ni terutamanya kucing dan monyet. Bila tengok kucing memang mulut dia akan bising semedang pastu buat suara halus dan sehabis manja yang boleh panggil eow-eow-eow-eow..hehheheheh

Agak lama jugak ibunya duk berzikir kat telinga ayah MNAS nak pergi melawat zoo negara. Konon-kononnya nak kenalkan kat MNAS binatang-binatang yang dia selalu tengok dalam tv dan kat dalam buku jeer.. Mesti dia excited nanti sambil tepuk-tepuk tangan.. tapi macam biasa ayahnya MNAS akan bagi macam-macam alasan, antara alasanya adalah:- aahhhh, nak pergi zoo tak thrill laa sebab dekat sangat. Kalau nak berjalan kita pergi yang jauh sikit....ecehhhh gitu pulak yaa...So takper nak pergi yang jauh ya, ada memang ada.. apa kata kita pergi tengok orang utan kat Sepilok tuuu..hahhahaa ada beran keer? hehheheheh, terkedu kejab ayahnya MNAS...lepas dah duk timbang tara faktor jarak dan sebagainya maka kata sepakat dicapai untuk bawak MNAS tengok gajah kat Kuala Gandah kat Lanchang Pahang. Bagi sesapa yang tak tahu just tanya encik gugel kat mana Kuala Gandah nih ya...

Kuala Gandah ni tempat pemuliharaan gajah, bagus dan best tempat nih. Tak jauh daripada KL, ambik masa lebih kurang 2 jam saja dah sampai...senang jee nak pergi sebab banyak sign board duk tunjuk arah nyeee. dun worri, ni memang salah satu tempat pelancong suka pergi..

Sampai lebih kurang pukul 12 tengah hari.. berdenting-denting panasnya, tapi kita orang tak peduli.. misi untuk memperkenalkan gajah kat MNAS paling utama. Dah ramai orang duk bagi makan kat anak-anak gajah dalam kandang tuh..Masa tu yang ada dalam kandang anak-anak gajah saja sebab bapak-bapak dan mak-mak gajah dah pergi bersiar-siar dalam hutan berdekatan...pukul 2 baru show mula.

MNAS tak ada reaksi, mungkin masih duk fikir-fikir nih apa la nama benda nih..Mesti dia pelik kot...Tapi bila bawak dia dekat gan kandang menerit-jerit takut...HAhahaha..tapi bila dah lama-lama MNAS dah ok, siap boleh bagi makan lagi kat anak-anak gajah tuu..

Makanan yang nak bagi kat gajah makan boleh di beli dekat dalam tu jugak..Tak payah lah nak bawak dari rumah. Gajah makan 3 jenis makanan pisang, tebu dan kacang. favorite dia hari tuh adalah pisang...siap julurkan belalai dia nak capai makanan-makanan yang kita duk pegang tuuhh.. comey sungguh..

MNAS tak berani nak bagi makanan kat anak-anak gajah tuu..pelik agaknye tengok tangan gajah camtu..hehhehe



anak-anak gajah tengah bersiram....semua orang duk kerumum kat tepi sungai tuu..satu kejadian yang agak cemas telah berlaku, cewahhh sungguh suspen..Masa tengah syok duk tengok anak-anak gajah ni bersiram tetiba semua orang bertempiaran melarikan diri sambil duk teriak lari, lari gajah mengamuk.. semua orang macam tak cukup tapak lari sebab anak-anak gajah tiba-tiba melompat daripada sungai tuh ketebing tempat orang duk ramai-ramai melepak...kelam kabut betul waktu tu, nasib baik kitaorang memang berdiri agak jauh daripada tebing sungai tu dan memang kitaorang tak lari lah sebab anak-anak gajah tuu lari menuju kejalan menuju ke hutan....Lepas dah reda sikit kitaorang pakat-pakat jadi tukang sibuk pergi tanya penjaga gajah tu..dorang cakap gajah tu tak mengamuk cuma depa tak biasa dengan keadaan yang macam tu gan ramai orang duk tengok depa...depa macam panik kot, lagi pun depa nih baru di bawa keluar daripada hutan seminggu jee.. so masih tak biasa lagi menjadi tumpuan orang ramai...Alhamdulillah tak ada apa-apa benda buruk berlaku, keadaan terkawal...


Kedua beranak nih tengah terpegun tengok keseksian gajah-gajah nih duk bersiram, panas berdenting pun tak peduli...muka MNAS dah macam udang kena bakar dah..merah

Ketibaan mak-mak dan bapak-bapak gajah daripada hutan selepas penat bersiar-siar. setiap seekor gajah-gajah tuh ada personal penjaga dia..Nampak macam best jee naik kat atas tuu...

MNAS terus terpegun tengok gajah-gajah besar nih..Dia memang spechless terus dan tegak berdiri tak gerak-gerak macam nak nyanyi lagu negaraku dahh...Wah barulah dia excited bila dapat tengok gajah-gajah besar nih...Gajah-gajah ni umurnya lebih kurang 30 tahun dan memang besar..lalu kat sebelah ajeer, terkagum MNAS disitu..



Setiap gajah-gajah ni ada nama masing-masing. Semuanya nama-nama tempatan, tapi dah lupa dah apa nama depa nih...

Kali ni bila nak bagi makan kat gajah MNAS dah ok sikit, dia dah enjoy dahh tengok gajah ni makan..Bila dah habis makanan tuu, dia minta beli makanan lagi nak bagi gajah-gajah ni makan...Alhamdulillah murah rezeki gajah-gajah ni sebab ramai orang duk bagi makan..

Memang satu pengalaman baru tuk MNAS dan ibu gan ayahnya jugak...sebelum ni selalu duk tengok gajah dalam tv dan kat zoo jee, tu pun dari jauh jeee..Kat sini memang puas hati sebab dapat tengok live depan mata, dapat bagi makan, dapat tengok gajah mandi lagik...tunggang jee tak dapat..maybe next time..

Wassalam

Alhamdulillah....

Assalamualaikum

Pagi yang indah, cuaca pun terang benderang hari nih. Kebanyakkan orang dah start cuti hari ni kiranya hari terakhir kerja.. Selamat balik kampung bagi sesapa yang balik ke kampung untuk merayakan hara raya Qurban di kampung halaman tercinta. Empunyer diri masih lagi 50-50, kalau ada rezeki InsyaALLAH sampai lah nanti...kalau tak, huuhuuuhuu sob sob..sedey..

Lebih 20 hari blog nih duk bersawang, penuh habuk-habuk. Tak berkesempatan untuk duduk mengadap blog ni sambil bercerita disini. Hormon masih lagi belum stabil dan jugak kekangan masa yang amat terhad sejak dua menjak nih... Bila malam pulak, belum pukul 9 dah hanyut dilautan sepi dah...penat macam membanting tulang empat kerat pulak..hahaaahaa

Dikesempatan yang ada ini nak berkongsi di ruang maya ini betapa bersyukurnya atas nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan oleh ALLAH S.W.T kepada hambaMU yang hina dina ini. Sejak dua menjak ini memang mood untuk menulis di blog nih memang kelaut..mungkin disebabkan hormon(cehh salah hormon tuhh..) dan disebabkan oleh keadaan badan yang tidak berapa selesa. Alhamdulillah sekarang semua simptom-simptom beransur-ansur hilang sikit demi sedikit ataupun kata lain fizikal dan emosi sudah terbiasa dengan keadaan ini, apa orang tua-tua cakap badan sudah adjust dengan persekitaran baru...ceewah.. yeap..

Alhamdulillah dan InsyaALLAH MNAS akan jadi abang tidak lama lagi... Doakan supaya semuanya selamat dan dilindungi oleh NYA selalu ya...Alhamdulillah, Terima kasih semua..

Wassalam

Friday, October 5, 2012

Layan bluessss...

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu buat semua...

just nak paste lagu yang tengah suka dengar sekarang
source: youtube
artis: judika
tajuk; aku yang disakiti



Satu lagi lagu pun memang suka layan gakss..
source:youtube
artis: republik
tajuk: Hanya ingin kau tahu



Wassalam

Selamat ulangtahun ke-2 sayang

Assalamualaikum

Semalam genaplah 2 tahun permata hati ibu nih.. Sekejab jeer hero ibu ni dah makin menginjak dewasa...(huuhuuu dah dewasa tuu)

cepat betul masa berlalu pergi, doa ibu semoga hero ibu ni membesar dengan sihat, happy dan aktif selalu (tak mau sakit-sakit dan masuk hospital lagi). Setiap ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk setiap anaknya, begitu juga ibu sentisa mendoakan semoga anak ibu ini menjadi anak yang soleh, hormat kat semua orang, bijak dalam ilmu agama dan duniawi, fasih dan lancar lidah membaca ayat-ayat suci al-quran, dapat menjadi pelindung kepada adik-adik nanti, kuat dan teguh jaati diri dalam melawan dugaan serta cobaan dan dapat menjadi kebanggaan untuk semua...aamin.

Masih belum berkesempatan untuk meraikan lagi hari ulang tahun anak ibu nih disebabkan oleh ayah MNAS sibuk outstation luar KL. Sambutan dan keraian terpaksa di postpone tak tahu laah sampai bila tuuu..hehehhee..Walaupun takda sambutan, tapi ketahuilah oleh mu wahai anak yang ibu sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk anak ibu nih..INSYAALLAH..


Birthday boy yang happy dapat present daripada auntie Chitra

baca wish yang ditulis kat depan dulu....

tak sabar untuk melihat apa yang ada disebalik bungkusan cantik nii..


Sampai berkerut-kerut muka dan muncung mulut, tapi masih tak berjaya untuk membukanyee....ummmm...last-last, ibu tolong bukakkan untuk NUH....HEHHEHEHEEHE

Semalam jugak ibu ada upkan status ni di muka buku: Banyak respon dan wishes daripada auntie-auntie NUH..
Statusnya berbunyi begini:-

Syukur kehadratMu Ya Allah kerana mengurnia dan menganugerahi permata hati ini dalam hidup kami suami isteri.
Anugerah yang tidak ternilai harganya, penyeri, penghibur, semangat dan penyambung legasi kami nanti..
Alhamdulillah, terima kash Ya Allah kerana menitipkan anugerah ini yang menjadikan kami ibu dan bapa kepada Muhammad Nuh AlSagoff Mohd Radzi...
Selamat ulang tahun ke 2 sayang...
Ibu dan ayah sayang Nuh dunia dan akhirat.
Doa kami semoga Nuh menjadi anak, abang, cucu, sepupu dan pak sepupu yang soleh untuk semua..aaamin.

Terima kasih kepada auntie-auntie Nuh atas segala wishes dan doa yang dititipkan,...terima kasih semua...
Wassalam

Wednesday, October 3, 2012

Annual dinner

Assalamualaikum

Tahun ni baru berkesempatan untuk menjoinkan diri dalam acara yang memang ditunggu-tunggu oleh semua staff ni( tak semua kot, heehee). Tahun lepas tak dapat join sebab sehari sebelum dinner nih MNAS kena tahan kat DEMC sebab high fever.

Last year tema dia best gileer" back to school". Memang dah siapkan baju sekolah, kain dan kasut hitam pengawas dan neck-tie. Wah kekononnyer nak memeriahkan keadaan tapi takder rezeki..

Tahun ni tema dia hollywood: glamour & glitter...Adoi semua orang duk pening kepala nak persiapkan diri untuk memenuhi tema ni.. Last2 mix and match mana yg ada jeer... Heehee

Annual dinner ni berlansung di grand ballroom Sunway hotel pada 22/09/2012. Masing-masing sakan gan style dan fashion tersendiri. Kami biasa-biasa jer just enjoy the food dan persembahan yang duk ada sambil duk tunggu cabutan lucky draw.. Hadiah tahun ni memang masyuk, grand prize sebuak kereta toyota vios.. Fuyyo bertuah sungguh sapee yang dapat tuuu. Ummm tuan empunyer badan bila bab-bab lucky draw ni memang tak pernah lucky walaupun hadiah saguhati.. Mungkin terus nak dapat grand prize tuuu nanti..,aamin.. Heehee

Tahniah pada yang menang lucky draw malam tu, apa-apa pun memang enjoy dapat hangout gan rakan-rakan sekerja dalam acara yang santai-santai gini.. Biasanyaa dekat ofis serius jeer asyik duk bincang pasal kerja...

Punyer laa fokus duk makan sampai gambar pun tak ingat nak ambik, ada pun ciput jeer.. Lagipun memang keadaan tak berapa nak mengizinkan untuk aktif bergerak bebas pergi beramah mesra dari satu meja ke satu meja..

Wassalam

Monday, October 1, 2012

Mandi @ Saba

Assalamualaikum

Hari minggu yang baru lalu aktiviti banyak dipenuhi dengan terjah-terjah carik makan makanan yang menjadu idaman hati.. Sementara badan masih lagi bertenaga dan masa mengizinkan meh laa duk melayan keinginan anak tekak ni nak makan apa...

Sejak dua menjak ni macam-macam pulak terlintas di benak ni nak makan itu dan ini.. So layan kan ajeer..

Tajuk kat atas macam tak boleh blah jeer, mesti sekali tafsir mesti duk ingat pergi mandi di Saba... Haahaaa, betul laa tu sipi-sipi..

Sebenarnya dah lama teringin nak makan nasik arab kat restoran Saba ni lepas dengar kesedapan dan kelazatan makanan arab kat sini.. Semalam baru berkesempatan untuk melunaskan hajat itu..restoran ni ada 2 cawangan satu kat jalan jelatek setiawangsa dan satu lagi kat cyberjaya. Kalau nak alamat sila lag tanye encik gugel ya.. Maklumat dihujung jari laaa kata kan..

We olls pergi yang cawangan kat cyberjaya tuu, pusing-pusing jugak laa sebelum sampai almaklum laa tak pernah sampai ke Cyberjaya nih..bila dah sampai terkejut beruk jadiknyee sebab ramainya orang tengah menjamu selera sampaikan lansung takada meja kosong.. Adoi,acaner tuu tapi dah memang rezeki nak makan nasi arab kat saba ni lepas 10 minit Alhamdulillah dapatlaa tempat duduk.

Tapi dah cun-cun dapat tempat bagai dan dah siap-siap order, MNAS mengamuk dan meraung-raung macam histeria pulak. Mungkin dia tak puas tidur dalam kereta tadi dan terkejut tengok ramai giler orang kat situ pulak ditambah dengan bahang yang berdenting-denting masa tuu.. Huuhuuu so end up terpaksa laa kansel tuk makan kat situ and just bungkus aje....Nak tau we olls makan kat mana, huuhuu stop kat bus stop tepi jalan kat cyberjaya tu then makan dalam kereta.. Haaaahaa tak ummmp betul yaa..

Alhamdulillah, burrrppp kenyang jugak walaupun layan makan dalam kereta ni... MNAS pun happy duk makan mandi kambing nih galkss..sedapnyaa rasa nasi dia, memang beza daripada nasi arab kat restoran lain yang pernah pergi makan.. Boleh datang lagi lain kali, makan ramai- ramai lagi syiokkk dan heaven... Ummm masih duk terbayang- bayang lagi nih... Hebat betul penangannyeer..

Moral of the story kalau nak pergi makan kat saba restoran kena lah:-
1. Pergi selepas anak dah puas tidur
2. Makan alas perut dulu
3. Jangan pergi waktu peak hours

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah sebab dapat makan jugak walaupun banyak halangan dan rintangan nyeer... Heehee